1 penyumbang pandangan

"kuning" sebab kuning???? -.-

Assalamualaikum

Kuning! Satu warna yang aqu kurang gemar dari kecik. *maaf agung, saya tidak bermaksud nak membelakangkan daulat. peace! daulat tuanku*

Ape kes pasai kuning???

Ohhh anak ku kena penyakit yang di sebut "kuning". Yup, sebenar nya sume baby akan dapat kuning nie, kira kuning nie satu proses lebih kurang dalam katagori wajib yang perlu di lalui oleh baby dalam proses pembesaran..tapi ibu mana yang sanggup nak tengok anak nya terkena kuning.. sedang kan kalau di gigit nyamuk pun, dah di sumpah seranah nya keturunan nyamuk tu, ini kan pulak tengok kulit anak betukar jadi kuning-kuning...ohhh tak sanggup!



Tapi apakan daya, aqu tak mampu melawan takdir. *cehhh ayat* Di sebab kan bacaan kuning anak aqu 280, maka anak ku terpaksa di tahan di wad plus aqu sekali, maka bertapa la kami 2 hari 1 malam di hospital tu... *tapi sape kata dukk hospital tak best, macam hotel wo...makan minum sume tersedia plus lauk sesedap...cer bayang di sedia nasi tomato makan tengah hari, tak ke mewah kau!*

Tapi aqu cukup tak puas hati isu kuning-kuning nie...kekadang rasa macam nak korek-korek pemikiran manusia nie menjadi sedikit berpijak di bumi. Aqu bukan nak kata aqu nie bagus gile, or hebat dan jauh sekali nak cakap besar. Aqu minta maaf la kalau ada yang akan terasa apa yang aqu cakap, cuma aqu nak korang berfikir... Ya aqu nie cuma belajar degree jurusan yang tak de kena megena dengan perubatan, maka tahap ketidakpandaian a.k.a "ke-bodoh-an" aqu dalam isu perubatan nie memang aqu tak nafi kan..cuma..


"orang tua-tua kata budak baru lahir jangan di pakai kan barang yang ada warna kuning, tu yang jadi kuning nya". 

Ha????? Adakah warna kuning di kain atau barangan yang di pakai oleh baby tu akan meresap ke kulit baby tersebut maka terjadi nya kuning???? Kenapa warna lain tak meresap pulak ke kulit baby tu??? macam mana pulak kulit baby tu taw beza kan warna kuning ke warna biru ke pink ke???? Agrhhhhh jenuh aqu pikir.....*al maklum macam aqu cakap, tahap ketidakpandaian aqu dalam isu perubatan nie kan "bodoh"*

Maaf aqu bukan nak isu kan orang tua-tua dulu berpikiran tah hape-hape *aqu bukan la kurang di ajar sebegitu sekali*...cuma macam aqu kata, kenapa warna kuning??? kenapa dia tak kata "pakai kan anak baru lahir tu warna pink, nanti kulit dia boleh jadi pinky-pinky sikit"... kan??? =.="

Erm...tapi untuk menghormati hati banyak pihak a.k.a lebih kepada jaga hati, maka aqu campak kan la jejauh rasa hati nie dan aqu turuti kan je la walaupun hati nie rasa nak bukan forum berhujah-hujah pasal isu tu..

Tapi tak kan aqu je perlu jaga hati orang kan, kita kena la adil dalam berurusan... maka aqu pulak kata kan "kan orang cina kata warna merah and gold tu bawa tuah...." maka lepas nie kalau nak beli barang baby biar warna merah terang bederang gitu, baru bawa tuah budak tu kan???? -.^

nota sentap : dengar kata orang tua-tua tu boleh...tapi jangan sampai tergugat akidah kita. Bak kata orang tua-tua, "jangan potong kuku malam-malam, nanti harimau kejar", kalau rumah kau dalam hutan maka sila la dengar cakap..takut di baham harimau gara-gara potong kuku =.=



nota untuk agung : erk.....jangan pakai kan baby warna kuning taw...
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
1 Comments

1 00 rajin nak comment:

Teacher Basariah said...

layankan jer..jadi apa2 kang kita gak kena salahkan..hihi..ag best,mandikan dengan air nila..bagi kaler biru..cepatlah hilang kuning tu..hihi..sentap tak?kihkih..