0 penyumbang pandangan

bomoh vs doktor

Assalamualaikum


Sumpah aqu tak gemar nak ke hospital ke klinik ke hape jadah lagi tempat yang mempunyai banyak ubat-ubatan, jarum-jaruman (ade ke ayat tu -.-) mahupun doktor doktoran..


Bomoh????  Ahhhh sudah! Lagi la aqu tak gemar~ Kang buatnya dia bakor kemenyan, memang terbaek bau dia sampai boleh buat perfume tido malam. (yup sesetengah bomoh tak pakai kemenyan tu dah, moden katanya). Tapi banyak nye bomoh nie still duduk dalam dunia kurafat da walaupun dah makin moden (tak semua.)

Kita bandingkan bomoh perubatan dan doktor..ape beza mereka????
Kenape orang melayu lagi suka jumpa bomoh??
  • Bomoh lagi hebat
Kenapa aqu kata hebat??? Sebab kalau bomoh ni, setapak je kaki ang bertapak kat kawasan jajahan rumahnya, dengan lantang nya dia berkata "Aqu dah tau penyakit kau!"...Tapi kalau doktor, duduk la ang dalam bilik tu 1 2 jam, selagi kau tak bagitau doktor tu ape masalah ko, selagi tu dia tanye "incik sakit ape incik~".
  • Pendaftaran
Bile jumpe doktor kena pulak isi borang, dengan nak salinan ic la hape la...Tapi kalau jumpe bomoh, tak kira la ang orang siam ke bangla ke hape ke, dia tak kisah punya...janji ang bayor...
  • Result
Kalau gi jumpe doktor, kanfem la kesimpulannya mesti la dapat ubat...tak kira la tragis ke sebesar semut ke sakit ang tu mesti dapat ubat paling-paling tak setepek ubat..tapi kalau jumpe bomoh, lepas abis tah hape dia kumat kamit kat mulut, sembur-sembur ang dengan air tah hape pastu tanye "nak buang benda ni ke, nak hantar/kena kan balik tuan nya" -.-
  • Cost
Secara realitinya kos nak bayor kat bomoh tu lagi rendah dari kat doktor...mane aqu taw??? Ang pi la hadap doktor, baru selsema da dapat bil 40hengget kena bayor...kalau pi kat bomoh, agak-agak dia layan ke kalau cakap "tolong la tok, saya selsema 2 hari dah nie..."

Jadi doktor ke bomoh? Bomoh ke doktor?? Terpulang la mane-mane...bukan sume doktor tu buleh merawat dan bukan semua bomoh tu khurafat...


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: