0 penyumbang pandangan

wish #givealittle

Assalamualaikum

Kadang kala kita tidak terlupa untuk melihat sekeliling, yang mana ada antara di sekeliling kita memohon secebis kasih sayang dan perhatian. Mungkin juga kita tidak pernah sedar bahawa walaupun tidak sebesar mana kasih/pertolongan yang kita hulur mampu membuat mereka tersenyum dan sedikit sebanyak memberi mereka semangat untuk terus melangkah dalam hidup.

Ambank menyedarkan aku semua itu... dengan #givealittle aku pasti walaupun tidak semua namun tetap ada segelintir dari mereka yang menerimanya terasa ringan dugaannya dalam hidup dan sedikit sebanyak mengajar kita untuk terus bersyukur dan terus menghulurkan bantuan/ kasih sayang.

Mulanya aku sendiri buntu, dengan apa aku dapat membantu? Hampir berkali juga aku memikirkan. Namun akhirnya aku sedar bahawa untuk menghulurkan sesuatu, jangan di ukur pada ringgitnya, bukan di lihat pada cantiknya, tidak di nilai pada kuantitinya...hakikatnya ia dipandang pada nilai keikhlasan nya agar yang menerima itu gembira menerimanya.

Walau aku tidak sekaya mana, aku juga tidak sehebat mana... namun akhirnya aku dapat melihat banyak sebenarnya boleh aku #givealittle..iaitu dengan apa yang aku miliki tetapi tidak lagi aku gunakan. Walaupun mungkin barang-barang ini tidak lagi aku gunakan, namun biarlah ia memberi manafaat pada orang lain...

1. Koleksi buku ku yang agak banyak namun sudah lama tidak ku buka


2. Kasut-kasut ku terlalu banyak sehinggakan ada antaranya sudah lana tidak berusik


3. Koleksi tudung ku sudah tidak cukup ruang untuk di simpan, malah ianya tidak di gunakan lagi.


Semua itu boleh aku hulurkan sebagai #givealittle. Ayuh semua, lihat apa yang anda mampu buat untuk #givealittle.. percaya atau tidak, anda pasti membuat mereka tersenyum kerana ibarat ada tangan yang setia menghulurkan walau sedalam manapun lubang mereka berada.

Lumrah kejadian hidup ini,
Untuk saling melengkapi,
Untuk saling membantu,
Agar...
Sentiasa wujud rasa syukur itu.

Siapa pun diri mu, 
Siapa pun diri ku, 
Aku pasti antara kita,
Wujud kasih sayang yang luar biasa,
Tanpa perlu di paksa.

Mungkin kita bukan seagama,
Mungkin kita bukan sebangsa, 
Mungkin kita bukan juga senegara, 
Namun bukan itu tali ukurnya,
Saling membantu itu tiada sempadannyaa,
Menghulurkan kasih itu tiada perbezaannya, 
Apa yang perlu,
Kita semua saling bersatu.

#givealittle

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

3 penyumbang pandangan

mutiara kata suana =1=

Assalamualaikum

" merindui zaman kanak-kanak kerana walaupun sering terjatuh, hanya tangan dan kaki yang terasa sakitnya...bukan hati"

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kesian pada anda jika..

Assalamualaikum

peace malaysia. *saya penyokong harimau malaya*

Hati memang sering membuat tindakan luar kawal. Bukan hanya anggota badan, malah hati! Yup.. macam mana pula hati boleh membuat tindakan luar kawal?? 

Hati sesiapa yang sering bersangka buruk, maka hatinya sering mengalami penyakit tindakan luar kawal! Namun hati menjadi sebegitu kerana otak! Dah sudah, kenapa otak pula yang di persalahkan...mengapa anak yang nakal tapi ibu dapat nama??? *peribahasa baru aqu*

Kerana apabila kita tidak melatih akal untuk sentiasa tenang dan bersabar, maka hati akan dengan fast furious 7 nya membuat sangkaan jahat terhadap sesuatu tanpa sempat berfikir untuk berasa bersalah atau tidak kerana bersangka buruk itu. *erkkk korang paham ke apa aqu tulis nie??*

Arghhh yang pentingnya ambik point je... macam buat nota, kena buat peta minda bukan karangan bak kata cikgu. 

Point nya ialah apabila sesuatu itu terjadi bersangka baik la...apabila kita bersangka baik, insya Allah sesuatu yang baik juga bakal terjadi. *peringatan untuk diri sendiri juga*

ok. peace semua!



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

tiket wayang lelong

Assalamualaikum

Aqu tengah menyeru kaki wayang/ kaki panggung/ kaki drama *bukan berdrama*. Ok aqu ringkaskan agar mudah di fahami dan tiada yang akan bertanya berulang kali benda yang dah aqu tulis!

  • Berkenaan tiket :
- di jual pakej iaitu 4 tiket dalam satu harga
- hanya boleh di gunakan di GSC Mid Valley Kuala Lumpur
- tidak boleh di gunakan untuk GOLD CLASS, PREMIERE HALL, TWIN SEAT & 3D MOVIE
- tarikh tamat penggunaan : 31 DISEMBER 2014
- boleh di gunakan untuk semua jenis movie (melay/ english/ tamil or cina)

  • Berkenaan lain-lain  :
- Harga : Rm 28 (tidak termasuk pos)- COD akan di pertimbangkan/ mungkin melibatkan sedikit tambahan kos
- Tiket tidak di jual berasingan selain dari pakej yang ada
 

Untuk yang berminat sila tinggalkan number phone untuk saya wasup. sekian terima kasih *no anda tidak akan di dedahkan pada umum*

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

bila manusia ada pantang...

Assalamualaikum

Pantang. Ya bukan kisah berpantang selepas bersalin yang aqu nak kabarkan.. mahupun kisah pantang nampak makanan atau pantang di ajak berjalan atau atau atau pantang orang mengumpat kau sama turun padang..yang tu mungkin lain tahun aqu kupaskan. Yang nak aqu katakan adalah apabila manusia pantang ditegur..atau dengan bahasa lebih melayunya pantang di nasihat~

Yup kadang-kadang *erk selalu mungkin* terjumpa manusia yang rasa "aqu dalam dunia ku tiada siapa yang berhak nak bukak mulut", atau "kau rasa kau cukup baik sampai pandai nak nasihat orang lain?' atau mungkin juga dia masih di dalam kelompok pemikiran "kubur lain-lain".. ya mungkin!

Aqu tak perlu bebel begitu panjang lebar kerana anda sendiri kenal siapa anda *kalau anda sendiri masih belum kenal diri sendiri, aqu cadangkan anda selalu-selalu lah tengok motivasi Dr. Fazilah kamsah ye jangan asyik nak duduk dalam dunia sendiri je...katak bawah tempurung tu pun kalau hujan dia keluar jugak pi main air ;p* jadi satu perkara je aqu nak kabarkan...oh bukan sebenarnya 2 perkara..

pertama : nasihat itu sebenarnya tanda sayang, jadi buka la hati untuk dengar dan terima
kedua : kadang-kadang hati dengan akal memang tak sehaluan contohnya soal perasaan..namun apabila kita mahu merubah diri menjadi seseorang yang lebih baik, hati dan akal perlu bersatu!

nota semangat : tahniah harimau malaya, teruskan usaha anda.. baru saya sedar bahawa tanpa saya sebagai penonton, anda semua tetap boleh menang ;p hahhahah *tekanan bila cermin mata patah*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

ya untuk kamu

Assalamualaikum

Semakin hari..
Apabila terimpau segala kisah yang pernah di lalui..
Tiada kesal..
Kerana semuanya merupakan fasa kematangan.

Wahai saudari,
Kita tidak pernah bersua muka..
Namun mengapa pernah wujud sengketa,
Tapi...
Tidak mengapa jika terlalu sukar untuk kau memaafkan..
Kerana aqu mengerti..
Parut luka tidak mudah untuk hilang..
Cuma..
Apa yang kau perlu tahu..
Antara kita sebenarnya tiada apa yang perlu di persengketakan..

Pada mu adik-adik ku,
Walau kita bukan seibu sebapa,
Namun akan ku pastikan berkekalan ukhwah yang terbina..
Ketahuilah kalian semua,
Masih terlalu luas bumi ini untuk kalian melangkah,
Jangan terlalu mudah untuk menyerah...
Jangan terlalu senang untuk mencari siapa yang bersalah..
Kelak sikap itu membawa padah!

Untuk kau pula wahai teman..
Ketahuilah jodoh itu ketentuan Tuhan..
Tuhan telah menyatukan hati kalian ketika ini..
Maka bersyukurlah..
Namun jangan kalian cacatkan ia dengan batas pergaulan..
Kerana  ia sebuah penghinaan.

Khas untuk mu sahabat,
Alam yang bakal kau lalui adalah fasa baru kehidupan,
Aqu sudah merasa secebis manis dan pahitnya,
Semoga tiap antara kita..
Terpelihara mahligai yang terbina,
sehingga akhirnya...


:) satu nukilan, namun di dalam nya di tujukan pada beberapa insan 
*memang aqu juga masih terlalu sikit garam yang di telan...tak layak sangat untuk menasihatkan..tapi tak kan nak tunggu telan garam banyak-banyak baru nak menasihatkan..takut tak sempat nasihat penyakit darah tinggi yang sampai~
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Gila menyepi~ *meluah apa yang teringat*

Assalamualaikum

Perrhhh menyepi pun ada gila..tapi yang konfem nya aqu belum la gila...cuma kesibukan masa kesuntukan tanggungjawab  *erkkk kenapa aqu rasa macam terbalik je tulis* menyebabkan aqu tak langsung berkesempatan menulis panjang lebau...

Kehidupan sekarang? Alhamdulillah sangat sempurna... *untuk hal dunia* :) maka teruskan langkah merangkak bertatih berjalan dan berlari mengejar hal akhirat pula..semoga ajal menjemput dalam iman. 

Agak terpikir-pikir apa nak tulis... banyak sebenarnya, tapi tak tahu yang mana patut di kongsi..

Dan...

Tiba-tiba teringat sesuatu.... erk, ade sesiapa dengar tentang "Konsert Hati Emas Kembara" by M.nasir yang bakal berlangsung di istana budaya... sebenarnya aqu agak berminat untuk menonton persembahan beliau *minat suara M.nasir bukan orangnya*...tapi apakan daya, kesempatan tak ada untuk pergi...maka sesapa yang teringin nak pergi, nak beli tiket murah moh contact den...den bagi murah lelong punya harga~ ok. tu hal pertama.

Hal kedua, tiba-tiba teringat wasup dari member aqu si nad... dah berkurun dia tanya nama anak kedua aqu, tapi tak jugak aqu balas-balas...bukan sebab aqu rasa anak aqu tu diva sangat, cuma tak payah la aqu hurai panjang lebar kenapa.. nie nak bagi taw la nie...tak yah kecoh sangat lah kan... *pe hal tetiba aqu emosi...hhahahha* ok nama anak kedua aqu "SYAHFI SAFARAZ"...

Seterusnya, Kak Latifah. Siapa dia, seorang kakak erk yup kakak *tapi umur dia lebih kurang arwah ayah aqu ~_~* Terima kasih tak terhingga dari segenap sudut. Kenapa aqu perlu tulis sekali kat blog untuk ucap terima kasih? Kerana aqu rasa tak cukup dan tak terungkap terima kasih yang teramat kat dia jadi aqu nak semua orang tahu kebaikan dia kerana sering ingat kat aqu...yang paling terharu, coklat kitkat sentiasa terhadiah padaku walaupun hari lahirku setahun sekali je...

Keempat, makin ramai member nak kawen wehhhhh.....korang tolong la cari tarikh jarak-jarak sikit...kesian kat aqu weh terkial-kial aqu nak cari baju ape nak pakai... kang aqu pakai baju sama je kang.hahhahah

sekian dulu~ chow anak merengek dahhhhh
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

mencuri masa - kecurian motor

Assalamualaikum

Perhhhh agak lama menyepi.. bukan membawa diri, cuma agak sibuk tersangat... ya amat tersangat sekali. Lama masa berlalu, macam-macam yang terjadi... yang pasti banyak perkara yang membahagiakan, dengan itu kesyukuran wajib di panjatkan ya... dalam kehidupan ini, walau banyak mana pun musibah yang berlaku namun kita masih di anugerahkan nikmat yang kadang kala kita terlupa yang sebenarnya itu suatu nikmat.

Setelah puasa berlalu, hari raya berlalu, ulang tahun kelahiran berlalu, dan kini raya haji bakal menjelang *entah di beri nyawa yang panjang untuk terus menyambutnya atau tidak, hanya mampu berdoa :) semoga segalanya di permudahkan*.

Ohhh dalam kekalutan meniti hari-hari terasa ingin berkongsi sesuatu tentang kecurian motor di rumahku. Jujurnya perasaan marah sikit pun tak timbul dalam hati... bukan kerana aqu terlalu penyabar okeh.hahhahah Mulanya bila hubby kata "motor kita hilang". Aqu agak terkejut.. dan agak kelakar bila aqu tak terfikir langsung tentang kecurian...yang terlintas dalam kepala aqu, "mana motor tu pergi, kat mana pulak abang parking, sapa yang pinjam". Nampak.... bila kita meletakan diri dalam keadaan tenang, kita tak kan cepat buruk sangka. ~_~ padahal lembap terpikir.

Dan apabila terkeluar ayat kedua dari hubby, "nak buat camne tak de rezeki..". Baru la aqu terlintas tentang kecurian... dan kerana ayat tu jugak, perasaan marah aqu tak timbul sama sekali...yang timbul hanya "kesian laki aqu motor kesayangan dia, mesti dia terasa sangat....macam mana la agak nya perasaan orang mencuri nie, tak rasa serba salah ke.."

Aqu agak pelik, macam mana sebenarnya hati seorang pencuri? Adakah terlalu batu atau hitam??? Adakah mereka juga tidak pernah kisah sekiranya harta mereka di curi????

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Mom's Care Baby Product


Assalamualaikum 


Setiap ibubapa ingin memastikan yang terbaik untuk anak-anak, tapi kadang kala agak susah untuk mencari keperluan anak-anak yang memenuhi citarasa dan yang paling penting adalah sesebuah kedai/butik itu memenuhi setiap apa yang ingin di cari..jadi tak perlu lah membazir masa ke dua tiga kedai semata-mata ingin mencari keperluan anak-anak.

Mom's Care baby product



Mom's care butik. Sebuah butik kanak-kanak yang memegang prinsip 'Pilihan tepat untuk anak anda' memulakan operasinya di Ampang point dan semakin berkembang ke beberapa cawangan. Mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dan 8 cawangan di seluruh Malaysia.

Kelebihan Mom's care butik :-
  • Terdiri lebih daripada 20 pilihan dari jenama produk antarabangsa
  • Menawarkan lebih 10,000 keperluan kanak-kanak/bayi termasuk pakaian, produk penyusuan,  permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Terdapat juga keperluan untuk ibu-ibu mengandung/bakal-bakal ibu
  • Mutu rekaan dan qualiti yang terjamin
  • Sentiasa memastikan stok produk mengikuti perkembangan rekaan terbaru dan innovatif
  • Harga yang di tawarkan agak berpatutan
  • Menawarkan pelbagai keistimewaan yang berbaloi kepada ahli kelab Mom's care
  • Dapat memenuhi setiap keperluan ibubapa dan anak-anak
  • Turut menawarkan khidmat kaunsling dan tip bermanafaat untuk para ibubapa mengenai anak-anak
Kelebihan menjadi ahli Mom's Care butik:

  • Mendapat baucar hari jadi 
  • Rebate baucar mengikut jumlah point yang di kumpul
  • Mendapat tawaran menghadiri seminar
Antara jenama yang di jual di Mom's Care butik :
  • Aprica
  • Bumble Bee
  • Esprit
  • Avent
  • Halford
  • Medela 
  • Himalaya Herbals
  • Simple Dimple
  • Buds
  • Vtech
Cawangan Mom's Care butik dan Nombor telefon :

maklumat lanjut layari :
Blog : Mom's care butik
Twitter : MyMomCare

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

Mom’s Care Butik

IAssalamualaikum


Info !!!! (Mom's Care Baby Product)
Peraduan "SELFIE CONTEST" :
16 july 2014 - 16 august 2014
i) Tema : Fun time with kids and family
ii) Hantarkan gambar selfie anda bersama anak berserta Nama, IC, Nombor Telefon dan e-mail ke facebook Mom's Care atau emailkan ke  enquiry.momscare@gmail.com

Terdapat 2 kategori hadiah yang ditawarkan:-
i) Paling Digemari Di FB
ii) Gambar Selfie Paling Kreatif

maklumat lanjut layari :
Blog : Mom's care butik
Twitter : MyMomCare


"Mom's Care Baby Product"
Setiap ibubapa ingin memastikan yang terbaik untuk anak-anak, tapi kadang kala agak susah untuk mencari keperluan anak-anak yang memenuhi citarasa dan yang paling penting adalah sesebuah kedai/butik itu memenuhi setiap apa yang ingin di cari..jadi tak perlu lah membazir masa ke dua tiga kedai semata-mata ingin mencari keperluan anak-anak.

Mom's care butik. Sebuah butik kanak-kanak yang memegang prinsip 'Pilihan tepat untuk anak anda' memulakan operasinya di Ampang point dan semakin berkembang ke beberapa cawangan. Mempunyai lebih 17 tahun pengalaman dan 8 cawangan di seluruh Malaysia.

Kelebihan Mom's care butik :-
  • Terdiri lebih daripada 20 pilihan dari jenama produk antarabangsa
  • Menawarkan lebih 10,000 keperluan kanak-kanak/bayi termasuk pakaian, produk penyusuan,  permainan kanak-kanak dan banyak lagi.
  • Terdapat juga keperluan untuk ibu-ibu mengandung/bakal-bakal ibu
  • Mutu rekaan dan qualiti yang terjamin
  • Sentiasa memastikan stok produk mengikuti perkembangan rekaan terbaru dan innovatif
  • Harga yang di tawarkan agak berpatutan
  • Menawarkan pelbagai keistimewaan yang berbaloi kepada ahli kelab Mom's care
  • Dapat memenuhi setiap keperluan ibubapa dan anak-anak
  • Turut menawarkan khidmat kaunsling dan tip bermanafaat untuk para ibubapa mengenai anak-anak
Kelebihan menjadi ahli Mom's Care butik:

  • Mendapat baucar hari jadi 
  • Rebate baucar mengikut jumlah point yang di kumpul
  • Mendapat tawaran menghadiri seminar
Antara jenama yang di jual di Mom's Care butik :
  • Aprica
  • Bumble Bee
  • Esprit
  • Avent
  • Halford
  • Medela 
  • Himalaya Herbals
  • Simple Dimple
  • Buds
  • Vtech
Cawangan Mom's Care butik dan Nombor telefon :



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

berfikir di luar kotak (kiki & uncle sim)

Assalamualaikum

Pagi tadi, kalau ade yang rajin dengar radio pagi-pagi, sure rasa sangat pelik kerana seorang "pesalah" telah di interview secara esklusifnya~

Opss ok, bukan pesalah... kita kena faham bahawa semua orang pernah membuat salah, jadi jangan asyik nak cop orang tu pesalah orang nie pesalah, macam kau sorang betul! Mungkin ayat "
orang yang tak sepatutnya di undang untuk interview itu" lebih sesuai.

Tapi bila di fikir-fikir di renung kembali, mungkin ada baik nya... bukan kerana senang-senang nak menjadikan dia famous, tapi cuba kita sendiri lihat ke depan... andaikan bahawa yang di undang itu adalah uncle sim (betulkan kalau tersalah nama) yang mana satu malaysia telah melihat ketenangan dan kesabaran beliau yang memang super duper cool... maka sepanjang temu ramah itu dan seterus -terusnya walaupun temuramah sudah habis sekalipun, seluruh rakyat malaysia akan terus memaki maki maki hamun mengata mengsegala nya lah terhadap si kiki itu... betul atau tidak???

Ya memang bukan untuk berharap bahawa bila si kiki yang di undang, orang akan mula memuji si kiki. Atau mengharapkan bahawa sesapa yang buat salah perlu berbangga dan merakamkan aksi mereka dengan tujuan boleh jadi popular dengan mengikut jejak langkah si kiki. Tapi setidaknya kita mendengar maaf terbuka yang telah di buat (
maklum la orang malaysia nie, kang bila tak buat minta maaf secara terbuka di kata nya pulak langsung tak de rasa nak minta maaf... bila dah minta maaf secara terbuka pulak di kata nak mintak simpati... ayoyo apakah perangai rakyat malaysia?????...)  dan memberi teladan pada dia bahawa Malaysia amat memandang malu dengan perangai sebegitu...dan orang lain akan turut ambik iktibar untuk tidak berperangai sebegitu supaya kes tidak menjadi lebih serius.

Cuma nya... satu benda yang sebenarnya aqu sangat sangat nak perkatakan adalah... why why why media still bother about this case even police has already announced these case consider as bully case??? plzzz off ur hand media~~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

100% SEO friendly- doktor SEO


Assalamualaikum

Untuk memeriksa kadar SEO ni, aqu mengunakan khidmat "Doktor SEO" yang boleh korang dapat melalui --> Add-ons for Firefox

Kalau susah sangat, korang taip je doktor SEO kat search tu, dia kuar la nanti untuk install.

Awal nya aqu punya score SEO cuma 24%, sedih i tau... jenuh i bukak itu ini nak paham kan apo kena la blog i nie begitu daif SEO. Tapi berkat usaha yang gigih... *perhhh ayat kan, gigih sangat*, i usaha sampai berjaya dapatkan 100% SEO friendly :D


berkenaan Doktor SEO :-
bulat pada bendera - itulah en.doktor seo
bendera berubah warna mengikut tahap SEO
Hijau untuk 100% SEO
Merah untuk yang masih lemah SEO
dan Kuning untuk hampir ok SEO nya..
(macam traffic light)

Penting ke 100% SEO nie?

Sangat la penting bagi mereka yang rasa buat blog untuk berkongsi ilmu, atau berkongsi kebaikan atau apa-apa yang baik la... kenapa?? Sebabnya, apabila blog anda mempunyai kadar SEO yang rendah bermakna blog anda tak friendly la dengan search engine maka nya en.google pun tak berapa la nak berkawan dengan awak... akibat nya? Akibatnya, blog awak akan berada jauh dari carian en.google... tak sedih ke terpaksa bukak page yang ke 30 baru ternampak blog awak ada dalam carian en.google...


So amat penting ye SEO nie.. maka mari beramai-ramai kita menjadikan blog mesra SEO :)
nota bantuan : sesapa yang nak bantuan atau tanya sikit-sikit untuk tingkat seo, sudi-sudi la tanya... tapi jangan payah benau soalan, sebab den pun budak baru belajar.kihkihkih
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Assalamualaikum


Jika saya dapat duit raya Rm300 dari Nile.com.my, saya akan mengunakan wang tersebut untuk membeli hadiah semperna hari raya kepada ibu, suami dan anak saya!

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

setelah lama berselimut

Assalamualaikum

Hohoho chakkkk~ 0__0"

Aqu bukan baru keluar dari selimut ye... tu sekadar kiasan je, al maklum lama betui tangan tak menaip di blog kesayangan hamba yang menjadi teman sekian lama nie... rasa macam makin cacat je cara pergerakan jari aqu kat keyboard nie.. haloh~

Banyak yang terjadi, banyak yang berlaku... tapi perlu ke cerita semua??? Ya tidak -_- ok aqu paham aqu bukan retis untuk orang sibuk ambik tahu perkembangan kehidupan aqu.. fuhhh~


ok la, baru berangan nak taip lama-lama tetiba ado yang cemburu.. aqu mengundur diri dulu la... *simpan lagi cerita yang aqu nak kongsi...lama-lama boleh basi*

bubui.... oh ramadan dah makin dekat.... hai ramadan, cepat la datang! ^_^

nota syukur : mekah dan madinah dah menjadi saksi lambang kesabaran dan kasih sayang antara kami. Tq Allah! Semoga segala doa yang di pinta akan di perkenan walau lambat atau dekat masa nya. Amin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

nampak "halal" kita telan

Assalamualaikum

"Halal" bukan lah sekadar perkataan mahupun logo bagi orang islam. Sebenarnya secara tidak langsung ia mewakili keyakinan yang penuh letak kan dalam sesuatu produk itu. Ye lah, sebagai pembeli mana lah kita ni ada ilmu sangat untuk kaji ape benda segala bahan yang di gunakan dalam sesuatu produk tu... nak cari tanda halal pada sesuatu produk tu pun memakan masa *aqu tak faham kenapa kebanyakan produk suka letak tanda halal kat corok-corok packaging diaorang*, ini kan pulak nak kaji bahan-bahan yang kebanyakan nya mengunakan nama saintifik diaorang... memang kena bukak kamus sains la pulak kalau nak ke kedai kan.
selagi dari cadbury, memang tak sentuh da ler -.-
Jadi bila isu cadbury ni kecoh di perkata, memang kita sedikit sebanyak beristifar dan terasa sangat marah kerana seolah tertipu... mana tidak nya, cadbury ni boleh di kata kan makanan yang dari dulu menjadi pilihan kita kalau terasa untuk menikmati coklat... tanya lah siapa sahaja, setidak-tidak nya cadbury ini tersenarai dalam top 3 terbaik coklat kegemaran. Lagi-lagi imbau balik zaman nak mengorat awek, konon-konon bagi coklat tu sebagai simbolik romentik... tapi.... erk erk erk... @_@

Macam apa yang kita tahu bila dah makan, makna nya jadi darah daging. Dan sebagai orang islam, kita faham bila sesuatu yang buruk menjadi darah daging maka banyak kesan nya... antaranya soa sukar di makbulkan. 

Namun kadang-kadang kita sendiri buntu... pemasalahan kat sini bukan hanya pada cadbury.. malah mungkin banyak lagi pemakan diluar sana, sekadar mempunyai "halal" namun sebenarnya tidak. Tapi terfikir jugak, sejauh mana lagi yang mampu kita buat untuk merasa yakin bahawa sesuatu produk itu benar-benar "halal" selain meletak kepercayaan pada penuh pada "HALAL" yang di beri jakim. Kerana hampir seluruh kehidupan harian kita pasti mengunakan produk luar walaupun ia nya bahan mentah seperti ayam.

Jika tidak makna nya kita perlu kembali ke era puluhan tahun dahulu di mana perlu bercucuk tanam sendiri, menternak sendiri dan sebagainya untuk memastikan semuanya benar-benar halal. Jadi jangan rasa tertanya-tanya pula jika tiba-tiba ternampak lembu di pinggir-pinggir lebuh raya kerana mungkin ada yang mengambil keputusan berbuat begitu mungkin.

nota cinta : ketika ini mungkin ada yang berkata lebih baik dapat bunga tahi ayam sebagai tanda cinta daripada coklat cadbury. -.-

nota sekadar kata : bila berkenaan isu "halal" terhadap pemakanan, memang sangat -sangat ramai begitu sensitif dan memang seharusnya kita sebagai umat islam berasa sensitif. Namun macam mana pulak tentang isu berkenaan duit seperti riba atau mengaut keuntungan yang tidak mengikut cara islam?? semua buat buat tutup mata jo~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

antara duit, zoo dan panda -_-

Assalamualaikum

Huhuhu panda oh panda untung nya di kau wahai si panda...

Kedatangan si couple panda ke Malaysia sungguh luar biasa sambutan nya... sampaikan aqu yang memang rakyat malaysia nie pun tak pernah mendapat tempat sepopular macam si panda tu... semua media massa nak bercerita pasal si panda ni... sampaikan sapa yang tak taw tentang kedatangan si panda nie di anggap sebagai "duduk bawah tempurung dengan si katak" ke... 

Si couple panda ini telah di sewa oleh Malaysia dari China, katanya untuk "memberi peluang rakyat malaysia melihat panda tanpa perlu ke china". Hohoho amat prihatin kerajaan kita... al maklum nak harap golongan macam aqu nie, nak bercuti ke negara sendiri pun kadang-kadang kita dah berkira-kira kos nya, ini kan pulak nak ke china...memang dalam angan-angan minah jening je la~

Dan si couple panda ini telah di tempatkan di zoo negara. Ya ZOO NEGARA ok. Jangan pulak korang terlebih excited sangat nak tengok panda, korang pergi terjah zoo taiping zoo melaka semua... Nuhhh ha pi terjah zoo negara.

So nak bisik-bisik la sikit ni... meh dekat-dekat...

panda oh panda.... tak nak kah kau menjadi warganegara Malaysia
Kalau nak taw, tiket nak masuk Zoo Negara tu RM 30 untuk dewasa, dan untuk kanak-kanak dalam RM 10 atau 15 macam tu la...

Dan... korang jangan ingat RM 30 tiket masuk Zoo Negara tu termasuk tiket untuk tengok panda ok! Tiket untuk tengok panda lain cerita ye... kos tiket nya adalah sekitar RM 20....

Erk.. tercekik mak jemah oiii... memang la kos dia lebih murah dari pergi ke china kan kan kan... tapi, cer pikir.... seorang dewasa masuk dah RM 50 total nya, dan dan ado ke orang nak pergi bersiar-siar ke Zoo Negara tu sensorang je... konfem-konfem bawa anak-anak plus pasangan kan??? So agak-agak kos dah berapa total nya????? -.-

Tu belum kira mokcik-mokcik yang datang dari kampung semata-mata nak pi jugak zoo tengok panda tu... korang ingat mokcik kat kampung tu tak berminat ke nak tengok panda... so mokcik yang nak datang dari kampung tu, sila la fikir dulu kos minyak, tol, makan dan minum sebelum memikirkan isu harga tiket nak masuk zoo ni. ;p

Jadi ya memang pada golongan yang tak mampu macam haku nie, diam-diam je la dah berkira sangat duit tu nak tengok panda... orang lain mampu je nak pi tengok panda tu...tapi tapi tapi teringin jugak weh!!! Kesimpulan nya, beli patung si panda je la..boleh tengok hari-hari~

Aqu memang tak pandai sangat ekonomi negara nie... dan ya aqu faham, si panda ini juga di jadikan sebagai salah satu pelaburan untuk menambah income negara.. selain dapat merapatkan hubungan dengan negara china.. TAPI...... agak-agak kos yang di laburkan berjuta dengan meminjam panda nie mampu tak di kaut balik??? erk....

nota keluh : tarif eletrik terpaksa di naikan sebab tak mahu TNB menanggung kerugian, cukai terpaksa di naikan sebab itu salah satu cara untuk menjana pendapatan negara dengan lebih banyak, subsidi petrol terpaksa di kurangan kan sebab nak imbangkan semula belanjawan negara. Tapi kenapa semua nya rakyat yang perlu pikul??? Kata nya guna slogan "dari rakyat untuk rakyat", rasa nya lagi sesuai kalau "dari rakyat untuk kerajaan".

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

4 penyumbang pandangan

tukar agama, bukan nama

Assalamualaikum

Sering terjumpa sikap segelintir manusia yang suka menjadikan sesuatu perkara yang kecil sebagai isu yang sangat besar. Tak kira isu apa sekali pun, sedangkan isu yang sepatutnya menjadi tunjang utama tak di ambil peduli.

Contoh salah satu isu yang aqu dengar dalam seminggu lepas..

"dia dah tukar agama islam, tapi nama dia tak tukar pun...dia tetap guna nama lama kat IC dia. Patut nya dah tukar agama, tukar la ke nama orang islam."

"Ke nama orang islam"?? What ~_~ erk.... aqu konfus di situ.....

Apa yang di maksud kan nya untuk "ke nama orang islam" tu?

Ya aqu faham, orang islam di galak kan untuk membubuh nama yang mempunyai maksud yang lebih baik... Tapi perasan atau tidak sebelum anda berkata-kata memalukan kaum kerabat, cuba lihat nama-nama kenalan anda... kadang-kadang nama mereka sendiri tak mempunyai maksud.. dan kadang-kadang bila di tanya mana dapat nama tu, kata nya sebab minat artis ini artis itu sebab tu guna nama tu... betul bukan???

Dan bagaimana pula pada mereka mempunyai maksud nama yang baik, contohnya khadijah namun mengunakan gelaran "katty" atau seumpamanya??? 


Jadi adakah isu pertukaran nama apabila bertukar aama itu perlu di jadikan isu yang begitu besar?? Sedangnya hukum nya bukan nya haram jika tidak menukar nama. Seharusnya kita panjatkan kesyukuran kerana hati mereka terbuka menerima islam sebagai agama mereka... dan mendoakan yang terbaik. Bukan sibuk mencari mana lagi isu yang perlu di hujahkan dengan mereka. Silap-silap elok mereka mula semangat mempelajari islam, korang dah beban kan pemikiran mereka dengan "susah nya islam".

Buka minda luas sikat la~




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

hari ibu yang awsome

Hohoho selamat hari ibu!!!! Fuh terasa sedikit berbeza bila ada yang sudi menguncapkan selamat hari ibu kat aqu. Aqu seorang ibu dah wehhhhhh :-*

Dan kana hari ibu ini jauh perjalanan untuk mendapatkan slupee sempena semata-mata untuk meraikan hari ibu. Heh slupee je?? Dah itu je yang teringin.. lagi pun amat berbaloi walaupun slupee je ok..sebab sangat jauh perjalanan ku gagah kan diri berjalan kaki dekat berapa kilometer untuk mendapatkan nya -.-

Dan akhir kata, selamat hari ibu pada semua ibu...anda sangat sangat sangat lah insab yang istimewa..dan sangat menakjubkan!
Ana sayang ibu... (rindu ayah)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

tutorial : untuk si stalker!

Assalamualaikum

ehem ehem... sebenarnya dah lama aqu ingin kongsikan satu ilmu nie... maka hari nie aqu nak ajar satu tutorial... khas dan sangat berguna untuk si stalker...

Tutorial apa??? Ala.. follow step sampai habis, maka anda tahu la tutorial tentang apa :)

Ikut langkah demi langkah ya... anda pasti berterima kasih dengan saya :) *tu pun pada yang belum tahu ~_~ *
1) Pergi ke blog yang anda suka stalker itu. 

Contoh : blog Suana Zhar


2) Cari box atau widget follower / join this site


3) Tekan button "join this site". Akan keluar...

4) Tick "follow privately" kemudian tekan "follow this blog.

5) Maka result nya... tindakan anda mem'follow' blog berkenaan tidak akan di dedahkan sama sekali begitu juga jumlah follower untuk blog berkenaan tidak akan berubah... dengan kata lain anda berjaya menjadi ejen rahsia blog berkenaan.hahhahaha =.=

Nota usik-usik : tips untuk sesiapa yang segan untuk secara terang terangan menjadi stalker.kahkahkah ehem~

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

dah senja..pulang lah!

Assalamualaikum

Terbiasa atau tak anda melihat iklan di astro oasis tatkala azan maghrib ingin di kumandangkan?

Ya iklan yang berbunyi lebih kurang :

"Di manakah anak-anak anda ketika ini? Sudahkah mereka pulang dan bersedia untuk solat berjemaah bersama-sama?"


Siapa yang masih mempunyai hati, pasti sedikit sebanyak terkesan dengan iklan tu... Kalau tak terkesan langsung, entah tak tahu macam mana nak di cakap kiaskan lagi supaya hati anda sedikit cair.

Kalau di imbau bezanya remaja dan kanak-kanak dahulu dan sekarang memang berbeza bermacam-macam..


Kalau di ikut kan dahulu, kanak-kanak dan remaja lebih suka bermain di luar bersama rakan-rakan, tapi sebelum magrib pasti dah tercacak di rumah..paling tidak pun ketika azan magrib pasti dah berlari-lari pulang ke rumah.. itu pun pasti tetap menerima leteran mak ayah kerana pulang lewat!

Tapi kanak-kanak remaja sekarang lain, waktu magrib tu masih di kira "muda" lagi masa. Masih ramai yang terus bermain bola, berkawat di padang-padang sekolah, melepak di kedai-kedai... ah alangkah ruginya.

Ah tidak kira la anda di besarkan di kampung atau bandar... di pekan atau desa... di hulu atau muara... di bukit atau gua... itu tidak di jadikan alasan untuk kita memandang ringan perkara ini. Magrib dan syaitan sering di kaitkan bersama. Bukan di waktu lain syaitan itu berehat atau apa... cuma di waktu magrib itu lah syaitan semakin aktif godaannya. Maka mengapa perlu kita memberi ruang pada syaitan untuk menang?

Namun di atas bahu siapa semua ini mahu di persalahkan. Adakah kerana kanak-kanak dan remaja itu sendiri kerana mereka tidak reti berfikir untuk pulang ke rumah?? Atau salah ibu bapa yang tidak tegas dalam mendidik mereka? Atau salah persekitaran yang menjadikan mereka terpengaruh dengan budaya seperti itu?

Aqu melihat semuanya pada peranan ibu bapa itu sendiri. Bukan seratus peratus ingin menyalahkan ibu bapa, namun... MEMANG sepatutnya salah mereka!

Kerana apa? Ya memang sukar untuk kita mengawal apa yang persekitaran anak-anak pengaruhi, namun bukan kah kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak sedari awal supaya bersikap lebih bertanggungjawab pada diri dan masa dan keluarga. Ya bukan mudah.. aqu juga sedar itu...

Tapi tidak kah kita terfikir bahawa kadang-kala kita sendiri yang mempengaruhi peragai anak-anak.. membentuk mereka menjadi manusia yang kadang kala lupa pada masa yang berlalu. Lihat sahaja rutin harian yang kita lakukan... kita menyuruh anak-anak pulang sebelum magrib, namun kita sendiri pulang kerja hampir ke isyak.. kita menyuruh anak-anak jangan melepak sana sini, namun kita sendiri rajin mengeteh di kedai mamak bersama kawan-kawan. Kita meminta anak-anak jangan terlalu bersosial di laman maya, tapi kita sendiri giat meng'upload' pose begitu dan begini. Jadi di bahu siapa lagi mahu kita letak kan kesalahan mendidik anak-anak?



nota keluarga : cari lah masa untuk keluarga anda sebelum keluarga meninggalkan anda jauh... :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

jom cari ikan fresh

Assalamualaikum

Hai selamat hari pekerja. Erm maksud aqu selamat hari bercuti. Yes. Hari-hari becuti ni nak menulis sesuatu yang bermanafaat. Apa selama ni tak bermanafaat??? Tidak la, sekurang nya bila dah tua kerepot nanti tak la malu sangat kat diri sendiri sebab tak pernah menulis sesuatu yang menyumbang pada masyarakat dan bangsa, tak kan nak syok sendiri tulis pasal diri sendiri je jemah oiiii. Wah over. *tu pun kalau umur panjang*

Agak-agak masih ada tak yang bercadang nak pergi ke pasar hari ni dengan keadaan tengah-tengah hari celik matahari cantik menyinari atas kepala nie? Oh tak pe, orang KL tak reti pagi ke petang ke malam ke..konfem masih ada yang berkerumun nak ke pasaraya beli ikan or ayam.. kat KL sama je pagi ke petang ke malam ke... sebab kadang waktu malam pun still jalanraya banyak kereta. Jadi perbezaan siang dan malam tu hanya boleh di hayati oleh orang KL bila time balik raya je.. masa tu baru reti yang malam raya kena ada dah kat kampung atau kalau tidak air mata bercucuran jatuh mengenang kampung halaman!

Argh jauh menyimpang. Back to topik.



ikan nie comel... kau tak rasa?
Kalau tanya mokcik-mokcik, panjang lebau diaorang terang macam mana ikan yang fresh. Kalau tanya pemancing, jawapan nya simple... "ikan yang baru lepas kena pancing". Kalau tanya mat-mat hensem, jawapannya konfem "tah, biasa makan kedai je". Tapi kalau tanya anak-anak dara, jawapan nya "erk..a..erk.. a...tah mak yang beli sebelum ni". Tapi kalau tanya aqu, jawapan ku "tak sempat nak tengok nama ikan pun, laki aqu dah siap timbang ikan tu kat bangla pasaraya tu". =.="

Jadi untuk yang masih blur-blur...boleh aqu beri sikit ilmu... sikit je la, aqu pun tak power mane...

