0 penyumbang pandangan

less word with love ^_^

Assalamualaikum

klik picture to enlarge

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

manakah kiblat?? =.="

Assalamualaikum


Hi guysssss, what's up u oll?? 

Haaa konfus la tu pikir pe hal la suana nie tanya arah kiblat... dah terang-terang kiblat ke arah matahari terbenam, pe hal sibuk aqu nak tanye lagi kan??

Sebenar nya aqu bukan nak bincang isu mana arah kiblat tu... aqu sendiri pun ilmu cukup-cukup makan je hal tu.. macam korang la jugak, tau takat kiblat kat arah matahari terbenam iaitu menghala ke arah kedudukan kaabah.. lain dari tu, garu kepala la jawab nya..

Aqu nak cite pasal satu kisah.. kejadian tu jadi time hari raya aidilfitri yang lepas.. 

*tengah sakan beraya di rumah seorang member*, kedengaran suara azan... Allahu akbar.. Allahu akbar...

"babe, tompang solat boleh tak...?"

"ha boleh..ko ambik wuduk dulu, nanti aqu bentang sejadah..."
-------------------------------------------------------------
Selesai ambik wuduk. "kat bilik ko ke weh??"

"aah...aqu da bentang sejadah tuh"
---------------------------------------------------------------
Allahu akbar....*al-fatihah di mula*. 
Assalamualaikum warahmatullah... assalamualaikum warahmatullah... *salam*
Ya Allah....................... *doa, isi tempat kosong*

*member tadi tu masuk bilik* "ehhhhhhhh!!! wehhhhh suana ko da abis solat ke??". 

"dah la..ko pe hal pulak nie???"

"ko solat arah mane tadi??"

"arah nie la....ko yang bentang, tanya aqu pulak" *sambil jari menunjuk arah*

"hahhahahahhah... wehhh suana, alam nie belum nak kiamat lagi...pe hal ko solat mengadap sana.."

"ha?????? ko bior betul, ko yang bentang...aqu lempang ko kang"

"ko tengok betul-betul sejadah tu..kan ade gambar masjid tu...yang gambar masjid tu arah mana, ko solat arah mana???"
hijau : arah kiblat
merah : arah aqu solat -.-
"erk...=.=" aghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!! aqu nak kena solat balik la nie????"

"hahhahahhahahha agak nya tadi setan pun dok relax je sebelah ko tak kacau kan, sebab dia taw ko salah kiblat pun"

"~____~ "
---------------------------------------------------------------
Punye la tension aqu time tuh..... punye tension aqu dengan orang buat sejadah tu sebab buat sejadah satu warna je...padahal salah sendiri -.- nie la yang di namakan "salah orang nampak, salah sendiri butakan mata".hahhahahah

sebenarnya memang nabi menggalak kan kita solat di atas alas yang tidak mengandungi pelbagai warna gambar atau tulisan...sebab dengan ade nye kepelbagaian seni lukis itu, maka nya tengah solat pun kita boleh puji "cantik gile warna sejadah nie"..=.=

CERITA INI HANYA LAH SEBAGAI BERKONGSI PENGALAMAN DAN KEKILAFAN DAKU, TIADA SEBARANG UNSUR MEMAINKAN AGAMA. SEKIAN. 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hanya tahu "TAK"

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita tersenyum kerana benar-benar gembira sampai tanpa sedar senyum itu meleret panjang nya.. tapi kadang-kadang kita paksa hati untuk senyum walau pun berduka..walau pun kadang kadang tergambar paksa nya tapi untung bibir tetap mampu mengukir senyuman.. *-.- payah nya jadi hipokrit!*

Apa rasa nya bila sesuatu yang kita mula suka untuk lakukan, yang kita cuba lakukan untuk memahami minat "dia" tapi sentiasa mendapat sokongan dengan kata "tak payah, tak cantik, tak menarik, tak best, tak hebat"... ohhhh berapa banyak tak yang perlu di luah???? Tak jemukah mengguna perkataan "TAK" tu???? bila kah waktu yang sesuai untuk dengar perkataan "em ok, try la.."..

"can i follow you...??", "erm tak payah la...panas, bosan kat sana, nanti penat je"... Erm...itukah jawapan  yang paling sesuai bila kita sering di minta untuk memahami sebelum ini??? Ohhh adakah kita akan hanya faham melalui mimpi??? adakah turun dari langit pemahaman tu bila asyik "tak perlu, tak payah" yang kita terima??? erm mungkin....*atau aqu yang terlalu bodoh nak faham cara orang pandai, bodoh kah aqu????? =.="*

sudah nya... melalui pemikiran aqu yang bodoh budak-budak kurang cerdik ini... akhirnya aqu faham yang memang aqu TAK perlu untuk bersusah payah, TAK layak nak faham, dan TAK TAK TAK seterusnya TAK! ^_^

akhirnyA....bubye u fish and anything relate to it :) 


*buat aqu : dengarcakaporangyanglagipandai*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

jeruk mangga suami

Assalamualaikum


Dulu rajin jugak buat jeruk nie..tapi lama-lama da jadi pemalas..

Maka nya bile laki aqu cakap "buat jeruk nak??", erm orite je la...

Cara nak buat dia senang je.. tak payah la bazir duit beli kat luar kalau sendiri taw buat okeh ^^ jimat!

First ambik buah mangga secukup rasa... 

laki aqu gait kat pokok umah aqu
Potong la mangga, buang kulit bagai.. potong-potong la ikut besar yang korang suka...

So bile da potong buah tu, basuh bagi ilang getah nye.. basuh dengan kapur sikit bagi dia rangup sikit nanti.. then plus garam, biarkan la dalam setengah ari or sehari.. pastu tambah air gula, gaul sebati dan biar la dalam semalaman...

Esok nye...

tadaaaaa siap!!!!
sedap-sedap~
Ade jugak orang buat, potong-potong buah tu then gaul terus dengan garam dengan gula, pastu biar kan semalaman or dua hari... dan siap ^^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

"I LOVE YOU"

Assalamualaikum


Dah lama aqu tak berkongsi info pasai buku-bukuan kan... kesempatan nie dan kehabisan aqu bace buku nie tadi, maka dapat la aqu kongsi serba sikit pasai satu buku nie.. *abaikan keburukan dan kehodohan tatabahasa aqu*

dapat hadiah dari sorang member..
saya sayang kamu!
macam-macam kartun ade kat dalam ^^
Tengok cover buku nie macam ala-ala katun-katun gitu...so mesti pikir dalam nie bukan bincang isu yang serius.. sebenarnya ini sebuah buku motivasi yang diolah supaya tidak kelihatan begitu berat... memang sesuai tuk sume lapisan masyarakat ye terutama pasa yang nak kawen or dah kawen..

Bila baca buku nie, kadang-kadang terasa pedih sikit, kenape???? sebab terasa macam penulis tu tengah perli kita je..tapi tu la hakikat perangai kita yang perlu kita perbaiki ^^

kata-kata yang aqu petik, "suami hendakhargai atau tidak, dia tak kisah. Yang dia tahu, kalau dia ikhlas memberi pasti Allah hargai dan mengganjarinya dengan pahala dan balasan yang setimpal di akhirat kelak"

-------------------------------------------------------------------
Ade dua lagi buku yang belum sempat aqu habis kan... sibuk urus umah tangga la katakan =.= percaya la sangat dengan aqu nie kan.hahhahah


Lagi satu "buku" yang walaupun da habis baca tapi belum benar-benar "habis" mendalami nya..



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Aku terima nikahnya

Assalamualaikum


Akhir nya aqu dapat gak tengok cite tu bersama hubby tercinta..dalam tak nak dia tengok cite tuh, layan jugak dia perangai aqu.hahhahah 

Aqu nak tengok cite tu pun pasai ade nora danish... maka nya kepercayaan aqu terhadap kemantapan cite tu menebal la sikit.

19 oktober 2012, 10:20 malam , jumaat.
cite dia memang romentik la first tuh... tapi aqu asyik terpikir, macam mane la perasaan isteri sebenar adi putra tu.. camne la dia boleh relax cool je laki di peluk-peluk sampai camtuh sekali.. 

Back to da movie, cite dia tak la bosan bagi pencinta karya romentik cam aqu nie.. cuma nya hujung dia tuh still happy ending..bukan la aqu tak suka tengok happy ending, tapi secara keseluruhan nya aqu tengok filem melayu nie lemah bile part ending.. maybe diaorang takut orang complain "wehhhh ape ending diaorang berpisah!!!!, tak best!!".. maybank maybe...

so macam biase kalau tengok movie kena la bagi berape starsssss nye kan... aqu bagi 4 dari 5 la... aqu tak heran kalau filem nie dapat kutipan tinggi sebab sekurang nye filem nie tak la merepek macam filem melayu lain..^^ peace! sekian.

p/s: terasa nak makan crispy crepe :)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

KAU perliharalah dia..

Assalamualaikum

Tengah aqu tersenyum lebau menambahkan "kepauan" pipi yang semakin mengembang semenjak kawen nie, tetiba aqu terdengar suara pak imam serak basah membacakan surah yassin. "innalillahiwainnailaihirojiun"

Sudah menjadi kebiasaan di kawasan perumahan aqu nie.. kalau ada kes kematian pasti yassin di bacakan..itu bukan sahaja untuk di sedekah pada si mati, malah sebagai cara  memberitahu orang taman perumahan ini ada yang baru pergi menemui ilahi. Kematian itu tak pernah kita jangka!.

Al-fatihah untuk si mati. Al-fatihah juga untuk arwah ayah dan atuk aqu. semoga kita semua tergolong dalam orang yang beriman.

Aqu kucup tangan nya, "I LOVE YOU"...



ungkapan yang tak pernah lupa aqu beri pada sang suami tatkala dia melangkah ke keluar dari rumah. "Ya Allah,Kau perliharalah suami ku"..doa yang aqu titip untuk nya setiap hari. "Bercintalah suami isteri seperti itu peluang terakhir bertemu", itu kata-kata ustaz aqu dulu..dan kata-kata itulah yang melembutkan hati ku kala setinggi marah terbentuk, "rumahtangga ku..aqu lah pelukisnya..aqu ingin ia menjadi lukisan terindah!"

"Ya Allah, Kau perliharalah rumahtangga ku..Kau limpahkan lah rezeki dari jalan yang Engkau redhai, Kau kurniakanlah kami zuriat dari kelompok yang beriman, Kau jadikan lah aqu isteri yang membahagiakan suami dan Kau jadikan lah hanya dia suami ku di dunia & akhirat". Amin.Doa yang tak pernah lepas dalam tiap sujud ku...

"Ya Allah, aqu belum puas berada dalam peluk nya.. aqu belum puas mencintainya.. aqu belum puas melihat dia bahagia..kau perliharalah kebahagiaan rumahtangga ku ini". Amin.

Jika suatu waktu nanti aqu perlu pergi, Kau berilah kekuatan pada dia.. Dan andai dia yang akan meninggalkan aqu, Kau izin kan aqu bersama nya Ya Allah.

Ya!! terlalu banyak aqu meminta..sungguh aqu malu! 
  Aqu mohon Ya Allah, jadikan lah aqu mencintai Mu & rasul lebih dari aqu mincintai suami ku.. kerana dengan mencintai Mu aqu memiliki cinta suami ku..subhanallah!!!
Sabda baginda : “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh wanita sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi)
abang, su sayang abang...
"Subhanallah aku mencintainya..
Subhanallah aku menyayanginya..
Dari ufuk timur hingga ke barat..
Selalu dihatiku"

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Lumut

Assalamualaikum 


Wassup olls!!! Akhirnya... next journey honeymoon aqu sampai jugak ke lumut...

Syok gile bile dapat tengok laut...tenang! *kalau mandi laut lagi syok..jadi kanak-kanak rebina terus perangai*

So first thing nak kena pikir bile pegi bertapa kat tempat orang nie ialah tempat nak tinggal..tapi kalau korang da biasa buat perkemahan di masjid-masjid ke bus stop ke, maka nye hal nie tidak la begitu merungsing kan pikiran..

Husband aqu pilih homestay member dia, umah teres 3 bilik, ade astro, tv lekat dinding...aircond dalam bilik....toilet ada 2... ade shower lagi... dapur besau buleh masak buat kenduri...kalau teringin nak tido kat meja makan pun buleh, besau~ ruang rehat pun buleh buat tempat mesyuarat agong.. senang kata complete! thumbs up termasuk jari kaki aqu bagi!

incik nizam punye..
tq dengan kemewahan rumah ini ^^

ruang tamu..
*abaikan model dan handbeg*
Dengar da gempak..so mesti tertanye-tanye bape juta hinggit dia charge untuk sehari??? Ohhhh itu bergantung pada cara godaan perbincangan anda dengan dia... =.= jangan goda, laki orang dia tu ok.sekian. 

Petang tu jugak aqu ngan husband merayap cari kedai yang best kat sane... so kalau da ke lumut, yang special nye of course makanan laut, dan harganye murah... jangan gi cari kentaki ke pizza lak ye kat lumut...macam kat tempat korang da pupus sume tuh!

pemandangan tepi restoren
mereka yang menjala udang~
kat bandar dia...
koleksi kapal perang
Malam tuh...aqu merayap tengok orang jala udang... kalau ikut kan hati, aqu pun nak join skali pakcik-pakcik.. tengok macam best je..tapi memandangkan aqu nie mengandung sakit perut, maka aqu kuburkan niat ku itu.. dan hikmah di sebalik pengorbanan hasrat ku itu ialah laki aqu tak payah menanggung malu di sebabkan perangai bini dia yang kadang-kadang di luar kawalan nie.hahahhaha

Banyak sebenarnye teluk-teluk kat sane, aqu sendiri da lupe nama tempat-tempat tuh.. tapi memang cantik-cantik, kalah kecantikan sungai gombak yang dapat gelaran "sungai teh susu" tuh... sebab air kat lumut jernih je~

Paling special kitaorang dapat masuk tempat yang bukan sume orang buleh masuk iaitu pangkalan TLDM!
Tak la cantik hape, tapi bangga la kan dapat masuk situ...kau ade???



Akhirnya aqu pulang ke tanah tumpah darah ku di KUALA LUMPUR...ape yang menarik di kuala lumpur???? Erkkk rumah aqu je rase nye =.=" Nanti la aqu ajak laki aqu teroka tempat menarik kat KL nie pulak... pasti ade! *selain dari KLCC yang da jadi tempat mainan aqu kecik-kecik dulu*

otw balik jumpe binatang nie sebelah keta
"ba - alif - ba - ya"
"hadiah" yang aqu dapat lepas balik dari lumut
tq doktor!

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

kehangatan alvin & vivian -"Sumptuous Erotica"

Assalamualaikum


Huh!!! fames abis da diaorang nie... da jadi topik hangat keliling blog!!! HOT TOPIC!!! 

"Sumptuous Erotica menjadi saksi antara alvin & vivian". Memang dasat gilessss orang malaysia sekarang, nak melingkup kan kesopanan dan kesusilaan negara malaysia yang penuh dengan kehormatan nie.. =.=" *aku dah terlebih over rase nye nie*

Erkkk cop!!1 ape benda nye Sumptuous Erotica tuh????

Ohhh tu name blog diaorang.... *dah di private* huh!!! blogger jugak diaorang rupe nye... adoiiii mengapakah kamu-kamu memalukan industri blogger! Kerana nila setitik, rosak susu setempayan sebelanga. Jatuh maruah kami yang lain sebagai pencinta blogger..mane kami nak letak muka????!! Ahh saya nur suana wakil dari semua blogger-blogger di malaysia meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas masalah yang meruncingkan ini. *damn! emo melalut lagi aqu nie*

What??? Korang tak kenal sape diaorang??? 

Diorang nie adalah blogger yang menyalah gunakan medan sosial inie untuk mengepos *mengepos??? -.-* video seks mereka berdua~ Nak tunjuk muka ke??? Ohhhh damn! Aqu tak maw jatuh kan air muka orang walaupun beliau mereka sendiri tanpa segan silu tetap mempertahan kan perbuatan mereka... apekah ~__~ adekah malaysia akan menjadi seperti negara barat suatu ari nanti??? 

*diaorang siap ucap thanks kat fan fans dia orang??? *__* rungsing aqu pikir perangai camni

da kaburkan..
tapi bleh teka la kan pe dia buat =.="

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERHATIAN : ARTIKAL INI DI COPY PASTE OLEH SUANA DARI HARIAN METRO.

PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia di Singapura telah menimbulkan kekecohan di alam siber selepas dia memuat naik gambar bogel dia bersama teman wanitanya di blognya yang dikenali dengan nama ‘Sumptuous Erotica’.

Alvin Tan Jye Yee, 24, pelajar jurusan undang-undang National University of Singapore (NUS), dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23 yang juga seorang rakyat Malaysia memuat naik gambar tidak senonoh dan video lucah mereka.

Blog tersebut telah dinyahaktifkan selepas kedua-duanya, Tan dan Lee dikecam hebat oleh orang ramai ekoran penyebaran gambar dan video lucah mereka.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak menyesal atas perbuatan mereka.
Difahamkan pasangan itu kini pulang ke Malaysia dan Tan akan kembali ke NUS pada Januari bagi menghabiskan pengajian undang-undangnya di sana.

Tan merupakan penerima biasiswa Asean 2004 dan pernah menuntut di Sekolah Menengah Xinmin dan Raffles Junior College sebelum memasuki NUS.

Tan dan Lee telah berkenalan di laman sosial Facebook serta mula memuat naik gambar lucah mereka di blog tersebut.

“Satu hari, ketika kami sedang bermain-main saya mendapat idea untuk mengambil gambar bogel saya dan teman wanita saya.

“Selepas kami mengambil banyak gambar, saya terfikir untuk kami mendapat pengiktirafan atas kerja kami jadi kami memuat naik gambar ini di Facebook tetapi kami mengaburi bahagian-bahagian sulit,” katanya ketika ditemubual oleh Yahoo! Singapore.

Dia menambah telah mula memuatnaik gambar sejak September lalu namun gambar-gambar di Facebook telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial tersebut.

Dia turut memberitahu Yahoo! Singapore bahawa dia dan Lee telah didatangi oleh syarikat pakaian dalam dan pengeluar permainan seks di Singapura.

Sementara itu, Singapore Staraits Times melaporkan bahawa Tan mungkin menghadapi masalah apabila ingin memasuki Singapura kelak.

Memetik peguam Bryan Tan daripada Keystone Law Corp, yang dilaporkan oleh akhbar harian itu berkata anak guamnya itu mungkin akan dikenakan tindakan atas kesalahan melanggar Akta Perfileman kerana menghasilkan dan memuat naik video lucah.

Peguam itu dilaporkan berkata Tan juga telah melanggar peraturan dan kod etika pelajar NUS.

Jurucakap NUS berkata dia tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai mana-mana pelajar mereka kerana ia adalah sulit.

Dalam pada itu, The Straits Times pula melaporkan Tan dipetik sebagai berkata: “ Apa yang (NUS) boleh buat? Menghentikan biasiswa atau membuang saya? Saya tidak boleh cakap saya setuju dengannya, tapi jika ia berlaku, saya boleh menerimanya.”

Sementara itu, Guan Ming Daily melaporkan Lee tidak kisah dengan kontroversi yang dia dan Tan telah berlaku ke atas berlaku.

Dia berkata dia tidak risau walaupun isu tersebut akan membuat keluarganya kecewa atau apa yang difikirkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

Lee berkata dia dan Tan tidak kisah dengan pendapat orang lain mengenai mereka dan akan meneruskan ‘aktiviti’ tersebut kerana ia memberikan keseronokkan kepada mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aqu sendiri akui... memang banyak lagi orang malaysia nie yang buat macam nie, bersepah-sepah kat luar tuh... suruh je JAKIM JAWI serbu hotel-hotel tuh, mesti paling tak 4 6 orang kena cekup..cuma bezanya diaorang tak de handphone nak rakam or tak pandai guna handphone nak rakam  -.-" 

Pendapat aqu : tak payah la kita sibuk bertikam lidah soal itu ini pasal kes vivian & alvin nie... padahal kita sendiri "menghalal" & "menyokong" benda nie jadi... *kat drama-drama tu yang berlakon sume tu, pelakon nye bukan la suami isteri pun tapi buleh pulak "berlakon" macam suami isteri"... kalau pelakon-pelakon tu boleh kita ibarat kan mereka "cuma berlakon", mengapa kita tak fikir yang alvin & vivian nie pun "berlakon"??????

Hantuk kepala tanya minda tambahkan iman. 


maaf.aku pun manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. sekian.

p/s: perkahwinan itu indah....cintailah perkahwinan dan bercintalah dalam melaluinya ^^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

6 penyumbang pandangan

husband ku safee sali ^^

Assalamualaikum

Hohoi bangga nye haku!!!! Muuahhh muuahhh love you abang..ahaksss tergatai pulak di sini!hahahhaha

Sape tak kenal safee sali kan.... fames woi!!!! ahhhh tak lame lagi masuk la gambar aqu pulak dalam majalah-majalah hiburan di temani suami tersayang... huh mesti wartawan asyik nak tanye macam mane kenal, macam mane boleh tertarik, dari bile bercinta, kenape kawen senyap-senyap... aghhh malas nye aqu nak layan, tapi nak buat macam mane kan, dah suami aqu fames jadi terpaksa la aqu pun terima tempias.. aghhh i rimas la hidup jadi perhatian nie! huh no kamera please!

Hahahhahah perasannnnnn betui kau kan suana!!!!hahhahah Tapi jangan salah kan aqu, kisah nie bermula bile semalam laki aqu balik koje je dia kata "ade blogger tu kata muka abang macam safee sali...."... hah???? terkejut beruk hutan aqu... beruk pun senonoh lagi dia punye terkejut... aqu pun bukak blog sepantas kilat lagi laju dari pos laju...

what????? apekah...


hohoho ^00^ bangga tahap hilang kawalan diri aqu.hahhahah

pape pun tikiu kat adik arina sebab puji husband akak tu... makin perasan la laki aqu lepas nie.hahhahahah

nie safee sali =.="
bukan husband aqu
my lovely husband ^^
macam lagi hensem dari safee je.llalalalla
sekian. *nak sambung berangan*

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com

Assalamualaikum

Sekian lame aqu tinggalkan aktiviti menjoinkan diri *menjoinkan diri???* dari mane-mane segment, kini aqu kembali membuang tebiat kebosanan menyertai giveaway dari yana nie..

Mudah jer pun... 
  • Tepek banner macam biase ler...
 
  • Cerita pengalaman manis/masam selama berblogging nie...
Pengalaman manis --> selama aqu bercinta dengan blog nie... aqu terasa begitu awesome bile penah menang 3 kali segmen & giveaway.. ^__^ bangga ok! Dan paling membangga kan aqu adelah..... 

Haaaa nampak anak panah tuh???? Yeh!!! muka laki aqu macam safee sali babe!!!! ehhhh silap silap... muka safee sali macam laki aqu babe!!!!!

Pengalaman masam --> aqu sebenar nye malas nak mengigat benda nie... jutaan tention aqu dapat kalau aqu layan pemasaalahan nie...dan akhirnya aqu pasrah! *emo lebih* Pe masalah nye??? Cerita nya bermula dua tahun yang lalu di mana aqu ingin membuka blog menulis entry baru...puas aqu cuba dan cuba.. akhirnya aqu pasrah!!! Akaun aqu telah mengalami masalah dan tidak dapat di buka lagi.. maka nya berkubur la blog lama ku itu dengan cinta ku kepada nya.. Kini hidup ku kembali terubat dengan kehadiran blog ku kini. *hoho dramatis sungguh cerita!* 

  • Member yang di sarankan untuk join :
 dia, ekau dan kamu  

  • Follow twitter  *aqu x de twitter =.=" ketinggalan zaman sikit* & like fan page blog yana
DONE ^_^
 

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

WetlanDS

Assalamualaikum

Next destination honeymoon aqu ialah ke LUMUT.... dari cameron highland terus turun ke lumut.. Huh dalam perjalanan memang tak sabar-sabar nak menikmati indah nye la pantai!!! Dalam hati dah macam berzikir "cepat la sampai cepat la sampai"..Aghhh kalau aqu berzikir dapat jugak pahala =.="

Mase tengah otw ke lumut tu, tetibe laki aqu da macam histeria nampak "WetlanDS".. erkkk bukan "tanah basah" yang di sirami air ye, laki aqu bukan la sejakun itu untuk mentekejutkan diri dengan benda remeh temeh macam tuh! *mentekejutkan diri???? apekah ~__~*

WetlanDS tu sebuah tempat femes untuk kaki pancing la kot... *dari sudut pemandangan sebelah kiri aqu terhadap keterujaan laki aqu sebentar tadi*. Dalam ati da panas je, mane tak nye..tengah musim aqu honeymoon pun ikan nak berkongsi kasih! Ahhh ini sudah lebih.. nampak nye ikan-ikan nak tunjuk samseng wujud kan perebutan kuasa nie! Tapi di sebab kan laki aqu kata "kita singgah jap ye", huh maka nya terpaksa la seorang isteri meetali macam aqu nie menurut kata. *siap kau ikan, aqu cincang-cincang spises ko nanti!*

sighboard bahagian dalam
Ohh sebelum aqu terlupa, "WetlanDS" tu memang sebegitu ejaan nya... Aqu pun tak taw senjak bile dalam satu perkataan, huruf kecik dan besar boleh di campur aduk kan menjadi sebati. Kalau kat sekolah, mau cikgu BM membuat aksi lontar buku ke tanah sebab mencacar marbakan penggunaan huruf. Dewan bahasa dan pustaka sila ambil tindakan keras terhadap isu serius ini!. *over kan*

laki aqu dengan isteri kedua nye =.="
Kat sini kalau nak memancing kena bayaran RM30 uncle tu cakap...Tasik dia bahagikan ke 4 bahagian.. Besau gilessss la gua cakap tasik dia..mengancam mata yang memandang, cantik indah permai!
nie tasik pertama kat belah dalam punye..
permai sungguh! dengan angin bertiup~ fuhhhh
laki aqu kusyuk gilessss
bunga teratai~
ohhh awsem gambar aqu ambik (gambar time nak ujan)
*without any editting ^^*
Dalam WetlanDS nie ade jugak padang golf, swimming pool, macam-macam lagi la aktiviti rekreasi...
dalam air nie...3meter
susun atur dia memikat jiwa. thumbs up!
Yang baguih nye...sighboard peringatan di mane-mane sahaja... *maksud dalam bahasa kasar untuk semua sighboard di bawah adalah : "kitaorang tidak hinggin bertanggungjawab sesen pun kalau jadi pape kat ko. sila faham!"
kat tempat parking keta
kat kawasan memancing
Kalau kat bahagian swimming pool akan tulis "swim at your own risk", kalau tempat padang golf "your ball is not your risk".  =.=" ye la, mane la taw tengah kita syok belajar berenang tetibe bola golf melayang tepat ke kepala kita, jadi salah sape??? jawab jawab!!!!

Dan aqu... peralatan yang aqu bawak untuk ke sini adalah.........

ade rupe orang nak gi riadah tak aqu nye peralatan.lallalalala
Gambar aqu??? tak payah la... ^^

p/s : next jurney = lumut~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

al kisah honeymoon???

Assalamualaikum



Dari sebelum kawen sampai la dekat 2 minggu da aqu meniti alam umah tangga nie, tak putus lagi suara-suara nakal tanya tentang honeymoon aqu.. 

Aqu kadang-kadang bigung... *wahhhh extrem je ayat.hahhhaha* ok-ok kata lain nye blur...

Pasai pe??

Look at this word "HONEYMOON" *speaking la kunun kan* 

HONEY = MADU
MOON = BULAN

so HONEYMOON =BULAN MADU????

COP!!!!!!!

seingat aqu la... laki aqu bawak aqu bercuti kat tempat-tempat atas bumi je... tak de sampai ke bulan pun =.=" 

so makne nye aqu nie di kire "HONEYEARTH" la kan kan kan?????

Ke sumeorang atas bumi nie nak maksud kan "HONEYMONTH"? *pelik benor la pulak -.-"*

HONEY = MADU
MONTH = BULAN

Ahghhhhh konfus konfus!!!! sape yang nak di persalahkan nie... guru??? ibubapa??? or diri aqu sendiri??? ~__~

p/s: bulan pertama perkahwinan aqu penuh dengan madu-madu...semoga Allah terus melimpahkan redha nya dalam masjid kami hingga akhirnya. Amin.

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

5 penyumbang pandangan

cameron highland

Assalamualaikum

Pejalanan panjang meniti honeymoon aqu bermula kat cameron highland... 

Pertama sekali memang tepat dengan gelaran "highland" tu... sebab tah berape kali bangun tido aqu dalam keta tu tapi tak jugak sampai ke puncak! Sampai nak termuntah-muntah pening-pening lalat la jugak aqu sebab jalan dia nak ke atas tu da macam ular berlingkar-lingkar...memang kesian aqu tengok laki aqu drive jejauh tu..ngape aqu tak drive??? ohhh tidak, dengan kepala sakit ala-ala memain kan soundtrack rock tu makanya aqu malas nak ambik risiko untuk menukar "honeymoon" kepada "periamoon" =.=" *alasan!*


Nak tercabut la jugak tengkuk aqu nie mencari signboard "equatorial hotel". Dekat pukul 2, baru la jumpe...huh jauh kemain...nak kata mahal tu, biase la standard hotel kan..nak murah, buat pondok sendiri =.=" tapi not bad la sebab selesa.. cuma satu je aqu nak komplain, mane kau punye pemanas udara jah!!!! sejuk tahap beku aqu memalam..terpaksa ler aqu peluk laki aqu sampai tahap kedap udara tiap-tiap malam.hohoho
sejuk gilessssss~
pemandangan dari hotel...
dapat tingkat 9 =.="
tak de tinggi lagi?????
Kitaorang pegi time weekdays,tak de la hiruk pikuk berduyun-duyun orang sangat.. tenang and harmoni je rase, dapat pulak laki romentik kan..lingkup! cameron tu macam kitaorang je yang punye.hahhahah 

Petang tu kitaorang keluar cari makan, perut da main lagu gangnam style.. Name pun melayu..hantar la ceruk pelusuk tinggi mane pun, makanan melayu jugak yang tetap sedap kat tekak.. kitaorang tuju, kedai masakan melayu. Perhhhh sumpah sedap! Tak tipu! Siap aqu puji akak tu depan-depan lagi kata sedap dia masak.. And esok nye pun aqu tuju kedai tu jugak. *sedap sangat makan sampai lupe ambik gambor kedai akak tu -.-"*

Tempat menarik yang sempat kitaorang gi..

  • stawberry park
kat sini buleh petik stawberry sendiri.. RM25 jer~

buah dia memang banyak yang manis. thumbs up!!
  • cactus valley 
kaktus kat sini murah-murah je..
RM1.50 pun da dapat sebijik


kaktus mengeluarkan bunga~ cantik!
pokok bonsai *kalau aqu tak salah*
apakah aksi pokok itu??? panjangkan imaginasi anda.hahhahahah

  • bee farm
comel punye banner
tu yang aqu terjah masuk
bee tu say "hi welcom"
memang dia bagi kita melawat lebah nie depan-depan...
takut kena sengat, sila dok jejauh -.-


kolam ikan pun ader dalam nie...
kawan tikala bee sunyi
  • ladang teh
sape rajin panjat sampai atas...
sila kan~

  • butterfly garden

adakah ular & kalajengking itu kelompok butterfly????
@_@
tiket masuk berbayar ye...
cantik nye rama-rama~
banyak kan rerama~
dalam tu ade ular ye...
bukan kayu semata-mata -.-
perbincangan pilihan raya perkauman
Banyak lagi tempat tak pegi...tak sempat, and setengah tu ada yang tutup... Aqu nak masuk rose garden tapi tah mane-mane simpang tak jumpe.. makanya tak nak kempunan, aqu hambik gambar bunga rose yang cantik awsem nie..


nie tuk my hubby...
Dan sempat jugak aqu makan stawberry coklat nie...sedap gile stawberry! ade sesape nak adiah kan aqu ladang stawberry tak???? *berharap*


manis..
hari-hari makan, senang dapat penyakit
Sebelum balik, kitaorang shopping la teh berkotak-kotak, dengan stawberry nye dengan coklat bagai la...dan tak lupe, adiah tuk member yang i luv so much! *ade abang tu jual jagung paling sedap den penah rase*

flash kamera rosak..lantak kan -.-
kawan-kawan diaorang yang lain da selamat sampai ke tuan masing-masing~
Mood : masih teruja memiliki suami (hohoi! sengal benor aqu)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)