2 penyumbang pandangan

SAY NO TO PARABEN



Assalamualaikum

Hola sume....salam satu Malaysia

"SAY NO TO PARABEN".

Apakah paraben?? Apakah ITU PARABEN?

Sebenarnya paraben merupakan sejenis bahan kimia yang bersifat serbuk. Kegunaan paraben nie sebenarnya sebagai bahan pengawet...kegunaan nya adalah untuk melawan bakteria dari merebak atau lebih glamor di gelar antifungus, erkkk bukan antihingus ok!..

Kenapa kebanyakan pengeluar produk memilih untuk menggunakan paraben?? sebab paraben mempunyai kekuatan yang bersifat stabil dalam udara, selain mempunyai kekuatan mampu bertahan di tempat panas ataupun sejuk..


Kebanyakan paraben ada dalam barang-barang kegunaan harian kita contohnya macam syampu, krim pelembap, gel bercukur, gel pembersihan, ubat gigi, plus paraben jugak digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan..

Terdapat juga pelbagai kelompok sejenis seperti paraben tapi senang untuk di kenal pasti sebab semuanya mengunakan penghujung yang sama iaitu "ben"...contohnya ethylparaben, butylparaben, methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben.

Tapi paraben nie sebenarnya berbahaya kepada kesihatan manusia *yang terbaru di kaitkan paraben mampu mengundang kanser payudara*.. Memang ada yang kata, "kalau berbahaya kenapa sesetengah produk yang guna paraben nie di lulus kan oleh kementerian kesihatan??". Jawapan nya mudah, iaitu "kuantiti". Apa yang di maksud dengan kuantiti tu? 

Macam nie, tubuh manusia sebenar nya masih boleh menerima kehadiran paraben dalam beberapa %, jadi sesetengah produk yang mengunakan jumlah paraben dengan kuantiti yang di benarkan maka produk itu boleh mendapat kelulusan dari Kementerian kesihatan...

Jadi bila kementerian kesihatan dah luluskan maka tak la bahaya ye?? 

Yang tu jawapan nya adalah depend pada kita sebagai pengguna. Berbalik pada istilah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", makna kat sini bila sikit-sikit lama-lama jadi banyak jugak kan??? Jadi bila sesuatu barang tu contoh nya lipstik yang kita gunakan mengandungi paraben dengan kuantiti yang sedikit, tapi bila kita selalu guna sampai ke tua untuk pastikan bibir sentiasa seksi merah menyala maka jumlah yang kita guna tetap jadi banyak kan??? :)


Macam mana nak pasti kan barang tu tak de paraben???? adakah dengan menanyakan barang tersebut??? Oh jangan buat keja kurang siuman, bercakap dengan benda yang tidak bernyawa bukan lah satu sifat yang wajar kita praktikan dalam kehidupan seharian, sila ambil perhatian sebelum anda di katagori kan sebagai "gila" oleh orang sekeliling....memang sampai kiamat pun barang tu tak kan mengaku bahawasanya dia mempunyai paraben atau tidak.

Jadi marilah bersama-sama kita banteras pengunaan PAREBEN! Kenapa kita perlu banteras besama-sama??? sebab bak kata black, "Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama...kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta".. ;) peace babeh! 

nota kongsi : Antara produk yang free paraben nie adalah pigion..memang mahai sikit, tapi antara kesihatan dan kewangan mana yang korang lebih utamakan?? ^_^ oh ye pureen pun anti-paraben jugak~
 
 akhir kata 1 pantun dari saya...
pergi ke kedai membeli pembaris, gunting, pemadam, botol susu dan reben,
semua di beli di kedai runcit Ah Sing Choong Woo Feng Min,
SAY NO TO PARABEN,
supaya kehidupan lebih terjamin.



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
2 Comments

2 00 rajin nak comment:

Nur Madihah said...

hai, awak ditag
http://madihahdaisy.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-ain-rahman_29.html

✗ fifiyfitrianiee ✗ said...

singgah berkunjung and nak jemput join GA ni http://fifiy-fitrianiee.blogspot.com/2013/10/giveaway-beauty-care-by-ain-ruslee.html

.salam rabu :)