0 penyumbang pandangan

takutlah pada doa dia..

Assalamualaikum

Kerana di aniaya.  kerana di zalimi. mereka berdoa....

Kadang-kadang kita tak sedar...dalam rutin harian kita, tiba-tiba ada yang tak semena terasa dengan sikap kita..dan kadang-kadang mereka terasa teraniaya walau pun isu nya hanya sekecik kacang soya. 

*kecik kau cakap kalau dah tengah jem teruk beratur berjam-jam tapi kau sedap-sedap memotong guna line kecemasan. OMG! Biadap you!..memang kena sumpah seranah la jawab nya.. buat nya sepanjang jalan kau memotong tu manusia menyumpah, tak ke haru hidup ko~*

Sekecil mana pun ia, namun yang berdoa tetap menjadi doa..yang menyumpah tetap di sumpah. 

Dan kepada yang melaku kan nya...pedih menanggung azab hanya di sebabkan sepotong doa.
  "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya".
(Riwayat Ahmad)

"Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya)". 
(Riwayat Ahmad)

Tapi kadang-kadang satu ketika nya, tanpa kita sedar kita sendiri telah melupai orang yang pernah menganiaya kita, mungkin kerana sikap kita yang mudah terlupa atau pelupa atau malas untuk mengigat..atau kita sendiri akan di jemput ajal menemui ilahi terlebih dahulu. Namun jangan kita lupa, doa yang pernah di lafaz akan tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim..meragut kebahagiaan, ketenteraman hidup dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Dan pada ketika itu mungkin si zalim mula terpinga dan tertanya "apa salah aqu?", "apa dosa aqu sampai macam nie ujian yang Allah bagi"...saat itu dia mula menyalah kan takdir ilahi. Sedangkan dia sebenarnya terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, walau di dunia dan akhirat sana.  



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: