0 penyumbang pandangan

google plus (G+)

Assalamualaikum

Hi kalian. Salam 1 Malaysia, 1 Kuala Lumpur, 1 Sabah, 1 Perak, 1 Johor! *negeri yang tak di senaraikan, sila ke pejabat pendaftaran untuk mendaftar*

Sila hentak kaki sesape yang belum memiliki atau tahu apa itu google plus...anda ketinggalan.khakhhakhahkhaha *gelak jahat*

Google semakin maju..*sebenarnya dah lama pun maju, aqu je baru nak perasan =.=*

Bile ada akaun google nie, memang menyeronokan hidup aqu..terutama sekali bila aqu terjah ke youtube. Maka nya, aqu pun dengan riang gumbira nya memberi komen-komen tak bertauliah kepada video-video yang aqu tonton di youtube. Apabila manusia jakun memiliki sesuatu yang dia sorang je merasakan luar biasa, maka dia akan bertindak secara over acting =.= dengan kata lain, macam aqu sorang ade akaun google tu~




Lebih kurang macam facebook je...status sume ade... *abaikan jumlah fren tu, aqu baru nak merangkak belajar benda nie -.-*

Maka nya aqu dapat lah berchatting selain mengunakan YM~



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

mulut - wajar di insurance kan

Assalamualaikum

nota tiada kena mengena dengan tajuk entry : 7 hari lagi masa untuk aqu mengadap blog, lepas nie terpacak la aqu di kraftangan malaysia menemani si suami dan kedai yang bakal mengaut keuntungan beribu riban..hahhahahha *statement mata duitan -.-*

Selama 2 bulan pengalaman aqu pernah berkerja di company insurance dulu, memang tak pernah langsung aqu dapat customer yang nak buat insurance untuk mulut diaorang..maka sangkaan aqu, manusia zaman nie masih tidak merasa kan mulut mereka berharga walaupun mereka sedar yang kata-kata mereka lebih busuk dari sampah sarap kedai Ah wong.

*berfikir - macam aqu kena ambik insurance untuk jari jemari je sebab entry nie. oh tidak!*

Aqu masih konfus.. adakah mulut mengelurkan kata-kata dahulu sebelum sempat minda berfikir, atau atau atau minda telah berfikir namun hanya tahu meresponkan kata-kata yang "tajam", atau atau atau tidak langsung mengunakan minda untuk berfikir. Yang mana ya?


Pendapat aqu?

Pada aqu, akal lebih dahulu memulakan langkah..namun hanya pada manusia yang tahu menghormati orang lain. Memang tak wajar untuk berlembut sopan santun bila manusia lain hanya tahu mengelurkan kata-kata yang merasakan diri mereka betul. *bila di tegur, ambik pengajaran..bila menegur, gunakan permikiran*

Kenapa perlu melatah terjun pokok sedangkan diri sendiri yang memulakan nya dahulu? hurm...pikir-pikir.

nota tanya : perkataan "babi" tu salah satu kata-kata kesat ke??? ~_~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

percintaan guru + pelajar

Assalamualaikum

-.- dunia semakin pelik. Aqu yang tidak dapat menerima kenyataan dunia atau dunia yang melakukan kenyataan yang tak dapat di terima??? atau atau atau dunia yang semakin ralat atau manusia yang menjadi semakin ralit??? agrhhhh damn! *apa itu ralat, apa tu ralit??? agrhhhh bingung lagi! reti tulis tak tau maksud! damn!* Pe hal tak habis-habis damn, damn, damn dari tadi...agrhhh damn!


Apa yang mencelaru kan?? 

Antara guru dan pelajar..ya mereka seperti ibu/bapa dengan anak..tapi tapi tapi yang aqu dengar sebentar tadi bukan itu..tapi antara guru dan pelajar, ada hubungan cinta di situ.. entah di panggil cinta remaja, monyet, beruk atau kura-kura..tepulang kepada mereka.

Jadi, apa kesalahan nya??

Ya secara umum nya memang tidak salah..entah la, mungkin aqu belum cukup mengenali dunia, sehingga aqu merasa pekara tu suatu yang janggal.. atau mungkin ketika zaman persekolahan aqu, tidak pernah terbit di telinga tentang hal sebegitu..maka aqu jadi sedikit jakun!

Cer cerita apa yang menjakun kan kau tu suana....

Begini. Di ceritakan secara langsung ke telinga aqu dari pelajar yang terbabit..dan aqu olah ayat nya supaya tidak memalukan mana-mana pihak.
-Kat sekolah ***dirahsiakan nama sekolah nya*** , sorang cikgu perempuan berumur dalam 28 tahun, minat kepada pelajar lelaki si A yang baru berusia 17 tahun..segala jenis pemintaan si A di penuhi, tak kira la bagi pinjam kereta or sebagai nya...permasaalahan nya adalah, bila ade pelajar perempuan rapat dengan si A, maka cikgu nie akan tarik muka dengan pelajar perempuan tersebut-

Ya tiada pemasaalahan tentang umur...apa salah nya perempuan yang lebih tua mengahwini lelaki muda kan?? cuma mungkin menjadikan aqu memandang sedikit pelik di situ bila seorang cikgu bercinta dengan student..ya mungkin ramai yang akan kata, "laaaaaaaaaaaa ape salah nye kak oi". Benar! Tapi cakap sila menggunakan otak yang waras...letak kan diri anda di tempat ibu pelajar atau ibu kepada guru terbabit...dan bayang kan bile balik sekolah je mereka bercerita, "ibu-ibu orang couple dengan cikgu taw..cikgu yang mengajar sejarah tu". Riaksi anda???? adakah.. "ohhh ye ke???? untung nya anak ibu!!" -.-

Entah la...mungkin pemikiran aqu terlalu kolot..tapi apa yang aqu faham dan sedar sepanjang aqu habiskan persekolahan adalah "kita sebagai seorang pelajar..kita di amanah kan untuk berlajar. Bercinta itu salah??? ya, jika tidak tepat pada waktu nya...tapi perasaan ini juga satu nikmat kurniaan Allah pada kita, adakah perlu untuk kita menyalah kan nya??? Tidak... benar perasaan itu kurniaan Allah..tapi adakah kita tidak mempunyai akal sehingga tidak mampu mengawal nya??? Sama seperti perasaan marah juga satu nikmat kurniaan Allah...tapi adakah kita tidak perlu mengawal perasaan itu???"


Bercinta juga memerlukan akal..

nota doa : perliharalah keluarga ku sentiasa di jalan Mu ya Allah.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

6 penyumbang pandangan

ohhh pregnancy test!

Assalamualaikum

Kenal ape alat ni???

Yes terang lagi bersuluh dah tulis kat kotak tu... pregnancy test. *alat nie tidak sesuai di miliki oleh anak dara.sekian*. Alat nie dah ade dalam simpanan almari aqu, ade la dekat 2 bulan...tapi aqu tak pernah berani nak cuba, takut kecewa.

Tapi pagi tadi aqu bangun je, tetiba aqu ambik kotak nie...pastu aqu baring balik.. pikir-pikir nak guna ke tak, dah sedia ke kalau result negatif... aqu beristifar.. dalam diam aqu mula sedar, "kalau ada, alhamdulillah...kalau tak, mungkin belum rezeki".. jadi aqu try la jugak.

Bukak kotak, ade satu kotak kecil khas di bagi nak letak air kencing, dan strip ujian tu. Pe lagi aqu pegi toilet dengan menyanyi- nyanyi...selesai je aqu buat ape yang patut, jadi aqu letak la strip tu kat air kencing tu... dan result nye...


jelas ade 2 jalur..terang benderang jelas
aqu try letak bawah pulak, ya memang jelas!
Aqu penah search kat internet...tengok jugak pendapat-pendapat orang yang penah guna kan benda nie... diaorang kata kebanyakan jalur memang kadang-kadang menggedik, sebab dia kabur-kabur..tapi alhamdulillah benda nie tak mengedik dengan aqu...memang terang jelas dia bagi *mentang-mentang aqu rabun kan =.="*

Dan ikut kata ketas tu...

Positive result = 2 jalur. Yang bermakna menunjukan kemungkinan anda mungkin hami.
Negative result = hanya 1 jalur di bahagian C bermakna menunjukan tidak hamil.
Invalid result = tiada langsung jalur.

Maka aqu ade 2 jalur, dan kemungkinan aqu hamil tu ade...Alhamdulillah, petang nie aqu pi jumpe doktor..tengok sah ke tak, harap-harap sah la...oh my baby~

nota pelik : aqu rase senjak hari tu aqu sangat sensitif dengan bau peluh suami aqu...ape kes????? adoiya~~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

khas ---> blogger di KEDAH

Assalamualaikum

Hohoho asal dengan blogger kedah, ang gaduh ka dengan diaorang suana??? Oh tidak~

Taw tarikh 10/02/2013 nie tarikh ape??? Ya tahun baru cina ma... Selamat tahun baru cina pada semua.. *aqu rasa bahasa mandrin aqu dah makin jahanam =.= ohhh aqu semakin jadi manusia lupa asal usul, maaf moyangnda. erkk ada ke pekataan moyangnda????*

Berbalik pada tarikh tersebut...Aqu nak jemput korang (blogger kedah) yang sudi la, untuk turut sama memeriah kan majlis dan merapatkan silaturahim kita :) Ingat ye, blogger bukat setakat kenalan di laman sosial, tapi kita masih boleh kuat kan lagi ukhwah tu..biar jadi ukhuwah fillah abadan abada ok. Kenapa blogger kedah je??? sebab kenduri tu kat kedah...tapi blogger KL ke tengganu ke kelantan ke mana-mana la yang sudi nak datang, jemput la ^_^ *teringat 2 taun lepas majlis kenalan bersama blogger di mid~ ooh awsome!* Tapi aqu bukan nak jemput korang untuk majlis sambut tahun baru cina, tapi untuk kenduri kawen aqu yang belah lelaki punya. *kawen dah 4 bulan, perut da besar, baru nak buat kenduri...awsome tak aqu??? =.=*

So sesapa yang berminat or sudi datang, just contact aqu..nanti aqu bagi alamat...Tak boleh la nak tulis alamat kat sini, kang ramai sangat datang macam majlis rumah tebuka najib pulak korang buat...mati aqu nak korek katering. 

Oh lupa di sebab kan kedah tu besar nye lebih kurang boleh tahan la jugak, so aqu bagi kawasan la...di sungai petani ok. 

Opsss sebelum tu nak tayang kebanggaan sikit la...walaupun aqu tahu bangga diri itu satu perangai yang tak senonoh =.= tapi nak bangga sikit je sikit je, tak kan tak boleh...hihihi

Nie kan nie kan nie kan baju kawen aqu yang akan aqu pakai time kenduri tu nanti..... cantik tak????? Erk tak ye???? Tak pe la......aqu sedar, yang penting aqu nak bagi tau yang aqu jait tu sendiri. Ya aqu jait sendiri! kau ade, suke hati nak kata baju aqu tak cantik.. tak main la sewa-sewa nie.. ape class kau jah!






Aqu tak kisah cantik or tak, yang aqu tau aqu gumbira sebab aqu pakai baju yang dari usaha aqu sendiri... plus plus plus baju tu cukup besar untuk tutup perut aqu yang besar nie =.=" *hahhahah tu sebab pilih tema gaun.lallalallal~*

nota sikap : aqu nak buat inai tapi malas, canner tu???

nota jemputan : blogger negeri lain pun di alu-alu kan~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)