2 penyumbang pandangan

pertanyaan si iblis

Assalamualaikum

Teringat satu kisah yang di ceritakan walid...

Bertanya si iblis kepada Allah : "Ya Tuhan ku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman iaitu rumah untuk berzikir kepada Mu. Tunjukkanlah tempat kediaman ku"

Allah berfirman yang bermaksud : "Tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air/tandas"

Iblis berkata : "Ya Tuhan ku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul iaitu surau/masjid. Di manakah tempat bagi ku berkumpul?"

Firman Allah : "Tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar/ pusat membeli belah, pesta, kelab malam, majlis maksiat, tempat hiburan"

Iblis berkata : "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu kitab untuk mereka membaca yakni Al-Quran. Tunjukkanlah kepada ku apakah bahan bacaan ku?"

Firman Allah : "Bahan bacaanmu ialah syair"

Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagi ku?"

Firman Allah : "Cerita bagimu ialah kata-kata dusta"

Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan azan kepada anak-anak Adam untuk mereka mengumpulkan orang untuk berjamaah. Apakah azan untuk ku?"

Firman Allah : "Azan untuk mu ialah seruling"


Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah mengutus para utusan Mu, nabi dan para Rasul kepada anak-anak Adam. Siapakah yang akan menjadi utusan bagi ku"

Firman Allah : "Para utusan mu ialah kalangan bomoh/dukun"


Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kitab bertulis yakni ayat-ayat Al-Quran kepada anak-anak Adam. Apakah tulisan bagi ku?"

Firman Allah : "Tulisan mu ialah tulisan yang palsu di badan"

Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan makanan yang disebutkan dengan nama Mu kepada anak-anak Adam. Apakah makanan bagiku?"

Firman Allah : "Makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah"

Kata Iblis : "Ya Tuhanku, Engkau telah berikan minuman  yang halal dan yang sentiasa dimulakan dengan bismillah kepada anak-anak Adam. Apakah minuman bagiku?"

Firman Allah : "Wahai Iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan minuman yang tidak dimulakan dengan bismillah"


Jangan lah kita tergolong dalam golongan iblis.

iblis pun menyebut "demi kekuasaan Allah",
tapi kita sering terlupa menyebutnya.
notanasihat : Apabila  seseorang itu hendak makan atau minum lalu dimulai dengan bismillah maka syaitan akan berkata; "Tidak ada tempat dan tidak ada makanan dan minuman untukku di sini"
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

UniMeOw said...

huisy...banyaknya hak2 setan yg mnusia slalu buat skg..

errr tmasok la uni..sob2...insaf2

...iSyA Purple* said...

thanks for the good info,.saling mengingatkan sesama Muslim is the best..