0 penyumbang pandangan

ke-pemandu-an "perempuan"

Assalamualaikum

Erk anda pemandu wanita??? Jika ya, sila sedekahkan MASA dan KESABARAN anda...saya sedang ingin menghentam anda. Dan jika anda pemandu lelaki, sila ukirkan senyuman mengoda supaya saya terus mem"back-up" anda ~_^ *hoooha teringat my ex-student~ harap mereka berjaya menjadi pemandu berhemah..maaf cikgu pencen awal

Bila jem kaya planta atau kacang terjadi, mesti punca nya bermula dengan "wanita". Sape setuju?? Tidak?? Ya mungkin tidak, sebab kadang-kadang lampu isyarat yang rosak...tak kan wanita jugak salah kalau lampu jalan tu rosak! Dan mungkin juga jem kerana si kura-kura melintas jalan dengan lenggang nya.. jadi adakah salah wanita juga?? bukan kah salah ibu kura-kura tersebut kena tidak mendidik anak nya supaya berlari???


Isu pertama :
Ya macam-macam alasan lagi jem boleh terjadi... Tapi keberangkalian punca nya datang dari wanita tetap tinggi. Kenapa??? Kerana tiap wanita itu ke-tabiat-an nya adalah sama..iaitu mereka gemar menyolek kan tudung, cermin mata, bibir, alis mata tatkala jem berlaku! *ok aqu guna perkataan alis mata..begitu skema bunyi nya!*

Ohhh anda mula ingin menyoal, "kau nie otak mana, nama pun jalan jem.. jadi tak de kesan la diaorang nak bersolek pun...jalan tetap jem!". Benar. Jika hanya kerana seorang wanita, mungkin mustahil.. Tapi macam aqu kata kan tadi, "TIAP wanita itu ke-tabiat-an nya sama".. maka dalam 30 orang wanita, mungkin la masih ada 5 orang berperangai senonoh..dan 25 lagi??? 

Masih di kira ok jika mereka bersolek berserta sikap ambil pedulik keadaan sekeliling.. Masalah nya, bersolek macam jalan tu makcik ang punye..*ohhh ayat terkasar, emosi*. Bila kereka depan dah jalan, kereta si wanita masih menjadi tugu di situ..tidak bergerak walau seinci..menunggu orang belakang memberi hon, baru terhegeh-hegeh tekan minyak mau jalan.. dah tu tak sedar pulak tu salah sendiri, sibuk nak marah orang belakang "ish tak reti sabar..nak cepat-cepat ikut jalan lain la". =.= kau pikir orang punya nak cepat-cepat.. kau punya nak lambat-lambat tak pulak kau pikir~ 

Isu kedua:
Pernah dengar ayat "adoi slow nye...perempuan la nie! Ish bawak kereta ke kura-kura". Kerap sangat dah aqu dengar...dan konfem yang cakap tu mesti pemandu lelaki la kan. Maaf aqu nak cakap, dah sah-sah kau nampak dia bawak kereta..kenapa kura-kura pulak dapat nama??? Yang lagi pelik nya, bila potong je kereta tu kalau betul pemandu tu perempuan tak pe la jugak.. masalah nya bila pemandu tu lelaki.. maka keluar la ayat cover macho diaorang, "ish...bawak macam pempuan". Pulak dah! Ego nya lelaki. "=_=

Tapi dalam ego-ego diaorang tu, kadang-kadang betul jugak pe diaorang cakap... kebanyakan wanita memang suka "jimat" gear. Gear tu ada 5..tapi di pakai nya sampai 3 je... Itu perangai si manual la.. yang auto nya, suka jimat minyak.. 

Tapi kau nak jimat kau punya pasal la kan, kereta kau... Tapi tolong la faham.. sekolah memandu mana kau belajar kalau bawak slow sila duduk kat lorong kanan?????? bawak pulak kat highway... huh memang mintak kena jampi la nama nya camtu kan..

Isu ketiga:
Kepada pemandu wanita, sila ingat... "ketika lampu hijau, brek tidak mempunyai hak". Maka nya jangan rajin pijak brek la time lampu hijau...jenuh orang belakang nak menunggu ang woi!!!
gambar dari Mr.google
ok terkena tepat kat batang hidung aqu =.=
aqu memang suka "jimat" signal
Sekian. jika anda ingin memandu, sila ingat pada pesanan saya okeh. *_*

nota kepelikan :  berhenti bercakap tentang rasa itu dan ini pasal "kenangan itu", sebelum saya hilang respect pada anda. *saya bercakap dengan anda cik N*     
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: