6 penyumbang pandangan

sebenarnya tunang..

Assalamualaikum

Orite orite orite~ Aqu bukan nak nyanyi lagu yuna, dan sebenarnya tu... Sebenarnya aqu penah jugak menguraikan isu bertunang nie dalam entry sebelum sebeum sebelum sebelum nie (banyak nye "sebelum", petanda aqu tak ingat bulan berape aqu tulis entry tu =.=' ) Tapi mungkin bahasa yang aqu guna terlalu dramatis or puitis or cacar marba, maka nya ade yang kurang paham jugak.. hadoi~ nampak sangat gagal untuk aqu jadi guru bahasa ~.~

So nak di jadi kan kes, petang tadi tersempak kawan aqu sorang nie... bercerita punye panjang lebar, tetiba terbukak isu tunang.. Katanya dia nak bertunang dah.. Aqu pun tumpang gumbira la dia nak tunang.. So saje la aqu uji dia sikit tentang tunang-tunang nie.. 

Bertunang tu sebenarnya macam mane?? Situasi macam mane kita dah di kira tunang orang?? Saje aqu hujani dia persoalan pelik gitu.. Mungkin soalan tu nampak macam kurang bijak, tapi tu la soalan paling bijak.. sebab??? Sebab jawapan jawab yang kita jawab tu la yang menunjukan kita sebenarnya hanya bijak pada adat or pada agama..

So ape pandangan korang tentang bertunang??? Adakah kena angkut selori rombongan pihak laki, bertandang ke umah pihak pempuan, bawak hantaran berbesen,  bawak cincin bertahta batu bata bertingkat-tingkat??? Kalau tu baru di kira bertunang, aduh susahnya berkahwin!!! 

Dah tu.. macam mana tu bertunang??? Ok la aqu guna bahasa paling mudah sekalian manusia faham..
  • sama ada pihak lelaki mengenali/ tidak pihak perempuan, lalu pihak lelaki pergi berjumpa/berhubung dengan pihak perempuan itu dan pihak lelaki memberitahu hajatnya untuk memperisterikan perempuan tersebut, maka itu di panggil MERISIK.
  • Apabila pihak perempuan bersetuju untuk menjadi isteri bagi lelaki tersebut, maka itu dah di kira BERTUNANG.(haram untuk lelaki lain merisik)
Dah tu, tak payah cincin semua bagai??? Semua tu hanya adat... terpulang pada kita untuk melakukan nya ataupun tak... asalkan tak berlebihan.

Senang nya bertunang... ko bior betul suana... Adoi~ mane aqu nak cari bukti nie, kalau kitab agama aqu nak tulis muka suratnya sebagai rujukan memang fail la aqu, da tak ingat muka suratnya. Tapi tak pe la, akhirnya aqu jumpa sokongan kuat dari ustaz azhar idrus berkenaan fakta aqu tadi, tq ustaz... perhhh syukur~


Sape maleh nak dengar dari awal, ambik dari part 05:28 okeh ^.^

*so cer ingat balik kita pernah jawab tak risikan dari mane-mane lelaki, maka da bertunang la kita ^.~
sumber image : google

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
6 Comments

6 00 rajin nak comment:

BellaJane said...

erk kalau mcm tu.. kalau lelaki tu ajak kita couple makna nya kita pun bertunang la eh??

Che Rosliza Che mat said...

follow sini dik...

Mrs. Simple said...

yupp u're rite ! mudahnya kann . tp jgn salah guna utk halalkan ap yg tidak halal ^,^

sesumpahmerah said...

bila pihak lelaki berjumpa pihak perempuan (family)...bukan lelaki berjumpa perempuan ya...

Suana Zhar said...

@BellaJane
Jangan salah faham... dalam agama islam, istilah "couple" hanya wujud pabila dah kawen.. berbalik semula pada makna "couple" tu.. iaitu bersatu.. lelaki dan wanita bukan mahram tidak akan di gelar couple melainkan dah bernikah.. ramai salah faham sekarang..

Camy Alya said...

kalo aku lah kan arini tunang esok kahwin. kehkeh


malas rasa nak play video tu >.<