2 penyumbang pandangan

sesekali pandang ke bawah

Assalamualaikum

" Kalau nak berjaya, contohi yang yang berada di atas..jangan merenung ke bawah. Kalau nak belajar bersyukur, renung yang di bawah jangan asyik mendongak ke atas. " - suanazhar

Habis tu nak mendongak ke merenung nie...pening la!!! Jawab nya..tengok depan takut terlanggar tiang, toleh ke belakang takut di langgar kereta...=.=

Haha ~__~ tak lawak pun kan?? tau dah..

Baik lah back to the topic..."melihat atas", bukan aqu maksud kan melihat TUHAN. ohhh jangan la beranggapan begitu..aqu bercerita tentang "MANUSIA".

Ada manusia duduk di langit kah??? Atau di bulan?? 

Jawapan nya...bila kita berpijak di bumi tuhan ini, perlu ada sikap memajukan diri dengan melihat orang yang sudah berjaya dan kaya tapi dalam kita terus melangkah mengejar harta dunia itu, sesekali pandang lah kepada mereka yang masih serba kekurangan agar kita tahu erti bersyukur dalam apa yang kita sudah miliki.

Kata-kata orang "tengok orang tu kaya, mewah..semua benda dia ada..petik jari je, semua dapat..itulah kuasa duit", tapi kadang-kala kita tak tahu..mereka yang masih kekurangan harta dunia itu lebih bahagia kerana memiliki harta akhirat. 

maka nya di atas atau bawah pun kita...kita masih saling memerlukan dan perlu mengigati.



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

Adriana said...

yg penting kita kena sentiasa merendah diri

Suue said...

U had been tagged :D

http://a-awesomee.blogspot.com/2012/12/cik-lyeens-giveaway.html