1 penyumbang pandangan

Harga minyak tak naik la!

Assalamualaikum

Hoh ape yang korang kecoh-kecoh kan sangat marah kerajaan, marah najib nie...korang nie belajar tetinggi tapi statement yang budak darjah 2 boleh faham pun korang tak faham...ape kes.. kan najib kata "subsidi minyak di kurang kan", bukan nya dia kata "harga minyak di naik kan". Betul tak pak jib =.=" *di sebab terlalu tertekan dengan kenaikan harga minyak, maka semakin mereng otak ku*

Oh ya, aqu menulis nie dengan tujuan makcik-makcik di kampung tu membaca nya, please makcik baca la...saya dah tak taw macam mana maw buka pemikiran memakcik bila memakcik asyik memuji "baguih BN bagi BR1M, bagi duit kat rakyat...". 


Erm aqu petik pulak statement dari seseorang nie..
 "Alah kerajaan naik kan harga minyak 20sen je, korang dah hentam kerajaan...tapi bila kerajaan bagi BR1M, naik kan BR1M, tak de pulak korang nak puji kerajaan. Tak tau bersyukur"

Aiyoyo ini orang ha, sekolah dia banyak tinggi tapi mungkin dia tak sempat belajar sampai atas, sekolah sudah runtuh punya. -.- ko ingat kita tengah cerita pasal harga asam keping naik 2 ringgit sepeket ke??? Kalau takat harga asam keping yang naik, boleh jugak aqu konsider makan asam pedas 2 bulan sekali...nie petrol la brader, orang guna tiap-tiap hari!

Ya betul bila kita dengar ayat  nie "Walaupun subsidi minyak di kurang kan, ini tidak akan membebankan rakyat kerana kita akan naik kan BR1M". Ya memang sopan santun ayat menusuk-nusuk kalbu bila mendengar nya..tapi cer la pikir...

Logik nya --> BR1M di naik kan BERKEMUNGKINAN 3 tahun sekali, dankita memperoleh BR1M setahun sekali...dan compare dengan isu petrol dan diesel pulak, memang la harga minyak naik 20sen SAJA, tapi 20sen tu untuk seliter...bukan seratus liter... jadi maw tanya la, dalam sebulan isi minyak seliter je ke??? Ke dalam setahun tu seliter je??? Dan korang sedar tak bila dah harga petrol naik, bermakna nya secara automatik tanpa menggunakan manual nya, harga barang lain pun konfem naik! Yang paling aqu konfem, mamak punya kedai lah yang akan ambik tindakan terpantas sekali -.-

Dan....jangan lupa, bila harga petrol dan diesel naik, konfem tambang bus dan teksi naik sama..betul tak?? Tak kan la pakcik-pakcik teksi tu pulak yang kena tanggung bagi subsidi kat penumpang kan? 

Jadi nampak tak pelaburan bijak yang sedang di lakukan??? *bagi RM700 tapi kaut RM70 000 je gaya nya~* Ha nampak, aqu puji bijak kat situ...kenapa aqu puji bijak??? Sebab kerajaan telah berjaya memikirkan salah satu cara untuk menagani tanda nagatif di belanjawan negara... *sesekali kita kena puji kepandaian orang, jangan taw mengkritik je ;p nampak sangat hipokrit aqu nie.hahahhaha*

Kesimpulan nya, sila la buang semua signboard-signboard yang berada di tol-tol highway yang melarang membawa kereta kuda/ kereta lembu dan beca tu ye..sebab nya, lepas nie mungkin ada yang balik kampung bawak kereta lembu je dari KL ke Kedah -.- 2 hari 3 malam baru sampai..

Adakah orang-orang atasan itu faham dengan apa yang di katakan "tidak membebankan rakyat", sedang kan untuk ke mana-mana sekali pun duit petrol bukan nya mengunakan duit dari dompet mereka sendiri tapi memperoleh "biasiswa" penuh dari duit negara.


Mohon maaf kepada penyokong BN sekalian, saya bukan nak emo terlebih...sebenar nya saya tak nak ambik kisah pun, tapi kenapa saya pun kena tempias nya.. Saya tak sokong BN pun, saya kena tanggung untuk kenaikan harga minyak jugak..jadi nya itu la jawapan kenapa saya tak sokong BN pun, saya kena pergi ambik duit BR1M jugak...

nota ringkas je : lain kali time pilihan raya, jangan la kuar kan banyak sangat bendera tu sampai lampu isyarat pun kena selubung dengan warna biru..kan lebih afdal di guna untuk pembangunan negara duit tu ;)


mari-mari balik kampung~ hoho


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Teacher Basariah said...

satuju sangat..mmg terkesan..tapi nak buat lagu mana..org kampung kaya2..hahaha..lagu dua kupang je la..haahahaha..