2 penyumbang pandangan

sampai hancur industri??? over!

kata-kata dari yang seorang "ikon"
ASSALAMUALAIKUM

*maaf, "ikon" di atas bukan sindiran...tapi itu yang di gambar satu ketika dulu oleh masyarakat*

Hancur??? Wow! Hancur itu bermakna musnah??? Musnah bererti tidak dapat di selamatkan lagi??? begitu bukan???

Tapi aqu still konfus..dalam sudut manakah yang di lihat "kemusnahan" itu berlaku... adakah difikirkan bahawa jika parti yang yang satu itu naik, maka muzik menjadi haram di malaysia??? Adakah parti yang satu itu terlalu kolot sehingga kita akan di larang untuk mempunyai hiburan lagi??

Pelik.....

Yang lebih memuskilkan....adakah apa yang di lihat pada industri filem & muzik kini sangat hebat dan maju???? Maju sangat kah dengan pemakaian yang tak cukup kain semua itu??? Maju sangat kah jika bergaul tanpa batas aurat sebegitu?? 

Kesimpulan nya, aqu sendiri masih buntu dari aspek mana yang di lihat kehancuran akan berlaku itu.... mungkin pemikiran aqu yang kolot ini tidak dapat menandingi jauh nya pemikiran dia. 

pesanan sindiran : jangan la hanya kerana parti jongkang-jongkit itu memberi anda wang, maka anda melihat rezeki itu datang dari mereka...ubah la pemikiran anda! Anda yang KOLOT sebenarnya~


lama nye tak main benda nie~  (sumber : google)

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

shooting??? di rumah saya??

Assalamualaikum

Ahhh nama pun shooting...maka maksud nya pengambaran la...cerita apa??? OMG saya lupe nak tanya tajuk drama tersebut *nampak sangat over-X (over exited) nak glamor -.-*

Syarikat nya adalah dari....Asia Era Production, Pena creative Pictures....

Tapi yang memuskil kan aqu...cantik sangat ke rumah aqu nie nak di jadi kan lokasi pengambaran?? Tapi bila di fikir-fikir, hohoho konfem cantik la kalau tak mustahil diaorang pilih nak buat lokasi pengambaran..ye tak??? *aqu memang suka perasan...ada sesape bermasalah dengan pekara itu??? ~.-*

Erk...agak-agak dia ada teringin tak nak ambik watak tambahan sampingan yang bersaiz ibu mengandung????? *hohoho glamor la rumah aqu lepas nie, kalah la rumah siti nurhaliza~*





ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

berparti pun beragak la.....

Assalamualaikum

Sila imbas kembali *tetiba teringat lagu keranamu kekasih - bila ku imbas lagi, terusik peristiwa yang menguris hati...lalallala~*

(kembali pada topik) -.- Cuba anda putar kan ingatan, imbas kembali pemandangan ketika di luar rumah.. dongak kepala, perhati sekeliling...erm buat gaya ala-ala gwiyomi, apa yang dapat anda lihat??? Ya persekitaran yang di penuhi ciptaan Tuhan. Ucapkan syukur, nikmat melihat masih di beri kepada kita. Tapi...

Terasa tak pemandangan terganggu?? Erk..adakah dengan objek yang berbentuk segi empat, bercorak tentang sesuatu, dan berkibar-kibar?? Ya objek itu bernama "BENDERA!".

Maaf saya tiada sedikit pemasaalah pun dengan mana-mana pihak jika mereka terlalu kaya untuk mencetak mahupun mengantung mahupun membuat banner sebesar mana sekali pun..dan saya juga tiada masalah jika mereka ingin memenuhkan pemandangan dengan warna hijau mahupun biru mahupun apa warna tema sekali pun...cuma...

anak ayam berwarna warni~ warna ungu satu!!
Nota ini di tujukan khas buat SI PEMASANG @ BAKAL PEMASANG bendera, banner atau apa saja la peralatan "berparti" tu... sila la mengunakan akal anda yang telah di anugerahkan itu untuk berfikir dengan lebih jauh di mana tempat yang sesuai nak pasang bendera tu....tak payah la dok tepek-tepek gantung bendera sampai ke tiang lampu isyarat..tau la tiang lampu tak cantik, tapi tak payah nak tambah warna yang dah ada kat lampu isyarat tu...sila la berpikir bahawasanya bendera anda yang berkibar-kibar dengan gilang gemilang itu telah menganggu ribuan pengguna jalan raya....dan tak pasal-pasal parti anda telah di sumpah seranah semata-mata kerana bendera tersebut!

Maka mereka yang galak berparti, pesanan untuk anda - "sila berparti dengan bijak ^_^ plus jangan la guna taktik memburuk kan parti lain untuk mengaut simpati..Ohhhh Tidak!"


tetiba rindu dengan bendera nie...macam susah je nak jumpa sekarang..
nota lari kecil : tahniah ayu & hadirah :)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

pinjam petikan "2 kalimah"

Assalamualaikum

"sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di arasy, berilah aqu kekuatan dan keyakinan untuk bersamanya... sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di jannah, limpahkan lah aqu dengan sifat tunduk atas segala perintahnya.. sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untuk ku di dunia Mu ya Allah, peliharalah kata-kata ku dari menyakitinya"

Amin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

nilai malu si pemakai....

Assalamualaikum

Sesuatu yang mengubah tanggapan aqu terjadi.........

Jujur nya tanggapan aqu pada sesiapa sahaja sebelum nie adalah sama.. maksud nya seksi mana mana pun dia, bebas mana pun mereka bergaul antara lelaki dan perempuan, aqu tak pernah terlintas untuk terfikir "diaorang nie solat ke tak ya..?".

lelaki juga punyai aurat...jangan perlekehkan nya!
Cuma nya tanggapan aqu sebelum ini sedikit berbeza terhadap mereka-mereka yang berpakaian menutup aurat.. *menutup aurat tidak semestinya hanya berjubah, atau mengenakan pakaian serba hitam...islam tidak daif sebegitu prinsip nya! Ubah pandangan anda.* Bagi aqu mereka yang menutup atau makna tersirat yang lebih tepat "menjaga" aurat *menutup dan menjaga mempunyai makna tersirat yang berbeza*, berada di martabat yang lebih tinggi di mata aqu. Bukan aqu menilai manusia dari pemakaiana, cuma nya pada pemahaman aqu "pemakaian mendidik seseorang untuk menjadi lebih sensitif dan sedar".

Contoh nya..bagi mereka (wanita) yang merokok... kata kan pada suatu hari anda di kehendaki untuk memakai baju kurung berserta tudung yang cantik elok menutup dan menjaga segala aurat anda, adakah anda tetap akan merokok pada ketika pakaian itu masih tersarung di badan anda??? Secara logik nya anda tidak akan melakukan nya bukan??? Kerana apa??? Kerana sifat malu pada tuhan, pada orang sekeliling malah pada pakaian itu juga..kerana itu malu di kata kan sebahagian dari iman. 

Sama juga keadaan nya jika anda memakai jubah, bertudung dan berstokin..adakah anda akan melangkah kan kaki di kelab-kelab malam dengan pakaian sedemikian??? Konfem tak mahu! Jadi secara tak sedar nya pemakaian memupuk kita untuk mempunyai sikap malu yang sewajar nya...*erk..perlu tahu juga, jangan pemakaian secantik pandangan tapi bahasa lidah masih di tahap "bawah kaki" :)*

 Namun....

"kak su...kitaorang ada benda nak bincang nie"
"ape nya?"
"tak tau camne nak cakap...kitaorang bukan nak burukan orang lain, tapi kitaorang tak taw tegur camne..ye la kitaorang pun nie bukan nye baik sangat"
"aiya serius semacam..ape kes?? najib mintak undi BN ke??hahhahah"
"serius nie kak su.."
"ok...ape dia??"
..............................................*di pendekan kes*

-seorang wanita yang pada pandangan mata aqu, "nothing prob with her" telah mengejutkan jantung serta sistem penghadaman ku. Siapa sangka...seseorang yang boleh di katakan ada ilmu agama di dada, pemakaian yang mencerminkan muslimah, kata-kata yang terkeluar tak pernah aqu dengar kesat tapi melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah nya..biar betul!!!! Susah aqu nak percaya cerita mereka tanpa bukti depan mata...tapi sayang nya bukti itu sekarang bukan hanya dapat di lihat depan mata, depan hidung mulut telinga segala...kenapa sanggup memperlihat kan seluruh tubuh di depan mereka yang bukan suami???? Walaupun sekadar gambar..tapi secara langsungnya maruah anda yang di pandang tinggi tadi mula menjadi debu..yang tanpa anda sedar mungkin suatu hari nanti, jika suami anda melihat nya segala bahagia yang anda bina ketika itu akan musnah hanya kerana itu....-


Jangan kerana kesilapan masa silam, masa depan perlu di pertaruhkan....

nota ke-busy-an : oh saya terlalu busy untuk menyiapkan urusan kerja sehingga rasa-rasa nya saya tiada masa untuk meminta cuti. maaf ya saya juga ada masa nya TERLALU busy.

nota bagitahu sahaja : antara saya dan anda, saya lebih jelas mempunyai hak..jadi saya masih releven untuk bersuara berbanding anda. maka sila diam~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

keikhlasan beribadat

Assalamualaikum

Sering tertanya, adakah keikhlasan kita dalam beribadat telah mencapai tahap yang sebaik nya?? Yang telah semampu nya kita lakukan?? atau hanya sekadar memenuhi tuntutan menjalankan tanggungjawab tanpa menghiraukan tahap keikhlasan itu??

Siapa kita untuk menilai tahap keikhlasan? Kita hanya manusia, hanya Allah yang maha menentukan antara ibadah kita itu bermartabat tinggi di sisi nya ataupun tidak. Bukan kah begitu?

Ya benar..tapi kita sebagai manusia, Allah telah mengurniakan naluri yang cukup hebat untuk menilai atau merasai sendiri sejauh mana keikhlasan kita.. cuma yang malang nya, kita menyalah  gunakan naluri tersebut untuk menilai keikhlasan orang lain. Biasa la manusia..juara dalam hal menilai keburukan dan kehinaan orang lain tapi buta melihat kekejian perangai sendiri.


Berbalik pada topik. Keikhlasan dalam beribadah...mungkin sesetengah dari kita terlalu menyempit kan fikiran dengan membawa erti ibadah itu hanyalah sekadar hal solat. Ibadah itu luas..sangat luas meliputi kehidupan harian kita...cuma untuk memudahkan kita memahami makna keikhlasan itu, kita kecilkan orbit nya dengan hanya meliputi ibadah solat.

Pernah kah kita perasan atau mungkin ambil peduli dengan waktu solat. Orang kata asal waktu solat belum habis, di hujung waktu pun masih sah solat nya. Betul.. Tapi kenapa ya, kenapa ada sesetengah waktu nya kita mampu melakukan solat di awal waktu dan mengapa sesetengah nya kita laku kan di hujung waktu? Erk muungkin adayang masih konfus di situ..merepek apa si penulis ini? Baik la, saya contoh kan untuk lebih mudah..

"cerita hindustan kang start pukul 2, abis pukul 4..kang nak tunggu habis hindustan lambat sangat..solat dulu la"
"aqu janji nak keluar pukul 2, camtu solat dulu la"
"break lunch sampai pukul 2 je..kena solat dulu la nampak nya"

Kalau di lihat semua situasi di atas, memang tiada salah nya...kerana kesedaran bahawa solat tetap menjadi perkara yang wajib di laku kan. Tapi jika tanpa cerita hindustan, tanpa temu janji, tanpa break lunch..adakah kita masih menunaikan solat di awal waktu seperti itu?? Adakah jika pada waktu-waktu itu jika kita hanya di rumah mengadap komputer, kita tetap istiqamah melakukan solat di awal waktu seperti itu??? Tanya pada diri, adakah keikhlasan kita ketika melakukan solat di awal waktu itu adalah kerana tuntukan Allah atau kerana desakan masa dengan perkara dunia??

Next...

Masjid...ya tempat yang paling aman dan tenang *jika pada ketika itu tiada suara-suara bingit yang tanpa sedar menjadikan rumah Allah itu sebagai tempat bergosip*. Ketika berada di sana, lihat kepada diri kita sendiri..adakah kita menjadi jelmaan orang kedua atau itu lah diri kita. Ape maksud kau suana??? Adakah kau masih percaya pada kewujudan serigala jadian mahupun vampire yang mampu hidup di kalangan manusia???? *ohh teringat sesuatu tentang itu, ade sesape lagi teringat???*

Begini...sering menjadi perhatian adalah berkenaan doa dan zikir..bukan salah untuk kita berdoa sepanjang mana sekali pun..cuma nya, sepanjang itu juga kah doa kita bila kita beribadah bersendirian di rumah??? Ada antara nya yang rajin berzikir di surau, memang tidak salah malah berpahala...cuma mengapa hanya di  masjid??? Mengapa tidak sebegitu bila kita solat di rumah?? Ada kata-kata yang pernah aqu dengar.."perasan tak...kalau kita solat ramai-ramai je mesti zikir dulu pastu doa..tapi kalau kat rumah, belum sempat amin dah nak bangun...sama macam kalau solat hari raya ke ape ke, kalau tak de solat tarawih ke raya ke memang setaun sekali pun susah nak dengar kita berzikir selawat panjang camtu". Benar, tertusuk tepat pada jantung!


Jadi kadang-kadang terfikir....sejauh mana keimanan kita???

nota rindu : tetiba teringat lagu "ku tetap menanti"- nikita willy..... adakah kamu masih ingat kisah di sebalik lagu itu?? ^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

vitamin C yang awsome!

Assalamualaikum

Vitamin adalah sejenis ubat...benar?? Jika tidak, maka adakah ia spesis sejenis almari??? -.- Ah lantak la~

Tapi ubat dan aqu memang seperti antara kutub utara dan selatan megnet..tidak akan bergabung walau  menggunakan kuasa goku dan vegeta sekali pun *apehal masuk drangon ball???*

Namun!!!! Ada sesuatu yang telah membuka anak mata, kornea, retina mahupun bintik kuning dan saraf optik daku...aqu telah terjumpa ini......




Ohhh sungguh sedap dengan pelbagai perisa buah-buahan siap dengan bentuk buah sekali... sedap-sedap~

*TAK PAYAH NAK MENGATA AQU MACAM BEBUDAK OK! AMARAN KERAS PUTERI PAS BAHAGIAN GOMBAK*  Aqu dah baca kat belakang kotak tu, dia tulis macam nie... "cara yang menyeronokan lagi lazat untuk kanak-kanak (dan dewasa) untuk memperoleh vitamin C"..ha aqu tak ubah mahupun tokok tambah sepatah pun ayat tu tau..Jadi aqu masih katagori layak untuk makan..nyum nyum~

Ops lupe nak bagi taw..untuk ibu-ibu yang berminat nak belikan untuk anak diaorang, ataupun untuk diri sendiri sekali pun meh la beli..sedap! Plus tak liat pun sebenarnya, mudah di kunyah..plus murah je k..dun wory~

nota cinta : sangat kelakar bila ada yang cuba bermain api tapi nanti dia yang melatah dulu..OMG~ hanya mampu tergelak sinis ;)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

the wedding breaker...

Assalamualaikum

Akhir nya aqu kalah..
Lebih 6 bulan lebih masa berlalu..
Dan untuk sekian kali nya aqu terpaksa pasrah...
Pasrah dengan segala yang dah di tentukan...
Bukan salah aqu atau mencari salah sesiapa...
Tapi ini yang di nama kan...MINAT!
Ya minat! Minat membaca novel...tiada siapa yang dapat menahan ketagihan aqu membaca novel..
Maka untuk sekian kali nya, novel yang bakal aqu baca bertajuk "the wedding breaker".
*gila over buat ayat intro kan*


cover novel yang sungguh cantik~
sinopsis...

"what's so funny?"

"Talking to me?"
"Nah...just talking to the lizard. See...there...we were talking just now. I know you won't be able to understand the lizard's language"

sekian.

nota rindu : tetiba teringat satu lagu yang kamu bagi - ku tetap menanti.



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)