2 penyumbang pandangan

sikap semulajadi wanita...

Assalamualaikum

Saidina Umar Al-Khattab... khalifah unggul di zaman pemerintahan islam suatu ketika dulu...terkenal dengan sikap garang dan tegas nya.. namun sikap nya terhadap isteri nya sangat lah berbeza..


Suatu ketika, terdapat sepasang suami isteri yang sering bertengkar, berpunca dari tabiat si isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya. Sehinggakan si suami tidak dapat menahan kesabaran mendengar leteran si isteri saban hari.. 



Lalu pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa Khalifah Umar dengan niat untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar.


Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar sedang membebel kepada beliau. Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan memikirkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa, maka si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar.


Ketika si suami berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"


Lalu si suami menjawab, "Tujuan aku ke mari sebenarnya ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, maka aku mengambil keputusan untuk pulang saja".


Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Wahai saudara! Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak keatas diri ku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain daripada itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu"


"Wahai Amirul Mukminin, demikian juga lah isteri ku" balas lelaki tadi.


Sayyidina menambah, "Wahai saudara, bersabarlah atas sikap isterimu itu kerana ia hanya sebentar sahaja".


p/s : saya seorang yang kuat membebel~lalallalalalallal ^____^




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

Onitsuka_hana said...

sabar ye wahai lelaki sekalian :P

Dylla Abas said...

bebel..??? kuat juga..hee >_<

nice entri..suka baca :)