0 penyumbang pandangan

isu PURDAH?

Assalamualaikum


"wanita yang tak pakai purdah sengaja mempamerkan kecantikan!", satu suara bersuara lantang.
Ah!!!! Sudah! =.= 

"wanita di bolehkan mendedahkan muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu lah yang perlu menundukan pandangan! Bukan wanita itu di wajibkan mengenakan purdah...Kecantikan wanita itu subjektif. Islam menyuruh wanita menutup aurat, tapi bukan dengan cara menyusahkan nya", satu suara membalas.

Berpurdah itu menyusahkan??? Ahh teruk da nie... 

Hakikatnya... Allah menciptakan wanita itu sangat cantik sehingga mampu menjadi hiasan cantik di dunia.. jika bukan kerana muka mereka sekali pun, tangan dan kelembutan mereka sudah cukup membuat kan mana-mana lelaki normal itu tergoda, itu lumrahnya... Maka jangan di persoal yang mengapa wanita tidak berpurdah, kerana itu bukan kewajipan.. tapi fikirkan mengapa lelaki tidak menjaga pandangan, sedangkan itu kewajipan bagi mereka.

Ya benar! Berpurdah merupakan satu cara pemakaian yang baik. Tapi persoalan nya mengapa wanita di bebani dengan isu itu, sedangkan jelas aurat wanita tidak meliputi muka dan tapak tangan.

"Katakan kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluan, serta janganlah mereka menampakan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripada nya". Surah an-nur ayat 24 :31" 

Maksud "biasa nampak daripada nya" itu adalah muka dan tapak tangan..

"Ah zaman ketika zaman nabi, ramai wanita yang berpurdah..."

Benar! Zaman nabi ramai wanita yang berpurdah... tapi bukan minda! Mengapa hanya isu purdah yang di perdebat??? Bukan kah ketika dahulu juga, wanita-wanita bermusafir menaiki unta??? Mengapa tidak mempersoal mengapa wanita sekarang tidak menaiki unta ketika pulang ke kampung berhari raya????? Bukan kah zaman nabi ketika dahulu, ramai yang sanggup berkorban nyawa mempertahan islam, tapi sekarang tidak??? Mengapa isu itu tidak mahu di persoal?

"Tapi bukan lebih baik jika berpurdah?"

Ya! benar... berpurdah menjadi kan mereka lebih menjaga kecantikan mereka..namun itu kelonggaran yang Allah berikan kepada wanita.. asalkan mereka tidak berlebihan dalam memperhiaskan diri.. Hukum agama itu hukum Allah, mengapa kita sentiasa sibuk untuk memperdebatkan nya? 

p/s : setiap pilihan itu (berpurdah atau tidak), insya Allah masih tetap dalam daerah pahala selagi kita menjaga aurat dan batas nya.

*thanks kepada semua yang menjadi sumber rujukan ^__^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: