0 penyumbang pandangan

senyum je la........

Assalamualaikum


"Tu la tunang dia", ayat yang acap kali aqu dengar semenjak seminggu lalu, aqu terus tertoleh... lali, ibarat ayat rutin yang menjadi sarapan hari ku. Lebih kurang seminggu aqu berulang alik ke kerja di kraftangan malaysia, selama itu jugak la pelbagai respon dan kata-kata dari sahabat-sahabat lama tentang "pertunangan" aqu.

Tiap langkah yang aqu atur bersama "dia", pasti ada mata yang akan memerhati, pasti ada mulut yang bersuara dan pasti ada kepala yang akan tertoleh.. Hot sangat ke aqu???? Ahhhh mustahil! Tak perlu la aqu nak perasan seakan akan HOT... Hakikatnya, dah "dia" berkerja kat sana.. terpaksa la aqu terima tempias glamor "dia".

"Tunang senyap-senyap lupa kawan, time susah cari..tu la kawan.. karang kahwin tak payah la jemput kitaorang jugak", lancar mulut hamba Allah tu menghemburkan kata. Aqu terdiam, senyuman turut mati. Salam yang terhulur tidak lagi seikhlas permulaan nya.. aqu menarik tangan, melemparkan senyuman dan berlalu. Perit! Itu yang aqu rasa... rupanya macam itu mereka anggap aqu selama ni.. (sekali lagi aqu terdengar ayat yang lebih kurang sama, di kemah yang sama, cuma nada dan kata sindiran yang begitu pedas)

Tahu kah mereka situasi sebenar? Fahamkah mereka apa sebenarnya terjadi? Ahhh rumit! Mungkin setiap corok pemikiran manusia sekarang hanya tahu bercakap berdasarkan apa yang mereka lihat, tanpa perlu penjelasan! Kecewa! 

Kepada yang masih mendoakan aqu, aqu kirimkan doa juga buat kamu semua.. dan kepada yang menganggap aqu nie "takingatkawan", aqu kirimkan kata-kata "jangan risau tentang kehadiran aqu selepas nie kerana aqu akan cuba sedayanya untuk tidak kan sekelip mata pun menyusahkan mahupun muncul di hadapan anda". 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: