2 penyumbang pandangan

kita asyik bertanya kenapa...

Assalamualaikum

Pernah dengar pepatah "marahkan nyamuk, kelambu di bakar"??

Ya, di sebabkan bilik aqu tak pakai kelambu, maka pagi tadi aqu asyik merungut nyamuk, nyamuk, nyamuk!! *nie la masalah bila manusia terlupa untuk bersyukur.. >.<
 
Ketika pada zaman universiti dulu, semasa tinggal di hostel..sering mendengar rungutan kekawan dari blok sebelah hanya kerana tiap tidur mereka asyik di temani nyamuk...aishhh untung ada nyamuk teman, aqu nie tidur sesorang je dulu..berselimut kan kain yang lusuh, bantal yang capuk, beralas katil yang usang..sesekali menangis sendiri megenangkan nasib diri yang sunyi.. *over di situ*

"banyak sangat nyamuk la, sampai aqu pun keliru ubat nyamuk tu habis sebab aqu sedut ke nyamuk"

"hahhahah pakai la yang letrik punya...tak yah sedut-sedut..kang ketagih payah"

"apesal la nyamuk di cipta, heran aqu"

sentap. "istifar weh...nyamuk je kot...jangan sampai hilang iman"

Ya, hanya nyamuk. Haiwan sekecil kacang soya yang baru ingin membesar. Apa yang ada pada nyamuk?

Sekecil-kecil nyamuk, namun besar nama nya.. Nyamuk merupakan antara haiwan yang di sebut dalam al-quran. Nyamuk pembawa penyakin?? Ya..betul.. Namun bukan hanya sebesar itu peranan nyamuk.. nyamuk bukan nya setakat tahu menyayi di telinga kita tapi melalui nyamuk juga ilmu di beri,  melalui nyamuk juga rezeki di beri..

Kurang mengerti mungkin? 

Kita sering berkata "kenapa nyamuk wujud, padahal untuk bawa penyakit je..". Itu kata-kata bila manusia  bercakap mengunakan akal yang berada di lutut. Lutut pun ada akal?? Ya...sebab akal dia dah jatuh dari kepala ke lutut..mungkin dengan cara tergolek atau tersungkur..~_~

Sebenar nya, tanpa kita sedar nyamuk datang seiring dengan ilmu dan rezeki. Cuba kira, sudah berapa ribu syarikat pengeluar ubat nyamuk untung gara-gara ubat/racun nyamuk yang di jual nya??? Dan jika tanpa nyamuk, bagaimana manusia boleh terfikir untuk membuat racun/ubat nyamuk?? bagaimana juga manusia boleh terfikir untuk membuat kelambu?? bukan kah itu rezeki dan ilmu yang datang nya dari kewujudan nyamuk?? Sudah nya nyamuk dapat apa??? nyamuk sudah mempertaruhkan nyawa mereka untuk kita sebagai manusia memperoleh rezeki dan ilmu...tapi kita masih menyalah kan mereka!! Masih hanya melihat keburukan mereka!! tidak kah malu dengan haiwan sekecil itu??? *over sangat aqu nie..dah macam presiden nyamuk sedunia je*

Aqu pernah terdengar sebuah cerita...aqu sendiri tak pasti mana datang nya cerita tersebut..adakah saudara nyamuk itu bercerita kepada manusia, atau nyamuk itu sendiri ada blog nya... cerita nya begini... :
 ----------------------------------------------------------
Suatu ketika di sebuah tempat, kelihatan seekor nyamuk yang tak berdaya.. sedangkan di sekeliling nya begitu ramai manusia yaang boleh di jadikan rezeki..

"Hai nyamuk, mengapa engkau kelihatan tidak berdaya??"
"Saya sangat lapar. Sudah lama tidak makan", jawab nyamuk
"Ha?? Bukankah di sekeliling mu begitu ramai manusia? Adakah engkau tak mampu menggigit lagi?"
"Aqu mampu, tapi aqu tidak mahu menggigit orang-orang ini"
"Kenapa wahai nyamuk??"
"Kerana mereka adalah orang-orang yang mendapat nafkah dari cara yang tidak halal. Aku takut makanan mereka itu menjadi sebahagian dari diri ku
--------------------------------------------------------
 Walaupun manusia itu di cipta dengan di beri akal pada mereka, namun kadang kala haiwan di lihat lebih bijak dan bersyukur dari manusia.

Satu lagi yang aqu tahu mengapa nyamuk di cipta kan adalah kerana "nyamuk di cipta untuk kita menampar diri sendiri"

 ^^ peace!


notatandatanya : kenapa kita tidak mahu bertanya "mengapa manusia di cipta, sedangkan manusia lagi banyak merosakan bumi dan alam"? - Kerana kita sering terlupa yang mana kita juga makhluk yang perlu untuk sentiasa bersyukur!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment: