0 penyumbang pandangan

ke-pemandu-an "perempuan"

Assalamualaikum

Erk anda pemandu wanita??? Jika ya, sila sedekahkan MASA dan KESABARAN anda...saya sedang ingin menghentam anda. Dan jika anda pemandu lelaki, sila ukirkan senyuman mengoda supaya saya terus mem"back-up" anda ~_^ *hoooha teringat my ex-student~ harap mereka berjaya menjadi pemandu berhemah..maaf cikgu pencen awal

Bila jem kaya planta atau kacang terjadi, mesti punca nya bermula dengan "wanita". Sape setuju?? Tidak?? Ya mungkin tidak, sebab kadang-kadang lampu isyarat yang rosak...tak kan wanita jugak salah kalau lampu jalan tu rosak! Dan mungkin juga jem kerana si kura-kura melintas jalan dengan lenggang nya.. jadi adakah salah wanita juga?? bukan kah salah ibu kura-kura tersebut kena tidak mendidik anak nya supaya berlari???


Isu pertama :
Ya macam-macam alasan lagi jem boleh terjadi... Tapi keberangkalian punca nya datang dari wanita tetap tinggi. Kenapa??? Kerana tiap wanita itu ke-tabiat-an nya adalah sama..iaitu mereka gemar menyolek kan tudung, cermin mata, bibir, alis mata tatkala jem berlaku! *ok aqu guna perkataan alis mata..begitu skema bunyi nya!*

Ohhh anda mula ingin menyoal, "kau nie otak mana, nama pun jalan jem.. jadi tak de kesan la diaorang nak bersolek pun...jalan tetap jem!". Benar. Jika hanya kerana seorang wanita, mungkin mustahil.. Tapi macam aqu kata kan tadi, "TIAP wanita itu ke-tabiat-an nya sama".. maka dalam 30 orang wanita, mungkin la masih ada 5 orang berperangai senonoh..dan 25 lagi??? 

Masih di kira ok jika mereka bersolek berserta sikap ambil pedulik keadaan sekeliling.. Masalah nya, bersolek macam jalan tu makcik ang punye..*ohhh ayat terkasar, emosi*. Bila kereka depan dah jalan, kereta si wanita masih menjadi tugu di situ..tidak bergerak walau seinci..menunggu orang belakang memberi hon, baru terhegeh-hegeh tekan minyak mau jalan.. dah tu tak sedar pulak tu salah sendiri, sibuk nak marah orang belakang "ish tak reti sabar..nak cepat-cepat ikut jalan lain la". =.= kau pikir orang punya nak cepat-cepat.. kau punya nak lambat-lambat tak pulak kau pikir~ 

Isu kedua:
Pernah dengar ayat "adoi slow nye...perempuan la nie! Ish bawak kereta ke kura-kura". Kerap sangat dah aqu dengar...dan konfem yang cakap tu mesti pemandu lelaki la kan. Maaf aqu nak cakap, dah sah-sah kau nampak dia bawak kereta..kenapa kura-kura pulak dapat nama??? Yang lagi pelik nya, bila potong je kereta tu kalau betul pemandu tu perempuan tak pe la jugak.. masalah nya bila pemandu tu lelaki.. maka keluar la ayat cover macho diaorang, "ish...bawak macam pempuan". Pulak dah! Ego nya lelaki. "=_=

Tapi dalam ego-ego diaorang tu, kadang-kadang betul jugak pe diaorang cakap... kebanyakan wanita memang suka "jimat" gear. Gear tu ada 5..tapi di pakai nya sampai 3 je... Itu perangai si manual la.. yang auto nya, suka jimat minyak.. 

Tapi kau nak jimat kau punya pasal la kan, kereta kau... Tapi tolong la faham.. sekolah memandu mana kau belajar kalau bawak slow sila duduk kat lorong kanan?????? bawak pulak kat highway... huh memang mintak kena jampi la nama nya camtu kan..

Isu ketiga:
Kepada pemandu wanita, sila ingat... "ketika lampu hijau, brek tidak mempunyai hak". Maka nya jangan rajin pijak brek la time lampu hijau...jenuh orang belakang nak menunggu ang woi!!!
gambar dari Mr.google
ok terkena tepat kat batang hidung aqu =.=
aqu memang suka "jimat" signal
Sekian. jika anda ingin memandu, sila ingat pada pesanan saya okeh. *_*

nota kepelikan :  berhenti bercakap tentang rasa itu dan ini pasal "kenangan itu", sebelum saya hilang respect pada anda. *saya bercakap dengan anda cik N*     
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

7 penyumbang pandangan

adakah doktor bersalah???

Assalamualaikum

Pernah pergi hospital? or...klinik?? *Erk jumpe bidan dan bomoh tak termasuk okeh* Dan pernah tak mengalami permasalahan pemikiran kerana memikirkan sama ada doktor yang bakal di jumpe tu doktor lelaki hensem atau doktor pempuan..ehh abaikan part hensem tu.

Aqu selalu berdepan masalah tu..dan sebab aqu paling tak suka nak pi klinik bagai..dah la bau ubat menyesak pernafasan aqu, gantung pulak gambar-gambar pembedahan, siap gambar jarum gajah bagai..ngeri taw tak! Kau tau tak tu punca nya budak-budak tak suka nak jumpa doktor! Gantung la gambar ashraf muslim jadi doktor ke, lirik-lirik lagu ke..boleh jugak aqu menyanyi kecil menghiburkan hati =.=

Berbalik pada topik. Soalan pertama yang akan terpacul pada nurse bile aqu masuk je pintu klinik ialah "erk maaf nak tanya...doktor laki ke pempuan yang bertugas??". Kalau doktor lelaki bertugas, konfem aqu pi cari klinik lain..Tak pernah sekali pun dalam hidup nie aqu terlupa nak tanya benda tu..gila kau, aqu pempuan, jatuh maruah aqu bila doktor lelaki sesedap rasa mee segera je nak pegang-pegang tubuh badan kewanitaan aqu nie..melainkan pegi hospital yang menempatkan beberapa doktor..maka terpaksa la aqu pasrah.. bukan pasrah je bila doktor lelaki periksa, tapi pasrah je dulu jumpa doktor berjantina ape..tapi kalau dah masuk part dia nak sentuh-sentuh, memang syarahan ustazah tak bertauliah aqu bagi.. nasib kau la doktor. *itu risiko jadi doktor, terima je la~*

thanks untuk gambar. peminjaman gambar.
 Semalam aqu pegi check-up di pusrawi, dan macam biasa la suami aqu setia menemani..*ayat nak jiwang*. Masuk je aqu tengok meriah nye klinik tu.. *erk pusrawi klinik ke hospital??? maaf aqu bukan peminat fanatik pusrawi*. Aqu terpandang nama doktor bertugas.. ada sorang laki,sorang pempuan. Adoi aqu dah berkira-kira nak balik...tapi bila pikir, jejauh laki aqu bawak tak kan sesedap hati ayam nak balik..memang kena kutbah la karang..maka aqu berserah.

Dan macam aqu jangka, dapat doktor lelaki. Laki aqu melangkah denganlaju padu dan semangat masuk ke bilik 4 tu, aqu blur...sape nak check-up nie??? Aqu ke laki aqu??? =.= 

10 min kemudian, doktor tu minta aqu buat ujian air kencing... Ohhhh my God!!!!! Malu gile aqu bila doktor tu tanya aqu boleh bagi air kencing ke tak....Ya memang perkara biasa la kalau air kencing nie..sape tak penah kencing kan.. Tapi sangat malu bila aqu pempuan, dan yang memberi arahan itu adalah lelaki..plus tambahan add-up yang aqu nie bini orang... malu hoi! *tepaksa aqu tebalkan muka berinci-inci...=.=*

Aqu terfikir...macam mana lah nak bersalin nanti...buat nya doktor lelaki, lagi malu dohhhh..macam mana nak berdepan dengan dunia..maruah dah tercalar dengan sewenang-wenang nya.. *emo tak*. Aqu masih tak faham...kenapa perlu menempatkan doktor lelaki untuk perkara-perkara yang melibatkan wanita punya tubuh badan??? Tak malu ke kau bila nak buat pemeriksaan payudara, tapi di periksa doktor lelaki??? Gila hoi!!! *itu sebab aqu tak penah nak pegi..takut doktor lelaki*

Ya betul...dah la pi hospital kerajaan, bayar murah..sesuka hati nak demand...Ya memang aqu punya suka la nak demand..kalau korang tak nak demand korang diam! Aqu demand dengan benda yang betul..benda yang masuk dek akal..benda yang melibatkan maruah! Kau ape taw...taw dapat murah je dapat bonos je dapat duit je terus pangkah sokong mem-biawak buta. Ingat, kita rakyat...hak rakyat tu ada.. dan kita wanita, hak wanita tu ada.. bukan bermakna mereka berpangkat di atas, maka semua nya boleh di beli dengan duit.. bukan bermakna mereka berpangkat di atas, maka mereka boleh ketepikan semua hak yang di bawah! Kata kita negara islam..kenapa tak pertahan kan bab tu????..opss..

Aqu fokus kan bab bersalin. Bukan aqu nak kata "oh lelaki yang nak jadi doktor tak boleh belajar tentang bersalin atau apa-apa yang memerlukan mereka melihat, membelek, memegang, meneliti dan membuntangkan mata untuk melihat tubuh badan wanita". Ya boleh, PERLU. Nampak aqu kata PERLU. Tak salah untuk belajar... nama nya ilmu kan?? Lagi pun doktor lelaki pun akan berkahwin dengan wanita, apa salah nya dia belajar..mana tahu satu hari nanti dia boleh mempraktik kan kat isteri dia nak bersalin.

Tapi tak sedar ke kaum adam sekalian..isteri anda bersalin mengunakan khidmat doktor lelaki.. Hoi mana maruah anda??? Mudah nya tubuh isteri anda di pertonton umum... anda sibuk mempertahan aurat nya, sibuk menghujahkan cara pemakaian nya, sibuk menunding jari tentang penampilan seksi nya.. tapi bila tubuh isteri anda di pegang di lihat doktor lelaki...kenapa anda masih boleh bersikap cool?? Boleh bersikap ini darurat?? Gentleman kah?? Oh bukan..itu GENTAR MEN!

Tiada istilah darurat jika masih ada doktor wanita duduk goyang kaki di bilik istirehat sedangkan doktor lelaki perlu menjalankan tanggungjawab untuk kelahiran seorang bayi. Bukan darurat jika masih ada doktor wanita yang berkhidmat di tempat tersebut! 

 Maka mana darurat nya???? Ya mungkin akan di kira darurat jika semua doktor wanita tidak tertinggal sorang pun bersalin dalam waktu yang sama..maka doktor lelaki anda di perlukan. Mungkin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kenangan tatabahasa

Assalamualaikum

*kenangan kadang-kadang perlu di imbau untuk mengembalikan senyuman...*

penghujung tahun 2011 <--------------------------- masa di undur ke tahun..#

N : u make it ur self or wat???
S :  n...
N : byk sgt silap..
N : plus ayat kenape tunggang lggang...
N : i think ur bm is better than me right???
N : 'negara' tu kata nama khas ke???
N : kenape guna hruf bsar??
 *aqu muskil macam mana dia jadi cikgu BAHASA MELAYU plus ajar PENULISAN! ~_~

----------------------------------------------------------------------------------

N : baris ke 5... pkataan "selain itu"...
N : kamu rase sesuai ke???
N : selain itu mean other than that...
N : so kalau kamu guna selain itu, why point still sama..
N : should use "ini kerana"
N : or something like that..
S : adeh..
S : baik cikgu...
S : org letak ini kerana..
*aqu nie betul kan orang buat assignment bm ke bi??? -.- tak habih-habih speaking, poyo kau tau suana!

------------------------------------------------------------------------------------

N : "dimana" should ave distance
S : done
S : :d           
 *tatabahasa aqu kat sekolah dulu pun lingkup *_*

-----------------------------------------------------------------------------------

N : page 1 mula dr "kedatangan bruhasing ......" should ada mukadimah, klu kamu bg org bace tnpa bgtaw tajuk, serius x kn fham..
N : "Hal ini demikian kerana " should hal demikian kerana... ini tu buat pe~
S : :((
S : cikgu marah....
*ya saya seorang yang garang...ohh betapa aqu merindui kenangan jadi cikgu seni dan pendidikan jasmani

------------------------------------------------------------------------------------

N : satu lg, btter u put graf dlm tu..
N : sbb bnda cmnie mmg lg cntik pkai graf..
N : hurai senang, x srabut..
S : maksudnya graf buat sendiri @ graf dr tenet?
N : make ur own!
S : :d  
S : okeh...
S : tp kan...
S : x tau..
S : :p    
N : ~x( rase nk sekeh!
N : klu kamu student org, org suh buat balik
S : kejamnyaa.....
S : :(( 

------------------------------------------------------------------------------------

S : klu skang nih klu org amik paper BM & BI, org rs BI -A BM- C
S : :p  
N : perasan! 
 *maaf ibunda, neneknda, moyangnda segala gala nda nya...kami bukan cuba untuk merendah kan bahasa kita..tapi tapi tapi..bahasa melayu tu susah grammar nya!!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------

Dan sekarang..aqu masih di sini.. sebagai sebagai seorang cikgu sepenuh masa untuk dia..  dan aqu juga seorang pelajar kepada nya..dan yang paling penting, aqu seorang isteri untuk dia dan ibu kepada anak-anak nya. I LOVE YOU
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

hadiah untuk ayah

Assalamualaikum


untuk ayah.
Di lukis mengguna paint.
Menggunakan tangan kiri.
Memang buruk.
Tapi ana sayang ayah!
Semua sayang ayah!
i mean it!
Love you!

notakekalahan : aqu tetap kalah dengan airmata. Aqu tetap kalah dengan kenangan. Aqu tetap kalah dengan rindu. #aqumasihbelummenerimatakdirkah???

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

pemancing???

Assalamualaikum

Macam tak percaya aqu kini menjadi seorang pemancing. *pemancing la sangat -.-

Mula nya aqu mendapat penyakit kebosanan tahap melampau di rumah, maka nya aqu mengedik kan diri untuk mengikut laki aqu mancing walaupun aqu sendiri tak begitu yakin yang memancing tu tak bosan ke~

Ha-ha-ha ternyata.....bila seorang penggemar laut bergabung dengan hobi memancing adalah sangat awsome rasa nya.. semangat berkobar-kobar bila nampak ikan melintas depan aqu dengan begitu banyak nya..rasa macam nak terjun mandi sekali dengan ikan tu. *nak mandi ke nak tangkap ikan -.-??

aqu paling tak suka mancing kolam..tak dapat main air~
Maka nya aqu dah tak kisah dah stokin basah lenjun bertepek-tepek pasir ke hape ke janji aqu dapat menikmati kesejukan air...hohohoho awsome rupanya mengunakan tektik helah memancing untuk aqu main air.hahahhah 

Tapi walaupun aqu sedikit mengabaikan ikan sama ada diaorang nak makan upan di pancing yang berat itu atau pun tidak, *aqu tak tau nak pakai pancing sepanjang galah tu, buat lenguh tangan aqu je. -.-* namun namun namun ikan tu sendiri yang menyerah diri kat aqu..maka dapat lah seekor ikan keli yang kejap lagi aqu nak buat goreng berlada.nyum nyum~ *bersyukur la dapat sekor dari tak de langsung =.=*

Maka nya ade sesapa nak ajak aqu memancing??? Ya, sila contact laki aqu sebab dia yang kaki pancing =.=
Mana nak cari laki aqu?? cari la kat rumah aqu.hahhahahha sila ke pancing.net dan cari rizal_p2...dah macam promote laki -.- *erk....promote untuk ajak mancing je, ajak benda lain aqu flying lembing hang tuah tepat ke dada korang dari jarak 300m. AMARAN. :p hang tuah pakai lembing ke keris???*
air yang tenang jangan di sangka laki aqu nak berenang
kolam nie menawarkan 2 ekor ikan free kepada pemancing yang pulang dengan tangan kosong..
pesanantakmalu :erkkkk ade sesapa bernama che ayu rejab??? teman akak mancing kat sana nanti boleh tak boleh tak boleh tak???????????????????????
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

wasiat pada waris

Assalamualaikum

Huhu sekian lama blog bersarang, habis segala kulat kulat kuman kuman menternak diri diaorang sepanjang kesepian aqu dalam beberapa hari nie. Sesungguh nya hari-hari ku sangat busy. *busy la sangat padahal hampir hampir being crazy disebabkan boredom yang sungguh serius!*

Untuk tidak menjadikan kemunculan aqu nie sia-sia, maka aqu datang bersama satu ilmu yang kita perlu kongsi dan pikir dan faham dan sedar dan selami dan hayati dan mengerti dan dan dan.....*damn! ape aqu merepek panjang macam buat karangan nie!*

Tengok tajuk entry, ya tentang wasiat.

Maaf enty ini bukan hanya di tuju khas kepada mereka yang sudah berumur 50++ plus mata terkebil-kebil kaki menggigil-gigil sahaja, ilmu ini untuk kita semua..ya untuk kita semua yang bernafas nie.. ..untuk kita semua yang yang yang ADA HARTA sahaja. *erkkk hutang boleh di wasiat kan tak???? :p*

"Eton...mak nie tak de sape-sape dah..ada kau dengan abang kau si sood tu je..jadi kalau mak mati mak nak wasiat kan tanah sekangkang tenuk tu kat engkau"

Lihat lihat lihat....itu adalah kata-kata wasiat~

Ya benar kata-kata wasiat..tapi sah atau tidak?

Wasiat pun ade sah atau tidak ke???

Ya ada!

Sebelum tu siapa waris? waris tu merupakan sesiapa yang layak menerima harta/apa-apa dari pewasiat..contoh nya anak, isteri, and yang tertera dalam pembahagian harta la.

Jadi berbalik kepada sah atau tidak wasiat secara lisan tadi??

Jawapan nya dua...

i) tidak sah jika wasiat yang di katakan itu hanya di dengar oleh waris.
ii) sah jika di dengar atau di beritahu kepada bukan waris.

contoh? 

Ok berbalik pada contoh di atas tadi... wasiat itu di lafaz oleh emak nya. Maka jika yang mendengar wasiat itu hanya eton (waris) maka wasiat itu tidak sah. Ya, tidak sah!

Kenapa??? Kerana wasiat itu hanya di dengar oleh waris. Kenapa tak boleh?? Kerana..wasiat ini sesuatu yang tidak boleh di pandang mudah..jika tersalah, takut haram harta yang kita peroleh itu. Jadi macam mana??

Mudah..sebelum nak meluah segala isi surat tersirat wasiat tu, cari la mereka yang tidak layak menjadi waris kita untuk sama-sama mendengar atau kalau susah sangat..pegi je urus siap-siap wasiat tu dekat majlis agama ke pebandaran ke yang menguruskan hal ehwal wasiat nie..tulis siap-siap, tak de la berebut-rebut kes tak setuju bagai kelua.

*urus la wasiat secara faraid itu lebih mudah dan adil ^_^ 
#kadang-kadang...keluargabolehbergaduhdisebabkanharta...percaya lah!#



p/s : incik syahreelzal, saya wasiatkan cinta saya untuk awak jaga sampai ke syurga ye ^_^

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

6 penyumbang pandangan

syaitan rasa panas ke?

Assalamualaikum

Balik-balik isu syaitan, sikit-sikit isu syaitan, banyak-banyak isu syaitan...syaitan dah famous mengalahkan menteri besar pun sibuk nak gosip pasal dia lagi! 

Erk...nie bukan gosip...nie penghujahan. *Ya pekataan baru sentiasa wujud jika kita rajin menambahkan kata imbuhan untuk perkataan tersebut =.=" *

Aqu teringat zaman university dulu... tengah berjoging, sorang kawan aqu nie tiba-tiba bertanya secara spontan selepas kitaorang ternampak budak bermain dengan api bakar sampah time tu... *aqu seorang penjoging tegar suatu ketika dahulu #perkataan baru lagi*

"kau fikir logik...syaitan di buat dari api, nanti last akan di masukan dalam neraka tempat yang di bakar dengan api. Syaitan di buat dengan api, di bakar dengan api? Api dengan api macam mana dia nak panas? aku pelik la!"

Aqu tersenyum. Mujur aqu pernah tanya soalan yang sama dekat walid. Bak kata walid, "kalau kita tak pandai tak berilmu memang macam-macam soalan serupa tak masuk akal, tak waras, tak senonoh, tak macam-macam lagi la yang nak di tanya..tapi bila kita dah cuba belajar, faham satu persatu, akhirnya soalan-soalan tadi akhirnya kita akan rasa tak patut untuk di tanya". Macam bertudung, masih ada yang bertanya, "yang pakai tudung tu konfem-konfem ke masuk syurga".

Berbalik pada soalan tadi...

Aqu mangajak dia berhenti. Lelah meneruskan langkah sambil bersembang..lagi pun untuk memudahkan aqu untuk menerang dengan lebih baik.

"kau ambik kan aqu tanah bergumpal kecik tu", aqu menunding jari ke arah yang aqu pinta.
"buat ape? kotor babe..."
"ambik la.."
........ "nah.."

"Nie tanah kan?.."
"yup.."

........aqu membaling tanah tersebut tepat ke bahu si teman.

"adoi...sakit la weh"
"see...manusia di buat dari tanah, jadi kau juga di buat dari tanah kan?? dan yang aqu baling tu tadi itu ialah tanah kan??? tanah terkena tanah, kenapa still rasa sakit?" aqu tersenyum.
 "aah la...pandai kau, tak terpikir aqu"
...masih tersenyum."Yang bijak itu Allah...Dia menjadikan sesuatu itu dengan terlalu sempurna sehinggakan terbatas logik akal kita untuk memikirkan nya"
"Thanks weh...kau kalau berkutbah, kalah imam kat surau rumah aqu tu"
"hahhahahha porahhhh..aqu pun copycat ape yang walid aqu buat kat aqu dulu..untung kau tak kena baling tanah besau macam walid aqu baling..tak beragak dia..."

 Rasa bersalah membaling tanah kepada nya tadi hilang serta merta. Mujur aqu dapat menerangkan nya dengan sempurna. Thanks Allah!


kejadian bayi itu sangat luar biasa
notakesedaran : jika kita hanya mahu menguna logik akal, memang kita susah untuk menerima kekuasaan Allah ^^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

penat menunggu pemenang

Assalamualaikum

Aqu still belum post lagi hadiah untuk pemenang "jangan perah otak"..apakan daya, aqu tengah menunggu sorang lagi pemenang menghantar dia punya butir diri..Sian kat pemenang lain..harap pemenang yang berdaftar dengan nombor 45 menjelaskan hutang beliau kepada aqu dengan memberi butir-butir peribadi anda secepat mungkin...

Setelah berfikir panjang, jika butir diri masih tidak di hantar sehingga jumaat ini, maka aqu dengan suka cita nya akan memilih pemenang yang baru. Harap maklum dan mohon maaf atas kekhilafan ini...

Senarai pemenang

Sekian. *nak sambung jait baju kawen*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

semakan sekolah teknik 2013

Assalamualaikum

Di sebabkan keputusan-keputusan permohonan ke sekolah teknik telah di keluarkan... *aqu tak terlambat kan?*

Maka dengan rasa rendah diri nya, aqu bagi link kat adik-adik yang nak semak permohonan diaorang tu ye..


Tahniah aqu ucapkan kepada adik-adik yang berjaya ^^
aqu tumpang gembira.
Yang tak dapat tu jangan sodih...
Bukan sekolah tu penentu kejayaan kita pada masa depan..
Tapi usaha dan doa tu yang perlu.. 
*ibubapa tolong bagi sokongan pada anak anda. AMARAN!*
okeh
 muuuahh~ 

notamerepek : aqu dah semak aqu punya, tak dapat...dia tulis, "tak sedar diri dah tua..PMR dah bertaun kau buat" =.=

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

matrik, diploma atau sijil??

Assalamualaikum

Jenuh aqu menjawab beberapa soalan berunsur "penyambungan" belajar oleh adik-adik angkat terangkat aqu.. sampai kadang-kadang aqu pun jadi youbuntu nak menjawab..soalan pelik-pelik di sergah nya, mau otak aqu jem pengaliran oksigen. Ya la..mungkin masing-masing dah kena isi upu sekarang nie...

"kak su, antara matrik, diploma atau sijil yang mana ok??"

"kak su, dulu kak su matrik kan..susah erk matrik??"

"kak su, mana lagi susah..masuk matrik ke masuk diploma?"

Adoiiii, aqu nie bukan la hebat mana nak kaji selidik yang mana lagi bagus yang mana lagi hebat...kadang-kadang yang masuk matrik pun, tak semestinya tinggi menjulang-julang pekerjaan nya..kekadang yang ambik sijil je pun mampu hidup lebih mewah.. Yang penting tanam dalam hati belajar la kerana Allah..Insya Allah kejayaan dan berkat Nya dua-dua kita dapat.

Kalau base dengan aqu punya pendapat..Matrik, Diploma and Sijil nie memang banyak beza nya.. terutama nya dari segi jangka masa. Macam aqu..bila aqu kata aqu dah tamat degree umur 22 tahun, memang ramai yang kata fuhhhhhhh hebat siot.. Tapi lumrah nya tak la hebat pun, ramai lagi pun macam tu..

Dari segi jangka masa memang la matrik tu lebih cepat...setahun je tamat. Tapi risiko nya ada.. sijil yang kita dapat dari matrik tu tak menjamin apa-apa dari segi pekerjaan selain mempercepatkan kita untuk melangkah ke peringkat degree...berbanding diploma, sijil mereka sah di gunakan untuk alam pekerjaan, itu kelebihan nya..tapi mereka perlu menghabiskan masa selama 2 3 tahun untuk memperoleh segulung sijil itu..maka nya jika di bandingkan siapa yang ambik matrik dan diploma, memang boleh kita lihat perbezaan jangka masa nya untuk menamatkan degree.  Begitu juga apabila mengambil peringkat sijil, jangka masa yang di perlukan adalah lebih lama..tapi sijil mereka sah di gunakan.

Kalau di tanya susah atau senang..jawapan aqu satu je.. nama pun melanjutkan pelajaran.. dah tentu-tentu la korang kena belajar sesuatu yang tahapnya lebih susah..jadi tak timbul persoalan susah atau senang.. semuanya depend kat diri kita sendiri.. ada je yang ambik matrik tapi nak masuk sem dua je kena tendang sebab tak cukup pointer..tapi ada je yang ambik matrik tapi awsome result nya..sama jugak macam diploma atau sijil.. ada jugak yang lingkup tapi tak kurang yang tiptop result.. setakat yang aqu tahu la, tak pernah lagi keluar berita "seorang pelajar menjadi tak waras kerana pembelajaran yang sangat susah". Rasa nya belajar lagi senang dari bercinta.

Cuma mungkin bila belajar diploma atau sijil, di situ kita mempunyai masa untuk lebih relax atau tenang..berbanding matrik, semua topik di pulun dalam jangka masa setahun. Tapi pulun-pulun pun, tak la sampai tak boleh tidor makan minum..aqu dulu boleh je enjoy merayap melaka tu, tiap minggu boleh je balik rumah..hidup kena enjoy babe!hahha

Aqu dulu pun buntu jugak.. Alhamdulillah rezeki aqu terbuka luas, masa aqu dapat peluang masuk matrik, tetiba surat sampai dari UiTM menawarkan aqu membuat diploma..buntu aqu pikir nak pilih mana satu.. dan istikarah jawapan nya. Dan UiTM masih tak mengecewakan aqu bila diaorang tawar aqu ambik degree lepas tu..dan Alhamdulillah jugak aqu tamat dengan sempurna. Thanks Allah. *ambik la uitm...yuran murah dohhh.hehehhe dan sangat best!*

Tengah aqu sembang-sembang pagi tadi, tertanya jugak aqu..

"korang nie asyik tanya mana susah matrik ke diploma..mana ok, matrik ke diploma..mana terbaik metrik ke diploma..kenapa tak terpikir nak ambik sijil?? ingat sijil sonang ka??"

"ala kak su...sijil tak nak la..."

"ngape??? sambung belajar jugak kan?"

"low standard la..hehhehe"

"hampeh! jangan pandang hina orang ada sijil tu la yang kebanyakan nya dah berjaya tau..banding yang dah sampai PhD..bertimbun-timbun 'penyakit hasad dengaki' je..."
 
Jangan kita fikir nak cepat nak habis je..tapi pikir kemampuan diri. Jangan kita memandang hina pada mereka yang lebih rendah tahap "sijil" nya berbanding kita, kerana kadangnya tanpa kita sedar mereka mempunyai ilmu yang lebih luas dari kita. 

notarindu : sangat merindui zaman belajar.....ohhhhhhh
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

6 penyumbang pandangan

parti geletek Allah???

Assalamualaikum

*maaf, entry ini mengandungi carutan yang berunsur kemarahan*

F**k! Parti apekah itu???? gile benar orang yang wujudkan parti nie... bukan takat gile, entah la nak di ibarat apa lagi..lagi teruk dari binatang atau apa..teruk!

SINI LINK KE PAGE


Pelik! Aqu tengok makcik sorang nie dari dulu sampai sekarang memang aktif, terlalu aktif! Sampai aqu rasa dia terlebih makan ubat kecerdasan sehingga otak dia dah terover untuk meluah sesuatu yang 'damn".

Yang paling mengherankan aqu, bila isu palsu pasal incik N si suami R tersebar luas, bertungkus lumus perah keringat sengkang-sengkang mata nak selesaikan secepat mungkin..adoi! Tapi kenapa isu makcik sorang nie dari dulu sampai sekarang still tak de apa-apa tindakan???  

Kita hanya mampu mendoakan makcik nie di beri hidayah..bukan anak bernama hidayah, tapi hidayah yang dapat menyedarkan dia..Insya Allah, tuhan itu maha penyayang. Amin.

p/s : muka meng"stalker" itu sangat kelakar ~_~ maka jangan stalker, jadi la follower
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

sila fahami "akikah"

Assalamualaikum
 Allahu akbar!!! Nikmat nya di kurniakan anak... panjatkan lah ke syukuran dengan kehadiran insan baru, semoga dengan kelahiran itu bukan sahaja menambah bilangan umat Muhammad malah semoga menjadi khalifah yang sentiasa mengangkat panji-panji agama Allah dan berbakti pada manusia. Insya Allah.

Akikah atau aqikah atau aqiqah?  ~_~ entah. maaf bahasa melayu aqu memang tahap memalukan. 
Tak pe la, yang penting maksud aqu tentang satu ibadah yang kita kena lakukan apabila kita dah menlahirkan anak.. opsss bagi pempuan. *untuk laki aqu yang perutnya dah 3 bulan tu, tapi anak tak keluar-keluar, awak sangat comel..;) *

Hands up sape dulu tidak di aqiqah kan??? sila pi potong rambut sekarang dan buat timbangan dan hadiahkan wang seberat timbangan rambut itu kepada aqu.hahhahahah

*serius*
Aqiqah nie kita lakukan pada hari ke 7 selepas kelahiran bayi...betul atau tidak??? Ya betul! Jangan di tanya kenapa hari ke 7, memang aqu tak de jawapan nya. 

Aqu bukan nak sentuh berapa ekor kambing lembu atau biri-biri yang perlu di jadikan korban aqiqah atau apa jenis lauk yang perlu di masak bagai. Tapi yang aqu nak sentuh ialah tentang pemasaalahan rambut.

Rambut??? Kenapa-kenapa..tak boleh pegi aqiqah dengan style rambut korea ke?? Bukan-bukan isu rambut korang yang stylo itu mahu di heran kan. ia berkenaan rambut bayi...

Sedar atau tidak apabila start je marhaban pada saat 0.05 saat maka masing-masing bergilir-gilir memotong rambut bayi...dan ketika itu bayi tersebut berasa sangat pening kerana berebut-rebut orang nak pegang kepala dia. Selesai sahaja acara memotong rambut tersebut, maka dapat di lihat style baru bagi rambut bayi tersebut iaitu sebelah panjang sebelah pendek, atau sebelah tak de rambut sebelah panjang berjela..itulah di kata fesyen cacar marba.

Maka di situ bermulanya kekhilafan yang sering di lakukan oleh orang sekarang. Ya boleh masih boleh cuba memahami jika semasa acara *macam acara sukan* memotong rambut bayi tersebut, rambutnya tidak dapat di potong botak dengan sempurna..tapi ibu bapa seharusnya memotong botak rambut bayi tersebut selepas acara tersebut..tidak kira la bayi lelaki atau perempuan..semua rambutnya perlu di cukur licin seperti ipin.. jangan ada walau sehelai pun rambut upin....dan di situ tidak jatuh hukum, perempuan tidak boleh membotak kan rambut ye..dia masih bayi.

Maka ibi-ibu jangan la berteriak "botak anak aqu!! botak anak aqu!!!".. jangan risau, rambut kan boleh tumbuh..lagi pun yun nam hair care ade. ;p

Ingat! Jangan tinggal sehelai pun. Dan selepas itu, timbang la rambut-rambut tersebut mengikut timbangan emas/perak..untuk apa?? untuk di sedekahkan kepada anak yatim atau fakir miskin.. tak mahal pun jangan risau...tak kan rambut anak baru lahir sampai sekati kot kan...~_~

Tapi tapi tapi jangan lupa atau buat-buat lupa..sila la dengan senyuman mencampurkan ke semua rambut yang dah di potong semasa marhaban tu sekali..jangan buat-buat lupa. 



p/s : masa nak pi timbang tu, jangan guna timbang yang korang pakai tuk timbang berat korang tu..memang tak bergerak la timbang tu setapak pun sampai kiamat =.=

notabagitahu : pada hari tersebut..nama kan la anak itu dengan nama sebaik nya ^__^



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)