2 penyumbang pandangan

berparti pun beragak la.....

Assalamualaikum

Sila imbas kembali *tetiba teringat lagu keranamu kekasih - bila ku imbas lagi, terusik peristiwa yang menguris hati...lalallala~*

(kembali pada topik) -.- Cuba anda putar kan ingatan, imbas kembali pemandangan ketika di luar rumah.. dongak kepala, perhati sekeliling...erm buat gaya ala-ala gwiyomi, apa yang dapat anda lihat??? Ya persekitaran yang di penuhi ciptaan Tuhan. Ucapkan syukur, nikmat melihat masih di beri kepada kita. Tapi...

Terasa tak pemandangan terganggu?? Erk..adakah dengan objek yang berbentuk segi empat, bercorak tentang sesuatu, dan berkibar-kibar?? Ya objek itu bernama "BENDERA!".

Maaf saya tiada sedikit pemasaalah pun dengan mana-mana pihak jika mereka terlalu kaya untuk mencetak mahupun mengantung mahupun membuat banner sebesar mana sekali pun..dan saya juga tiada masalah jika mereka ingin memenuhkan pemandangan dengan warna hijau mahupun biru mahupun apa warna tema sekali pun...cuma...

anak ayam berwarna warni~ warna ungu satu!!
Nota ini di tujukan khas buat SI PEMASANG @ BAKAL PEMASANG bendera, banner atau apa saja la peralatan "berparti" tu... sila la mengunakan akal anda yang telah di anugerahkan itu untuk berfikir dengan lebih jauh di mana tempat yang sesuai nak pasang bendera tu....tak payah la dok tepek-tepek gantung bendera sampai ke tiang lampu isyarat..tau la tiang lampu tak cantik, tapi tak payah nak tambah warna yang dah ada kat lampu isyarat tu...sila la berpikir bahawasanya bendera anda yang berkibar-kibar dengan gilang gemilang itu telah menganggu ribuan pengguna jalan raya....dan tak pasal-pasal parti anda telah di sumpah seranah semata-mata kerana bendera tersebut!

Maka mereka yang galak berparti, pesanan untuk anda - "sila berparti dengan bijak ^_^ plus jangan la guna taktik memburuk kan parti lain untuk mengaut simpati..Ohhhh Tidak!"


tetiba rindu dengan bendera nie...macam susah je nak jumpa sekarang..
nota lari kecil : tahniah ayu & hadirah :)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

hana hadi said...

hana geram gak pasal bendera ni.

bendera di pasang betol2 simpang jadi mengganggu pemandangan motosikal dan kereta untuk diorang membelok nanti. xpasal2 xcdent.

Bendera dipacak rendah.dan condong ke jalan. kalau yang bawa moto xsempat nak mengelak terkena kepala.huhu bahaya2

Rizal kraf said...

betul2 sy sendiri da kena kat simpang dr jalan genting kelang nk masuk ke arah the festival bulan lepas, nasib x tergolek...apada, politik nya pasal rakyat jd mangsa..