0 penyumbang pandangan

teman pengganti



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

sebelum nyawa di cabut..

Assalamualaikum


"Kerana hutang berkait dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat ataupun beristifar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati!"

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

isu PURDAH?

Assalamualaikum


"wanita yang tak pakai purdah sengaja mempamerkan kecantikan!", satu suara bersuara lantang.
Ah!!!! Sudah! =.= 

"wanita di bolehkan mendedahkan muka dan tapak tangan. Jika ada lelaki tergoda, lelaki itu lah yang perlu menundukan pandangan! Bukan wanita itu di wajibkan mengenakan purdah...Kecantikan wanita itu subjektif. Islam menyuruh wanita menutup aurat, tapi bukan dengan cara menyusahkan nya", satu suara membalas.

Berpurdah itu menyusahkan??? Ahh teruk da nie... 

Hakikatnya... Allah menciptakan wanita itu sangat cantik sehingga mampu menjadi hiasan cantik di dunia.. jika bukan kerana muka mereka sekali pun, tangan dan kelembutan mereka sudah cukup membuat kan mana-mana lelaki normal itu tergoda, itu lumrahnya... Maka jangan di persoal yang mengapa wanita tidak berpurdah, kerana itu bukan kewajipan.. tapi fikirkan mengapa lelaki tidak menjaga pandangan, sedangkan itu kewajipan bagi mereka.

Ya benar! Berpurdah merupakan satu cara pemakaian yang baik. Tapi persoalan nya mengapa wanita di bebani dengan isu itu, sedangkan jelas aurat wanita tidak meliputi muka dan tapak tangan.

"Katakan kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluan, serta janganlah mereka menampakan perhiasan kecuali yang biasa nampak daripada nya". Surah an-nur ayat 24 :31" 

Maksud "biasa nampak daripada nya" itu adalah muka dan tapak tangan..

"Ah zaman ketika zaman nabi, ramai wanita yang berpurdah..."

Benar! Zaman nabi ramai wanita yang berpurdah... tapi bukan minda! Mengapa hanya isu purdah yang di perdebat??? Bukan kah ketika dahulu juga, wanita-wanita bermusafir menaiki unta??? Mengapa tidak mempersoal mengapa wanita sekarang tidak menaiki unta ketika pulang ke kampung berhari raya????? Bukan kah zaman nabi ketika dahulu, ramai yang sanggup berkorban nyawa mempertahan islam, tapi sekarang tidak??? Mengapa isu itu tidak mahu di persoal?

"Tapi bukan lebih baik jika berpurdah?"

Ya! benar... berpurdah menjadi kan mereka lebih menjaga kecantikan mereka..namun itu kelonggaran yang Allah berikan kepada wanita.. asalkan mereka tidak berlebihan dalam memperhiaskan diri.. Hukum agama itu hukum Allah, mengapa kita sentiasa sibuk untuk memperdebatkan nya? 

p/s : setiap pilihan itu (berpurdah atau tidak), insya Allah masih tetap dalam daerah pahala selagi kita menjaga aurat dan batas nya.

*thanks kepada semua yang menjadi sumber rujukan ^__^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

korang tau baca????

Assalamualaikum


Furst sekali....saya nak kata yang " Too Long DIY Yam (tolong diam)". Saya nak mengajar membina ayat bahasa melayu, secara tak langsung belajar bahasa inggeris~ 2 in 1 babe!

Baik lah... ayat pertama yang ingin saya ajar ialah... "Di belakang pintu masuk". So bila di transform kepada ejaan bahasa inggeris.. ayat nya berbunyi "The bill lark king pin two must souk". Sila baca laju-laju... (jahanam bahasa melayu kalau macam ni =.=")

Ok??? Paham semua.... Ok la kalau dah faham.. sila bunyikan ayat di bawah kepada bunyi bahasa melayu pula..
"Two round tougue gear the pan pin two, low past too jar land carry, tour rose...numb park same punk low rung, must souk car nun, the pan dear add the pin two bazzar. The see two car less pour rare leer hunt".

Jawapan ---> "turun tangga depan pintu, lepas tu jalan kaki, terus...nampak simpang lorong, masuk kanan, depan dia ada pintu bazzar. Di situ kelas peralihan".

=.= cer korang translate pulak sume perkataan bahasa inggeris tu....tah hape ayat jadi.hahahhahaha

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

kenapa saya suka....

Assalamualaikum


umah siap di cat
belum siap kemas
tukang cat : suana, hazlin
Ala-ala merah, ala-ala coklat... habis mengecat terasa nak nyanyi lagu macam-macam... Lagu yang aqu asyik ulang-ulang nyanyi bile tengok dinding umah aqu nie; lagu yusry kru~

Merah menyala oh jantungku berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Putih sucinya perasaan jiwa untuk dikongsikan
Sejingga api membara...sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku

Lagu jalur gemilang~
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Ya! Thanks to kak zah a.k.a puan jijah (ibu aqu) sebab pilih warna tu...memang sangat berterima kasih, sebab sepanjang aqu mengecat tu la, berkali-kali aqu beristifar dengan warna tu...secara tak langsung menambah pahala aqu..

Jadi...senjak umah den berkaler merah nie... den pun jadi sedikit tak betul..

Kenapa???

Sebab den asyik tanyo; " kenapa saya suka merah???"
-saya suka merah sebab saya suka jalur gemilang
-saya suka merah sebab darah saya merah
-saya suka merah sebab saya suka bomba
-saya suka merah sebab merah kawan saya
-saya suka merah sebab......... =.="

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

selama ini..

Selama ini dalam jiwaku
Hanya cintamu yang ku nantikan
Walau kasihku tak terzahir
Tapi hatiku hanya untukmu

Ku tahu selama ini
Hanya engkau yang bertakhta di hatiku
Biarlah ku kasih
Menyimpan semua rasa
Selagi daya ku

Doaku moga suatu masa nanti
Cintaku ini kan direstui
Biar beribu tahun ku tunggu
Tetapkanlah tempat cinta di hatinya

Oh Tuhan, bukakan lah hatinya
Menyinta aku seadanya
Selama ini aku menyinta
Hanya kau insan yang paling istimewa

Oh Tuhan, tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya
Selama ini ku terus mencuba
Biar ribut badai datang bergelora

Oh Tuhan, tunjukkan padanya
Yang cinta ini miliknya selamanya.....
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

dimata lelaki VS wanita

Assalamualaikum

SITUASI PERTAMA 
Dari wanita :

"awak, hensem kan mamat tu", "muka mamat tu macam imam muda la awak, suci", "rambut mamat tu stylo la", "smart gile mamat tu", "bla bla bla bla bla......."

Kepada lelaki :

jika kekasih/ isteri/buah hati/ buah jantung/ buah pepejal hempedu atau yang sama waktu dengan nya, memuji lelaki lain di hadapan mata, kepala, telinga, kening mahupun misai anda..sila la JANGAN take it serius sangat, sampai rasa perlu membuat pembedahan plastik! 

Jujurnya...98% dari pada pujian yang di beri itu adalah sekadar di mulut dan pandangan mata wanita...bukan di HATI nya! Percaya atau tidak, perempuan yang menyayangi pasangan nye, tidak akan pernah mampu memuji lelaki laki melebihi dari pasangan nya..sesungguhnya anda yang TERHEBAT di hati nya.

Ye ke???? Ya! "Abis tu, isteri aqu asyik puji orang lain je...kalau nak dengar dia puji aqu memang kiamat la..", Ini kerana.....kajian menunjukan bahawa, pujian wanita melalui kata-kata hanya 40% kebenaran nya, tetapi pujian wanita melalui sentuhan @ dengan kata lain perbuatan adalah 100% benar. "pujian melalui perbuatan???? ada ke????" =.= banyak tanye, SILA BELAJAR BAHASA TUBUH!

SITUASI 2
Dari lelaki :

"cantik la pempuan tu...", "pandai pempuan tu berfesyen", "rambut perempuan tu cantik la", "bla bla bla bla....."

Kepada wanita :

Percaya atau tidak, sesungguhnya pujian dari lelaki terhadap wanita lain walaupun di hadapan atau di blakang kiri mahupun kanan anda adalah 98% benar! Tepat, mereka bermaksud dengan kata-kata tu! walaupun perit untuk di terima, tapi itu kenyataan nya! 

"Ye ke camtu??". Ya! sesungguhnya lelaki lebih gemar jujur berbanding wanita yang lebih gemar menggunakan teknik cakap berkias-kias, sebab tu lah potensi wanita mendapat markah awesome dalam subjek BM adalah tinggi! Kajian jugak menunjukan, lelaki memuji bukan sekadar di mulut dan pandangan mereka tetapi jugak di HATI!

"Eh tak caye la...". Mengapa anda tidak percaya??? Sedangkan bukti sudah d depan mata??? "bukti??? mane??" Ha...anda perasan tak wahai kaum hawa, bile pasangan anda memuji wanita lain di hadapan anda dengan selamber dog tak de perasaan nya...mata mereka akan focus point pada wanita itu sahaja tanpa melihat memik muka anda yang dah berubah jadi seperti tenuk nak terkam harimau (tenuk boleh ke terkam harimau??? itu satu lagi persoalan) Dan bila lepas 10 min berlalu, baru la diaorang sambung ayat "erk...tapi isteri abang lagi hebat". Ya! selepas 10 min berlalu! (itu pun kalau dia masih berperasaan nak puji anda -.-")

Kerana apa??? Seperti yang saya katakan tadi, kaum adam lebih gemar bersikap jujur dan berterus terang... mungkin bukan niat mereka untuk memuji lebih wanita lain berbanding anda, tetapi sikap "kejujuran" mereka itu yang membuatkan mereka tidak mampu untuk tidak memuji wanita lain.=.=" 

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi apa kesimpulan nya??? kesimpulan nya mudah...terima je la.........laki sape??? laki kau jugak..... bini sape??? bini kau jugak.............. semua manusia tu tak sempurna, sebab tu Allah ciptakan kita saling berpasangan supaya kita saling menyempurnakan^____________^


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

hepy beday to me ^__^

Assalamualaikum


balik dari keje dapat benda nie~
oh my beday! 

Thanks mom! 

"bagi la kawan kakak sikit, nadia tu sekali"
"erk....ibu, umah nad tu bukan depan umah kita nie..nak post ke? =.=".
"o ye jugak kan...terlupa"
"lupe???? -.-"

*kesibukan keje menjadi kan aqu terlupa untuk menghargai diri sendiri. PARAH.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

thanks, but...

Assalamualaikum


Thanks!!! Thanks a lot~  Nah sebijik hamper menanti aqu pagi tadi..penat aqu usung ke sana ke mari.. (bukan sebab sayang, tapi menghargai!)

malang nya aqu tak makan sangat biskut-biskut~
adik-adik aqu tolong belasah licin
"Su, selamat hari lahir...saya tak lupa taw beday awak..saya tak pakai reminder pun taw".
" oh..hhahaha thanks... (gelak cover terkejut)"
"....... ^____^". Tetiba je mamat tu jadi bisu, taw senyum je...

Aqu hargai tiap sesuatu tu...tapi hadiah yang paling bermakna ialah ucapan dari my husband "selamat hari lahir sayang....". Walaupun dia belum ucap, tapi aqu taw dia akan ucap ^_____^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

islam dihina,anda menyanyi

Assalamualaikum

Layan lagu sampai pecah gegendang. Opsss wait, lagu ape nie??? (Terstop dekat satu lagu - beam Me Up Scotty)

Ape kejadah lagu nie??? (re-play again) what!!!!? Baru perasan...betul ke pe aqu dengar???

Laju kaki menuju ke PC, "lirik beam Me Up Scotty" laju jari menaip.



yup...memang ada pekataan tu..."assalamu alaikum where the fuck is akbar".. lepas dengar 3 4 kali, baru perasan! lagu nie telalu laju untuk catch-up sekali dengar je..yang english powerful sekali dengar pun da buleh pick up agak nya...


So mane manusia-manusia yang dulu nya sibuk membantras lagu "bawaku pergi by zizan & kaka" tu??? Sampai masuk tv bagai isu tu...Mane manusia yang cepat sangat melatah bile lagu-lagu melayu sedikit "pelik", tapi lagu omputih sibuk berdansar bersama meraikan nya! 

Aqu tak kata lagu zizan nyanyi tu powerful ke supe awesome ke hape ke.. pendapat aqu la.. bile aqu dengar lagu tu, aqu tak rase masalah, banyak lagi lagu melayu yang merepek meraban..
contoh :
"Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya, 
jika ditanya mengapa?,
Jawapan ku menunggu.. 
Kau SAMPAI dahulu.."

Yakin kalau dapat syurga ko nak tunggu pulak dulu??? Syurga tu berjuta-juta kali indah nya dari apa yang kita gambar kan... so lirik tu tak sedikit "pelik"??? Tak pulak nanti kalau tanya budak-budak, "sape nak masuk syurga???", di jawab nya "saya, saya cikgu..tapi saya nak tunggu sume kawan-kawan saya depan pintu syurga dulu la...boleh masuk sama-sama",  tak gitu???

p/s : jangan-pernah-letak-otak-dekat-lutut~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

memahami

Assalamualaikum

Sedikit pertelingkahan (betul kan aqu eja -.-) terjadi... Reaksi orang keliling...

Ibu

Ibu : "awal balik kakak, kata bebuka luar"
Aqu : "kenyang la ibu...skru lutut longgar ler"
Ibu : "belum bebuka da kenyang...bergaduh?"
Aqu : "hahahah tak de la~"

Abah

Aqu : "salam abah, tempahan murku tak dapat terima dah, tak sempat..mood tarak~ gaduh"
Abah : "lah gaduh kenape, nak kata gaduh balik kampung belum lagi.. macam mane nak lancar kalau gaduh-gaduh. Kena banyak sabar, tolak ansur."

Abang wazir

Abang : "erm nie mesti ada hal, kalau tak de hal susah nak suruh call"
Aqu : "hahahhah hampeh..dah la tak pe"
Abang : "tacing senjak bercintan"
Aqu : "orang nak cite kaki sakit la..hampeh..hahahhaha"
Abang : "tak payah la gelak sumbang. kalau gaduh tu selesai cara baik..bukan sorang timur sorang barat..sorang naik keta, sorang jalan kaki"
Aqu : "oittt mengintip!"

Jiran sebelah (uncle)

Uncle : "eh suana..tak cam ini kamu" (terjumpe kat busstop)
Aqu : "ha hai...
Uncle : "eh you sudah maw kawen ka..itu tadi saya nampak kawan kamu ada dekat rumah"
Aqu : "ha ok-ok, taw...saje dia datang umah.."
Uncle : "o..saya tengok kamu sama dia ada sikit gaduh ka?"
Aqu : erk.. -.- 

Kawan (atiqah)

Aqu : "ehh hai..pi mana? bazar?" (tersempak mase memaraton)
Ika : "aah..ang dari mane? best tadi kuar?"
Aqu : "best-best...tapi sian ###### penat drive..hehhe"
Ika : "ang ok tak dengan dia?"
Aqu : "ha??? hahhahaha sentiasa ok..."

Kawan (roziah)

Aqu : "weh rasa nak nagis tapi tak taw nape..."
Ros : "ehh ko pe hal...selalu payah nak nagis, hati kering"
Aqu : "banyak la ang, hati kulit bawang nie..."
Ros : "nagis la kalau ko nak nagis...nagis tu bukat ko lagi tenang..jangan gaduh-gaduh"
Aqu : "eh?? tak la..."

Gambar ayah
Aqu : "ayah...rasa cam nak nagis"
Gambar ayah : "........."
Aqu : "ana minta maaf"
Gambar ayah : "..........."
Aqu : "ana minta maaf"

p/s : ^__^ kadang-kadang kita tak perlu meluah...sebab mereka sudah cukup memahami. 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

padan muka aqu

Assalamualaikum


Letih. Itu je kata-kata yang terucap..dekat 2 km berjalan kaki membuat maraton gara-gara tunggu teksi tak datang..akhir nya aqu mengambil jalan mudah dengan memaraton kan diri! Damn! Teksi turut sama mogok!

Aqu baru nak berduka lara melayan hati yang retak seribu bak kata siti nurhaliza (tak pepasal siti nurhaliza terkait sekali =.=) Tetiba aqu di timpa pula kaki yang tetiba nak memanja nie.. tak silap aqu, baru dekat 2 3 bulan lepas aqu ambik ubat bendalir lutut tu...ape ke nama nye..atomisois, ke atomisis ke atom ape-ape je la... yang untuk bendalir antara tulang lutut tu... tapi pe hal sakit balik?????? (aghhh doktor ku sayang, ko bagi ubat cetak rompak ke =.=")

Maka nya...tengah sume orang tengok aqu berjalan macam maraton sambil dukung lappy, dengan tudung macam orang mati kucing, dengan mata tengah menumpahkan air mata tak benti-benti nya..tetiba sakit di tengah-tengah jalan..maka nye aqu pun terjerit kan diri dengan volume yang agak memeranjatkan minah sebelah aqu tu..hhahaha...*malu tak payah cite la

"Cik,kenapa cik??? Ok tak???" minah baik tu muka suspen gile..
"ok2..cuma lutut sakit gile...mana klinik?" soalan yang susah nak pecaya! Aqu tanye klinik???(kes da kritikal, serius aqu tak boleh berdiri langsung! air mata jangan cakap la..macam hujan da)
"ada-ada kat depan tu..jom". Masih berharap superman datang angkat aqu, minah tu suh aqu jalan???? Dia belum dapat tangkap kot aqu kata lutut aqu sakit gile =.= Tapi gagah kan diri jugak la...

"Cik sabar cik, cik sorang?" nurse sambut aqu macam VIP depan pintu..hahhah
"with my husband..." terlepas cakap lagi! cari padah nama nya bagi jawapan macam tu kat klinik.. (belum jadi suami lagi cik sekalian, maaf kan saya~ saya da terbiasa jawab -.-)
"Bagi saya phon cik..saya tolong call" nurse yang budiman, anda tak taw ke tadi perang dunia ke 3 meletus antara kami...ko baik ati sangat kenape lah~

"Da lama jadi macam nie?" doktok tu muka tenang gile, walau pun dia tengok muka aqu tengah serabut gile...
"Dari F5 or matrik... dalam 4 5 taun dulu.."
"Da berapa kali over use macam ni?" doktor tu sibuk belik alatan dia. Dalam ati doa-doa, jangan la dia sebut pekataan bedah...
"Dekat 4 kali kot...
"Jadi saya sure doktor sebelum nie da terang ape punca nye"
"dah..."
"Awak tau kesan nya akan datang nanti?"
"taw.."
"Jadi kenapa awak biar jadi lagi..semakin kerap macam ni terjadi, risiko makin tinggi.." muka dia serius gile pulak!
Senyum. Tu je jawapan aqu mampu jawab..mati akal..kang kalau aqu jawab lebih-lebih, doktor nie pulak kena tempias kemarahan aqu tadi..baik senyum je.

Selesai suntikan...mengalir lagi air mata aqu...pasai pe??jarum punye pasai...sakit gile! 
"saya bagi awak MC sehari..pastikan awak jangan banyak berjalan atau mengunakan kaki dalam masa 1 hari ni..". Doktor tu maksud kan, aqu kena merangkak ke??? Pitam~


p/s : incik teksi yang budiman, thanks sebab antar saya free je...semoga rezeki anda melimpah luah...

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)