3 penyumbang pandangan

kehangatan alvin & vivian -"Sumptuous Erotica"

Assalamualaikum


Huh!!! fames abis da diaorang nie... da jadi topik hangat keliling blog!!! HOT TOPIC!!! 

"Sumptuous Erotica menjadi saksi antara alvin & vivian". Memang dasat gilessss orang malaysia sekarang, nak melingkup kan kesopanan dan kesusilaan negara malaysia yang penuh dengan kehormatan nie.. =.=" *aku dah terlebih over rase nye nie*

Erkkk cop!!1 ape benda nye Sumptuous Erotica tuh????

Ohhh tu name blog diaorang.... *dah di private* huh!!! blogger jugak diaorang rupe nye... adoiiii mengapakah kamu-kamu memalukan industri blogger! Kerana nila setitik, rosak susu setempayan sebelanga. Jatuh maruah kami yang lain sebagai pencinta blogger..mane kami nak letak muka????!! Ahh saya nur suana wakil dari semua blogger-blogger di malaysia meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas masalah yang meruncingkan ini. *damn! emo melalut lagi aqu nie*

What??? Korang tak kenal sape diaorang??? 

Diorang nie adalah blogger yang menyalah gunakan medan sosial inie untuk mengepos *mengepos??? -.-* video seks mereka berdua~ Nak tunjuk muka ke??? Ohhhh damn! Aqu tak maw jatuh kan air muka orang walaupun beliau mereka sendiri tanpa segan silu tetap mempertahan kan perbuatan mereka... apekah ~__~ adekah malaysia akan menjadi seperti negara barat suatu ari nanti??? 

*diaorang siap ucap thanks kat fan fans dia orang??? *__* rungsing aqu pikir perangai camni

da kaburkan..
tapi bleh teka la kan pe dia buat =.="

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN : ARTIKAL INI DI COPY PASTE OLEH SUANA DARI HARIAN METRO.

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.
Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

“Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”

Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aqu sendiri akui... memang banyak lagi orang malaysia nie yang buat macam nie, bersepah-sepah kat luar tuh... suruh je JAKIM JAWI serbu hotel-hotel tuh, mesti paling tak 4 6 orang kena cekup..cuma bezanya diaorang tak de handphone nak rakam or tak pandai guna handphone nak rakam  -.-" 

Pendapat aqu : tak payah la kita sibuk bertikam lidah soal itu ini pasal kes vivian & alvin nie... padahal kita sendiri "menghalal" & "menyokong" benda nie jadi... *kat drama-drama tu yang berlakon sume tu, pelakon nye bukan la suami isteri pun tapi buleh pulak "berlakon" macam suami isteri"... kalau pelakon-pelakon tu boleh kita ibarat kan mereka "cuma berlakon", mengapa kita tak fikir yang alvin & vivian nie pun "berlakon"??????

Hantuk kepala tanya minda tambahkan iman. 


maaf.aku pun manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. sekian.

p/s: perkahwinan itu indah....cintailah perkahwinan dan bercintalah dalam melaluinya ^^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
3 Comments

3 00 rajin nak comment:

Farina Hunny said...

rajin pulak nak upload bagai =.="

zila manaf said...

gila bak hanggg

chot ok..! said...

xtahu nk kata apa..bnda ni dah lama..huhu..tak suka btl..

jom terjah,kalau sudi:
http://chot91.blogspot.com/2012/11/date-our-first-meet.html