3 penyumbang pandangan

tentang nelayan..

Assalamualaikum

Pernah aqu mendengar satu cerita..tapi entah benar entah tidak, aqu tak pasti.. tapi pengajaran nya membuah kan erti.

Cuba bezakan...ada dua orang nelayan, seorang beragama islam yang teguh iman nya dan seorang lagi kafir. Suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Berlainan pula dengan nelayan beragama islam itu.. Apabila menebar jalanya, dia menyebut nama Allah. 

Di penghujung hari waktu senja, si kafir pulang dengan tangkapan yang banyak, dia berasa bangga..namun tidak bagi nelayan beragama islam itu, dia pulang dengan tangan kosong..tiada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Dia masih bersabar dan redha dengan ujian Allah itu.

Melihat keadaan itu, Malaikat berasa simpati lalu pergi mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat itu sebuah tempat di syurga yang disediakan oleh Nya untuk nelayan yang masih kuat iman nya itu. Lalu berkata malaikat “Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah.

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat “Alangkah malang nasib si kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam.”.


Kadang kala bila kita buat sesuatu dan tidak mendapat pulangan yang setimpal dengan nya, jangan lah kita mengeluh..sesungguh nya ada hikmah di sebalik nya. ^^ 




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

birthday giveaway~

Assalamualaikum


kaku.
giveaway?
boleh menang ke?
tertanya sendiri..
erm mungkin...
tuah kita tak tahu...
*ter-monolog sebentar*

teka-teki terjawab sendiri :

sape owner blog sana?,
nampak orang nya kecik molek,
kawan-kawan tak payah la teka,
jenuh pulak nak mengodek.
jawapan : - liza hanum -

berblogging sana berblogging sini,
terjumpa blog hazirah punya,
tak payah berbasi basi lagi,
cer bagi link blog nya.
jawapan : - http://lizahanum.blogspot.com - 

dari tadi liza sahaja,
masih blur apa yang berlaku,
kenapa ramai terjah blog dia,
cuba bagi taw aku.
jawapan : - liza hanum birthday giveaway-

hadiah giveaway memang istimewa,
balqis dan ain penganjur bersama,
tapi masih muskil satu perkara,
siapa yang boleh turut serta?    
jawapan : - para blogger seluruh malaysia

semua syarat sudah di penuhi,
akhir nya kata semoga berjaya,
sebelum terlupa saja nak bertanya ni,
ada tak blogger di tag nya? 
jawapan : - kamu, kamu, kamu -

-------------------------------------------

ucapan buat owner :-

Berapa jawapan punca kuasa dua 980 darab 128?

Jawapan nya adalah "I love U"

Selamat ulang tahun petanda semakin tua,
Jatuh pulak pada tarikh tahun baru nya,
Jangan bersedih jangan kecewa,
rezeki datang bukan mengira usia tua atau muda

Di panjat doa kepada ilahi,
untuk akak ku seorang ini,
semoga panjang umur murah rezeki,
nak hadiah tunggu la saya jadi jutawan nanti.

salam perkenalan dari saya,
terutama sekali kepada owner di sana,
sampai sini je la teka teki nya,
cer teka pula apa nama penuh suana?
 jawapan : - ........ -
*rahsia selagi aqu belum jadi pemenang nya.hahhahahhaha*
lagu nie untuk akak ye~



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

TEMPAHAN DI BUKA!!!

Assalamualaikum

"Muruku kak zah's family"

Pernah dengar? Tak? Sebab belum fames sangat kan.. =.=

Rupa muruku tu macam nie..

 Bukan jenis muruku yang tebal-tebal tu ye.. nie yang halus punya. Rangup. 

Info :
  • berat timbangan bersih, 270gram. Kalau tak cukup korang boleh claim balik duit korang. *jangan lepas makan pastu nak ngegada kata tak cukup ye*
  • Harga sepeket RM6
  • Fresh punya...kitaorang tak kan bagi muruku yang dah lama buat. Korang order baru kitaorang buat.
  • Gerenti rangup tak lemau punya. Kalau tak korang boleh claim balik duit korang. *jangan korang dah biar tebukak lipas masuk pastu ngegada nak kata lemau ye*
  • Peratus kesedapan/enak : 95% sure. Setakat nie belum ada yang komplain, malah jumlah pemintaan semakin bertambah.
  • Tempahan untuk goodies beg perkahwinan atau sebarang kenduri juga di terima.
Sebarang pertanyaan atau tempahan : 013-4261004 / 013-3964467

free gift : daun kari -.-

promosi harga murah produk anugerah >> SINI

promosi harga murah susu hi-goat >>> SINI 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

giveaway bakal TAMAT

Assalamualaikum

Tengok jam dah nak pukul 10:45 pm. Macam di janji kan giveaway "jangan perah otak" akan di tamatkan pada 30/12/2012 bersamaan jam 11:59 pm atau 23:59 waktu malaysia. So makna nya ada lagi beberapa jam je nak tamat...

Kepada yang dah join, korang cek ler kat senarai peserta tu ada tak nama korang...last date aqu terima sebarang penukaran adalah sehingga1 januari 2013. Bermakna kat situ, pemenang akan di ketahui pada 2 januari 2013 la ye. Sesapa yang tak memenuhi syarat, akan di batalkan penyertaan.

Setakat nie jumlah yang join sudah hampir 75 orang. Alhamdulillah ada sambutan. So sesapa yang belum join tu, sila la join...di alu alu kan.. peace yo!

Sesape nak join, klik banner bawah nie..

NOTA TAMBAHAN
:

kepada yang belum join segmen yang aqu buat yang sudah semesti nya simple, sila ke SINI. Tidak memerlukan sebarang entry, just masuk link blog korang.

NOTA SHOPPING JOM
harga promosi di beri secara besar-besaran... PRODUK HI-GOATPRODUK ANUGERAH



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Simple Segmen : " Entry Terbaik 2012

Assalamualaikum

"Kasih nya ibu membawa ke syurga, kasih nya ayah membawa bahagia"

Benar! kasih ayah itu membawa bahagia. Kerana kasih ayah entry ini ku tulis khas buat dia. 6/9/2012 hari pertama ayah di panggil mengadap illahi. Sedih. Sehingga saat ini masih tidak dapat terkawal air mata yang melimpah bila terkenang atau melakukan sesuatu yang pernah di lalui bersama ayah. Semoga arwah ayah di tempatkan bersama orang beriman. Amin.

"when you are married, you don't care anymore if your friend treat you badly..coz you have your husband"

Benar juga! Walaupun kasih suami tidak seperti kasih seorang ayah, namun kasih nya juga akan memberi kita bahagia. Di saat aqu kehilangan ayah, aqu di anugerah kan seorang suami. Entry ini mengambarkan segala nya. Benar yang pernah aqu dengar..Allah itu tidak kejam. Saat DIA mengambil sesuatu dari kita, DIA telah pun menyediakan penganti untuk kita. Walaupun tidak sama dengan yang asal nya, namun tetap terbaik untuk kita. Alhamdulillah.

----------------------------------------------------
Kelam.
suasana malam,
sang bintang masih setiasa meneman,
cahaya sang bulan menjadi penyeri taman,ralit,
masih terasa kosong,
aku ke sepian, 
menadah tangan memohon terus di beri kekuatan.

Masa.
Terus berlari tiada belas,
Jauh meninggal kan kenangan satu per satu,
sakit..bahagia...silih berganti,
menjadi pengajaran mematangkan diri,
meningkat kan iman yang masih sekelumit ini.

Berdoa.
jangan aku berpaling menyalahkan takdir,
mengadai iman memenangkan nafsu,
mengapa perlu aku membiar syaitan ketawa,
seumpama membiar diri menjadi rakan nya,
menyokong azam menyesatkan manusia,
sedang kan sedar panas neraka tidak pernah terpadam api nya.

Semoga kita terus kekal redha dengan takdir nya.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

PROMOSI 2013: PRODUK ANUGERAH

Assalamualaikum

PRODUK : Air mineral semulajadi anugerah - 500ml 
PROMOTION PRICE : RM3.50 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat

PRODUK : Minyak sejuta rahsia anugerah 
PROMOTION PRICE : RM40.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Losyen sejuta khasiat anugerah (haruman apple)  
PROMOTION PRICE : RM23.00 - tidak termasuk kos penghantaran

klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Losyen sejuta khasiat anugerah (haruman sweet floral)  
PROMOTION PRICE : RM23.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Losyen sejuta khasiat anugerah (haruman aqua fresh)  
PROMOTION PRICE : RM23.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Minyak kasturi anugerah - untuk kepintaran anak  
PROMOTION PRICE : RM40.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Minyak kasturi anugerah - untuk menaikan seri dan pemanis  
PROMOTION PRICE : RM40.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Minyak kasturi anugerah - untuk menghindari sihir  
PROMOTION PRICE : RM40.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Minyak kasturi anugerah - untuk keharmonian rumahtangga  
PROMOTION PRICE : RM40.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Pencuci muka anugerah - untuk kulit biasa  
PROMOTION PRICE : RM18.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Pencuci muka anugerah -untuk kulit bermasalah 
PROMOTION PRICE : RM18.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Pencuci muka anugerah - untuk kulit kering  
PROMOTION PRICE : RM18.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat
PRODUK : Kismis emas anugerah  
PROMOTION PRICE : RM16.00 - tidak termasuk kos penghantaran
klik gambar untuk pembesaran maklumat

*mininum pembelian 7 produk ke atas (boleh campur)*  
*kos penghantaran pos mengikut jumlah kuantiti berat barang yang di beli*

sebarang pertanyaan/langganan hubungi : 013-3964467


untuk kepastian mengenai maklumat produk anugerah boleh ke SINI


promosi harga murah susu hi-goat >>> SINI 

promosi harga murah tempahan muruku rangup >> SINI 
 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

PROMOSI 2014 : SUSU KAMBING HI-GOAT

Assalamualaikum



PRODUCT / PRODUK : Goat's milk powder (susu kambing)

INGREDIENT / KANDUNGAN : Pure goat's milk powder (tepung susu kambing tulen)

BENEFITS / KELEBIHAN :  
  • Sunnah Nabi meminum susu kambing
  • Tiada kandungan gula yang tinggi, tetapi masih sedap dengan rasa susu yang tulen
  • Tidak berbau hamis kambing
  • Baik untuk mereka yang alah pada susu lembu
  • Kaya dengan protein, vitamin A dan kalsium
  • Menolong mencegah kanser, merawat gastrik, ulser perut, penyakit kuning, asma/lelah, hepatitis A, migrain, masalah buah pinggang dan masalah susah tidur
  • Menguatkan paru-paru dan sistem imun
  • Mengawal tahap gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.
PRODUK KELUARAN : MALAYSIA

MARKET PRICE : RM36.60 (WM), RM41.60(EM) - sekotak, mempunyai 15 paket

PROMOTION PRICE : RM28.00 (WM), 31.00(EM) - tidak termasuk kos penghantaran

*mininum pembelian 3 kotak ke atas* 

sebarang pertanyaan/langganan hubungi : 013-4261004 / 013-3964467
atau 
email : wassup_girlz89@yahoo.com

untuk kepastian mengenai HI-GOAT, boleh ke SINI. 

promosi harga murah produk anugerah >> SINI 

promosi harga murah tempahan muruku rangup >> SINI 
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

jualan murah LENOVO S100!!

Assalamualaikum

Haah~ Lama dah aqu tak buat koje jual menjual barangan harga murah nie... harga je murah ye, tapi quality thumbs up punye!

So sape taw jenama LENOVO???

Ok..aqu maw jual lenovo ideapad S100..

Cop!!! memang nie di kira 2nd hand punya, sebab konfem-konfem 1st hand nya owner dia dah pakai.. tapi aqu boleh guaranty cop sirim punye yang keadaan netbook itu still awsome dalam 95%... cuma 5% je yang hilang. Pasai ape hilang 5% je??? Aqu sebenar nya malas nak sebut, tapi terpaksa jugak sebut sebab aqu taw mesti ada yang tanya, pasai apa maw jual kalau quality still awsome..mesti barang tak ok dah nie..

Ok, sebab nya owner tu maw juai adalah kerana....dia sangat tidak tahu menghargai penggunaan lappy or netbook or sama waktu dengan nya la..sebab nya dia guna netbook tu untuk download lagu je...*ada ke patut???? memang menjatuh kan maruah pengguna-pengguna tegar lappy macam aqu nie* punca dia tidak tahu menghargai nya adalah di sebab, dia dah ade handphone super duper canggih sampai 2 3 tapi gatai tangan banyak duit sangat gi beli lappy, tu la padah nya. *jujur gile aqu.hahhahahah maaf kepada orang tersebut.lalalal*

So aqu bagi gambar nye la ye...



Free beg tu sekali plus other aksesoris.. tapi jangan nak merepek mintak aksesoris make up mak andam pulak ye..maksud aqu tu aksesoris untuk netbook tu la...contoh kipas dia and lain-lain la..


cop sirim dan cop-cop pengiktirafan yang lain pun ade ok
Info :-
Processor : Intel(R) Atom(TM) CPU N570 @ 1.66GHz 1.67GHz
Installed memory (RAM) : 2.00GB
System type : 32-bit Operating System
Window : Window 7 starter

Harga? Kalau ikut harga kasar nya dia maw jual RM750... tapi kalau korang pandai bodek ngorat kenyit-kenyit mata pipi sume maybe harga nya boleh di runding lagi menjadi harga licin tidak kasar.

Sesapa berminat dengan netbook ini mahupun tuan nya boleh la contact no nie 012-7100677.. nama dia anak encik bahar. Maka korang call je, pastu cakap "may i speak to en.bahar daugther please".hhahahha *nama dia nadia, available but not single sebab dia ada mak pak kekawan and sedara mara lagi*

Sampai di sini je aqu membebel. Sekian. *aqu tak taw la aqu nie nak membebel ke nak menjual =.=*


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

42 penyumbang pandangan

segmen: letak link, aku review

Assalamualaikum

Dan salam sejahtera. Aqu bukan la hebat benau dalam dunia berblogging nie.. follower pun tak la sampai beriban ribon.. tapi di sebab kan aqu merasa kerajinan aqu di tahap yang sangat awsome, maka aqu nak buat segment meng"review" blog yang bertuah. 

*nota bangga* Aqu mempunyai kepakaran dalam melontarkan pandangan mahupun memberi nasihat..maaf aqu bukan lah pengkritik tak sedar diri, aqu hanya melontarkan pandangan andai ada yang meminta. Dan sekarang, segmen ini adalah untuk para blogger yang rasa "tahan" untuk menerima kritikan dan tidak membangga diri apabila di beri pujian. *nota perigatan : jangan risau, kritikan aqu tidak lah menggunakan bahasa pedas cili api tahap dewa, kesopanan dan kesusilaan bahasa aqu masih terpelihara*

Maka..apa yang perlu anda lakukan? Mudah..

Aqu memuktamad kan ingin memilih 5 orang blogger bertuah untuk di review. Pemilihan blogger untuk di review adalah mengikut nombor bertuah yang telah aqu pilih. 

NO YANG AQU PILIH :    -4-    -25-    -99-    -104-    -135-

Jadi bagaimana anda ingin mendapatkan nombor anda?

Cara nya..anda tidak perlu membuat entry, hanya pergi ke kotak komen di entry ini kemudian tulis kan link blog anda. Nombor anda hanya akan di ketahui apabila segmen ini tamat. *terpulang untuk follow atau tidak, tapi sekiranya blog anda terpilih untuk di review.. maka saya dengan sombong nya tidak mahu pergi bertandang ke shoutbox dari sorang ke sorang pemenang dan memberitahu anda satu per satu.maaf*

Dengan kata lain..nombor peserta akan di beri mengikut turutan siapa yang komen paling awal dan seterus nya..aqu hanya akan publish semua komen untuk entry ini pada 31disember 2012 bersamaan tarikh tamat segment ini. *hanya komen berunsur pertanyaan akan di publishkan*

Sekian. *tiada perbezaan kritikan di beri pada blogger famous atau pun tidak. adil dan saksama*



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)