1 penyumbang pandangan

tidak malukah????

Assalamualaikum.

(entry ini cuba di siapkan dalam masa 10min, jadi maaf jika bahasa yang di gunakan berterabur atau ejaan tidak melepasi taraf BM standard kamus dewan - hujan tersangat lebat di tambah petir bergempitar~)

Salam... semua tahu yang kawasan memasing sekarang jerebu bermaharajarela... ya en.jerebu anda menang melawan sinaran matahari sampaikan kain saya sidai payah benor nak kering nya! Tapi bukan soal kain yang nak saya kecohkan kat sini...sebab saya tahu ramai lagi yang sidai kain atas muka bumi nie bukan nya saya sorang! (pesanan perihatin : bila kita buat entry memang dengan pasti nya kita mengunakan pemikiran, tapi jangan kerana entry tu orang melihat pemikiran anda berada di level lutut!)

Ya walaupun semua tahu tentang jerebu, tapi tidak semua yang tahu tentang ISTISQA. Entah aqu tak sure istisqa atau istisqo...terpulang pada sebutan lidah dan loghat negeri memasing la kot...tak payah bergaduh tentang tu! Yang penting istisqa tu berkaitan solat sunat yang kita lakukan untuk memohon hujan.


hujan rintik-rintik, air bergelora...
emak bagi seposen, ayah bagi seposen...
lallalalalla~
Ok, sebenarnya keadaan nya begini...tengah hari tadi selepas solat zohor, ramai-ramai rakyat malaysia yang berkesempatan telah berkumpul beramai-ramai di masjid negara untuk melakukan solat sunat ini. Ya, tengah hari tadi bertarikh 25/6/2013! (ok, la zohor bukan dalam katagori waktu tengah hari, tapi petang -.-)

Dan...sekarang.. hujan turun..ya hujan turun membasahi bumi malaysia! (hahhahahah en.jerebu anda kalah pada titisan-titisan air..padan muka anda! Aqu bermusuh dengan jerebu sebab aqu dah semakin lemas dengan bau asap~) Allahu akbar!!! Besar nya kekuasaan Allah...besar nya kasih sayang Allah pada hamba nya!! 

Subhanallah...malu terasa diri. Kerdil nya terasa diri nie.. dalam kita leka mengigat Dia saban hari, saban waktu...tapi Dia masih mahu mendengar rintihan kita di kala kesusahan! Teringat aqu pada satu kisah...

Pada satu zaman nabi...kaum nya di timpa kemarau yang berpanjangan sehinggakan mereka merintih dan pergi berjumpa nabi Allah supaya bermohon untuk di turunkan hujan..lalu mereka bersama-sama berkumpul di satu kawasan yang sangat luas dan berdoa kepada Allah. Lalu Allah berfirman bahawa Dia tidak menurunkan hujan adalah kerana di dalam kaum itu terdapat orang hamba-Nya telah bertahun-tahun melakukan dosa dan masih tidak bertaubat!. Lalu Nabi tersebut menyeru pada umatnya untuk mengaku siapakah diantara mereka yang telah di maksudkan. Oleh kerana malu untuk mengakui, hamba Allah tersebut telah bertaubat sesungguhnya di dalam hati nya pada ketika itu..lalu Allah telah menurunkan hujan bagi mereka... ; kerana dosa si dia Allah tidak menurunkan hujan, dan kerana taubat si dia juga lah Allah menurunkan hujan.

Lalu aqu terfikir...adakah keadaan itu sama keadaan nya dengan apa yang berlalu sekarang?? ^_^ mungkinkah hanya kerana sebuah doa dari seorang manusia, maka yang lain terut merasa tempias kasih sayang (hujan) dari Allah ini??? Entah la hanya Allah yang mengetahui...dan untuk kita semua, berlajarlah untuk bersyukur.



nota ringkas : masih menyebut-yebut ;) dan saya hanya boleh ketawa (men-ter-tawa-kan) tentang perangai anda. hola~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

ketakutan bersalin????

Assalamualaikum

Bersalin???? erk...bukan bersalin kulit okeh! Ingat aqu cicak ke nak salin-salin kulit nie.. *cop! cicak pernah bersalin kulit ke??? national geographic keluaran negara mana yang aqu tengok nie... -.- *

Ok la bahasa paling simple, beranak.... *da macam bercakap pasal kucing nak beranak pulak gaya nya~


Soalan yang bertubi-tubi aqu hadap senjak akhir-akhir nie, "bila due?? tak takut ke weh???"

Kalau pikir-pikir balik, jawapan kasar nya mungkin berbunyi..."kalau takut bersalin, pe pasal sebelum kawen tu tak pikir takut???". Ya aqu tahu, setiap perempuan yang bersalin itu dalam sedar or tak, nyawa tu dalam taruhan... apetah lagi soal kesakitan, memang konfem-konfem la sakit melainkan korang memang dari keturunan ahli kebal sejagat ~_~

Tapi entah kenapa aqu tak pernah pun memikirkan nya...jadi mungkin sebab tu perasaan takut nak bersalin tu still pada level "zero". Bukan niat nak berlagak or cakap besar or bersuara besar seperti mempunyai halkum, cuma kalau asyik nak memikirkan takut, takut dan takut maka apa kesudahan nya??? tak kan la nak pegi cari ahli magik terhandal yang boleh buat bersalin dengan kaedah pejam celik terus baby keluar kan :p

Cuma nya aqu ada satu cara macam mana nak buat korang rasa tenang je untuk berdepan saat-saat macam tu...dan mungkin sangat mujarab. *jangan risau bukan ilmu jampi-jampi, jadi jimat air liur tak perlu sembur-sembur kiri kanan atas bawah bagai*. 

caranya :
Set dalam kepala yang mana bila dah nak bersalin tu maka 2 kemungkinan je yang terjadi...pertama, bersalin dengan selamat dan yang kedua, meninggal. Maka jika terjadi kemungkinan yang pertama pada kita, maka ucapkan lah syukur dengan usia yang masih di beri pada kita, satu rahmat sangat besar dari Nya. Tapi jika terjadi kemungkinan yang kedua pada kita, maka itu merupakan satu kasih sayang dari Nya kerana menganugerahkan kita pahala sebesar mati syahid.

Maka apa lagi yang perlu kita takutkan ^_^

nota sedih : kesian jony membesarkan anak-anak nya tanpa seorang isteri, shasha dah mati meninggalkan mereka..
Mr. Jony

anak-anak Mr.Jony yang terkedek-kedek~
pesanan untuk pengetahuan : menulis dengan bahasa kiasan setinggi mana pun, jika pembacanya berilmu akan tetap mampu memahami.. tapi kalau menulis dengan bahasa paling mudah di fahami sekalipun, tapi still tak faham-faham maka pembacanya itu sangat la KESIANNNNN~ ^_~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

jika perempuan ibarat ini..

Assalamualaikum

halo halo halo dan halalalo~ lama punya aqu menyepi...! konfem ramai merindu..*ah tak usah la terjah blog saya hari-hari, malu saya rasa sebab ke-famous-an tu :p*

Sebenarnya....aqu tengah mencuri masa berkerja. Ya aqu curi! Dan apa hukum curi?? Ya berdosa...maka terpaksa la kejap lagi aqu mintak ampun kat bos supaya menghalalkan time yang aqu curi nie~ *ingat, perkerjaan anda itu amanah..dan dan dan amanah itulah yang akan di tanya di sana nanti..maka waktu keje jangan asyik sakan bergosip dari satu meja ke satu meja~*

Di terbantut kan cerita...aqu just nak tanya, dan buat korang berfikir...jika lelaki dan wanita itu di ibarat seperti teknologi..kata-kata yang aqu pernah dengar adalah begini :

- "Men are like bluetooth. He is connected to you when you are nearby, but searches for other device when you are away. Then women are like wifi. She sees all available device but connect to the strongest one"

Abaikan part "MEN"...aqu just nak mempersoal part "LADY"....

Bukan kah lebih betul statement nya jika begini...

- "A lady, is like wifi. Many device can connect to her as long as she is not secured"

Ada faham makna tersirat??? tak??? ahhhh pikir la guna otak paling dalam..tak sempat aqu nak hurai pepanjang ha~

notataksabar : ramadan dah mula menampak kan sinar keberkatan nya ^_^
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)