3 penyumbang pandangan

tentang nelayan..

Assalamualaikum

Pernah aqu mendengar satu cerita..tapi entah benar entah tidak, aqu tak pasti.. tapi pengajaran nya membuah kan erti.

Cuba bezakan...ada dua orang nelayan, seorang beragama islam yang teguh iman nya dan seorang lagi kafir. Suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Berlainan pula dengan nelayan beragama islam itu.. Apabila menebar jalanya, dia menyebut nama Allah. 

Di penghujung hari waktu senja, si kafir pulang dengan tangkapan yang banyak, dia berasa bangga..namun tidak bagi nelayan beragama islam itu, dia pulang dengan tangan kosong..tiada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Dia masih bersabar dan redha dengan ujian Allah itu.

Melihat keadaan itu, Malaikat berasa simpati lalu pergi mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat itu sebuah tempat di syurga yang disediakan oleh Nya untuk nelayan yang masih kuat iman nya itu. Lalu berkata malaikat “Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah.

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat “Alangkah malang nasib si kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam.”.


Kadang kala bila kita buat sesuatu dan tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan nya, jangan lah kita mengeluh..sesungguh nya ada hikmah di sebalik nya. ^^ 




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
3 Comments

3 00 rajin nak comment:

~didiey~ said...

alhamdulillah..terlalu byk nikmat yg kita dpt semasa di bumi Allah ni :)

psst~ thanx atas pendapat suana dlm entry 'couple' tu..didiey hargai sgt. sekurang2 nya blog ni dijadikan tempat kita berkongsi pendapat & ilmu. wallahualam :)

~didiey~ said...

suana, boleh share tentang zina kecil yg suana maksudkan?? sbb suana bg contoh msg yg berlebihan..

didiey nak tahu,apa maksud msg yg berlebihan tu. dan apa lg zina2 kecil ye..hope blh share =)

noor liyana said...

nikmat allah ada dimana2..rezeki yg allah bagi setimpal dgn usaha kita..wlupon nelayan tu dpt skit mungkin tuhan bagi rezeki dlm bentuk lain kat dia..wallahualam