0 penyumbang pandangan

matrik, diploma atau sijil??

Assalamualaikum

Jenuh aqu menjawab beberapa soalan berunsur "penyambungan" belajar oleh adik-adik angkat terangkat aqu.. sampai kadang-kadang aqu pun jadi youbuntu nak menjawab..soalan pelik-pelik di sergah nya, mau otak aqu jem pengaliran oksigen. Ya la..mungkin masing-masing dah kena isi upu sekarang nie...

"kak su, antara matrik, diploma atau sijil yang mana ok??"

"kak su, dulu kak su matrik kan..susah erk matrik??"

"kak su, mana lagi susah..masuk matrik ke masuk diploma?"

Adoiiii, aqu nie bukan la hebat mana nak kaji selidik yang mana lagi bagus yang mana lagi hebat...kadang-kadang yang masuk matrik pun, tak semestinya tinggi menjulang-julang pekerjaan nya..kekadang yang ambik sijil je pun mampu hidup lebih mewah.. Yang penting tanam dalam hati belajar la kerana Allah..Insya Allah kejayaan dan berkat Nya dua-dua kita dapat.

Kalau base dengan aqu punya pendapat..Matrik, Diploma and Sijil nie memang banyak beza nya.. terutama nya dari segi jangka masa. Macam aqu..bila aqu kata aqu dah tamat degree umur 22 tahun, memang ramai yang kata fuhhhhhhh hebat siot.. Tapi lumrah nya tak la hebat pun, ramai lagi pun macam tu..

Dari segi jangka masa memang la matrik tu lebih cepat...setahun je tamat. Tapi risiko nya ada.. sijil yang kita dapat dari matrik tu tak menjamin apa-apa dari segi pekerjaan selain mempercepatkan kita untuk melangkah ke peringkat degree...berbanding diploma, sijil mereka sah di gunakan untuk alam pekerjaan, itu kelebihan nya..tapi mereka perlu menghabiskan masa selama 2 3 tahun untuk memperoleh segulung sijil itu..maka nya jika di bandingkan siapa yang ambik matrik dan diploma, memang boleh kita lihat perbezaan jangka masa nya untuk menamatkan degree.  Begitu juga apabila mengambil peringkat sijil, jangka masa yang di perlukan adalah lebih lama..tapi sijil mereka sah di gunakan.

Kalau di tanya susah atau senang..jawapan aqu satu je.. nama pun melanjutkan pelajaran.. dah tentu-tentu la korang kena belajar sesuatu yang tahapnya lebih susah..jadi tak timbul persoalan susah atau senang.. semuanya depend kat diri kita sendiri.. ada je yang ambik matrik tapi nak masuk sem dua je kena tendang sebab tak cukup pointer..tapi ada je yang ambik matrik tapi awsome result nya..sama jugak macam diploma atau sijil.. ada jugak yang lingkup tapi tak kurang yang tiptop result.. setakat yang aqu tahu la, tak pernah lagi keluar berita "seorang pelajar menjadi tak waras kerana pembelajaran yang sangat susah". Rasa nya belajar lagi senang dari bercinta.

Cuma mungkin bila belajar diploma atau sijil, di situ kita mempunyai masa untuk lebih relax atau tenang..berbanding matrik, semua topik di pulun dalam jangka masa setahun. Tapi pulun-pulun pun, tak la sampai tak boleh tidor makan minum..aqu dulu boleh je enjoy merayap melaka tu, tiap minggu boleh je balik rumah..hidup kena enjoy babe!hahha

Aqu dulu pun buntu jugak.. Alhamdulillah rezeki aqu terbuka luas, masa aqu dapat peluang masuk matrik, tetiba surat sampai dari UiTM menawarkan aqu membuat diploma..buntu aqu pikir nak pilih mana satu.. dan istikarah jawapan nya. Dan UiTM masih tak mengecewakan aqu bila diaorang tawar aqu ambik degree lepas tu..dan Alhamdulillah jugak aqu tamat dengan sempurna. Thanks Allah. *ambik la uitm...yuran murah dohhh.hehehhe dan sangat best!*

Tengah aqu sembang-sembang pagi tadi, tertanya jugak aqu..

"korang nie asyik tanya mana susah matrik ke diploma..mana ok, matrik ke diploma..mana terbaik metrik ke diploma..kenapa tak terpikir nak ambik sijil?? ingat sijil sonang ka??"

"ala kak su...sijil tak nak la..."

"ngape??? sambung belajar jugak kan?"

"low standard la..hehhehe"

"hampeh! jangan pandang hina orang ada sijil tu la yang kebanyakan nya dah berjaya tau..banding yang dah sampai PhD..bertimbun-timbun 'penyakit hasad dengaki' je..."
 
Jangan kita fikir nak cepat nak habis je..tapi pikir kemampuan diri. Jangan kita memandang hina pada mereka yang lebih rendah tahap "sijil" nya berbanding kita, kerana kadangnya tanpa kita sedar mereka mempunyai ilmu yang lebih luas dari kita. 

notarindu : sangat merindui zaman belajar.....ohhhhhhh
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: