1 penyumbang pandangan

diskaun la sangattttt!

Assalamualaikum

Helo reader, salam kembali *untuk aqu*.hahhahaha Lame gile tak meng'update'..sibuk yang di buat-buat biasa lah~ Erk, agak-agak basi tak kalau aqu baru nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua-semua yang pernah menjenguk, membaca, mengskodeng, mahupun yang sekadar memandang sebelah mata kat blog bertaraf syok sendiri nie... *ingat kepada SEMUA ye, aqu da minta maaf nie..maap kan cepat!hhahahha*

Ha sebenar nya tujuan utama aqu nak menulis nie adalah untuk berkongsi amukan yang aqu alami dalam beberapa hari yang lepas...maw taw cite??? kalau tak nak tau tak pe la, biar la aqu menceritakan pada yang sudi... kalau nak taw terima kasih kerana sudi memberi simpati pada luahan hati ku ini...ohhh sadis!

Sebenar nya dalam beberapa hari lepas, ibu aqu dengan senyum-senyum nya terhencit-hencit merapatkan diri pada ku sambil berkata "kak, mak ingat nak beli kuali yang nie...ada 50%++ diskaun...murah nie". Aqu pun tengok la kupon yang ibu aqu hulur kan tu...

"mane mak dapat nie", saje la nak memperlihatkan keperihatinan aqu nie dengan memandang serius segala permintaan nya. *anak mee-tali tak aqu??? -.-*

"hari tu mak beli mesin blender tu, dapat kupon nie"...

semua stok habis~
"aik dah tu kenapa mak tak terus beli je time tu...". Sebab mengikut pandagan aqu, kupon yang di beri tu tidak memerlukan masa untuk pikir lama sama ada untuk membeli nya atau tidak..sebab dah state harga siap-siap pada kupon tu.

"tak tau pun dapat kupon nie ha , orang tu tak de cakap dapat kupon nie...dia terus masuk dalam kotak dalam blender tu...time nak guna blender tu baru perasan". Aqu pun malas nak panjang cerita sebab dah lambat, aqu orite kan aje la...maka dalam kepada aqu sepanjang perjalanan asyik "kuali mak, kuali mak, kuali mak"..ye la takut terlupa pulak, kecewa pulak ibu aqu.

Dari Gombak sampai ke Rawang aqu mencari kuali mak aqu tu, dan setiap satu kedai tu aqu cuma di beri dengan jawapan yang sangat klise "oh stok dah habis". WTF! Apakah maksud nya....apakah korang yang mempunyai berpuluh-puluh cawangan, tapi hanya mengeluarkan 10 bijik kuali sebegitu untuk di jual di satu Malaysia???? Heran pulak aqu!

Dan yang lebih membingung kan aqu, baru 4 tapak aqu melangkah masuk salah satu dari kedai tu dan belum sempat menunjukan kuali mana yang aqu nak, pekerja tu dengan laju nya berkata "o nie stok semua dah habis". -.- Adakah aqu patut memuji mereka cekap dalam menjalan kan tugas, atau aqu perlu memuji mereka dengan "mesti kaya raya korang bulan nie kan sebab boleh habis semua stok setiap cawangan"???

Yang kelakar nya, kalau pergi keesokan hari lepas tarikh tutup promotion then buat-buat nak beli kuali yang sama...tetiba stok nya ada berlambak-lambak~ Siap kata maw yang mana satu punya design~ Oh mungkin masa tetengah malam masa semua orang tido, santa claus datang memasukan stok-stok kuali tu di setiap cawangan nya kembali.

nota pengajaran : dah terkena banyak kali sebenarnya dengan promosi-promosi macam nie..., bila pergi je mesti dapat jawapan "stok dah habis", walaupun pergi masa hari pertama promotion...cuba kau bayang jah, hari pertama pun stok dah habis..padahal aqu tengok kedai dia sunyi sepi je...jadi sape yang borong nya??? maka nya kalau dapat kupon yang ada ayat "bergantung pada stok", jangan la percaya sangat!

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

yang baik Ishak said...

itu kira trend promosi dah lapuk ... depa jer yang tak sedar atau kita tak perasan masih ada lagi stail promosi macam tu... :D