16 penyumbang pandangan

seusia berapakah K-POP??

Assalamualaikum


PERHATIAN : entry ini ada tidak mengandungi sebarang unsur untuk mencari-cari pergaduhan di situ sana sini dengan peminat fanatik K-POP. harap maklum.

Erk... sebelum tu  maksud "seusia" tu merupakan satu perkataan yang mengambarkan sejauh manakah usia sesuatu haiwan/ tumbuhan dll. itu.*sekema gile
p/s :pelajar sekolah di galakan larang menggunakan perkataan ini tanpa pengesahan maksud perkataan tersebut dari guru kerana di kuatiri maksud yang aqu bagi nie berbeza jauh langit ketujuh. -.- sekian.

Berbalik isu K-POP.

kisah benar 1 tahun lalu....

aqu : "aqu tak minat la k-pop... pening aqu dengar lagu diaorang, sepatah haram aqu tak paham..yang aqu paham tang "sory...sory..." pastu naega naega naega meonjeo nege nege nege ppajyeo... dah macam jampi je aqu dengar."

si polan : "wehhh ko tak suka dah la...tak payah nak kutuk-kutuk... macam ko tu bagus sangat.. "

aqu : "ha????.....huh!" *sepatah haram pun aqu tak sebut yang aqu bagus...dan bila zaman nye aqu kutuk????*

Senjak dari tu, aqu berhenti berbicara pasal k-pop... hati da jadi senipis kulit durian bawang.. kecut sume organ-organ dalaman aqu... *apa dosa ku...huhuhu*

nama dia be-pop dalam lawak kampus~
ade sesape minat?????
dan semalam...aqu tengok adik aqu donat download movie...

adik : "ohhh aqu belum tengok episod last 1 cite korea tu..."

aqu : "tak payah la cite-cite korea... jenuh la aqu tengok muka orang korea tu... tengok la hindi ke conan ke.."

adik : ..... -.- 

aqu : "wehhhh aqu still heran sampai sekarang... pehal orang suke sangat tengok cite korea... dah tu penyanyi pun nak korea jugak..."

adik : "ok la tu... k-pop doh.."

aqu : " -.- tu yang aqu tanye...pehal k-pop... bukan h-pop ke m-pop ke c-pop ke..."

adik : "mane aqu taw... jangan sesebut k-pop, orang malaysia nie sensitif... jadi isu besar tak pepasal kang..."

aqu : "......apekah????"
--------------------------------------------------------------------
Rata-rata yang telah aqu kaji berdasarkan dari follower dan blog -blog yang aqu penah terjah, memang banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang tepek gambor artis malaysia korea... kadang-kadang tu dengan gambor profile dia pun gambor artis korea jugak... sampai aqu jadi ikan keli keliru yang blog tu sape punya... tambah awsome bile taruk pulak lagu background k-pop tu.. maka nya haaaa taraaaa TERBAIKKKK, sampai aqu tertekan button mute please~ *maaf aqu memang buta double bahasa k-pop. jujur ikhlas dari hati!*

Yes yes yes aqu paham... tu minat memasing.. ikut suke diafragma memasing la nak kembang kecut pun... malaysia negara terbabas bebas, jadi ape hak aqu nak potpetpotpet pasai minat orang kan...

Tapi................... boleh tak bagi aqu paham... apakah punca nya k-pop nie di gilaiiiii ramai??? Sampai ade mengaku "he is my pakwe" *pastu setepek besau gambar mat korea*. Kalau tanye aqu... aqu rase hensem berganda lagi ashraf muslim.. nak kata kulit diaorang lembut licin, licin lagi kulit pisang... nak kata putih melepak, gebu lagi awan...nak kata suara tak de tandingan, shila amzah pun hebat sebab menang kat asian wave...

Cuma dalam dunia nie, sorang je makluk Allah yang pernah cakap kat aqu : "sape yang minat k-pop pasai artis tu hensem or cute tu sume tertipu... sebab diaorang tu sume kebanyakan nya buat pembedahan je.."


aqu da tenung 10 minit gambor mamat kat atas nie... yang dapat aqu pastikan, "hape yang buat korang minat nie...tolong lahhhhh!!!! aqu tak jumpe pape pun............"

