7 penyumbang pandangan

adakah doktor bersalah???

Assalamualaikum

Pernah pergi hospital? or...klinik?? *Erk jumpe bidan dan bomoh tak termasuk okeh* Dan pernah tak mengalami permasalahan pemikiran kerana memikirkan sama ada doktor yang bakal di jumpe tu doktor lelaki hensem atau doktor pempuan..ehh abaikan part hensem tu.

Aqu selalu berdepan masalah tu..dan sebab aqu paling tak suka nak pi klinik bagai..dah la bau ubat menyesak pernafasan aqu, gantung pulak gambar-gambar pembedahan, siap gambar jarum gajah bagai..ngeri taw tak! Kau tau tak tu punca nya budak-budak tak suka nak jumpa doktor! Gantung la gambar ashraf muslim jadi doktor ke, lirik-lirik lagu ke..boleh jugak aqu menyanyi kecil menghiburkan hati =.=

Berbalik pada topik. Soalan pertama yang akan terpacul pada nurse bile aqu masuk je pintu klinik ialah "erk maaf nak tanya...doktor laki ke pempuan yang bertugas??". Kalau doktor lelaki bertugas, konfem aqu pi cari klinik lain..Tak pernah sekali pun dalam hidup nie aqu terlupa nak tanya benda tu..gila kau, aqu pempuan, jatuh maruah aqu bila doktor lelaki sesedap rasa mee segera je nak pegang-pegang tubuh badan kewanitaan aqu nie..melainkan pegi hospital yang menempatkan beberapa doktor..maka terpaksa la aqu pasrah.. bukan pasrah je bila doktor lelaki periksa, tapi pasrah je dulu jumpa doktor berjantina ape..tapi kalau dah masuk part dia nak sentuh-sentuh, memang syarahan ustazah tak bertauliah aqu bagi.. nasib kau la doktor. *itu risiko jadi doktor, terima je la~*

thanks untuk gambar. peminjaman gambar.
 Semalam aqu pegi check-up di pusrawi, dan macam biasa la suami aqu setia menemani..*ayat nak jiwang*. Masuk je aqu tengok meriah nye klinik tu.. *erk pusrawi klinik ke hospital??? maaf aqu bukan peminat fanatik pusrawi*. Aqu terpandang nama doktor bertugas.. ada sorang laki,sorang pempuan. Adoi aqu dah berkira-kira nak balik...tapi bila pikir, jejauh laki aqu bawak tak kan sesedap hati ayam nak balik..memang kena kutbah la karang..maka aqu berserah.

Dan macam aqu jangka, dapat doktor lelaki. Laki aqu melangkah denganlaju padu dan semangat masuk ke bilik 4 tu, aqu blur...sape nak check-up nie??? Aqu ke laki aqu??? =.= 

10 min kemudian, doktor tu minta aqu buat ujian air kencing... Ohhhh my God!!!!! Malu gile aqu bila doktor tu tanya aqu boleh bagi air kencing ke tak....Ya memang perkara biasa la kalau air kencing nie..sape tak penah kencing kan.. Tapi sangat malu bila aqu pempuan, dan yang memberi arahan itu adalah lelaki..plus tambahan add-up yang aqu nie bini orang... malu hoi! *tepaksa aqu tebalkan muka berinci-inci...=.=*

Aqu terfikir...macam mana lah nak bersalin nanti...buat nya doktor lelaki, lagi malu dohhhh..macam mana nak berdepan dengan dunia..maruah dah tercalar dengan sewenang-wenang nya.. *emo tak*. Aqu masih tak faham...kenapa perlu menempatkan doktor lelaki untuk perkara-perkara yang melibatkan wanita punya tubuh badan??? Tak malu ke kau bila nak buat pemeriksaan payudara, tapi di periksa doktor lelaki??? Gila hoi!!! *itu sebab aqu tak penah nak pegi..takut doktor lelaki*

Ya betul...dah la pi hospital kerajaan, bayar murah..sesuka hati nak demand...Ya memang aqu punya suka la nak demand..kalau korang tak nak demand korang diam! Aqu demand dengan benda yang betul..benda yang masuk dek akal..benda yang melibatkan maruah! Kau ape taw...taw dapat murah je dapat bonos je dapat duit je terus pangkah sokong mem-biawak buta. Ingat, kita rakyat...hak rakyat tu ada.. dan kita wanita, hak wanita tu ada.. bukan bermakna mereka berpangkat di atas, maka semua nya boleh di beli dengan duit.. bukan bermakna mereka berpangkat di atas, maka mereka boleh ketepikan semua hak yang di bawah! Kata kita negara islam..kenapa tak pertahan kan bab tu????..opss..

Aqu fokus kan bab bersalin. Bukan aqu nak kata "oh lelaki yang nak jadi doktor tak boleh belajar tentang bersalin atau apa-apa yang memerlukan mereka melihat, membelek, memegang, meneliti dan membuntangkan mata untuk melihat tubuh badan wanita". Ya boleh, PERLU. Nampak aqu kata PERLU. Tak salah untuk belajar... nama nya ilmu kan?? Lagi pun doktor lelaki pun akan berkahwin dengan wanita, apa salah nya dia belajar..mana tahu satu hari nanti dia boleh mempraktik kan kat isteri dia nak bersalin.

Tapi tak sedar ke kaum adam sekalian..isteri anda bersalin mengunakan khidmat doktor lelaki.. Hoi mana maruah anda??? Mudah nya tubuh isteri anda di pertonton umum... anda sibuk mempertahan aurat nya, sibuk menghujahkan cara pemakaian nya, sibuk menunding jari tentang penampilan seksi nya.. tapi bila tubuh isteri anda di pegang di lihat doktor lelaki...kenapa anda masih boleh bersikap cool?? Boleh bersikap ini darurat?? Gentleman kah?? Oh bukan..itu GENTAR MEN!

Tiada istilah darurat jika masih ada doktor wanita duduk goyang kaki di bilik istirehat sedangkan doktor lelaki perlu menjalankan tanggungjawab untuk kelahiran seorang bayi. Bukan darurat jika masih ada doktor wanita yang berkhidmat di tempat tersebut! 

 Maka mana darurat nya???? Ya mungkin akan di kira darurat jika semua doktor wanita tidak tertinggal sorang pun bersalin dalam waktu yang sama..maka doktor lelaki anda di perlukan. Mungkin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
7 Comments

7 00 rajin nak comment:

~didiey~ said...

selagi boleh dptkn doctor perempuan,dapatkanlah...malu doctor lelaki tengok2 badan kita,belek2..huhu..walupun didiey xkawen lg tp skrg ni dah ada rasa segan mengenangkan kalau bersalin nnt doctor lelaki yg jaga.adoi! malu!!!!

Suana Zhar said...

tu la...heran betul la..kata ramai doktor pempuan, tapi kenape semua pegi jumpe doktor laki je banyak..

yan said...

akak dah rasa pegi annur mmg konfirm perempuan tp anak yg ketiga kena masuk gomen sbb ade kes terima jela kena korek ngn doc lelaki waaaa

ct cheery said...

sampai mcm tu dear??haha..kelakar tapi kan bila part bersalin tu xcerewet dah doc lelaki or pompuan..sbb dah xkuasa nak pikir jantina doc koz buzy pikir sakit nak bersalin..haha

Alia Az said...

x tahu nak komen ape .. kita ney kecik lagi .. haha.. baru 18 tahun .. tapi tu laaa , bab bersalin .. haha .. takot gak dengooo .. agaknya , kalo nampak doktor lelaki yang kena tolong melahirkan , terus baby tu x jadi nak keluar coz mak dia malu ! hahaha#

MisS BubBLe said...

Mostly skrg lelaki yang jadi doc and doktor sal pakar sakit puan ni. Tak ramai perempuan ase nye

Gadis Desa said...

dkter lelaki??? mmg i pnyegan ..hehehee..
bls knjungan n follow sni:)
(ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com)