0 penyumbang pandangan

berpantang #kunyit hidup

Assalamualaikum 

Tak habis cerita lagi alkisah berpantang... Masa berpantang dulu aqu teringat sesuatu tentang kunyit hidup. Orang kata kunyit hidup nie memang bagus untuk orang berpantang, untuk kecut kan rahim... jadi sesapa yang nak cepatkan pengecutan rahim tu boleh la minum air rebusan kunyit hidup...

Aqu pun suka sangat bau air rebusan kunyit hidup nie, wangi-wangi gitu~ Kalau nak buat ikan masak stim pun sodap masukan kunyit hidup nie..tak pun biasa nya orang berpantang nie lauk paling femes nya ikan masak rebus...so kalau buat ikan selar rebus buh kunyit hidup, halia plus asam keping memang sodap!

Tapi masalah nya...

Ada sesetengah orang nie kata kunyit hidup tak boleh makan sebab takut baby kena kuning...ye la, baby kan menyusu badan.. 

Kalau tanya aqu nak percaya ke tak, aqu jawab tak percaya...bukan nak cakap besau, cuma nya aqu percaya and pegang pada prinsip "akar pokok". Ape kena mengena akar pokok??

Kita sendiri taw, kekadang sesetengah orang mengunakan baja seperti tahi ayam untuk pokok... Akar pokok nie berfungsi untuk menyerap segala keperluan yang di perlukan pokok, maka Allah telah ciptakan dalam akar pokok nie ada seperti penapis supaya akar pokok tersebut menyerap bahan yang elok sahaja untuk kegunaan pokok...

So sama macam susu ibu...dalam breast ibu ada kelenjar dan pelbagai tu la, jadi hanya khasiat yang terbaik di serap dan di hasilkan menjadi susu untuk keperluan si bayi... *tak pernah aqu dengar, bayi di masukan ke wad kerana meminum susu ibu yang mengandungi bahan yang tidak diperlukan*.

Tapi itu dari aspek pandangan aqu, aqu tak katakan sape salah sape betul kat sini...terpulang pada diri sendiri untuk lebih percaya yang mana...

nota tanya : sekarang ada lagi tak yang nak jadi or amalkan konsep "ibu susuan" macam zaman dulu? :) 




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: