8 penyumbang pandangan

dipanggil mengadap NYA..

Assalamualaikum

Hari ke 5, aqu masih dalam keadaan berpijak di bumi dan ada kala nya masih terbang bersama angan dan mimpi. Dan sepanjang 5 hari ni jugak la aqu tak lagi di kejutkan dengan suara ayah..dan setiap pagi tu jugak la aqu perlu berbisik pada hati, "ayah dah tak de, ayah dan atuk tunggu aqu kat sana"..Ya kehilangan yang perlu aqu terima untuk kali ke duanya.. aqu sayang mereka!

Aqu masih belum setabah biasa, ujian yang begitu berat..tiap hari masih ada air mata yang menemani.. masih belum kering air mata ini.. masih terbayang gelak tawa kami,  gurauan ayah yang sering menjadi penghias pagi.. Ya ini erti nya kehilangan, sesuatu yang tak kan mungkin aqu miliki ia kembali.. kerana semuanya pinjaman Mu Ya Rabb, aqu pulangkan nya dengan redha..

Aqu bersyukur ayah.. aqu bersyukur kerana pemergian mu di rasai semua, di tangisi para jemaah masjid dan surau, diri mu kesayangan semua ayah. Aqu masih ingat bacaan yassin yang penuh tangisan teralaun di masjid kerana pemergian mu, bergetar suara mereka membaca nya.. Terdengar tangis di sebalik indahnya bacaan ayat itu.. Setiap jemaah yang datang menangis di hadapan mu.. bagi mereka, perginya seorang sahabat yang bersama berjuang ke jalan Allah. Kami rindu mu ayah.. rindu alunan azan yang sering kau alun kan.. Ya walau tidak sehebat bilal bin rabah, tapi masih mampu memanggil kami kepada Nya.. masih mampu mengerak kan kami bangun mengadap Nya.

Alhamdulillah Ya Allah.. Kau permudahkan pemergian ayah ku.. tidak tersiksa jasad nya. Aqu bersyukur! Tersangat bersyukur! Pemergian mu terlalu mudah.. kau pergi di pagi yang masih indah.. kau pergi dalam saat kau masih tersenyum.. kau pergi di bulan rejab yang penuh keampunan.. pemergian mu di bantu dengan setiap rakan yang berlumba-lumba membantu menguruskan jenazah mu. Allah mempermudahkan pemergian mu ayah...

Ayah...masih terbayang saat akhir sebelum pemergian mu... Sejuk! Itu yang rasa pada jasad mu.. Hilang separuh dari kekuatan ku untuk terus berdiri.. Walaupun hati mengatakan kau akan pergi, tapi akal tetap menolak.. aku terus berharap supaya kau sedar... aqu terus berharap semuanya mimpi.. sampaikan aqu dah tak mampu untuk berdiri lagi di saat itu, aqu terus berharap kau bangun.. Aqu teringat ape yang walid ajar kan ketika malaikat maut menghampiri, akhirnya aqu keluar dari bilik tu.. aqu biarkan akal menguasai hati.. kerana aqu sedar, walau aqu terus berharap kau tetap tak kan bangun.. berkali-kali aqu melihat pada mata mu ayah, ya malaikat maut sedang menghampiri mu, tak guna aqu terus memaksa.. tak guna aqu menyiksa jasad nya, aqu kuat kan hati untuk redha..

Kata walid, "kenapa Allah uji suha dengan kehilangan ni, kerana DIA tahu suha mampu menghadapi nya.. Kerana DIA nak suha tahu kasih sayang NYA, kerana DIA nak suha yakin tentang ketentuan nya.. Kenapa bukan manusia lain yang di uji NYA, kerana kekuatan iman mereka masih belum mampu menghadapi uji sehebat ini". Aqu perlu kuat!

Ya, kami mungkin kehilangan jasad mu ayah.. tapi kami tidak pernah kehilangan ilmu mu.. kami tidak pernah kehilangan kasih sayang mu.. Ya Allah, aqu kembalikan apa yang telah KAU pinjam kan untuk ku.. KAU kuatkan kan la aqu.. KAU redha kan la aqu.. Aqu tau, setiap yang KAU ambil ini, akan KAU ganti dengan yang lebih baik.. 

Al- fatihah untuk arwah ayah.. semoga kita semua bersatu di sana nanti..

*terima kasih untuk semua sahabat-sahabat dan yang datang dan yang memberi semangat.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
8 Comments

8 00 rajin nak comment:

aisyah humaira' said...

allah tahu awak kuat..niera pun tak sekuat awak :(

*Mrsfarahzaki * said...

Al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan kesayanganNya..

Dylla Abas said...

Al-Fatihah utk arwah ayah adik ye...moga rohnya dicucuri rahmat Allah sentiasa..dan moga2 adik terus tabah hadapi dugaan-Nya..

sedih baca cerita ni...dah b'genang airmata sebab tiba2 teringat arwah atuk yg baru pergi..

epal miracle said...

saya tak kenal awak, tapi slamat berkenalan.
saya-Qila ^_^
i'm touched wif ur entri.
sy masih ada ibu ayah lagi, alhamdulillah,
tapi saya selalu terbayang andai satu hari nanti mereka akn pergi sblm saya.
-tak mampu utk sy gambarkan-
moga awak tabah! dan moga arwah bahagia disana . amin,

epal miracle said...

saya tak kenal awak, tapi slamat berkenalan.
saya-Qila ^_^
i'm touched wif ur entri.
sy masih ada ibu ayah lagi, alhamdulillah,
tapi saya selalu terbayang andai satu hari nanti mereka akn pergi sblm saya.
-tak mampu utk sy gambarkan-
moga awak tabah! dan moga arwah bahagia disana . amin,

Amyra Chuari said...

Salam Takziah dr akak... Semoga roh arwah En. Azhar ditempatkan bersama org2 beriman... Al-fatihah...

keli menari said...

Salam takziah.Tabah !

kanna_chan said...

salam takziah.. alfatihah.. tabah ye.. =)