0 penyumbang pandangan

mulut - wajar di insurance kan

Assalamualaikum

nota tiada kena mengena dengan tajuk entry : 7 hari lagi masa untuk aqu mengadap blog, lepas nie terpacak la aqu di kraftangan malaysia menemani si suami dan kedai yang bakal mengaut keuntungan beribu riban..hahhahahha *statement mata duitan -.-*

Selama 2 bulan pengalaman aqu pernah berkerja di company insurance dulu, memang tak pernah langsung aqu dapat customer yang nak buat insurance untuk mulut diaorang..maka sangkaan aqu, manusia zaman nie masih tidak merasa kan mulut mereka berharga walaupun mereka sedar yang kata-kata mereka lebih busuk dari sampah sarap kedai Ah wong.

*berfikir - macam aqu kena ambik insurance untuk jari jemari je sebab entry nie. oh tidak!*

Aqu masih konfus.. adakah mulut mengelurkan kata-kata dahulu sebelum sempat minda berfikir, atau atau atau minda telah berfikir namun hanya tahu meresponkan kata-kata yang "tajam", atau atau atau tidak langsung mengunakan minda untuk berfikir. Yang mana ya?


Pendapat aqu?

Pada aqu, akal lebih dahulu memulakan langkah..namun hanya pada manusia yang tahu menghormati orang lain. Memang tak wajar untuk berlembut sopan santun bila manusia lain hanya tahu mengelurkan kata-kata yang merasakan diri mereka betul. *bila di tegur, ambik pengajaran..bila menegur, gunakan permikiran*

Kenapa perlu melatah terjun pokok sedangkan diri sendiri yang memulakan nya dahulu? hurm...pikir-pikir.

nota tanya : perkataan "babi" tu salah satu kata-kata kesat ke??? ~_~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: