1 penyumbang pandangan

tidak malukah????

Assalamualaikum.

(entry ini cuba di siapkan dalam masa 10min, jadi maaf jika bahasa yang di gunakan berterabur atau ejaan tidak melepasi taraf BM standard kamus dewan - hujan tersangat lebat di tambah petir bergempitar~)

Salam... semua tahu yang kawasan memasing sekarang jerebu bermaharajarela... ya en.jerebu anda menang melawan sinaran matahari sampaikan kain saya sidai payah benor nak kering nya! Tapi bukan soal kain yang nak saya kecohkan kat sini...sebab saya tahu ramai lagi yang sidai kain atas muka bumi nie bukan nya saya sorang! (pesanan perihatin : bila kita buat entry memang dengan pasti nya kita mengunakan pemikiran, tapi jangan kerana entry tu orang melihat pemikiran anda berada di level lutut!)

Ya walaupun semua tahu tentang jerebu, tapi tidak semua yang tahu tentang ISTISQA. Entah aqu tak sure istisqa atau istisqo...terpulang pada sebutan lidah dan loghat negeri memasing la kot...tak payah bergaduh tentang tu! Yang penting istisqa tu berkaitan solat sunat yang kita lakukan untuk memohon hujan.


hujan rintik-rintik, air bergelora...
emak bagi seposen, ayah bagi seposen...
lallalalalla~
Ok, sebenarnya keadaan nya begini...tengah hari tadi selepas solat zohor, ramai-ramai rakyat malaysia yang berkesempatan telah berkumpul beramai-ramai di masjid negara untuk melakukan solat sunat ini. Ya, tengah hari tadi bertarikh 25/6/2013! (ok, la zohor bukan dalam katagori waktu tengah hari, tapi petang -.-)

Dan...sekarang.. hujan turun..ya hujan turun membasahi bumi malaysia! (hahhahahah en.jerebu anda kalah pada titisan-titisan air..padan muka anda! Aqu bermusuh dengan jerebu sebab aqu dah semakin lemas dengan bau asap~) Allahu akbar!!! Besar nya kekuasaan Allah...besar nya kasih sayang Allah pada hamba nya!! 

Subhanallah...malu terasa diri. Kerdil nya terasa diri nie.. dalam kita leka mengigat Dia saban hari, saban waktu...tapi Dia masih mahu mendengar rintihan kita di kala kesusahan! Teringat aqu pada satu kisah...

Pada satu zaman nabi...kaum nya di timpa kemarau yang berpanjangan sehinggakan mereka merintih dan pergi berjumpa nabi Allah supaya bermohon untuk di turunkan hujan..lalu mereka bersama-sama berkumpul di satu kawasan yang sangat luas dan berdoa kepada Allah. Lalu Allah berfirman bahawa Dia tidak menurunkan hujan adalah kerana di dalam kaum itu terdapat orang hamba-Nya telah bertahun-tahun melakukan dosa dan masih tidak bertaubat!. Lalu Nabi tersebut menyeru pada umatnya untuk mengaku siapakah diantara mereka yang telah di maksudkan. Oleh kerana malu untuk mengakui, hamba Allah tersebut telah bertaubat sesungguhnya di dalam hati nya pada ketika itu..lalu Allah telah menurunkan hujan bagi mereka... ; kerana dosa si dia Allah tidak menurunkan hujan, dan kerana taubat si dia juga lah Allah menurunkan hujan.

Lalu aqu terfikir...adakah keadaan itu sama keadaan nya dengan apa yang berlalu sekarang?? ^_^ mungkinkah hanya kerana sebuah doa dari seorang manusia, maka yang lain terut merasa tempias kasih sayang (hujan) dari Allah ini??? Entah la hanya Allah yang mengetahui...dan untuk kita semua, berlajarlah untuk bersyukur.



nota ringkas : masih menyebut-yebut ;) dan saya hanya boleh ketawa (men-ter-tawa-kan) tentang perangai anda. hola~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Mya said...

alhamdulillah finally hujan :))