2 penyumbang pandangan

saya bukan model..

Assalamualaikum


"ibu, tolong la saya bukan model...saya blur nak buat gaya ape nie..."

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

SAY NO TO PARABEN



Assalamualaikum

Hola sume....salam satu Malaysia

"SAY NO TO PARABEN".

Apakah paraben?? Apakah ITU PARABEN?

Sebenarnya paraben merupakan sejenis bahan kimia yang bersifat serbuk. Kegunaan paraben nie sebenarnya sebagai bahan pengawet...kegunaan nya adalah untuk melawan bakteria dari merebak atau lebih glamor di gelar antifungus, erkkk bukan antihingus ok!..

Kenapa kebanyakan pengeluar produk memilih untuk menggunakan paraben?? sebab paraben mempunyai kekuatan yang bersifat stabil dalam udara, selain mempunyai kekuatan mampu bertahan di tempat panas ataupun sejuk..


Kebanyakan paraben ada dalam barang-barang kegunaan harian kita contohnya macam syampu, krim pelembap, gel bercukur, gel pembersihan, ubat gigi, plus paraben jugak digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan..

Terdapat juga pelbagai kelompok sejenis seperti paraben tapi senang untuk di kenal pasti sebab semuanya mengunakan penghujung yang sama iaitu "ben"...contohnya ethylparaben, butylparaben, methylparaben, isobutylparaben dan propylparaben.

Tapi paraben nie sebenarnya berbahaya kepada kesihatan manusia *yang terbaru di kaitkan paraben mampu mengundang kanser payudara*.. Memang ada yang kata, "kalau berbahaya kenapa sesetengah produk yang guna paraben nie di lulus kan oleh kementerian kesihatan??". Jawapan nya mudah, iaitu "kuantiti". Apa yang di maksud dengan kuantiti tu? 

Macam nie, tubuh manusia sebenar nya masih boleh menerima kehadiran paraben dalam beberapa %, jadi sesetengah produk yang mengunakan jumlah paraben dengan kuantiti yang di benarkan maka produk itu boleh mendapat kelulusan dari Kementerian kesihatan...

Jadi bila kementerian kesihatan dah luluskan maka tak la bahaya ye?? 

Yang tu jawapan nya adalah depend pada kita sebagai pengguna. Berbalik pada istilah, "sikit-sikit lama-lama jadi bukit", makna kat sini bila sikit-sikit lama-lama jadi banyak jugak kan??? Jadi bila sesuatu barang tu contoh nya lipstik yang kita gunakan mengandungi paraben dengan kuantiti yang sedikit, tapi bila kita selalu guna sampai ke tua untuk pastikan bibir sentiasa seksi merah menyala maka jumlah yang kita guna tetap jadi banyak kan??? :)


Macam mana nak pasti kan barang tu tak de paraben???? adakah dengan menanyakan barang tersebut??? Oh jangan buat keja kurang siuman, bercakap dengan benda yang tidak bernyawa bukan lah satu sifat yang wajar kita praktikan dalam kehidupan seharian, sila ambil perhatian sebelum anda di katagori kan sebagai "gila" oleh orang sekeliling....memang sampai kiamat pun barang tu tak kan mengaku bahawasanya dia mempunyai paraben atau tidak.

Jadi marilah bersama-sama kita banteras pengunaan PAREBEN! Kenapa kita perlu banteras besama-sama??? sebab bak kata black, "Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama...kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta".. ;) peace babeh! 

nota kongsi : Antara produk yang free paraben nie adalah pigion..memang mahai sikit, tapi antara kesihatan dan kewangan mana yang korang lebih utamakan?? ^_^ oh ye pureen pun anti-paraben jugak~
 
 akhir kata 1 pantun dari saya...
pergi ke kedai membeli pembaris, gunting, pemadam, botol susu dan reben,
semua di beli di kedai runcit Ah Sing Choong Woo Feng Min,
SAY NO TO PARABEN,
supaya kehidupan lebih terjamin.



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

BR1M tak di kurangkan???

Assalamualaikum

Hai sape semangat mengadap TV tengok belanjawan petang tadi???? Hoh pasti anda-anda berasa begitu teruja dengan bajet yang di bentang kan kan kan kan kan =.=

Dan aqu sangat pasti ramai yang akan memfokus kan isu GST dan of course yang paling penting BR1M kan kan kan kan???? *bukan mata duitan ok cuma cuma cuma...... ~_~*

Jadi apa kesimpulan isu GST???

Ohhh..najib kata GST merupakan sistem pencukaian yang terrrrrbaikkkk~ maka diaorang akan laksanakan bermula tahun 2015. Berapa banyak??? 6% je..tak banyak pun...jom sorak gembira dengan kewujudan GST nie..YEAHHHH YEY!!! suka nya dapat bayar tax...dah tu sistem pencukaian yang terbaik pulak tu...bangga nya!!! :p

BR1M pulak macam mana??? Ohhh makcik-makcik kat kampung, sila la gembira sebab BR1M tak di kurangkan... *bertambah-tambah la BN dapat back-up dari makcik kat kampung~~* 

Pak jib bagi RM650....ok la meh pak jib saya pi belanja teh tarik sikit..*kalau sudi*

*aku mata duitan.sekian*




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

tambang flight lagi murah~

Assalamualaikum

Woha mari mari mari kita makan angin berbulan madu tambah cornflakes keliling malaysia..harga flight tengah murah nie dohhh...anak tiri kan semua pengangkutan atas darat buat masa sekarang,bile lagi nak merasa naik flight harga murah-murah camni...lagi murah dari tambang bas lol!

Maka aqu saran kan kepada student-student yang nak balik kekampung halaman time taun baru cina nie, moh le reramai pakat booking cepat-cepat~ 

Macam mana nak dapat????

Mudah-mudah...


Ha nampak tak gambor atas tu... benda penting sekali yang kena taw ialah :
i) tarikh booking terhad bermula dari 21 october 2013 sampai la 27 october 2013 sahaja. *so masih ada masa tuk korang berpikir-pikir buat palnning*
ii) tarikh travel bermula dari 1 november 2013 sampai la 31 march 2014. *ha lame tuh.....potensi korang nak merasa promosi nie sangat tinggi okeh*

So mana tempat-tempat yang boleh kita gi??? 

Woh banyak weh....tak kisah la korang dari KL ke johor ke sabah ke sarawak ke kedah ke langkawi ke semua boleh, asal kan ada airport ye..

nie antara tambang untuk perjalanan dari KL...


So ape tunggu lagi.....moh booking tiket awal-awal sebelum abih~

Mana nak booking??? mana lagi kalau bukan di AIRASIA *<--- klik sini untuk ke airasia web ^_^

kata najib :GST merupakan sistem pencukaian yang TERRRRRBAIKKKKKKK! yes! =.=


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

LAZADA tip da top~~

Assalamualaikum

Hola! Hai!

Jumaat lepas tangan nie gatai-gatai teroka web yang menarik...tetiba aqu terjumpa site nie --> LAZADA

LAZADA nie tempat tuk shopping mopping~ Tapi kalau agak-agak poket kering tu, its ok...cuci mata tengok barang-barang tu pun dah syokkk~ Kekadang LAZADA nie bagi diskaun yang awsome you!

So masa tengah teroka tu, tetiba terjumpa promosi kamera nie... 



Yup, kamera Lomo...yang pakai film punya tu...  ala yang kunun-kunun kamera zaman 80-90an tu... Ha taw dah, ado yang nak kata, takat kamera cap ayam lempar kat anjing pun tak rasa rugi tu buat hape kan.... Nak buat camne, nak beli kamera DSLR tak berpeluang lagi..maka saje la beli kamera cap ayam nie, murah je pun 13 hinggit lol!

Memang ala-ala tenat la jugak nak beli film nye kan...tapi ada aqu kata aqu beli kamera nie sebab nak hambik gambar...aqu nak buat hiasaan di rumah sebenar nya, dengan kata lain mengumpul barang-barang antik yang dah di moden kan ^_^. *kan cantik bila ada satu meja sudut dan kat situ kumpul sume hiasan yang camni... misi --> nak cari jam design antik lak :) *

Berbalik pada LAZADA tadi, aqu tempah ari jumaat...lebih kurang malam pukul 8 lebih camtu... pastu dia antor email suh check status...aqu pun check la status nya...

sangat laju dan sistematik pengurusan nya~
Pagi tadi aqu check balik email, dia bagitaw yang barang aqu dah siap proses pembungkusan...


Tetiba dalam pukul 3 tadi dia call nak bagitaw barang dah nak sampai lagi 5 min..WOW! kalah pos laju dia punya pengurusan..dan memang tak sampai 5 min, barang tu sampai dengan keadaan elok dan baik. *2 hari waktu bekerja je dah sampai barang~*
Gua cakap sama lu, tak payah risau duit korang kena tipu ke hape...sebab diaorang guna sistem "cash on delivery"...so kalau diaorang tak hantor barang, maka duit korang pun tak la melayang~


tq TA-Q-BIN! korang punya perkhidmatan sangat tip da top!
-.- baru perasan terbalik aqu hambik gambar
hambik kau, 3 bijik aqu order~ hahahha
3 bijik dengan warna yang awsome!
aqu punya dah tentu la warna ungu~ cantik!
nota harapan : aqu nak kamera yang nie, ade sesape nak bagi sumbangan ikhlas tak??? =.=




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

"penggunaan botol susu digalakan"

Assalamualaikum


Aqu rasa semua stiker kat botol susu "penggunaan botol susu boleh menganggu penyusuan" tu kena di ubah dengan "penggunaan botol susu mengalakan penyusuan" -_-

Kenapa???

Dalam 2 3 hari nie anak aqu tunjuk tailong dengan aqu ~_~ Aqu dengan penuh etika sopan santun sumbat botol susu kat mulut dia, dia boleh juih-juih sembur-sembur kat aqu...aqu nak suruh dia minum, yang dia pi jampi aqu.

Sudah nya pagi tadi, lepas mandikan dia aqu pun ingat nak bagi minum pakai botol susu je sebab dah semalaman dari semalam dia tak mau langsung guna botol susu..jadi sayang pulak susu yang dah di perah tu...tapi tah dari mana datang kekuatan harimau, dia boleh tepis botol susu yang aqu pegang tu sampai jatuh berguling-guling ke lantai menyembah bumi...konpus-konpus, umur tak sampai sebulan tapi tenaga mengalahkan aqu...nie kalau dah 10tahun umur, mau aqu pun dia boleh angkat.hahhaha Yang lagi mengherankan aqu, sempat dia mengeluh  nafas "huh" sebelum di tepis botol susu tu... *mane anak aqu belajar sume tu....rase nya masa aqu tengok KL gengster haritu tak de pun ajak dia @.@*

Jadi persoalan nya sekarang....stok-stok susu yang aqu perah tu aqu nak buat ape???? tak kan nak buat bancuh milo susu tuk laki aqu o.0 dan dan dan kalau kena time aqu pi shoping mall ke bersantai-santai mall ke titiba dia nak menyusu pulak, tak kan nak buat aksi selak menyelak baju kat situ...oh tidak~

nota mintak simpati : tolong pak jib.... bina highway exclusive untuk KL-KEDAH, tetiba terasa jauh gile perjalanan nak balik memikirkan isu botol susu ni...huwaaaa~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kopi oh kopi~

Assalamualaikum

Setelah bertaun-taun aqu terpisah dengan kenikmatan rasa kopi *fakta bukan auta*, namun atas pemintaan ramai di pagi hari yang mendung ini kopi menjadi pembuka selera... ohh kopi!!~


guna kopi asli tanpa campuran ^_^ tak class la kopi 3in1
Walaupun rupa tak la begitu indah, tapi rasa nya bak kata adik aqu "kopi ko still tiptop". *hahaha kembang setaman hati i di puji~*

#Teknik buat kopi sedap --> satu bancuhan untuk 1 cawan. Sebab tu aqu tak penah buat kopi kalau lebih dari 3 orang yang nak minum..sebab leceh.hehhehe *kalau 25orang tetamu yang datang rumah, jangan pi bantai buat secawan-secawan pulak...jenuh kering kontang tekak tetamu menunggu*

nota hati : kawan aqu kata, "kadang-kadang jenuh kita mencari kekuatan...rupa-rupa nya kekuatan tu tersembunyi di sebalik tangisan". Maka meh nagis ramai-ramai woi!!!hola!~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

ikhlas buat suami tersayang..

Assalamualaikum

kau & aku.

Terpahat sudah suratan kisah bahagia
Kau dan Aku diikat cinta kurnia NYa
Kini bermula saat kita kemudinya
Ikatan suci mengharap redha NYa..

Getar hati lafaz sakinah ku ungkap
Tanda dirimu sempurna ku memiliki
Indah ikatan cinta yang telah terbina
Paksi mengharap cinta yang Esa….

Padaku kau cinta
Bawa bahagia
Saat kita sama rasa
Nikmat takdir cinta…

Padamu ku cinta
Ikat kasih mesra
Mengharap ikatan ini kekal selamanya..

Aku perlukanmu, kau harap pimpinku
Doa hati kita kan utuh kemudi bahtera cinta

Jiwa kosongku kau isikannya
Terima diriku untuk mengukir sempurna
Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukilkan aku dan engkau sebuah cerita

Akan ku baiki kesilapan yang lama
Dan menukil aku dan engkau sebuah cerita….



hero-hero saya :)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

9 penyumbang pandangan

drypers borong murah~

Assalamualaikum

Bab-bab pampers nie anak aqu memang cukup tak de masalah... dia yayak ke kencing ke dia diam-diam je buat hal sendiri, maka pepandai la mak pak dia cek sendiri.... tu yang kekadang aqu terlupa nak tengok pampers dia dah full tank ke belum.. *anak aqu cuma menangis bila dia lapor nak susu je, tu pun bunyi macam nak start enjin sangkut je.. =.=" payoh benau nak dengar suara dia..*

Masa masuk wad hari tu, ada doktor sorang nie promote jual pampers kat aqu... dengan semangat waja aqu bagi taw laki aqu suh beli... bukan ape, bila dah beli banyak-banyak nie senang..tak payah nak pikir-pikir bila nak beli lagi la, stok nak habis la ape la..lagi pun murah gile harga dia, berbaloi-baloi~

Aqu borong sekotak pampers drypers~

harga sekotak nie RM72 ingit jer~

ada 8 pack dalam dia...
dapat free sume nie pulak tu~
Nampak tak berbaloi-baloi~ ;)

tema drypers "star"
saya pun nak jadi model "star" drypers~
 nak beli pampers offer?? ---> SINI

nota syukur : mungkin sebab amalkan baca surah yusuf dan luqman, baby jadi berperangai sangat mudah di jaga :) Insya Allah semoga dia terus menjadi yang terbaik. Amin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

tilam mengubat "kuning"

Assalamualaikum

Erm nie bukan petua pasal nak atasi tilam berwarna kuning di sebab kan terkencing malam atau tilam yang telah hapak ok! atau atau orang yang berpikiran kuning yang tido atas tilam... tapi nie tentang penyakit kuning yang di hadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir tu~

Biasa nya orang kata nak hilang kuning nie, jemur kat cahaya matahari...ya di galak kan, tapi sila la jemur di kawasan yang berudara bersih dan sila la mengunakan akal yang waras dengan menjemur bayi itu pada cahaya matahari di pagi hari ye...jangan sesedap hati je nak jemur bayi tu tetengah hari buta, habis hitam legam kulit baby tu terbakor kang~

Ada jugak orang kata letak bawah lampu...yup kalau kat hospital tu memang dia letak bawah lampu warna biru tu la *aqu tak taw pe nama lampu tu*. Tapi kalau kat rumah, aqu tak taw la pakai lampu ape sebab aqu tak penah pulak praktik kan..maybe lampu pendaflour yang biasa tu la kot...

Tapi nie yang terbaru....mengubat kuning tu melalui tilam~ *aqu tak taw dia mampu mencegah kuning ke tak, aqu cuma di bagi taw mampu merawat kuning. cegah dan rawat tu berbeza ok :) *

Ha nampak, teknologi makin maju, manusia makin celaru.lallala Mesti ramai yang tak taw kan kan kan??? Ha aqu pun baru taw..hahhaha 


*model tak berbayar* nie la rupe bentuk tilam tu~
Tilam nie besau jugak saiz dia, muat kalau aqu nak tompang tido sekaki. Dan yang ada lukis bulat-bulat kat tilam tu bukan la corak pokodot ye -.- tapi sign "anti dust mites" *nie tilam nak rawat kuning, tak payah nak cantik menawan sangat corak nya*

Macam mana nak dapat tilam nie??? Berapa harga tilam nie???

Aqu pun tak taw mane nak beli sebab nie pun kawan laki aqu bagi pinjam...harga dia??? Dalam RM1000 kot laki aqu cakap, aqu pun da lupe~ *gempak kau, aqu pun tak pernah tito tilam harga mahal tu =.=*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

7 penyumbang pandangan

28jam 50min untuk bersalin~

Assalamualaikum

Jangan terkejut, cerita ini memang bukan rekaan semat-mata, kisah benar. ^__^

Sila angkat tangan sape yang pernah ada pengalaman bersalin....cer imbau balik saat bersalin tu, mesti rasa nak gelak sesorang kan.hahhaha Bukan ape rasa cam tak percaya lalui sume tu.. Sebelum nie dok baca kisah orang bersalin je, la nie aqu pulak nak story...

Cerita aqu bermula jam 5:00am.

Tik tok tik tok, jam handphone laki aqu bunyi... macam biasa tabiat aqu adalah tunggu laki aqu kejut, walaupun aqu sebenar nya dah terjaga tapi sesaje tido balik..haaa tu contoh isteri mengada-ngada.hahhaha Tengah elok aqu nak lelap mata, aqu rasa macam ada air kuar sikit kat bahagian "cik V" tu...maka dalam mamai-mamai tu sempat pulak aqu pikir, "bukan aqu tengah pregnant ke, ape pasai pulak period datang nie..". Di sebab kan malas nak merungsingkan otak, aqu gagah kan jugak la diri bangun nak ke toilet nak tengok hape kebenda cecair tu sebenar nya...

Belum aqu sempat melangkah keluar pintu bilik, tetiba air turun mencurah-curah macam sungai dari hulu nak ke muara deras nya... otak aqu dengan tak senonoh nya buat lawak berpikir "nie kes baby terkejut jam loceng ke..jam bunyi je air ketuban pecah". Aqu pun tarik nafas cuba cakap dengan penuh sopan santun lemah lembut plus cover cool bagitau laki aqu yang aqu nak bersalin, al maklum la aqu taw kang kalau aqu terpekik bagi taw nak bersalin, ada jugak dia pengsan. Jadi aqu pun bersuara la "abang...su rasa kan, macam dah nak bersalin la"... tetiba melompat laki aqu turun katil, "ha, ye ke???...a ah la camne nie??? ape nak buat???". Hambik kau, bertubi soalan aqu dapat... aqu ingat kan cakap sesopan tadi tak la terkejut beruk dia, rupa nya lagi over...

Bila aqu tengok dia jap ambik kain, jap letak balik.. jap pegang aqu jap pusing balik, terus aqu tergelak..sumpah aqu tergelak gila-gila masa tu, memang sakan gile aqu gelak kan laki aqu time tu wlaupun kat kaki nie air ketuban still mencurah-curah ke lantai...lupe terus pasai nak terberanak tu. Sempat aqu kata, "su yang nak bersalin ke, abang nie??".

Aqu bukak pintu bilik je, mak aqu dah tercegat kat depan...agak nya terkojut dengar aqu tergelak mengilai pepagi subuh tu... Dengan muka cover cool, aqu bagitau mak aqu "air melimpah...". Al maklum aqu tak nak over confiden sangat yang melimpah tu air ketuban, ye la aqu bukan ade pengalaman jadi mane aqu taw betul ke tak tu air ketuban. Sekali mak aqu kata, "ha air ketuban la tu..tak pe pergi makan minum dulu..biasa nya kalau kembar air lambat sikit bersalin.. pergi siap-siap dulu". *kembar air = air ketuban kuar dulu, kembar darah = darah kuar dulu :) okeh *

Hambik mak aqu punya cool~ Maka dalam sesetengah keadaan aqu warisi sikap tu dari mak aqu, punya relax aqu ke depan ke dapur ambik air biskut bagai untuk sarapan..beza sungguh dengan laki aqu yang macam F1 pergerakan dia. Belum sempat aqu buat air milo, laki aqu dah start kereta... mak aqu pun bersuara, "solat la subuh dulu makan sume dulu..lambat lagi tu". Maka sempat aqu solat jemaah subuh dengan laki aqu.. *aqu tak tau kalau air ketuban dah keluar, boleh solat ke tak...maka aqu solat la, sebab bukan darah yang keluar..betul kan aqu kalau salah :) *

Dalam pukul 6:30am baru kitaorang bergerak ke hospital..kalau ikut kan aqu nak gerak kul 7:00am, sebab sumpah aqu tak rasa sakit langsung..aqu pun pelik, tah bape kali aqu cakap kat laki aqu tah-tah aqu terkencing je kot..tapi pikir-pikir logik, tak kan aqu terkencing tak sudah-sudah air nya kuar..dah tu tebiat ape pulak aqu nak terkencing merata-rata camtu. Dalam perjalanan nak ke hospital kat kepala aqu ade 2 orang je manusia yang aqu terlintas, first pak mertua aqu dan yang ke dua si nad mamber aqu. Jenuh aqu kol pak mertua aqu, tapi tak berangkat.. maka aqu kol la si nad pulak.. aqu bagitau la dia aqu tengah otw ke hospital nak bersalin, tapi dia tak caya...mana tak nya, time tu aqu dengan mood gelak sakan bagitau nak bersalin..mane penah di buat orang nak bersalin pun boleh bergumbira riang rebina lagi. Tapi aqu sangat sangat sangat bersyukur pada Allah sebab kesakitan nak bersalin tu telah dipermudahkan. *sebab ke dua kenapa aqu kol si nad adalah, nak mintak maaf takut tak sempat...al- maklum tabiat aqu kalau bergurau dengan dia memang tak beragak mulut nie..jadi sebelum tak sempat, mintak maap dulu.hahahha*

Sampai hospital dalam pukul 7am. Abis daftar sume maka doktor jalan kan aktiviti cucuk mencucuk jarum ambik darah... ade dekat 1 jam aqu menunggu proses selesai...lepas je abis part jarum cucuk meyucuk tu, aqu pi la beramah tamah dengan bakal-bakal ibu yang turut sesama ada kat situ..memang dari hujung ke hujung wad tu aqu tawaf sambil menyembang *nie la jadi kalau tabiat beramah tamah aqu datang*. Tepat pukul 11am, perut aqu rasa lapor....aqu demand nak makan nasi lemak kat laki aqu, tapi nasi ayam yang aqu dapat...time nie aqu still tak rasa sakit langsung, tapi air ketuban tu still la melimpah sampai kan berkeping-keping pad hospital tu aqu rembat.

Pukul 3 petang camtu aqu kuar kejap ke ruang menunggu jumpe laki aqu, untung nya dapat laki yang penyabar.hahahhah Gigih dia tunggu aqu kat situ walaupun dah berape jam berlalu..aqu suh dia balik, dia nak tunggu jugak.. sepanjang petang sampai la ke pukul 12 tengah malam tu, tah berapa kali aqu ulang alik keluar jumpe laki aqu kat ruangan menunggu tu. *kes aqu bosan menunggu baby tak maw kuar-kuar, lagi pun banyak berjalan memudahkan proses bersalin

Start pukul 1 pagi tu baru la ade terasa sakit sikit..tu pun dalam sejam ada la sakit tu datang menyucuk-yucuk sekali je.. di sebab kan aqu nak buat-buat tak layan sakit tu, saje aqu meneruskan aktiviti "mentawaf" wad sambil beramah tamah.. ade la dekat 20 orang kenalan aqu dah kenal sepanjang hari tu..hahhaha Bayang kan pukul 1 sampai 4 pagi aqu mentawaf wad bersalin tu, dah macam aqu pulak nurse kat situ...siap buat forum bergelak sampai kan nurse kat situ kata "akak-akak tak rasa sakit nak bersalin ke...nampak happy je menyembang".hahahha *sebaik wad bersalin, kalau bilik mayat sumpah aqu tak berani nak merayau camtu*

Tepat jam 5pagi, maka dah 24 jam aqu mengalami tanda bersalin tapi still tak bersalin jugak.. Tapi time nie memang sakit nya datang makin kerap, tuhan je taw camne aqu buat memacam cara nak kurang kan rasa sakit tu..sampai kan aqu buat yoga taw! Time tu aqu mesej laki aqu kata sakit sangat. *tu tanda nya aqu dah tak tahan sangat sakit tu dan cuba mencari kekuatan...dan aqu dapat kekuatan tu. thanks abang! love you!*

Start 7pagi tu, memang aqu dah tak mampu nak pegang handphone, hilang sume kekuatan fokus kat sakit yang datang menyucuk tu je.. kaki pun dah tak mampu nak melangkah langsung, jadi aqu pi cari wad yang ade katil tersorok dan aqu dok sesorang kat situ menahan sakit.. dalam hati terpikir gak, macam mana aqu nak taw tanda sebenar baby nak kuar...kang terberanak aqu sesorang kat sini tak pepasal la pulak.. Tapi memang time tu dah tak mampu nak keluar sepatah pun ayat, lagi nak pi panggil nurse memang tak terdaya la..maka nya aqu ambik keputusan redha je la kalau teberanak sesorang kat situ sebab aqu nie bukan jenis bila sakit nak melalak-lalak..*aqu pemalu kot, sumpah!...jadi segan la, kang orang kata orang lain pun beranak gak macam kau sorang~*

Kalau ikut kan 24jam lebih aqu tak tido langsung, mula-mula aqu risau jugak sebab badan tak cukup tenaga je rasa..tapi memang da tak boleh nak lelap, sakit nya tak terucap la~ Tepat jam 9 pagi, kebetulan ade sorang doktor datang situ.. Agak nya dia tengok aqu dah kritikal sangat agak nya, tapi boleh di tanya nya aqu ok ke tak..memang aqu abai kan je dia, aqu dah tak mampu nak kuar sepatah ayat pun..

Cek punya cek, dia menjerit "nurse, bukaan dia dah 8cm...kenapa tak hantar ke labor room? cepat!". Tetiba aqu tengok wheelchair datang selaju F1~ Terus aqu di tolak ke labor room.. dalam labor room tu baru aqu bersuara, siap aqu yang bagi arahan kat doktor tu.hahahha Tengah aqu sibuk kumpul tenaga nak teran-teran tu, nurse sorang nie datang tanya, "puan nak saya panggil suami teman?". Laju aqu jawab, "tak payah, kang dia yang pengsan". Doktor tu boleh gelak-gelak, pastu dia kata "tak pe panggil suami dia". Hampeh betul doktor tu...baik tak payah tanya kalau camtu.. -.- Dan macam yang aqu jangka, laki aqu teman setakat di hujung kepala aqu je... ~_~ ok la tu, teman jugak nama nya. *muka nampak macho tapi takut darah..ape kes???*

Sesi push push dan push selesai dalam 10 min kemudian..lepas je baby kuar, fuhhhhh lega gile rasa... sakit yang tak terucap tadi, hilang terus tetiba...aqu tengok doktor tadi angkat satu jasad yang kecik tu dan dia letak kat dada aqu... masa tu rasa nak jerit-jerit aqu dah jadi ibu.. Dan bile aqu tengok anak aqu tu, sampai sekarang jenuh aqu pikir kan tak de la kecik mana anak aqu nie tapi macam mana boleh muat dalam perut aqu??? betul ke berat anak aqu dekat 3 kg plus air ketuban lagi maw berapa dah total berat nya, tapi kenapa masa mengandung aqu tak rasa aqu megendongkan seberat itu??? Besar nya kekuasaan Allah!

nota petua : sakit nak bersalin memang aqu tak taw petua nak hilang kan nya.. tapi cara nak kurang kan nya mungkin boleh.. sepanjang pengalaman aqu, ada 2 cara aqu peroleh dan aqu rasa sangat mujarab, First : baca la doa nabi yunus sekerap yang mampu dan yang ke dua, bila terasa sakit cuba alir kan air secara pelahan bermula dari perut, Insya Allah kesejukan air tu mampu mengurangkan rasa tegang sakit tu.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)