0 penyumbang pandangan

nilai malu si pemakai....

Assalamualaikum

Sesuatu yang mengubah tanggapan aqu terjadi.........

Jujur nya tanggapan aqu pada sesiapa sahaja sebelum nie adalah sama.. maksud nya seksi mana mana pun dia, bebas mana pun mereka bergaul antara lelaki dan perempuan, aqu tak pernah terlintas untuk terfikir "diaorang nie solat ke tak ya..?".

lelaki juga punyai aurat...jangan perlekehkan nya!
Cuma nya tanggapan aqu sebelum ini sedikit berbeza terhadap mereka-mereka yang berpakaian menutup aurat.. *menutup aurat tidak semestinya hanya berjubah, atau mengenakan pakaian serba hitam...islam tidak daif sebegitu prinsip nya! Ubah pandangan anda.* Bagi aqu mereka yang menutup atau makna tersirat yang lebih tepat "menjaga" aurat *menutup dan menjaga mempunyai makna tersirat yang berbeza*, berada di martabat yang lebih tinggi di mata aqu. Bukan aqu menilai manusia dari pemakaiana, cuma nya pada pemahaman aqu "pemakaian mendidik seseorang untuk menjadi lebih sensitif dan sedar".

Contoh nya..bagi mereka (wanita) yang merokok... kata kan pada suatu hari anda di kehendaki untuk memakai baju kurung berserta tudung yang cantik elok menutup dan menjaga segala aurat anda, adakah anda tetap akan merokok pada ketika pakaian itu masih tersarung di badan anda??? Secara logik nya anda tidak akan melakukan nya bukan??? Kerana apa??? Kerana sifat malu pada tuhan, pada orang sekeliling malah pada pakaian itu juga..kerana itu malu di kata kan sebahagian dari iman. 

Sama juga keadaan nya jika anda memakai jubah, bertudung dan berstokin..adakah anda akan melangkah kan kaki di kelab-kelab malam dengan pakaian sedemikian??? Konfem tak mahu! Jadi secara tak sedar nya pemakaian memupuk kita untuk mempunyai sikap malu yang sewajar nya...*erk..perlu tahu juga, jangan pemakaian secantik pandangan tapi bahasa lidah masih di tahap "bawah kaki" :)*

 Namun....

"kak su...kitaorang ada benda nak bincang nie"
"ape nya?"
"tak tau camne nak cakap...kitaorang bukan nak burukan orang lain, tapi kitaorang tak taw tegur camne..ye la kitaorang pun nie bukan nye baik sangat"
"aiya serius semacam..ape kes?? najib mintak undi BN ke??hahhahah"
"serius nie kak su.."
"ok...ape dia??"
..............................................*di pendekan kes*

-seorang wanita yang pada pandangan mata aqu, "nothing prob with her" telah mengejutkan jantung serta sistem penghadaman ku. Siapa sangka...seseorang yang boleh di katakan ada ilmu agama di dada, pemakaian yang mencerminkan muslimah, kata-kata yang terkeluar tak pernah aqu dengar kesat tapi melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah nya..biar betul!!!! Susah aqu nak percaya cerita mereka tanpa bukti depan mata...tapi sayang nya bukti itu sekarang bukan hanya dapat di lihat depan mata, depan hidung mulut telinga segala...kenapa sanggup memperlihat kan seluruh tubuh di depan mereka yang bukan suami???? Walaupun sekadar gambar..tapi secara langsungnya maruah anda yang di pandang tinggi tadi mula menjadi debu..yang tanpa anda sedar mungkin suatu hari nanti, jika suami anda melihat nya segala bahagia yang anda bina ketika itu akan musnah hanya kerana itu....-


Jangan kerana kesilapan masa silam, masa depan perlu di pertaruhkan....

nota ke-busy-an : oh saya terlalu busy untuk menyiapkan urusan kerja sehingga rasa-rasa nya saya tiada masa untuk meminta cuti. maaf ya saya juga ada masa nya TERLALU busy.

nota bagitahu sahaja : antara saya dan anda, saya lebih jelas mempunyai hak..jadi saya masih releven untuk bersuara berbanding anda. maka sila diam~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: