3 penyumbang pandangan

kolot ke prajudis orang melayu nie??

Assalamualaikum

Semalam dekat pukul 11 hingga ke 1 pagi aqu dan suami bermusyawarah memikirkan pemikiran sesetengah manusia yang KOLOT. *nie yang orang kata, sibuk pikir hal orang tapi orang lain tak penah kisah pun kat kita -.-*

"tadi ada orang tanya lagi, ngape ayang tak keje.."

"sayang jawab ape?"

"sibuk la diaorang...abang jawab abang tak bagi sayang keje"

"^^ bape puluh kali la diaorang nie nak tanye~"

"nanti kalau orang tanya lagi, abang nak kata aqu mampu la tanggung isteri aqu"

"hehe jawab je la...tah la, susah nak bagi diaorang faham".

Ok, nampak ayat yang aqu underline kan tu??? "susah nak bagi diaorang faham". Faham ape???

Sebenarnya diaorang asyik isu kan pasal "wife kau kan ade degree, tak keje rugi la..."

Hadoi!!!! Rugi??

Aqu sebenarnya malas nak bukak mulut, takut kalau aqu cakap pemikiran cetek, marah meroyan... Tapi bile dah hampir tiap hari orang bertanya, aqu rasa kesian pulak kat laki aqu... aqu harap korang jangan la ade pemikiran ala prajudis macam nie.. mereka yang di "HQ KRAFTANGAN MALAYSIA" ,SILA AMBIL PERHATIAN. *bagi yang perihatin asyik bertanya*

Sebenarnya "degree" yang aqu pegang tu, walaupun sijil nya tersimpan rapi dalam laci..suci, tak di nodai tapi tak bermakna semua ilmu yang aqu dapat dulu sia-sia... ilmu tu bukan berdasar sejauh mana sijil tu melayang ke company-company besar, ilmu tu bukan pada berapa pointer kau dapat, ilmu tu bukan pada level mana kau berkerja!!Nie bukan zaman 70-an 80-an la babe!

Seriusly...bagi aqu degree yang aqu pegang, pujian yang aqu peroleh, tepukan bangga yang di beri bukan la sekadar untuk dapatkan jawatan "41"...kalau kau belajar bertaun-taun tapi sekadar untuk dapat kan jawatan itu, sebenarnya kau lagi kolot!!! Seriusly sangat kolot!

Habis tu belajar tinggi-tinggi, duduk rumah kat corok dapur?? 

Hahahahah huh itu silap pemikiran manusia. Kau ingat orang berilmu tak boleh duduk kat corok dapur??? sekurang yang duduk kat corok dapur tu taw memasak.. dari yang taw bercakap tu, hebat kat mulut je?

Tiada istilah rugi dalam menuntut ilmu... bila korang keluar je ayat "rugi la belajar kalau tak nak keje", "rugi la belajar tinggi-tinggi tapi dapat jawatan rendah" maka nya dari situ jelas la menunjukan korang menuntut ilmu hanya kerana pembalasan dunia. Jadi korang rasa sepanjang korang belajar 3 4 tahun tu dapat tak pahala berjihad kerana ilmu??? holah pikir sendiri ^^

Kalau nak di kira rugi, memang tak ke mana la.. cuba bayangkan dari form 1 sampai ke form 5 korang ada belajar sains, sejarah, math, seni, akaun....tapi bile belajar di university korang ambik akaun..jadi rugi la penat lelah kering air liuh cikgu mengajar korang sains and seni tu??? rugi la semua ilmu yang diaorang tabur tu??

PLEASE lah hentikan pemikiran korang yang "orang keje kerani, tukang sampu sampah dan semua yang berjawatan ala SPM punya level tu adalah mereka yang tak berilmu!" OMG!! Ape punya pemikiran tu.... Jadi mereka yang berkerja sebagai cashier tu orang yang SPM tak hebat la erk??? Mane korang taw, tah nye diaorang ade degree tapi nak timba pengalaman dari bawah? Dah tu yang jual nasi lemak tu, mereka yang tak lepas PMR??? Tah diaorang ade diploma dalam bisness ke mane ko taw?? 

Ingat la...walaupun korang CEO sekali pun, tak bermakna korang hebat... TAK HEBAT ok! Uatazah kat sekolah rendah tu mungkin lagi hebat dari kau. Kau memang hebat dalam bisness tak makan rasuah punya, tapi ustazah tu hebat dalam sejarah nabi, perkembangan islam, ilmu tasawuf, ilmu tajwid, ilmu tauhid, ilmu ushuluddin... ilmu kau boleh kaya kan kau kat dunia, ilmu dia boleh kaya kan dia kat akhirat.. jadi sapa hebat?????

Kalau pemikiran still kolot macam tu, maka jangan berangan la yang hitam nak kawen dengan yang putih, yang gemuk nak kawen dengan yang kurus, yang bertaraf nak kawen dengan yang di bawah, yang muka tak hot nak kawen dengan yang cantik cun!

Maka nya mana pun orang tu berdiri, jangan diukur dari luarnya... ilmu itu luas.. yang penting adakah pekerjaan yang di buat tu dapat rezeki yang benar-benar berkat!

notakaki : aqu nak bukak bisness nak jual nasi lemak tepi jalan, ade masalah???

*penggunaan "aqu" di lihat kasar, mohon maaf. 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
3 Comments

3 00 rajin nak comment:

Adriana said...

sabar k..susah nk puaskan hati semua org..Ana plak,husband selalu kena perli dgn kawan2 dia takut bini coz slalu balik awal..ada masalah ke kalau balik awal amek bini kat tpt keje?manusia2..

Suana Zhar said...

@Adriana eh tu pun jadi isu... macam -macam la mulut manusia nie...memang kena sabar..

Liniey Nor said...

i'm walking here!!Jom jenguk blog itew..kalau sudi klik la skali iklan2 yg ada kat sana..berkali-kali pom xpe..mekacih..hehe :)