0 penyumbang pandangan

keikhlasan beribadat

Assalamualaikum

Sering tertanya, adakah keikhlasan kita dalam beribadat telah mencapai tahap yang sebaik nya?? Yang telah semampu nya kita lakukan?? atau hanya sekadar memenuhi tuntutan menjalankan tanggungjawab tanpa menghiraukan tahap keikhlasan itu??

Siapa kita untuk menilai tahap keikhlasan? Kita hanya manusia, hanya Allah yang maha menentukan antara ibadah kita itu bermartabat tinggi di sisi nya ataupun tidak. Bukan kah begitu?

Ya benar..tapi kita sebagai manusia, Allah telah mengurniakan naluri yang cukup hebat untuk menilai atau merasai sendiri sejauh mana keikhlasan kita.. cuma yang malang nya, kita menyalah  gunakan naluri tersebut untuk menilai keikhlasan orang lain. Biasa la manusia..juara dalam hal menilai keburukan dan kehinaan orang lain tapi buta melihat kekejian perangai sendiri.


Berbalik pada topik. Keikhlasan dalam beribadah...mungkin sesetengah dari kita terlalu menyempit kan fikiran dengan membawa erti ibadah itu hanyalah sekadar hal solat. Ibadah itu luas..sangat luas meliputi kehidupan harian kita...cuma untuk memudahkan kita memahami makna keikhlasan itu, kita kecilkan orbit nya dengan hanya meliputi ibadah solat.

Pernah kah kita perasan atau mungkin ambil peduli dengan waktu solat. Orang kata asal waktu solat belum habis, di hujung waktu pun masih sah solat nya. Betul.. Tapi kenapa ya, kenapa ada sesetengah waktu nya kita mampu melakukan solat di awal waktu dan mengapa sesetengah nya kita laku kan di hujung waktu? Erk muungkin adayang masih konfus di situ..merepek apa si penulis ini? Baik la, saya contoh kan untuk lebih mudah..

"cerita hindustan kang start pukul 2, abis pukul 4..kang nak tunggu habis hindustan lambat sangat..solat dulu la"
"aqu janji nak keluar pukul 2, camtu solat dulu la"
"break lunch sampai pukul 2 je..kena solat dulu la nampak nya"

Kalau di lihat semua situasi di atas, memang tiada salah nya...kerana kesedaran bahawa solat tetap menjadi perkara yang wajib di laku kan. Tapi jika tanpa cerita hindustan, tanpa temu janji, tanpa break lunch..adakah kita masih menunaikan solat di awal waktu seperti itu?? Adakah jika pada waktu-waktu itu jika kita hanya di rumah mengadap komputer, kita tetap istiqamah melakukan solat di awal waktu seperti itu??? Tanya pada diri, adakah keikhlasan kita ketika melakukan solat di awal waktu itu adalah kerana tuntukan Allah atau kerana desakan masa dengan perkara dunia??

Next...

Masjid...ya tempat yang paling aman dan tenang *jika pada ketika itu tiada suara-suara bingit yang tanpa sedar menjadikan rumah Allah itu sebagai tempat bergosip*. Ketika berada di sana, lihat kepada diri kita sendiri..adakah kita menjadi jelmaan orang kedua atau itu lah diri kita. Ape maksud kau suana??? Adakah kau masih percaya pada kewujudan serigala jadian mahupun vampire yang mampu hidup di kalangan manusia???? *ohh teringat sesuatu tentang itu, ade sesape lagi teringat???*

Begini...sering menjadi perhatian adalah berkenaan doa dan zikir..bukan salah untuk kita berdoa sepanjang mana sekali pun..cuma nya, sepanjang itu juga kah doa kita bila kita beribadah bersendirian di rumah??? Ada antara nya yang rajin berzikir di surau, memang tidak salah malah berpahala...cuma mengapa hanya di  masjid??? Mengapa tidak sebegitu bila kita solat di rumah?? Ada kata-kata yang pernah aqu dengar.."perasan tak...kalau kita solat ramai-ramai je mesti zikir dulu pastu doa..tapi kalau kat rumah, belum sempat amin dah nak bangun...sama macam kalau solat hari raya ke ape ke, kalau tak de solat tarawih ke raya ke memang setaun sekali pun susah nak dengar kita berzikir selawat panjang camtu". Benar, tertusuk tepat pada jantung!


Jadi kadang-kadang terfikir....sejauh mana keimanan kita???

nota rindu : tetiba teringat lagu "ku tetap menanti"- nikita willy..... adakah kamu masih ingat kisah di sebalik lagu itu?? ^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: