1 penyumbang pandangan

dimata lelaki VS wanita

Assalamualaikum

SITUASI PERTAMA 
Dari wanita :

"awak, hensem kan mamat tu", "muka mamat tu macam imam muda la awak, suci", "rambut mamat tu stylo la", "smart gile mamat tu", "bla bla bla bla bla......."

Kepada lelaki :

jika kekasih/ isteri/buah hati/ buah jantung/ buah pepejal hempedu atau yang sama waktu dengan nya, memuji lelaki lain di hadapan mata, kepala, telinga, kening mahupun misai anda..sila la JANGAN take it serius sangat, sampai rasa perlu membuat pembedahan plastik! 

Jujurnya...98% dari pada pujian yang di beri itu adalah sekadar di mulut dan pandangan mata wanita...bukan di HATI nya! Percaya atau tidak, perempuan yang menyayangi pasangan nye, tidak akan pernah mampu memuji lelaki laki melebihi dari pasangan nya..sesungguhnya anda yang TERHEBAT di hati nya.

Ye ke???? Ya! "Abis tu, isteri aqu asyik puji orang lain je...kalau nak dengar dia puji aqu memang kiamat la..", Ini kerana.....kajian menunjukan bahawa, pujian wanita melalui kata-kata hanya 40% kebenaran nya, tetapi pujian wanita melalui sentuhan @ dengan kata lain perbuatan adalah 100% benar. "pujian melalui perbuatan???? ada ke????" =.= banyak tanye, SILA BELAJAR BAHASA TUBUH!

SITUASI 2
Dari lelaki :

"cantik la pempuan tu...", "pandai pempuan tu berfesyen", "rambut perempuan tu cantik la", "bla bla bla bla....."

Kepada wanita :

Percaya atau tidak, sesungguhnya pujian dari lelaki terhadap wanita lain walaupun di hadapan atau di blakang kiri mahupun kanan anda adalah 98% benar! Tepat, mereka bermaksud dengan kata-kata tu! walaupun perit untuk di terima, tapi itu kenyataan nya! 

"Ye ke camtu??". Ya! sesungguhnya lelaki lebih gemar jujur berbanding wanita yang lebih gemar menggunakan teknik cakap berkias-kias, sebab tu lah potensi wanita mendapat markah awesome dalam subjek BM adalah tinggi! Kajian jugak menunjukan, lelaki memuji bukan sekadar di mulut dan pandangan mereka tetapi jugak di HATI!

"Eh tak caye la...". Mengapa anda tidak percaya??? Sedangkan bukti sudah d depan mata??? "bukti??? mane??" Ha...anda perasan tak wahai kaum hawa, bile pasangan anda memuji wanita lain di hadapan anda dengan selamber dog tak de perasaan nya...mata mereka akan focus point pada wanita itu sahaja tanpa melihat memik muka anda yang dah berubah jadi seperti tenuk nak terkam harimau (tenuk boleh ke terkam harimau??? itu satu lagi persoalan) Dan bila lepas 10 min berlalu, baru la diaorang sambung ayat "erk...tapi isteri abang lagi hebat". Ya! selepas 10 min berlalu! (itu pun kalau dia masih berperasaan nak puji anda -.-")

Kerana apa??? Seperti yang saya katakan tadi, kaum adam lebih gemar bersikap jujur dan berterus terang... mungkin bukan niat mereka untuk memuji lebih wanita lain berbanding anda, tetapi sikap "kejujuran" mereka itu yang membuatkan mereka tidak mampu untuk tidak memuji wanita lain.=.=" 

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa kesimpulan nya??? kesimpulan nya mudah...terima je la.........laki sape??? laki kau jugak..... bini sape??? bini kau jugak.............. semua manusia tu tak sempurna, sebab tu Allah ciptakan kita saling berpasangan supaya kita saling menyempurnakan^____________^


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

jihah jimur said...

teringat mse tazkirah suhur kat masjid jamek taun lepas.. ustaz tuh kata lelaki neyh mang dari mata turun ke hati.. sbb tuh kita perempuan disarankan untuk berhias hanya untuk suami sahaja^^