0 penyumbang pandangan

kenapa merokok "haram"

Assalamualaikum


Aqu masih tak tahu fatwa sebenar yang dah di keluarkan sekarang sama merokok itu adalah haram atau tidak. Sebab aqu pernah dengar satu ketika dulu, yang merokok dah di keluar kan fatwa ia adalah haram sebab ia membahayakan kesihatan dengan sengaja. Tapi ada jugak aqu dengar yang kata merokok itu hanya makruh..jadi aqu tak tau fatwa sebenar nya..kena tanya mufti la.. encik-encik mufti, call saya please... *ape hal mufti yang kena cari aqu, bukan aqu yang cari diaorang =.= terbalik dunia*. 

Tapi jika haram hukum nya, maka bila kita tetap melakukan adalah berdosa..tapi kenapa undang-undang malaysia tidak menguatkuasakan hukuman kepada perokok-perokok? Oh i see, itu adalah kerana yang jelas-jelas haram seperti berpelukan, berpegangan dan tidak menunaikan solat pun masih tidak di pandang serius, apa lagi kes merokok..begitu sekecik kuman isu nya mungkin.

Tolak ke gaung tentang undang-undang, tolak ke jendela tentang masalah-masalah lain. Bukan tentang hukum yang aqu nak bincang, bukan tentang mufti aqu nak telingkah, bukan tentang aqu tak nak pangkah dacing. ehhhh opsss abaikan. Aqu cuma nak kita atau sesapa yang teringin untuk menyedekahkan masa 5 6 minit nya untuk membaca entry aqu nie, dan berfikir.

Semua nie aqu dapat dalam mimpi malam tadi. Aqu tak taw la ilmu nie datang sebab aqu punya cita-cita masa kecik-kecik nak jadi cikgu tak kesampaian..atau aqu dah terlalu kering idea nak menulis apa, maka di beri idea ini untuk menulis..atau idea tak sabar-sabar nak datang tak sempat tunggu aqu bangun.

Begini. Aqu tidak mahu menguna "haram" atau "makruh" atau "harus" sebab aqu tidak mahu mengelirukan hukum-hukum atau aqu takut bercanggah dengan hukum.

Kalau kita fikir, merokok itu apa faedah nya? Ya, jika di tanya kita-kita yang tidak merokok ini memang 100 alasan negatif boleh keluar...tapi jika kita tanya perokok-perokok pula, pasti 100 juga alasan nya untuk "menghalal" kan rokok.

Tapi kita ambil contoh arak...arak pun masih tetap mempunyai kebaikan dalam penggunaan nya..tapi antara kebaikan dan keburukan nya, lebih membawa keburukan. Begitu juga dengan merokok..walaupun rokok merupakan salah satu pendapatan untuk negara, namun itu bukan kebaikan yang perlu kita agungkan.. 

Bila kita kata "merokok itu bahaya, membahayakan kesihatan dan nyawa". Maka ada yang lebih bijak menjawab "pakcik sebelah mak aqu tu, merokok dari muda sampai bibir je tinggal gigi tak de..hidup je lagi. Tak de pun sakit jantung ke peparu ke..yang gigi tak de tu sebab dia tak cukup kalsium". Lagi buntu kita jika ada pulak yang jawab "ajal maut tu kat tangan tuhan..kalau 50 kotak sehari pun kalau belum ajal tak kan mati jugak". =.= nie yang di kata "kalau nak seribu daya..maka bermacam usaha di laku kan untuk kita mengatakan merokok itu BOLEH".

Jika begitu jawapan nya, mari kita melihat pada perempit. Apakah hukum merempit? Ya jawapan nya "mati katak kat tengah jalan tu sia-sia je..kalau mati ikan boleh jugak makan". Bagus! itu bukan jawapan yang bijak. =.= Jika merempit kita kata salah, mengapa merokok tidak? Sedangkan merokok sama seperti merempit... lebih banyak buruk dari baik nya bukan? Dan perempit jugak boleh menjawab "ajal maut di tangan tuhan, buat pe lu nak risau"..ye tak? Merempit juga boleh menjawab, "dari muda sampai la ke umur 40 nie ha gua merempit, hidup je lagi"..kn?

Apa lagi yang nak kita pertikai tentang rokok...memang patut untuk tidak merokok bukan? Merempit itu membahayakan orang lain? Merokok itu juga membahayakan orang lain..senjak bila asap rokok yang berkepuk-kepuk itu berputar 360 darjah mengelilingi lubang hidung korang je??? 

Sudah cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sahaja...dari batin tersiksa lebih baik kau berhenti saja. 
Sekian.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: