1 penyumbang pandangan

kata-kata sopan ;)

Assalamualaikum

Kata-kata bermakna dari seorang perempuan...................*berape panjang nak letak nokhtah -.-*
  • Ok. Fine!
Perasan atau tak, kebanyakan perempuan sering menggunakan ayat tu untuk tamatkan pergaduhan or any pertelingkahan??? Ya! Memang kebanyakan mereka menggunakan nya, nama pun perempuan...sedikit sebanyak perlakuan mereka pasti ada yang sama walau hati berbeza-beza. (macam terkena tempias kat diri sendiri -.-)
Untuk pengetahuan para lelaki, mudah je nak paham ayat tu... walaupun bunyinya seakan-akan membenarkan kata-kata anda tapi sebenarnya dalam hati mereka tetap merasa diri mereka betul, dan malas nak bertekak dah.. sebab takut buat hilang anak tekak je... 


  • "Bagi saya 5 minit"
Aha!! Ini salah satu kata-kata wanita yang jangan di ambil pedulik... senyum je la untuk sedap kan hati sendiri kalau anda dapat ayat nie... sebab nya nie antara kata-kata yang tak boleh di percayai langsung! Kalau korang tak caya, try susun jam randik ke jam jangka hayat ke jam detik ke saat diorang keluar kan kata-kata tu... paling -paling tak akan lebih dari 10 15 min... maka tu la makna 5 minit bagi seorang perempuan.
  • Tak ada apa-apa
Bila seorang wanita guna ayat nie, bermakna dia cuba menyembunyi kan sesuatu dan cuba menyelesaikan sesuatu dengan cara mereka sendiri...*kebanyakan nya tak selesai pun, pastu  sibuk mengadu tension sakit kepala -.-*. Situasi kedua nya, mereka menyimpan perasaan marah dalam hati, tapi pada waktu yang sama mereka malas nak memulakan pertengkaran. 
  •  Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Yup, dengar ayat macam mencabar...maka jika "tulen jantan" nya pasti tercabar kan... Tapi faham la, ia bukan la kebenaran mencabar. Seorang wanita tidak akan mencabar lelaki yang di sayanginya untuk membuat sesuatu yang dia sendiri tak suka.. maka jika "berakal jantan" nya, sila jangan la buat =.="
  • Keluhan kuat
Wanita mudah mengeluh, tapi ada bezanya jika mereka melepaskan keluhan kuat saat bertengkar. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya or dengan kata lain, tidak langsung nak dengar cakap nya.
  • Tak apa lah
Bunyi memang mereka da malas nak ambil pedulik... tapi sebenarnya ia bermaksud mereka berfikir tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan yang anda ingin lakukan itu... dengan di translate ke ayat lain, mereka risau sebenarnya.


  • Terima kasih
Kadang-kadang wanita berterima kasih kepada anda tanpa anda tahu sebab nya...jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. bukan nye susah kan... bukan kena daki bukit redah lautan api bagai nak ucap sama-sama tu, jadi ucap je jangan banyak tanya.. Itu bermakna ada benda yang dia sangat hargai tentang anda. Tetapi sangat berbeza jika ayat di ucap wanita itu ialah “terima kasih banyak-banyak ye!”, siap tanda seru kat ujung tu...dengan kata lain, berdesing telinga anda jap dengar dia ucap terima kasih...sampai anda pun jadi biol jap sama ada dia nak berterima kasih ke nak marah ke nak jerit...ha itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir.. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… tolong ok!
  • Apa-apa aja lah! / Whatever!
Ha ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Yup! aqu sangat setuju...sebab itu wanita di kata sangat sopan, sebab mereka pandai memilih ayat yang sama waktu bagi "f**k you"..
  • Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri. Itu adalah ayat sindiran...dan tak payah la anda usaha untuk menolong nya, sebab mereka tak kan setuju walau sebaik mana anda buat selepas itu.





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment: