2 penyumbang pandangan

sikap semulajadi wanita...

Assalamualaikum

Saidina Umar Al-Khattab... khalifah unggul di zaman pemerintahan islam suatu ketika dulu...terkenal dengan sikap garang dan tegas nya.. namun sikap nya terhadap isteri nya sangat lah berbeza..


Suatu ketika, terdapat sepasang suami isteri yang sering bertengkar, berpunca dari tabiat si isteri yang terlalu kuat membebel terhadap suaminya. Sehinggakan si suami tidak dapat menahan kesabaran mendengar leteran si isteri saban hari.. 



Lalu pada suatu hari, si suami merasakan keadaan rumah tangga mereka sudah tidak aman lagi, dan si suami memutuskan untuk berjumpa Khalifah Umar dengan niat untuk mengadu kelakuan isterinya kepada Khalifah Umar.


Setibanya dia dia rumah Khalifah Umar, si suami tadi mendengar suara isteri Khalifah Umar sedang membebel kepada beliau. Tetapi tidak pula kedengaran suara Khalifah Umar menjawab. Bila mendapati isteri Khalifah Umar pun mempunyai tabiat yang sama, dan memikirkan Khalifah Umar yg mengalami nasib yang serupa, maka si suami membatalkan saja hasratnya untuk bertemu Khalifah Umar.


Ketika si suami berpaling untuk pulang, tiba-tiba Khalifah Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"


Lalu si suami menjawab, "Tujuan aku ke mari sebenarnya ingin mengadukan keburukan isteriku kepadamu. Dia selalu berleter kepadaku. Tetapi aku mendengar isterimu juga bersikap demikian, maka aku mengambil keputusan untuk pulang saja".


Mendengar jawapan dari si suami itu Khalifah Umar tersenyum lalu menjawab, "Wahai saudara! Tidak patut sekiranya aku tidak bersabar dengan kerenahnya. Sesungguhnya aku menahan diri terhadap sikapnya itu kerana dia ada hak keatas diri ku. Dialah yang memasakkan makananku, memasak roti untukku, membasuh pakaianku, menyusukan anak-anakku, padahal semuanya itu bukan kewajipannya. Selain daripada itu, hatiku menjadi tenteram dengannya daripada perbuatan haram. Itulah sebabnya aku sanggup bersabar atas sikapnya itu"


"Wahai Amirul Mukminin, demikian juga lah isteri ku" balas lelaki tadi.


Sayyidina menambah, "Wahai saudara, bersabarlah atas sikap isterimu itu kerana ia hanya sebentar sahaja".


p/s : saya seorang yang kuat membebel~lalallalalalallal ^____^




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

tentang kaabah

Assalamualaikum

Kabaah ke kaaba ke tak kisah la... mane-mana yang sesuai la, yang penting merujuk pada ni.. 

Orang kata kenape kita kena sujud sembah kaabah tu??? Bukan syirik ke hukum nye??? Kata di larang menyembah makhluk lain selain Allah.. 

Betul kan pemahaman kita... jika tidak, terpesong akidah kita nanti..

Bukan menyembah kaabah itu yang kita lakukan... tapi kaabah itu umpama simbolik bagi umat islam bersatu... Kenape aqu kata macam tu??? Baik la... cuba kita fikir... setiap umat islam yang ingin solat perlu la mencari arah/kedudukan kaabah sebagai tanda untuk di arah sujud... jadi jika Allah tidak menetapkan kaabah sebagai arah umat islam bersujud, maka nya hiruk pikuk la jemaah sebab berebut nak pilih arah masing-masing...

Dan kedua nya... Allah bukan menyuruh kita menyembah kaabah.. bukti nya??? bukti nya jika kita ingin solat di dalam kapal terbang... sudah semestinya kaabah di bawah bukan??? Maka nya pernah ke anda terjumpa di dalam Al-quran yang kita perlu tunduk ke bawah mencari arah kaabah itu??? Tidak bukan... kerana apa??? Kerana Allah itu ada di mana-mana...

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

2+2=5

Assalamualaikum
Cikgu sekolah mane yang mengajar equation tu???? Ahhhh garu kepala macam ni...

Ape maksud nye 2+2=5????

Erm....

..............

Ha! Aqu da faham...

2+2=5.... satu equation math yang mungkin sukar di terima akal... tapi satu equation sikap yang sangat tepat!

Equation sikap???? Wujud ke benda tu??? Ahhhh tanda-tanda math dapat F agaknya aqu nie??? Ape sebenar maksud equation sikap tu????

2+2=5 menggambarkan sikap membuta tuli menerima sesuatu! Tak faham?? Simple...sangat simple..

Contoh : Pihak A menceritakan sesuatu perkara terhadap pihak B berkenaan pihak C, or dengan kata lain mengumpat! Dan... pihak B hanya menerima dan mengiakan ape yang pihak A katakan, tanpa mencari kebenaran nya...

2+2=5 mengajar kita supaya tak menjadi robot!

p/s : pikir-pikir la, dalam diri kita ada tak sikap menerima 2+2=5 tu...

sampai kapan kamu...
sering menyalahi hatiku.. 
tak pernah kau tahu..
begitu sakitnya aqu..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

balik2 isu duit~

Assalamualaikum
Isu kefahaman mencari harta di kalangan suami isteri sekarang memang isu besau la..kadang-kadang jadi pegaduhan pulak.. heran aqu~ masalah boleh settle babe... isu kecil, jangan gaduh-gaduh la... begegar kepala aqu nie dengar suara korang bertekak, hilang focus aqu nak main game..
Kalau dah pikir punya pikir guna akal manusia tu susah sangat nak sattle, maka berbalik la pada peraturan alam.. lumrah ciptaan manusia.. fitrah kejadian suami isteri..(ape aqu merepek tah.. =.=) Tapi betul kata orang, manusia nie memang di jadikan pelupa, sombong.. kalau senang lupa Pencipta, time susah baru kusyuk tawaduk sujud menyembah Nya.

Maka setelah aqu bebel panjang tu, ape kesudahan masalah tu?? haaaa belum settle kan??? sebab??? sebab aqu membebel tah hape-hape dari tadi.. so ape penyelesaian nya??? bebalik kita pada 1 surah al-baqarah ayat 240 "Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Hey hey hey suhana!!! tu untuk para suami yang nazak la...... Helo helo helo para-para sakura sekalian, fahamilah yang ayat itu bukan di turun kan untuk para suami yang hampir nazak...tapi pada semua yang bergelar suami! Bukak akal tu..kopek-kopek kan isi pemikiran tu faham ayat nie... tu tandanya sayang nya Allah pada wanita... abis tu Allah tak sayang la para-para lelaki???? (para-para lelaki???? -.-) Ohhhh sesuangguh nya anda bersifat tidak berfikir jika anda berkata sedemikian...kenape kata camtu??? sebab...
Allah menghadiah kan suami dengan hadiah paling berharga iaitu isteri.. bukan hadiah untuk di buat perhiasan, tapi untuk di bentuk di ukir dan di olah...bukan dengan menggunakan mesin mahupun tukul dan pahat, tapi menggunakan 9 akal lelaki yang di kurniakan oleh Nya.. tanda kedua kasih sayang Allah ialah, Dia menganugerahkan lelaki kelebihan dari segi kekuatan mental dan fizikal, maka itu la sebab tanggungjawab lebih berat perlu di pikul oleh seorang lelaki. Contoh aqu beri: sebuah kotak yang sangat berat perlu di angkat dan di pindah kan...seorang lelaki dan wanita di tugas kan untuk melakukan nya... Maka secara logik kalian, pasti nya lelaki itu berasa malu jika membiarkan wanita itu bersendirian mengangkat nya bukan??? (melainkan ada gangguan mental dan rohani pada otak lelaki itu =.=) Dan sekiranya wanita itu secara sukarela ingin tetap membantu nya, maka itu lebih memudah kan bukan?? ^_^ Jadi dalam isu kotak pun terasa malu, tak kan la tak terasa malu biarkan isteri sesorang cari nafkah keluarga??? Ayah pin punya ajaran ke ko guna??? (ayah pin jugak yang dipersalahkan, kesian...) sedang kan..


"Setiap sen yang diperolehi wanita dalam Islam adalah miliknya sendiri. Si suami tiada hak ke atas harta wanita tersebut melainkan wanita itu sendiri yang memberikan kepadanya atas dasar saguhati. Tetapi nafkah dan harta yang dikumpul oleh si suami dalam Islam sebahagian daripadanya merupakan hak yang perlu diberikan kepada isterinya. Jika suami itu bakhil, si isteri itu mempunyai hak untuk mengambil tanpa pengetahuan suaminya wang sekadar keperluan asasnya dari harta dan wang yang disimpan oleh suaminya dan ini tidak dikira sebagai mencuri"


Maka nya...permasalahan ekonomi keluarga ini bukan di atas bahu si isteri untuk memikulnya, itu semua di atas tanggungjawab suami. Kalau pendapatannya sikit, maka usaha perlu dilakukannya dengan lebih gigih untuk melipatgandakan pendapatan. Bukan dengan menyuruh si isteri keluar bekerja dan kemudian mengharapkan si isteri dalam masa yang sama menjadi seorang ibu mithali. Lelaki-lelaki sebegini, ada yang tak kena dengan iman mereka. Kecualilah jika si isteri itu sendiri yang menawarkan diri untuk membantu di atas kerelaannya bukan di atas paksaan.....~




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

klinik ibu dan anak ^_^

Assalamualaikum


Hari nie aqu busy sikit... sila jangan kacau ye.. ^___^ busy kenape??? Ala... biase la, suana kan...tak busy pun di kata busy.. sibuk tolong PM pikir masalah negara yang semakin meruncing dengan gejala "hidup sendiri-sendiri, kubur sendiri-sendiri, aqu punya suka la nak buat hape"... 

Hari nie aqu kena pegi sini...


Ahhhhh seram~ Kenape aqu kena gi klinik ibu & anak???? Ya, itu persoalan nye.... aqu kesana untuk mengambil suntikan RUBELLA.. yeahhh rubella... suke nye nak ambik suntikan suke nyeeeeeee (doktor, sila la jangan guna jarum besau-besau.... pleaseeeeeeeeeeeee)

Bila di kaji-kaji apakah rubella itu.... da aqu mendapati ini :
Kau faham??? Aqu pun tak paham....hhahahahha..Yang aqu paham, aqu kena ambik... kenape??? sebab laki aqu suruh... kenape dia suruh??? Sebab untuk kesihatan anak yang lahir nanti... kenape kesihatan??? Tak payah pikir... yang kena taw, kalau sayang anak, pi je la ambik tak payah banyak cerita =.= (runsing pikir jarum hape doktor tu nak pakai, sakit jiwa aqu kalau bab doktor ubat jarum bagai nie... alahai ape la nasib~)

p/s : doktor yang di sayangi, saya sayang anda! buat la jadi tak sakit ye nanti, janji ye....^___^


anak ibu lahir sihat-sihat ye, nanti boleh teman papa gi mancing
hahai~ gatai~allalalalalal

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

berkahwin lah~

Assalamualaikum


En.wazir : suha bila nak kawen ni?
Aqu : em...hehehhe (tersenyum gatal)
En.wazir : abang tanye betul-betul la...
Aqu : entah la... (tetiba malas nak layan)
En.wazir : suha taw.. "Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia MUDA, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku" (HR . Ibnu 'Addi)
Aqu : erk....

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

bERUbah

Assalamualaikum


BERUBAH. ke arah kebaikan or sebaliknya? Terpulang pada hati untuk mencarinya, memanipulasi dan menghipotesiskan nya. Namun tiap satu itu memerlukan kekuatan dan tanggungjawab, sama ada berubah dalam terpaksa atau rela. Apa yang di harap, tiap perubahan membawa kebaikan.

Cari lah kemanisan di sebalik kepaksaan itu... tersenyum lah walau terasa itu masih belum diri mu.. kerana janji Tuhan itu terlalu manis sekiranya kita berusaha mencari nur dari Nya..

p/s : istiqamah la kau wahai hati..



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

mcd free - kupon

Assalamualaikum



selamat menjamu selera~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

aku tak berdaya

Assalamualaikum


Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Kerna kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu, sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu, begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkan aku bersalah di depan mata mu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta
* mood : tacing terlebih

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

menangkap nyawa

Assalamualaikum


Hampir nak melayang nyawa den~ Dah la aqu fobia nak bawak moto dekat 4 taun... nak bagi aqu fobia bawak kereta pulak???? Alamat memang betul-betul jadi mesra alam aqu kena jalan kaki je....

Tengah emosi tak stabil, datang pulak berdesuppppp minah nie potong lampu ijau aqu... ape lagi tengah-tengah jalan raya tu aqu buat brek emgency.. tah-tah ada cop tayar aqu kat situ, menandakan dengan rasminya jalan raya tu aqu yang punya.. sebaik la otak aqu mampu lagi berfungsi nak pikir celah mane tekan brek.. tergamam kejap... ape yang dapat aqu agak, kereta belakang aqu tu seorang pemandu yang cukup berhemah sebab dia sempat tekan brek sebelum kereta dia beramah tamah bersalam dengan kereta aqu..mungkin jarak kereta dia dengan aqu jauh..

Yang aqu tak puas hati nye, bila aqu tengah berkecamuk otak, tetiba ada yang sengaja tempah tiket nak mencabar kewibawaan aqu sebagai wanita, memang silap time... Ala-ala gengster KL, aqu keluar pi kat kereta minah tu... dia boleh dok tercogok je dalam keta tu.. dia ingat VIP sangat ke dia, memang berapi je kepala aqu time tu...dia ingat stereng keta aqu tu macam span ke, boleh hentak-hentak kepala nie..bergegar otak aqu 5min ko taw! sempat lagi aqu test otak mengigat sape nama penuh suami kesayangan aqu. 
Dah la berhemah gile bawak kereta...da tu tak reti pulak nak beradab sopan.. Kalau kau keluar mintak maaf tadi pun da cukup buat aqu bagi maaf taw.. aqu kire langsai je time tu jugak..nie ko boleh tengok je aqu dalam keta tu, memang makan dalam la ko kan dengan ayat aqu tadi.. sebaik tak cukup kuat aqu ketuk cermin kereta ko tu.. 

Aqu bukan nak malu kan ko, masalah ko yang panjang kan cerita.. macam aqu cakap, kalau ko minta maaf tadi, tak la berangin kepala aqu... nie tak pasal-pasal da kena sembur dengan aqu, kena pulak lagi dengan orang lain.. Aqu paham ko nak cepat.. aqu pun kadang-kadang langgar je lampu nie.. tapi bile da libat nyawa orang lain, pakai otak la saudara saudari oiii... buat nye aqu padam time tu jugak, tak sempat aqu jumpe suami kesayangan aqu... (ape pun no plat kereta ko cantik.... W.. 8228, aqu suke)

Hilang padam lesap mood aqu satu hari... da la aqu nie sibuk memikirkan cara yang paling sopan santun nak berbincang masalah dengan laki aqu, kau boleh pulak tambah masalah aqu... memang aqu kire halal je pasal bercalar and cemin pecah tu, sebab ko da bayar dengan ayat masak pedas ko dapat tadi.. minta maaf la ye sedari.. 

*p/s : jangan cari pasal dengan orang yang sedang menghadapi masalah rumahtangga, dia mampu menjadi the hulk dengan tiba-tiba~ percaya la~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

simpan la rahsia...

Assalamualaikum


Kalau "rahsia" di imagine kan atau di gantikan sebagai sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang, di mana agaknya kita perlu menyimpan nya agar tak dapat dilihat dan diketahui sesiapa??? 
Agak sukar mungkin...hanya manusia yang bijak memilih tempat untuk menyimpan nya sahaja mampu untuk terus mempertahankan rahsia itu.. kerana apa??? Kerana rahsia yang perlu di simpan di dalam hati pun mampu di terokai orang lain... Opsss bukan di terokai, tapi di jaja... Yup tu ayat paling tepat! 

Tak kira la pada siapa kita bercerita, dengan kawan baik sekali pun..tapi yang pasti...rahsia bukan lagi rahsia makna nya... 

Pupuk la diri menjadi seorang yang tahu menjaga rahsia, agar satu hari nanti tahu menjaga rahsia rumahtangga dengan sempurna..

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

denggi punye hal

Assalamualaikum


Kepala terasa beku, benjol sebesar penumbuk budak berbekas di kepala.. sakit-sakit badan masih terasa membengkak.. ahh kes jatuh di timpa tangga semalam la nie.. (tu peribahasa ok, bukan betul-betul tangga timpa aqu -.- mau remuk badan)

Tangan menggaru-garu kaki.."aaahhh pe hal malam tadi nyamuk lapar sangat, abis darah aqu di ambiknya.. kering kontang darah aqu!

kalau macam ni punye hensem vampire, sukerela aqu bagi dia darah 
"oit anis bunyi mesin pengebom mane pulak melalak pepagi nie".. selambe aqu menjerit dari dapur, abis pekak jiran keliling aqu tiap-tiap hari macam ni.. 
"ade orang sembur nyamuk"..adik aqu tak nak kalah kuat suara dia.

sembur nyamuk??? aik... pemainan ape tu, pehal tak ajak aqu... macam best je bunyi... terkedek-kedek aqu berlari ke depan.. semangat memusnahkan nyamuk yang beramai-ramai mencabuli aqu malam semalam mula membara...

"Lorrrrr hampeh ko! tu bukan sembur nyamuk.... tu pemusnah denggi! Ko ingat nyamuk pakai perfume ke nak sembur-sembur bagai!"...kecewa bila sia-sia lemak aqu hilang kerana berlari tadi..
"Fuhhh dramatik betul ko punye ayat..pemusnah denggiiiiii". Aqu pulak di perlinya...

Agak-agak nya mati ke nyamuk tu kena sembur tu??? aqu rase macam tak mati je... buat abis modal! nyamuk tu ada sayap, dia terbang la tinggi-tinggi ke, pi main nyorok-nyorok ke.. sudahnya baju-baju aqu sidai berbau minyak! 


Seingat aqu denggi ada 3 jenis... dulu doktor ada cerita masa aqu nyaris-nyaris kena tahan kat wad.. habis mengamuk air mata darah sume keluar time tu... semata-mata tak nak ayah tinggal kan aqu kat wad tu.. (penah korang jumpe pesakit lari dari hospital??? Ya aqu salah sorang darinya.. sebab jarum doktor tu pegang punye gile besar.. da macam pembunuh bersiri aqu tengok dia..)

So denggi yang paling ringan nie dia macam demam biasa, kira tak la kritikal..tapi jangan pandang rendah ok, sila la pandang tinggi! Aqu tak taw sangat yang nie, tu je doktor tu bagi taw..

And yang ke dua nye tahap sederhana parah..hahahah bak kata walid aqu la.. demam denggi nie la yang aqu kena..memang agak nazak la time tu... dengan mata ala-ala alien turun ke bumi, sebaik la mata aqu nie kecik je sepet, kalau mata yang membuntang tu, memang konfem menakutkan jiran sekeliling nak tido malam. Dengan badan longlai sengal-sengal, dengan muntah-muntah dengan batuk..selera nak makan jangan cakap la, memang tak de...kering tinggal tulang badan aqu.. mengamuk doktor tu nak ambik darah tak jumpe aurat urat aqu...hahahha kulit aqu jangan cerita la, abis menyala-nyala merah sebab aqu garu..menggatal gile kulit time tuh!!!!

Tahap paling kritikal denggi berdarah... yang nie memang payah la sebab boleh bawak maut terus... jangan di buat main masak-masak pasal ni.. yang aqu taw, pendarahan tu dari dalaman, kire merosakan sistem badan dari dalam la...

Part paling best....dapat makan sup ketam banyak gile dengan air 100 plus berbotol-botol~ maka nya jadi la aqu yang sihat sejahtera seperti sekarang.hahahhahaha

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

buat tak tau la.....

Assalamualaikum

"I'm a strong girl who keeps her stuff in line. Even when i have tears going down on my face, i always manage to say those two word -- I"M FINE --



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

PATAH HATI

Assalamualaikum

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya
Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya
Patah hati
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati
Patah hati
Jangan leburkan mimpi
Jangan memakan diri
Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang
Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

sayang suami..

Assalamualaikum


 "Sayang anak tangan-tangan kan, sayang isteri tinggal-tinggal kan

Betul, sayang anak tangan-tangan kan la...jangan kaki kaki kan sudah...

Sayang isteri, tinggal-tinggal kan...nak suruh berdikari katanya.. Tapi jangan tinggal lama-lama, takut kau yang kena tinggal..

Kalau sayang suami????

Erm..."sayang suami paksa-paksa kan"..

Paksa-paksa??? 

Yup...paksa diaorang masak -.-

motif : baru lepas makan abang aqu masak, sumpah sedap laki masak! 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)