0 penyumbang pandangan

renungan bersama ^.^

Assalamualaikum

" Bila engkau memandang segalanya datang dari TUHAN mu.. yang menciptakan segalanya.. yang memberi ujian..yang menguji kesabaran mu..yang menjadikan sakit hatimu.. yang membuatkan keinginan mu terhalang.. pasti damai hatimu, kerana mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala sesuatu yang sia-sia.."

bukan Allah tidak peduli deritanya hidup mu.. bukan Allah tidak tahu retaknya hati mu..tapi kerana Dia tahu, hati yang di uji sebegitu lah yang lebih lunak dan mudah untuk dekat pada Nya..

itu lah tanda kasih ALLAH pada kita...

uhibbuki fillah... ^.^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

air kosong vs cakap kosong~

Assalamualaikum


Perhhhh memang sedap meneguk air kosong sejuk tengah-tengah hari yang panas di simbahi cahaya matahari ni... (ayat BM yang sungguh TERUK!). Erk... wait da minute... air kosong sejuk or air sejuk or air yang di sejuk kan??? Erghh wateva! 


Tapi... sebenarnya aqu bukan nak cite pasal air kosong, tapi cakap kosong. Kenape di panggil cakap kosong??? Dah cakap tapi kosong lak... Baik lah tu di panggil simpulan bahasa, yang bermaksud bercakap sesuatu yang tak mendatangkan kebaikan or sembang saje-saje la bahasa mudah... maka kalau makan tak mendatangkan kekenyangan di simpulan bahasakan sebagai makan kosong ~.~ apekah??? 

So ble kita bercakap bercakap dan bercakap....tanpa sedar kata-kata tu mampu membuat orang lain terasa bahangnya walau gurauan nada suara. Bak kata orang.. mulut sangat berbisa, kadang kala kata-kata tu lebih tajam dari pisau.. terhiris tak kelihatan, tapi parut terkesan. 

Bercakap tanpa berfikir, ibarat cuba menonjolkan kehebatan diri tapi kebodohan sendiri yag terbukti. Menuduh tanpa bukti, ibarat cuba menegakan tali tapi terjerut di leher sendiri. Mudah...kalau tak tahu, adalah lebih baik berdiam diri dari masing-masing cuba menari di atas lantai yang berduri.. 

Apa yang aqu tahu, setiap fitnah itu memerlukan kemaafan sebagai penebusnya.. dan setiap kemaafan itu, memerlukan keikhlasan untuk melakukan nya.

"Barangsiapa yang berbuat aib, maka dosa itu di atasnya"


Kan ke elok kalau bersembang pasal doremon ke usop sontorian ke keluang man ke.... ^. ~ tak pun kalau nak bertarbiah siket, cite la pasal imam muda ke ustazah pilihan ke..

 



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

ribuan terima kasih~

Assalamualaikum

Perhhhhh berhabuk blog aqu~ sekian lama aqu menyepikan diri mencari arah tujuan hidup, akhir nya aqu kembali bersama serpihan-serpihan semangat... (-.-) ape yang aqu repek kan~ sebenarnya kesibukan melanda diri semenjak 2 menjak 3 menjak 4 menjak ni... 

Ok put ur hand up sape yang gi hari kraf kebangsaan kat kraftangan hari tu???? Gud!!! saya selaku TIADA kena mengena dengan Kraftangan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir~ dan.... saya selaku wakil dari El Humaira mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memborong/ menyopingkan diri/ melaburkan duit membeli produk kami.. jasa baik anda memenuhkan poket kami, amat la kami sanjungi ^.^

So sempena hari raye nak menjelang lagi 4 bulan ni.. jemput la datang ye ^.~



*duit masuk, maka shoping la~ nantikan entry seterusnya pe pulak barang-barang yang dah aqu menyopingkan

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

enough = cukup

 


Saya gembira menjadi sebahagian dari hidup awak,
tapi mungkin saya lebih bahagia bila saya bukan siapa-siapa dengan awak ^.^


* mood = cuba mengembira kan hati dengan air laici 2 cawan -.-

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)