0 penyumbang pandangan

sila fahami "akikah"

Assalamualaikum
 Allahu akbar!!! Nikmat nya di kurniakan anak... panjatkan lah ke syukuran dengan kehadiran insan baru, semoga dengan kelahiran itu bukan sahaja menambah bilangan umat Muhammad malah semoga menjadi khalifah yang sentiasa mengangkat panji-panji agama Allah dan berbakti pada manusia. Insya Allah.

Akikah atau aqikah atau aqiqah?  ~_~ entah. maaf bahasa melayu aqu memang tahap memalukan. 
Tak pe la, yang penting maksud aqu tentang satu ibadah yang kita kena lakukan apabila kita dah menlahirkan anak.. opsss bagi pempuan. *untuk laki aqu yang perutnya dah 3 bulan tu, tapi anak tak keluar-keluar, awak sangat comel..;) *

Hands up sape dulu tidak di aqiqah kan??? sila pi potong rambut sekarang dan buat timbangan dan hadiahkan wang seberat timbangan rambut itu kepada aqu.hahhahahah

*serius*
Aqiqah nie kita lakukan pada hari ke 7 selepas kelahiran bayi...betul atau tidak??? Ya betul! Jangan di tanya kenapa hari ke 7, memang aqu tak de jawapan nya. 

Aqu bukan nak sentuh berapa ekor kambing lembu atau biri-biri yang perlu di jadikan korban aqiqah atau apa jenis lauk yang perlu di masak bagai. Tapi yang aqu nak sentuh ialah tentang pemasaalahan rambut.

Rambut??? Kenapa-kenapa..tak boleh pegi aqiqah dengan style rambut korea ke?? Bukan-bukan isu rambut korang yang stylo itu mahu di heran kan. ia berkenaan rambut bayi...

Sedar atau tidak apabila start je marhaban pada saat 0.05 saat maka masing-masing bergilir-gilir memotong rambut bayi...dan ketika itu bayi tersebut berasa sangat pening kerana berebut-rebut orang nak pegang kepala dia. Selesai sahaja acara memotong rambut tersebut, maka dapat di lihat style baru bagi rambut bayi tersebut iaitu sebelah panjang sebelah pendek, atau sebelah tak de rambut sebelah panjang berjela..itulah di kata fesyen cacar marba.

Maka di situ bermulanya kekhilafan yang sering di lakukan oleh orang sekarang. Ya boleh masih boleh cuba memahami jika semasa acara *macam acara sukan* memotong rambut bayi tersebut, rambutnya tidak dapat di potong botak dengan sempurna..tapi ibu bapa seharusnya memotong botak rambut bayi tersebut selepas acara tersebut..tidak kira la bayi lelaki atau perempuan..semua rambutnya perlu di cukur licin seperti ipin.. jangan ada walau sehelai pun rambut upin....dan di situ tidak jatuh hukum, perempuan tidak boleh membotak kan rambut ye..dia masih bayi.

Maka ibi-ibu jangan la berteriak "botak anak aqu!! botak anak aqu!!!".. jangan risau, rambut kan boleh tumbuh..lagi pun yun nam hair care ade. ;p

Ingat! Jangan tinggal sehelai pun. Dan selepas itu, timbang la rambut-rambut tersebut mengikut timbangan emas/perak..untuk apa?? untuk di sedekahkan kepada anak yatim atau fakir miskin.. tak mahal pun jangan risau...tak kan rambut anak baru lahir sampai sekati kot kan...~_~

Tapi tapi tapi jangan lupa atau buat-buat lupa..sila la dengan senyuman mencampurkan ke semua rambut yang dah di potong semasa marhaban tu sekali..jangan buat-buat lupa. 



p/s : masa nak pi timbang tu, jangan guna timbang yang korang pakai tuk timbang berat korang tu..memang tak bergerak la timbang tu setapak pun sampai kiamat =.=

notabagitahu : pada hari tersebut..nama kan la anak itu dengan nama sebaik nya ^__^



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: