1 penyumbang pandangan

balik2 isu duit~

Assalamualaikum
Isu kefahaman mencari harta di kalangan suami isteri sekarang memang isu besau la..kadang-kadang jadi pegaduhan pulak.. heran aqu~ masalah boleh settle babe... isu kecil, jangan gaduh-gaduh la... begegar kepala aqu nie dengar suara korang bertekak, hilang focus aqu nak main game..
Kalau dah pikir punya pikir guna akal manusia tu susah sangat nak sattle, maka berbalik la pada peraturan alam.. lumrah ciptaan manusia.. fitrah kejadian suami isteri..(ape aqu merepek tah.. =.=) Tapi betul kata orang, manusia nie memang di jadikan pelupa, sombong.. kalau senang lupa Pencipta, time susah baru kusyuk tawaduk sujud menyembah Nya.

Maka setelah aqu bebel panjang tu, ape kesudahan masalah tu?? haaaa belum settle kan??? sebab??? sebab aqu membebel tah hape-hape dari tadi.. so ape penyelesaian nya??? bebalik kita pada 1 surah al-baqarah ayat 240 "Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Hey hey hey suhana!!! tu untuk para suami yang nazak la...... Helo helo helo para-para sakura sekalian, fahamilah yang ayat itu bukan di turun kan untuk para suami yang hampir nazak...tapi pada semua yang bergelar suami! Bukak akal tu..kopek-kopek kan isi pemikiran tu faham ayat nie... tu tandanya sayang nya Allah pada wanita... abis tu Allah tak sayang la para-para lelaki???? (para-para lelaki???? -.-) Ohhhh sesuangguh nya anda bersifat tidak berfikir jika anda berkata sedemikian...kenape kata camtu??? sebab...
Allah menghadiah kan suami dengan hadiah paling berharga iaitu isteri.. bukan hadiah untuk di buat perhiasan, tapi untuk di bentuk di ukir dan di olah...bukan dengan menggunakan mesin mahupun tukul dan pahat, tapi menggunakan 9 akal lelaki yang di kurniakan oleh Nya.. tanda kedua kasih sayang Allah ialah, Dia menganugerahkan lelaki kelebihan dari segi kekuatan mental dan fizikal, maka itu la sebab tanggungjawab lebih berat perlu di pikul oleh seorang lelaki. Contoh aqu beri: sebuah kotak yang sangat berat perlu di angkat dan di pindah kan...seorang lelaki dan wanita di tugas kan untuk melakukan nya... Maka secara logik kalian, pasti nya lelaki itu berasa malu jika membiarkan wanita itu bersendirian mengangkat nya bukan??? (melainkan ada gangguan mental dan rohani pada otak lelaki itu =.=) Dan sekiranya wanita itu secara sukarela ingin tetap membantu nya, maka itu lebih memudah kan bukan?? ^_^ Jadi dalam isu kotak pun terasa malu, tak kan la tak terasa malu biarkan isteri sesorang cari nafkah keluarga??? Ayah pin punya ajaran ke ko guna??? (ayah pin jugak yang dipersalahkan, kesian...) sedang kan..


"Setiap sen yang diperolehi wanita dalam Islam adalah miliknya sendiri. Si suami tiada hak ke atas harta wanita tersebut melainkan wanita itu sendiri yang memberikan kepadanya atas dasar saguhati. Tetapi nafkah dan harta yang dikumpul oleh si suami dalam Islam sebahagian daripadanya merupakan hak yang perlu diberikan kepada isterinya. Jika suami itu bakhil, si isteri itu mempunyai hak untuk mengambil tanpa pengetahuan suaminya wang sekadar keperluan asasnya dari harta dan wang yang disimpan oleh suaminya dan ini tidak dikira sebagai mencuri"


Maka nya...permasalahan ekonomi keluarga ini bukan di atas bahu si isteri untuk memikulnya, itu semua di atas tanggungjawab suami. Kalau pendapatannya sikit, maka usaha perlu dilakukannya dengan lebih gigih untuk melipatgandakan pendapatan. Bukan dengan menyuruh si isteri keluar bekerja dan kemudian mengharapkan si isteri dalam masa yang sama menjadi seorang ibu mithali. Lelaki-lelaki sebegini, ada yang tak kena dengan iman mereka. Kecualilah jika si isteri itu sendiri yang menawarkan diri untuk membantu di atas kerelaannya bukan di atas paksaan.....~




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Dylla Abas said...

nice entri dik..tapi,memang ramai lelaki macam ni sekarang kan..mengharapkan duit isteri..ish,apa nak jd ntah