0 penyumbang pandangan

MENJADI ISTERI PESONA

Assalamualaikum


 

Ouchh gambar siket punye romentik~ Angkat tangan sapa nak jadi isteri???? Angkat kaki sapa nak isteri??? Ok tak payah nak jadi sengal sangat tetiba angkat tangan kaki depan PC, cukup sekadar senyuman gatai indah yang terukir di bibir... Sape tak nak kawen kan.. 

Tapi...sekadar isteri je tak cukup.. orang kata "alang-alang kawen sekali seumur hidup, tak dapat yang sempurna pun dapat yang ala-ala nak sempurna pun dah ok..." (opsss bagi yang tak de plan nak kawen lebih dari satu~). Cerewet???? Ohhh harus la.. kenape?? Hey hey you you kita nak hidup bersama sepanjang hayat, mesti perlu cerewet dalam memilih.. kang kalau tak bahagia, kita jugak yang tenggung bahana nye~

So isteri solehah... Ohhh yang khatam al-quran 8 kali, hafaz 30 juzuk al-quran, fasih bahasa arab... Erkkk damn! Tu bukan isteri solehah... tu muslimat sejati -.- Tapi kalau ade sume tu kat calon or isteri korang, sila bangga sekejap dengan diri sendiri sebab korang berjodoh dengan nya ^.^ 

Ok bile dengar je isteri solehah, dah cukup tuk menjadikan orang-orang sekeliling berangapan bahawa "untung suami dia, mesti bahagia!". Tapi celah pelusuk dunia mane nak cari isteri solehah pada zaman sekarang nie???? Ade lagi ke?? Ada lagi ke wanita yang terjaga auratnya dari hujung rambut ke kuku kaki?? Masih ada lagi ke wanita yang terjaga suaranya dari teralun ke gegendang para mahram nya??? Wujud lagikah wanita yang tidak mahu memperdagang kecantikan nya untuk tontonan umum??? (erm..tepuk dinding tanya la..kalau dinding tu jawab -.-)

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Isteri-isteri kalian yang termasuk penghuni syurga ialah yang penuh kasih sayang, banyak anak, suka kepada suaminya; jika ia marah kepada suaminya, ia akan datang kepadanya sambil meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak dapat memejamkan mataku hingga engkau redha".” 
Hadith riwayat Al-Baghawi dalam As-Silsilah Ash Shahihah

Sume nak hidup bahagia berumahtangga... mane ade orang berumahtangga sebab nak cari geng tuk bertekak tiap-tiap hari kan.. Mesti nak bermanja-manja, bersayang-sayang, berkongsi-kongsi suka duka, berguling-guling.. guling-guling???? erk..abaikan~

Tapi zaman sekarang nie, kalau toleh kiri je terdengar la "abang i nak yang nie taw, abang ikut je la..abang pilih tak cantik".. tu part pilih baju, kalau part nak makan, "ish abang nie tak de cita rasa la, asyik makanan kampung je..orang kampung betul!". Buleh di kata semua keputusan kat tangan isteri je.. yang suami tukang angguk je la kuasa nya. Tu belum kes merajuk 7 hari 7 malam semata-mata suami tersalah beli kicap tamin dengan kicap jalen. -.- over merajuknye~

So makin hari makin moden, makin tinggi bangunan, makin pesat pembangunan, makin bertaraf hujung mata je la para wanita memandang tanggungjawab sebagai isteri.. Pemikiran maoden sekarang, isteri tanggungjawabnya ialah..... berpakaian cantik/seksi di khalyak ramai untuk menujukan pada orang ramai bahawa ANDA SEORANG ISTERI YANG SEKSI DAN ANGGUN~ dan tanggungjawab kedua ialah... berkerja siang malam bergaji tinggi agar orang ramai berbangga melihat anda menjadi isteri yang berkerjaya tapi hampeh hal rumahtangga. Kenape hampeh??? sebab bile tang memasak, mengemas umah, mendidik anak sume di antor + suruh orang lain... jadi bagaimanakah anda di gelar isteri yang hebat sedangkan hal rumahtangga di urus wanita lain???? bagaimana anda di gelar isteri solehah andainya anda kelihatan seksi untuk semua lelaki??

Belum kes mulut sang isteri yang macam peluru yang tak berpandu... bebelan terus menerus macam hujan yang bukan sekadar gerimis tapi siap petir sambar menyambar. Buny petir pun da cukup mengerunkan kita, ape lagi bebelan yang dah konfem-konfem mampu menaik kan kesabaran ke tahap yang amat memberangsangkan. Tahniah kepada para suami yanng mampu bertahan dengan bebelan isteri... anda lelaki HEBAT! cewahhhh~ 


Saidatina Aisyah berkata: “Wahai kaum wanita, seandainya kalian mengetahui hak-hak suami atas diri kalian, nescaya salah seorang dari kalian akan mengusap debu dari kedua kaki suaminya dengan pipinya.”

HR Ibnu Majah, Shahih At-Targhib wa At- Tarhib.


Ha cuak.... nak taw la tu camne nak jadi isteri solehah..nak insaf la tu...hahhahahha (gelak jahat) Okai la... sebenarnya kalau pikir-pikir ikut logik + ilmu-ilmu yang di ajor pak pak uztaz, banyak yang dah kita taw, cuma tak amal je.. so nie antara idea-idea yang dia (incik relzal, as my love) ciplak dari facebook.. selamat beramal~



  • TAATLAH DIRINYA DALAM PERKARA KEBAIKAN! Ok take note!! Cuma perkara kebaikan!!!! Bukan nye suami suh pakai baju ala-ala lady gaga kat tempat umum pun korang taat, semata-mata nak pegang prinsip "taat pada suami". -.- 
  • BERSABAR! Orang kata..."ahhhhh tak adil!!! Asyik isteri je kena sabar..yang laki buleh pulak asyik jadi the hulk!!!". Tu la kelebihan sang suami... dia boleh jadi the hulk, yang isteri hanya mampu menikus kan diri anda~ Tapi dalam kelebihan tu la sebenarnya menunjukan kelemahan mereka.. dan dalam kekurangan sang isteri tu la yang menunjukan kehebatan mereka. Kenape??? Kerana..walaupun suami berhak meninggi suara namun dia kelihatan kelemahan mereka kerana tak mampu bersabar. Dan untuk para isteri, walaupun hanya mampu menikuskan diri ala-ala comel gitu tapi itu lah kelebihan nya! Kesabaran itu tersimpul kasih sayang di dalam nya :) So dengan kelebihan yang Allah kurnia kan pada sang isteri, gunakanlah kelembutan kesopanan dan kesusilaan anda untuk menyabarkan si suami ;)
  • BIJAK KENDALIKAN KONFLIK! Konflik?? Sure-sure sume rumahtangga sesekali di lambung ombak.. kadang-kadang ombak sunami, kadang-kadang ombak sepoi-sepoi angin mungkin.. Tapi bukan itu persoalannya, lumrah berumahtangga la kan.. kata orang, lidahkan lagi tergigit nie pulak suami isteri..tak kan tergigit je kot..opsss over! Ok, berbalik pada isu bijak mengendali konflik.. sebenarnya macam yang semua taw, hal rumahtangga kan tak perlu la di jaja sana sini macam jual nasi lemak pulak! cukup la suami isteri yang tahu, selesaikan bersama.. buat musyawarah.. kalau perlu bentang tikar dalam bilik tu, buat kopi 3 4 teko dan bincang! Cari penyelesaian.. tak payah la sorang dok bawak diri ke utara sorang bawak diri ke selatan.. tapi last-last bertemu juga sebab bumi nie sfera.hahhahah (abaikan ayat last tu -.-")

Banyak je lagi benda sebenarnya... tapi bagi aqu simple je.. bertolak ansur, memahami dan percaya... cukup! Dalam rumahtangga ade asam garamnye..tapi kadang kadang perlu jugak gula, kicap dan peria~ ;p

 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

simpan vs buang

Assalamualaikum

"macam mane aqu nak lupa kan semua kenangan dengan dia dulu????"... 
"senang je... buang semua pemberian or pape yang berkaitan dengan dia dari hidup kau!"

Erm... bila difikir-fikirkan, agak kejam bila kita bertindak melupakan sesorang yang pernah mengajar kita berbagai erti  dalam hidup nie (macam putus cinta bunyi nye~). Tapi.. macam orang kata "kita hanya mampu merancang dan takdir yang menentukan".. Kadang-kadang kita dah cuba yang terbaik, tapi kenapa kesudahan nya tetap tak berpihak pada kita.. Jadi salah takdir kah??? 

Tidak kira la kawan baik ke, kekasih ke kakak or abang angkat ke...sumenya sama, kadang-kadang kerana hal yang tak seberapa mampu memusnahkan bertaun-tahun hubungan yang terbina. Ohh bagi aqu mudah, mengenali seseorang bukan bermakna kita memilikinya, tapi untuk kita berkongsi rasa bersamanya.. bila kita dah cuba menjadi yang terbaik, namun bila satu ketika dia tetap bertindak menjauh dari kita,... maka kita perlu sedar yang sudah tiba saatnya dia bukan lagi teman untuk kita berkongsi segalanya.. Jangan salahkan takdir, jangan salah kan waktu.. tapi lumrah kejadian yang hati manusia mudah berbolak balik.. bertukar ganti mencari kebahagiaan. (bersikap cool la dalam menagani masalah ini.. ~.~)

So bile tuan badan nye pun dah jauhkan diri, tak kan nak simpan lagi barang-barang dia bagi???? Ahhh bagi aqu nie pun mudah... simpan kalau korang rase bernilai or sedekahkan pada sesiapa kalau korang rasa mampu mengundang pahala.. ape nak pening~ Sayang???? Erm kalau sayang simpan la.. Benci??? Ok kalau benci bagi la orang lain.. 

Aqu faham yang kadang-kadang kita rasa sayang nak buang sesuatu barang tu, bukan sebab nilai nya tapi sebab "value kenangan" nya.. tapi kenangan tetap kenangan.. kenangan tak kan mampu kita ulang semula, tapi hanya mampu kita simpan. So terpulang pada korang sama ada nak simpan kenangan tu hanya dalam kepala or pada barang-barang.. 

"hargailah selagi ia masih ada"

lagu penambah feeling~ sekian

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

dengar aqu nasihat!!!

Assalamualaikum



Ketahuilah bahawa mereka yang sentiasa menegurmu apabila nampak kesalahan yang kamu lakukan di sisi syarak itulah sahabatmu dunia akhirat.. Dan bukannya mereka yang mencari kesalahan-kesalahan dan aib-aibmu..



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

check saman oiii~

Assalamualaikum

Dasat mimpi aqu malam tadi.. sampai terbawa ke alam realiti! Aqu mimpi pe??? Ha aqu mimpi sorang mamat polis nie saman aqu sebab aqu bawak kereta melebihi had..hahhahah (tah hape-hape mimpi -.-) 

Tapi ape yang aqu pasti, tangan aqu terasa sangat gatai plus gian nak pegang stereng, nak drift! Huwaaaaaa lame gile aqu tinggal kan bidang tu~  (sume mat rizal tu punye pasai...pasrah jap)

So di sebab aqu termimpi benda tu, pagi-pagi aqu da bukak lappy kesayangan nak check saman la konon, kalau korang nak check jugak gi sini ---> KLIK SINI

so korang akan masuk ke sini (lepas log in sume la kan)... 
PERINGATAN!! : yang tak de lesen jangan menyemak kan diri. sekian~

 so pilih ler check saman tu~ maka kuar la nie pulak...

Maka dapat la result nye.. dan aqu pun bersorak horrrryyyyyyyyy~~~~ TAK de saman lerrrrr~ ajaib~


p/s : tq incik polis yang menjelma dalam mimpi saya tu, anda sangat hensem..hohoi

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

ikut sunnah kan best~

Assalamualaikum


Perhhhh bersarang blog aqu~ Maaf semua kawan-kawan / peminat, aqu sangat sibuk seminggu nie..sangat sibuk akhir-akhir nie.. maklum la saya sibuk sangat dekat sini     -->  Jemput singgah (hohoi aqu bg 10% diskaun klu korang datang, mai2~ asal kan pekenalkan diri kt aqu je sebagai follower)

So dalam kesibukan aqu menguruskan sume tu, sempat jugak aqu bukak email pagi tadi.. sorang kawan aqu nie email kat aqu benda nie..

---> 

*p/s : Thanks cik liya~ Sangat sayang sama kamu cik liya~ Sempat jugak mengingat kan aqu kan


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

sakitnya...

Assalamualaikum

Masa lalu mengajar kita erti hidup.. Ya, erti menjadi seorang yang lebih berguna, seorang yang tahu menghargai dan seorang yang lebih MATANG dalam tiap perkara. Tapi tanpa kita sedar, masa lalu kita tu ada "antara" nya menyebab kan kita sakit untuk melalui kehidupan sekarang.

Sebab tu adanya kata-kata " berfikir dahulu sebelum bertindak" kerana "jika nasi sudah menjadi bubur" tak guna kita sesali. Kesilapan kita hari nie, mungkin menyebabkan hari esok kita sensara.. dan mungkin tanpa kita sedar, turut menyebabkan orang yang menyayangi kita terkena tempiasnya. Hanya manusia ego yang tidak memikirkan semua itu!

Betul.. jangan menghukum seseorang hanya kerana masa lalunya.. bukan masa lalu yang menentukan siapa kita hari nie. Tapi kita jangan lupe, masa lalu itu turut ada bahangnya. Jangan salahkan mereka jika kita masih terus dihukum kerananya. Itu harga yang perlu kita bayar kerana pernah mengabaikan akal anugerah Pencipta.


p/s : kenangan lalu incik terlalu sakit untuk saya lalui, walaupun saya dah cuba dengan senyuman.. please God, i need billion more smilesssssssss.... ^__________________^

 jumpe lagu nie dalam facebook tadi. lallalalla

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

Butik El Humaira

Assalamualaikum




 Lokasi : Unit 40-G, Platinum walk, No.2 Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak 53300 Kuala Lumpur.


Jenis product








sebarang pertanyaan hubungi : 013-4261004 (sue)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

perlu memilih~

Assalamualaikum

*tiada kata-kata...cuma..


sekian~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

final destination "last episod"

Assalamualaikum 

(klik picture untuk lebih jelas ^_^ )

p/s : al-fatihah tuk cikgu mahani, luv u mom! thanks 4 everything... 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)