So apa??? Apa punca nya???? tolong la tolong jelas kan...... *_*

p/s : aqu belum penah jumpe sorang pun blogger lelaki yang tepek artis k-pop kat blog diaorang.

-------------------------------------------------------------------
kadang-kadang pelik dengan sikap sebahagian manusia yang terlalu taksub dengan k-pop sampai artis yang mereka minati sikit pun tak boleh di kritik.. setaksub itukah anda pada agama anda??? adakah sebegitu juga anda berjuang mempertakankan nabi junjungan kita yang sekarang ini sewenang nya di perkotak katik kan?? sekadar renungan...k-pop itu tak kan di tanya oleh malaikat di "sana" nanti.. peace ^__^v

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
16 Comments

16 00 rajin nak comment:

Anisa Anuar said...

uihhh ada la blog laki penuh k-pop...saya dh jmpe ramai...minat ni...tak kire usia...layan aje...lantak pe org nk ckp...asal bahagia dan kacau org lain..kan?

Aimi Syahirah said...

Wow! Nice blog here! Jom view saya juga!=) http://www.aimisyahirah.com/2012/11/urban-street-winter-photoshooting.html

Dae Hyun said...

cause kpopis awesome ^^

Anonymous said...

sorry, cakap tak nak cari gaduh ke apa but cara you judge kpoppers ni macam agak tidak baik. perlu ke buat entry macam ni? baca dari ayat ke ayat, ada unsur mengutuk. maybe you tak sedar. orang selalu cakap, kalau tak suka, senyap tu lebih baik. well these are just my opinions. macam pendapat you dalam entry ni kan.

Anonymous said...

Everyone ada hak nak minat . You nak judge agak-agaklah . Ramai kpoppers kat Malaysia ni . Kalau you tak suka , better diam . Takkan kami nak letak pic Zed Zaidi as DP ? Gilaa eh ? Better letak pic Korean sebab boleh mengelakkan zina and kurang dosa . Lgpun , Islam tak penah marah org Muslim letak pic Korean kan ? You kata you ta mengutuk ? eh , you silap besar . Eh , siapa penyanyi kegemaran you ? I nak bash jugaa . Mesti best kan ?

Nurul AtiQah said...

Ada je blogger lelaki yg minat kpop -,- *penah jumpa*
Btw kpop awesome! sekadar minat dengan music & budaya diorg *in a good way* takde la smpai taksub. sekian :)

Anonymous said...

cume satu je nak cakap,,
once dah minat kpop,serius susah nak berhenti,,
walaupon aku tak la fanatik sangat sampaikan semua konsert2 diorang pon aku pergi(cume follow lagu2 je)..
tapi,dari segi drama korea yang pernah aku tengok,memang aku rase sangat lain daripada mana2 drama yang pernah aku tengok-tak kiralah drama bangsa ape pon..
ape2 pon,,minat semue orang berbeza..terpulanglah pada masing2 untuk menilai mana baik,mana buruk..jangan marah ye!!pendapat saye semata-mata..

*NO OFFENSE*
P/S:gune 'aku' lagi mesra kot..hehehe

Sya Syahirah said...

Saya ni minat jugaklah dengan korea.Kalau awak nak tahu kenapa, selalunya bagi perempuan2 yang kpopers ni, dorang minat sebab lelaki-lelaki korea ni comel dan hensem walaupun hanya disebabkan plastic surgery.Tapi,bukan bermakna mereka ni dah telampau taksub.Ada diantara kpopers yang masih tak lupa pada agama dan negara asal mereka.Mereka pun sbenarnya,ada crush tempatan jugak.Hehe

Kalau lelaki pulak, sebab dorang minat gigirl yang comel dan cantik dan huraiannya sama je macam atas tu.

bukan je minat paras rupa,tapi ada jugak kpopers yang sukakan lagu kpop sebab rentak dia memang best gila terutama lagu history-exo atau fantastic baby.Kalau tak faham apa maksud lirik lagu tu,kpopers akan cari romanizationnya.So...itu je.Ehek^^

zuramira said...

hum..sy lyn jgak korea tp xla minat fanatik sngt. aah, bg sy aaron aziz lg hensem. haha. :DD

Cik Fie said...

Jom Follow Blog Ni Kalau Sudi :)
http://mynameishafizah.blogspot.com/

Cik Yaya said...

yaya pon sgt pelik mengapakah mereka itu minat sgt dengan k-pop ini? apaka keistimewaan yg ade? mungkin lagu rancak yg menarik walaupon xpaham..atau lelaki2 kacak n wanita2 cntik yg menyanyi tu..walaupon mereka tahu kbnykan mereka mmbuat pmbedahan wajah??apakah????

Nurul Izzah Razaman said...

Ada jugak lelaki yg layan kpop, coursemate saya minat sgt dengan Big Bang especially GD. Siap suruh orang salun buat haircut yg sama utk dia, sekali tak jadi muahahahaha!

Anyway, try dengar lagu-lagu Big Bang, lagu Haru Haru la paling legend hehe. Semua orang ada minat masing-masing, minat pulak berbeza, memang susah nak paham kenapa orang tu minat lagu-lagu klasik kalau dia sendiri minat lagu black metal, *contoh..

No need to bash, atau perlekehkan minat orang. Nanti minat kita kena perlekeh sedih jugak.. hehe

Salam ziarah, first time singgah blog awak, entri best :)

Lissa said...

kawan lisa time kat matrik dulu minat gile kat kpop. kumpulan big bang tak silap kot. sampai kuar bawak headphone sbb nak dengar lagu die. lisa layan je.tp tak berapa minat sgt. skdr dengar skali dua ok lah. btw, rambut sma hitam, minat lain2. hehee

Suana Zhar said...

say "cool bebeh" kt sesape yang paham soalan aqu tuh ^^v

Shafiqqah Shafie said...

as for me,it depends on people.. ada orang kata hensem,and akan ada yang kata biasa je.. but i still think,if you don't like it, better keep it to yourself :) sebab maybe akan ada yang panas hati bila baca pandangan kita.. you can write as you wish but jangan rendah2kan minat orang lain.. As for myself,yes i love kpop.. but at the same time,i minat lagu2 english and malay jugak.. so,yeah ada org kata malas nak dengar kpop sebab xfaham,but i faham(sbb i ada belajar bahasa korea).. senang cerita,what do you think if ada orang cakap"eh macamana korang blh minat Shila Amzah(or you other fav artist)? dia tu gedik je aku tengok.. Dah banyak show dia aku tengok.." mesti you pun panas hati kan?

guyz iza said...

Thanks buat entery ni. Saya dah geledah blog yang boleh buat saya stop dari Kpop. Honestly, saya suka yang sentap. Kalau sentap, barulah syok nak tinggalkan benda lagha ni. Actually, benda ni ikut minat masing masing. Bagi saya, kalau dia islam. And kita ni Islam. Memang patut dia buat entry nih. Dia nasihat, bukannya kutuk. Saya tahu awak curios, kenapa eh ada peminat yang terlalu fanatik? Yep, sayalah tu orangnya. Siang malam dok puja benda tu je. Haih, saya pun tak tahu kenapa. Tapi lama kelamaan saya sedar saya tipu diri sendiri. Kat Akhirat nanti boleh ke kpop kpop tu semua dorong saya masuk syurga? Ke awal awal dah kena libas dekat kubur sebab tak jaga pandangan mata. Ngeri tau awak. Hidup ni tak lama. Mati tu bila bila. and bila tersedar tu, air mata saya turun tanpa saya sedari. Cuma yelah, bukan senang nak tinggalkan benda ni. So doakan saya gurls. Menjadi orang yang sentiasa menghambakan diri kepadaNya.