2 penyumbang pandangan

rencah berumahtangga

Assalamualaikum



"Menghitung hari detik demi detik
Masa kunanti apa kan ada
Jalan cerita, kisah yang panjang
Menghitung hari..."


Huh sijil da depan mata, tarikh da tetap, persiapan banyak yang da di buat...cuma....aqu. Ya, aqu.... Aqu akan jadi seorang isteri...dalam usia 23 tahun ni??? Bersedia kah aqu??? Sesuatu yang tak pernah aqu terfikir...tapi, tapi mustahil aqu tak bersedia, jika tidak mengapa aqu yakin meneruskan semua nya ni!!

Cuma...menjadi isteri mungkin mudah, tapi menjadi isteri yang sebenar tidak semudah kata-kata... Yang masih aqu tertanya-tanya, mampu ke aqu menjadi isteri sesabar asiah, sehebat khadijah, semulia aisyah? Mempu ke aku menjadi tulang belakang yang setia untuk seorang suami..Itu persoalan nya..dan itu juga yang sering membebani fikiran aqu. Aghhhh jika aqu tidak mampu jadi sehebat mereka semua, izin kan aqu menjadi seorang isteri setanding ibu ku,Ya Allah..yang sentiasa setia menjadi peneman dan rakan tika susah mahupun senang si suami..yang ada sehingga hujung nyawa si suami..(ayah, ana rindu ayah...doakan ana, ayah!)


Ya...aqu perlu belajar bezanya kehidupan biasa kepada seorang isteri..mungkin nampak sama, tapi hakikat tanggungjawabnya berbeza...sangat berbeza! Jika ada yang katakan nya sama, ternyata masih belum ada rasa tanggungjawabnya untuk status "isteri" itu! Melalui alam perkahwinan, bergelar seorang suami/isteri, menjadi seorang papa/ibu bukan perkara yang boleh kita "try and error"..Tapi 1 perkara yang memerlukan kita yakin untuk menempuh nya...

Satu persoalan  yang mungkin sering bermain di fikiran semua...mampu bertahan kah kita menjaga "masjid" yang terbina??? Sampai ke hujung nyawa kah kita membawa mampu mempertahankan nya?? Tiada siapa mampu menjawab...tiada apa yang dapat menjamin nya..tiada warranty dalam sebuah ikatan perkahwinan...saat lafaz akad di sambut, semua nya bermula di situ.. terletak pada kita untuk mewarnainya...jika hanya putih yang mampu kita corak kan, hilang lah serinya... jika hanya hitam yang mampu kita curah, kelam lah ia..jika pelbagai wana mampu kita corak kan nya, berserilah perjalanan kehidupan kita ..

Dalam sebuah perkahwinan hanya memiliki sebuah kepercayaan, sebuah kejujuran, sebuah keikhlasan... jika kita memecahkan salah satu darinya, pasti sukar untuk membinanya semula...
 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

keli menari said...

semoga dipermudahkan urusan ya !

anna_nana said...

wuuu~~
akk nak kawen da eaa..
tahniah.. semoga kekal abadi and uma tangga akk diberkati oleh ALLAH hendaknya. :)

** err.. kecik nak ngomen bebanyak pon kecik xkawen ag. main aci kawen msa kecik2 dlu penah la.. hee