5 penyumbang pandangan

siapa pelawat blog kita??

Assalamualaikum

a) Pembaca setia
b) Pembaca berdasar topik
c) Pengejar follower (up up up kan follower)
d) Pengomen rajin
e) Penghobi stalker

Di manakah status anda sekarang? Ya, anda...anda yang sedang ghairah berada di blog saya sekarang ini.. *ghairah??? apekah -.-*
Pembaca setia
Buat golongan ini, mereka sentiasa menanti update dari si penulis..tak kisah apa topik yang akan di bincangkan sekali pun, ia tetap akan menarik minat mereka untuk mengunjungi.. pembaca seperti ini harus di hargai..bukan kerana apa, kerana dengan ada nya mereka sedikit sebanyak kita ada semangat untuk mengolah topik baru/cerita baru untuk di kongsi kan. Maka apa salah nya sekali sekala bagi duit raya ke duit poket ke duit belanja ke.. *motif : duit sengkek lepas bershopping*

Pembaca berdasar topik
Kalau topik kau best, akan di klik untuk di baca la..tapi kalau topik macam nak buat karangan SPM, alamat nya memang sekali pandang seimbas lalu je la... maka nya nak tulis topik tu bagi hot hot berapi sikit...isi tunggang langgang macam planet pluto berlegar-legar ke orbit planet lain pun tak pe..ape yang penting tajuk tu hot and spicy~

Pengejar follower
Ya mereka hanya berminat dengan kotak shoutbox anda...jujur nya, ada 2 3 orang blogger aqu kenal nie bersikap begitu..mereka tak akan pernah kisah tentang topik mahupun cerita yang ingin anda sampaikan ataupun gambar syok sendiri yang anda paparkan..apa yang mereka taw, cari shoutbox dan tinggalkan jejak berupa "saya dah follow..follow balik k" *ayat memaksa -.-*. Aqu tak taw la mereka-mereka seperti ini nak kumpul follower masuk pertandingan follower paling banyak ke atau pun nak di buat pekasam nya follower tu. Kalau orang tu nak follow dia taw la follow, tak payah di paksa-paksa.... *FOLLOW BLOG AQU HOI!!! aqu serius nie. AMARAN KERAS*

Pengomen tegar
Mereka ini seperti pembaca setia...kadang-kadang mereka tergolong dalam pembaca setia..cuma bezanya mereka suka melontarkan pandangan..maka tertonjol la sedikit diri itu..tak salah sikap tu, paling tak si blogger akan saling lawat melawat blog memasing lepas tu.. dan mungkin ada menjalinkan ukhwah yang lebih awsome.. jadi jangan la jadi slient reader je, komen-komen la hape yang patut *baru i tak rase syok sendiri menaip..hahhahah*

Penghobi stalker
Ha ini pembaca paling setia..kekadang kita tak update pun dia rajin nak menjegah blog kita *sape yang mempunyai stalker, memang anda layak menjerit sekuat hati "i glamer you!!* Ya anda mempunyai secret recepi admirer~



nota kaki sentap : untuk mencari info tentang "cik awan" mahupun hujan atau pun kilat guruh atau mungkin yang sekawan dengan nya, maka anda berada di jalan yang lurus iaitu blog ini..kerana saya berkawan dengan cik yang berpelangi ;p


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

si blogger baru yang...

Assalamualaikum

Hohoho nampaknya semakin ramai memajukan diri..termasuk la sorang hamba Allah nie..

Aqu sedikit terkejut melihat kewujudan blog ini...hhahahah al-maklum, aqu pernah dengar dari mulut dia sendiri yang dia nie tak pandai nak berblog-blog nie..tak reti buat karangan la hape la bosan la..dan tiba-tiba tadaaaaaaaaaaaa wujud blog ini...



Maka nya dalam hati aqu dah mengumpat-ngumpat da.. "laki aqu nie biar betul, kata tak reti langsung konon..hambik kau, siap satu entry dah pun"..

Aqu pun curi-curi la baca entry dia, tengok-tengok ade jugak nama aqu, maka nya...aqu tersenyum sendiri. ^_^ sumpah aqu tersentuh hati.

Dalam 10 markah, untuk permulaan aqu bagi 7/10 la tuk blog laki aqu tu..bukan ape, yang aqu terkejut tu dia buat sume sendiri langsung tak de tanya-tanya aqu..al-maklum la biasa nya bab-bab macam nie boleh jugak kategori kan dia sebagai "buta IT".hahhahah *erk nie kira aqu ngumpat ke??? hahhaha*

So aqu harap blog dia nie mendapat oksigen yang mencukupi la untuk hidup...takut kang tak sampai sebulan, labah-labah datang buat sarang dengan jaya nya..hehhehe

LOVE YOU SAYANG! :-*

LINK KE BLOG SI HUSBAND : SINI
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

jangan ganggu rumahtangga dia!!

Assalamualaikum


sumber  : akbar metro 
(klik untuk membesar dengan enfagrow)
Pandangan dari sesetengah nya : 
"Bagus! Bagi orang tak sedar diri macam tu sedar sikit..jangan taw nak ganggu rumahtangga orang je"

Secara jujur nya dari aqu, erm mungkin memang ada baik nya...sekurang-kurang akta sebegitu mampu jugak la memberi sedikit ketenangan. Namun..sebenar nya aqu sedikit tergelak...maaf bukan untuk memperlekehkan undang-undang sebegitu *al-maklum aqu pun bukan nya bagus sangat kannnnn -.-*...tapi mudah aqu kata kan "zaman yang segala-gala nya bertuan kan duit nie, masih releven kah undang-undang sebegitu?"...

Tengok je kes "kawin lari" or dengan kata lain "kawin tanpa restu"..tak kisah la kat siam ke, thailan ke, filipina ke, veitnam ke bawah katil ke bawah laut ke...main point dia, kalau kawen di negara lain selain berdaftar di Malaysia maka nya kena daftar balik perkahwinan tu nanti kat Malaysia nie semula dan akan di kenakan denda...kalau nak di isu kan, bukan sikit seringgit dua duit jutaria, monopoli mahupun saidina yang perlu di korban kan tapi ribuan ringgit malaysia jugak denda nya.. permasaalahan nya, berkurangkah masalah tu??? Rasa nya makin menjadi-jadi...

Secara kasar nya, denda bertemakan duit nie sebenar nya agak kurang kesan nya.. sedangkan maruah pun ada yang sanggup di jual kerana duit *sebab tu banyak kes rasuah*, inikan pulak cinta sang kumbang dan bunga tahi ayam nya..konfem-konfem bak kata sang pujangga "lautan api pun sanggup ku renang untuk pertahan cinta kita"..jadi setakat duit, memang boleh di cari la..*tak payah nak renang laut api sangat la..pegi berjuang kat lahat datu tu lagi bermanafaat*
 Pokok pangkal ranting hujung nya, semua nya terletak pada diri kita sendiri... kalau kita tahu apa erti menghargai dan mengsyukuri, maka kita akan dapat lihat sendiri apa yang telah kita miliki itu suatu nikmat yang cukup besar..

sekian.

nota teringat : "tanggungjawab seorang suami itu melebihi masa yang di peruntukan untuk diri nya..maka bagaimana mereka menjadi terlalu yakin bahawa mereka telah melaksanakan nya dengan sempurna"

nota nota je : jangan la rebut-rebut pakwe ye ;p
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

perli memerli itu menyedarkan

Assalamualaikum

Kisah benar.

"tudung dia labuh..baju tutup aurat..tapi kenape aqu tak nampak pun solat??"
"dah dia pegi solat time kau tak tengok...mane nak nampak"
"aqu ade 24 jam dengan dia kot"
"period agak nya..mane la aqu tau"
"tak kan la period hari-hari 7 hari seminggu"
"tadi kau kata kau 24 jam dengan dia..tak kan seminit pun kau tak boleh luang masa nak tanya dia dah solat ke belum.."
"aqu segan la.."
"dah tu baik diam..dari buat tambah dosa je kalau salah "

------------------------------------------------

"ape la susah sangat nak pakai tudung..ingat cantik sangat ke rambut tu"
"hoi..yang kau mengata tu ciptaan tuhan, sedar tak tu???"
"ye la..tapi pakai tudung kan cantik"
"yang kau cakap kat aqu nie buat hape..aqu dah elok pakai tudung ha..ape kata kau melangkah dua tiga tapak ke minah tu, pastu nasihat dia depan-depan.."
"gila kau...tak pasal-pasal makan penampar aqu"
"kau pikir gila aqu je makan penampar..kau tak pikir gila kau makan dosa mengata tu???"
"payah la cakap dengan kau nie.."
"ha pi cakap dengan tiang tu..aqu nak tengok senang tak senang"

---------------------------------------------------

nota maaf : saya mohon maaf jika di lihat terlalu kasar dengan kata-kata itu, tapi mengikut pemikiran saya yang waras ini, itu adalah jawapan terbaik ;p
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

"buatan orang"

Assalamualaikum

Sedang bosan. Merayap sambil senyum-senyum memandang orang sekeliling... *taktik cuba menghilangkan bosan dengan membahagiakan diri dan orang keliling..jangan sampai ada yang kata aqu gila sudah!*

"Assalamualaikum cik adik.."
"wa'alaikumussalam...ehhh pakcik!" nada x-cited,lame tak jumpe.
"ape kabar? sihat?"
"harus la..kan dah makin mengembang nie..."
"still tak berubah.."
"ape?" kebuntuan dengan statement tak berhujung pangkal nie.
"perangai tu..masih peramah, masih pemurah dengan senyuman, paling penting masih terlalu cantik"
"hahaha yo lah tu..."
"macam mana sekarang? dah kena buatan orang? "
"Ha???? buatan orang???? siapa pulak yang nak buat-buat saya nie...mintak jauh la.."
"maksud pakcik, dah berisi belum perut tu? "
"o..cakap la..hehhehe"
"dah belum?"
"alhamdulillah dah.."
 ......................perbualan di teruskan dengan topik lagi hot!


notakelakar : batul jugak statement dia "buatan orang" sebab kalau yang pakai sihir-sihir tu nama dia "buatan jin dan syaitan". ermmm....


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Hari kraf kebangsaan

Assalamualaikum
welcome march!

Dah 7/3/2013....dan aqu baru nak ucap "welcome march"????? -.- apekah~ Ya sesungguh nya aqu langsung tak perasan kehadiran bulan march...sungguh aqu tak perasan... bukan nya kerana aqu terleka sangat dengan dunia nie tapi tapi tapi setakat yang aqu kaji, pertapaan aqu di kraftangan malaysia nie sungguh membuatkan aqu terlupa dunia luar...sampai kan tarikh berlalu pun aqu tak sedar..yang aqu tahu hari memang berlalu dan ape pun tarikh yang berlalu tu just tarikh tiada yang istimewa...

Oh ya..kraftangan malaysia. Untuk apa aqu di sini??? Ya hari kraf kebangsaan.. pernah datang??? belum?? meh datang... macam-macam benda ade.. Ade baju cantik banyak banyak banyak banyak...boleh pilih dan sila bayar kalau berkenan, bukan free ;p

Tapi tapi tapi jangan isau kalau yang tak suka shopping baju tu, ade jugak jual barang-barang lain..semua yang berunsur seni kraf semua ade..selagi nama nya seni, maka ada la jual di sini...ade lukisan, ukiran, masakan dan macam-macam la~

Aqu tak de masa nak cerita panjang lebau nie, banyak koje.. aqu undur diri 10 langkah dulu ye.. jemput la hadir ^_^ *maaf gambor tak de... aqu tak sempat ambik gambor*

nota khidmat negara : semua kemudahan tandas, surau, kafe plus pondok talipon, pakcik jual aiskem semua di sediakan. 

Sekian nota mempromote kraftangan... *en.kamil sila sediakan cek bayaran perkhidmatan promosi saya nie *_^ *

notacintababy : ramai yang sedar kehadiran kamu sayang.. Thanks God!

notaayurejab : result spm mau kuar dah...jangan tak tido malam ha~  
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)