0 penyumbang pandangan

hamba ramadan?

Assalamualaikum

Garu kepala. Apa maksud nya "hamba ramadan"?? *tahun nie dah tak de orang nak berkelahi pasai ejaan ramadan or ramadhan lagi??? =.= tu pun nak jadi isu~ pape tah pemikiran*


Erm ape yang kita tahu, kita nie hamba Allah...jadi apa pulak maksud di sebalik hamba ramadan?

Bila di dengar secara membuta tuli, memang la perkataan "hamba ramadan" tu di lihat seperti penuh dengan kemanisan..ye la, ramadan tu bulan yang penuh berkat, rahmat dan macam-macam lagi tanda kasih sayang Allah pada kita yang di turunkan berlipat ganda nya dari bulan biasa..dan bulan ramadan tu jugak la kita panggil sebagai bulan penyuci hati.. masalah nya tersuci ke??? *hoh sedikit kasar persoalan di situ...*

Maka nya biar kita faham kan maksud sebenar "hamba ramadan tu". Dari segi pemahaman kita sendiri, hamba tu bermaksud kita akan patuh, berserah diri or dengan kata lain akan buat ape pun la perintah yang telah diberi...jadi secara mudah nya "hamba ramadan"  bermakna kita akan melakukan apa sekalipun perkara yang memungkin kan kita membolot sebanyak-banyak nya ganjaran or pahala yang di tawar kan dalam bulan ramadan nie..tak kisah la orang kata kita nie tamak ke hape ke sekalipun...

Cuma permasaalahan nya...dari tahun ke tahun, dari ramadan ke ramadan...apa yang dapat di lihat, kebanyakan  manusia hanya mahu menjadi "hamba ramadan" sesungguhnya berbanding menjadi "hamba Allah"...

Kenapa???
 
Kerana begitu ramai manusia yang rela meluangkan masa untuk ke masjid hanya ketika ramadan, namun sesudah ramadan pergi kebanyakan manusia hanya menjadi kan masjid sebagai pemandangan yang indah. Begitu ramai yang berpusu-pusu menyalurkan sumbangan dan derma untuk surau-surau ketika ramadan, namun sesudah ramadan pergi hanya wang kertas seringgit dan syiling yang menghiasi tabung-tabung surau. Dan ramai juga yang semakin rajin bangun di malam hari melakukan qiamullai, namun adakah qiamullai itu hanya wujud dalam ramadan sahaja?? Alhamdulillah bertambah ramai juga yang menutup/menjaga aurat ketika ramadan, tapi sesudah ramadan berlalu terbang melayang segala tudung..jadi kita nie sebenar nya "hamba Allah" atau sekadar "hamba ramadan"??

Ya betul...nama pun bulan ramadan bulan yang berkat penuh rahmat..bersyukur la sekurang nya mereka menghormati ramadan.. tu pun dah di kira baik! Yup betul..tak salah pun jika kita menjadi hamba ramadan sepenuh jiwa sekali pun..namun, mengapa hanya ketika ramadan????? Adakah kita lebih rela di gelar hamba ramadan berbanding hamba Allah????



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: