2 penyumbang pandangan

First Giveaway Who Is My Bestfriend by Najihah & Sarah

Assalamualaikum

http://3.bp.blogspot.com/-NKjapd39Kx0/ULWTLAtc8OI/AAAAAAAABzE/m2H53DgtAPE/s1600/Banner+First+Giveaway+Who+Is+My+Bestfriend.png

dapat minah saleh sebagai bini,
hari-hari kena speaking,
jom la meriahkan contest ini,
sambil-sambil kita berblogging.

sape owner blog sana?,
nampak orang nya kecik molek,
kawan-kawan tak payah la teka,
jenuh pulak nak mengodek.
jawapan : - nur atiqah-

berblogging sana berblogging sini,
terjumpa blog nur atiqah punya,
tak payah berbasi basi lagi,
cer bagi link blog nya.
jawapan : -http://nuratiqahnajihah.blogspot.com- 

dari tadi nur atiqah sahaja,
masih blur apa yang berlaku,
kenapa ramai terjah blog dia,
cuba bagi taw aku.
jawapan : - giveaway who is my bestfriend -

hooola siap pantun bagai aqu...hahhahah bukan senang nak tengok bakat terpendam yang gojes tu terselah..tuk special entry je bakat tu tetiba terkuar. *padahal kat sekolah dulu kalah pertanding berpantun =.=*

*
back to the topik*.

Sahabat?? bila cerita pasal sahabat, jawapan klise kita dapat "sahabat nie lain dari kawan ataupun teman. kawan nie mana-mana kita boleh dapat, teman tu kadang-kadang ada time kita suka je..kalau time duka tu kadang-kadang ada jugak menemani tapi mereka tak memahami..tapi sahabat nie orang yang selalu ada bila kita jatuh bangun suka or duka"...FULL STOP

so kalau nak masuk sume gambor sahabat, alamat entry nie buleh masuk book of record kerana kepanjangan nya..jadi aqu pilih sahabat yang terbaik dari yang terbaik... dan sahabat yang paling terbaik untuk aqu adalah..........SUAMI ku ^^


cinta bersemi antara kami,
di kuatkan dengan pemberian mahar,
syahrelzal mohd salleh nama suami,
aqu pula nur suhana azhar.

hoh nak kata lari dari tema la tuhhhhh...suami tu bukan sahabat???? ouchhhh sapa kata, nak kena sekeh??? sesape pun buleh jadi sahabat kita...even haiwan sekali pun..kadang-kadang manusia lebih suka berkawan dengan haiwan dari manusia.. manusia kan, macam-macam ada..macam astro!

sahabat ibarat teh susu...tanpa susu tak menjadi la teh susu...dan tanpa teh tinggal la hanya susu... tapi sesungguh nya teh o itu sedap *
ape kaitan tah la -.-*


mudir ke hulu dengan rakit,
bawak bekal masak kari,
nak cerita pasal kami sedikit,
kalau banyak takut masuk bakul angkat sendiri.

Aqu dengan suami bercinta tak sampai setahun... *memasing gatai nak kawen*. Sebenarnya kami kenal more than 1 year tapi masa tu buat hal masing-masing... kire memasing jual mahal, tak nak jual kat uptown nak harga pavillion..maka akibat nya *cehhh sadis bunyi* tamat je aqu paktikal kat tempat keje kitaorang dulu tu, kitaorang "menglost" kan contact. 

Tah macam mane hidup terasa sunyi, sepi bagai tiada cahaya lagi menerangi bumi selepas itu...*
extreme lebih!*. Akhir nya tanpa di duga kami kembali bertemu.... bak kata siti nurhaliza :

Demi cinta dalam hati mu
Ku yakin engkau untuk ku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali pada mu

Orang kata..."tak kenal maka tak cinta, tak bercinta mana nak kenal peribadi nya"... tapi kalau dah bercinta berkurun lama nya, habuk pun tarak payah jugak tu...maka nya "bercinta selepas berkahwin itu lebih indah nikmat nya" =)


makan roti dengan kaya,
sambil menunggu kapal berlayar,
cinta kasih teguh untuk nya,
terima kasih TUHAN yang menentukan segalanya.

Sesungguhnya Allah mencipta kan manusia itu berpasangan dan antara mereka saling melengkapi... sumpah! Hebat ciptaan tuhan itu...kita tak di lahirkan sempurna, tapi saling menyempurnakan. Aqu dan suami berperangai jauh beza nya... banyak perbezaan tapi masih ada persamaan nya.. itu kunci untuk kami saling memahami dan memerlukan..aku sayang dia. *pe hal aqu tetiba serius nie..*

Aqu petik pula kata-kata malique : 
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Akhir kata... 
satu jiwa dua hati,
itu lambang cinta sakti,
suami menjadi sahabat sejati,
semoga kekal ke syurga nanti...

sehebat mana pun seorang sahabat, dia masih tidak akan sempurna... maaf kan lah kesilapan nya, berterima kasih pada kehadiran nya.
A friend is someone who knows all about you and still loves you
syahrelzal mohd salleh, thanks sebab jadi sahabat terbaik untuk su..i love you!
sekian, yang ikhlas..nur suhana azhar.

nur atiqah owner contest ini, 
23/12/2012 tarikh akhir sertai,
syarat-syarat & terma telah di beri,
apa lagi jom join sekali.
tag : awak dan awak

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

n a j i h a h z a k a r i a said...

Ouh ! Ok , thanks yaw . Sori sbb tertinggal link . nanti sye masukkan :)

Nur Zafirah said...

aww,sweetnya akak ni..moga bahagia smpai ke syurga insyallah..anyway fira dah follow sini..kalau sudi jemput la singgah dan follow blog fira :)