1) Mata ikan - Sesekali cuba tenung mata ikan, ala-ala jatuh cinta gitu. Kalau nampak mata ikan tu merah, bermakna ikan tu sakit mata tengok korang.hahhaha Maka jangan pilih ikan tu sebab sikapnya yang buruk tu. Kalau nak pilih ikan, tengok mata nya jernih bersinar-sinar ye. Tak pernah lagi aqu jumpa ikan pakai contact lens mata warna ijau ka unggu ka. Kalau biru tu ada kemungkinan la..tu pun ikan laut.


2) Insang ikan - Selalu warna insang apa??? Ungu....? sapa ajor! Insang ikan warna merah...merah warna jantung gitu...taw warna jantung merah macam mana??? Kalau tak taw pi belah dada boypren korang selidik jap warna jantung merah camna sambil-sambil boleh bukti kan cinta dia ;p Ikan yang masih fresh mempunyai insang warna merah yang cantik terang-terang sikit gitu..kalau warna merah dah nak hitam tu makna nya dah kritikal ikan tu memerlukan bantuan untuk di buang je ok.


3) Sisik ikan - Nie bagi ikan yang ada sisik. Jangan ikan sardin korang pegi cakor-cakor badan dia cari sisik pulak..memang toreh 18 pun belum tentu korang jumpa sisik dia. So bagi ikan yang bersisik, pastikan sisik dia masih setia utuh pada badan nya.. maksud nya susah nak tanggal la. Bukan sekali jentik dah tercabut.

4) Perut ikan - Yang nie konfem ciri paling senang... kalau nampak perut ikan tu ala-ala nak terburai macam tak sempat nak pi hospital, maka konfem-konfem ikan tu dah agak lama...kadang-kadang pasaraya still juai ikan macam tu.. dia lelong lelong lelong punya.....tapi kalau korang baik hati, beli la sepinggan buat rebus bagi kat kucing sepinggan tu. Makan mewah kucing tu walaupun ikan tu dah agak kritikal. Kerana apa? Kerana kucing tidak pernah membezakan rezeki dari tuhan.hohoho

Jadi tu je ciri kritikal yang korang kena taw, tak la malu makmertua suh pilih beli ikan nanti ;p

Apesal aqu asyik cerita entry ikan je nie... -.-


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

ikan ada hempedu???

Assalamualaikum

Sebenarnya aqu bukan terlalu tandus berkenaan ilmu ikan... aqu tahu yang ikan ada hempedu.. cuma nya aqu tak pernah tahu dan tak pernah nak ambil tahu di mana letaknya hempedu ikan. Lain lah ayam... dah faberet.. kalau di suruh siang ikan 3 ekor dengan menyiang ayam 5 ekor, aqu memilih untuk menyiang ayam.. kerana apa? Bukan sebab aqu bermusuh dengan ikan, tapi ayam adalah lebih mesra penguna untuk di siang. *siang ayam kau! pernah kau dengar cikgu BM ajar ayam tu di siang???? hoh lantak la siang ke malam ke dinihari ke janji korang paham~*


Maka apabila aqu di tinggalkan oleh hubby bersama dengan 2 ekor ikan kelah sebesar betis untuk di siang, aqu pun redha... aqu pun siang la ikan tu macam biasa penuh kasih sayang. Kata nya buat masak lemak cili api ikan tu. Aqu pun dalam hati, "huh setakat suruh masak lemak cili api, senang je resepi...bagi la yang mencabar sikit".

Proses menyiang siap. aqu pun sediakan la bahan-bahan yang semudah abc untuk masak lemak cili api. Baru teperasan bahawa cili api dah abis stok. Arghhhh mals betul aqu nak pi beli... jadi tunggu laki aqu balik, pesan je cili api...

Dan dia bawak balik 2 bungkus cili api... -.- Hambik kau, berlambak!!! Nak buat masak lemak ke nak juai balik pun aqu tak taw la....

Lepas dah blande semua, semangat aqu masak... sekali lepas letak garam semua......

Ya........rasa masak lemak yang sangat cukup rasa lemak nya, dan memang sekali pandang konfem kenal tu masak lemak... TAPI.......... PAHIT!

What???? Kenapa masak lemak ku pahit! Bila masa aqu blande peria sekali nie...... huwaaaaaaaa kenapa kenapa kenapa!!!!! Why!!!!!!

Sekali selidik punya selidik, rupanya masa menyiang ikan aqu terpotong hempedu nya..dan aqu tidak membasuhnya sepantas kilat sehinggakan hempedunya itu merebak keseluruh ikan... Ohhhh TIDAK!!!

Bertahun-tahun aqu siang ikan, tak pernah sekali ikan yang ku siang menjadi pahit! Dan senjak bila pulak hempedu si ikan menjadikan effect sebegitu sekali.... dan dan dan adakah selama ini aqu sekadar bernasib baik kerana menyiang ikan tak pernah terkena hempedunya sedang kan aqu sendiri tak tahu di mana hempedu si ikan. Arghhhhhh konfus!!!

Akhirnya baru ku tahu yang spesis ikan air tawar memerlukan kita menyiang ikan dengan berhati-hati supaya tidak menyebabkan hempedunya pecah dan menjadikan ikan itu pahit... 

nota perli : sakan aqu mengelakan en.hubby, kata pemancing hebat...tapi dia pun tak taw pasal hempedu ikan tu... ape kes???lallalalala


nota keciwa : gambar-gambar ikan yang aqu tangkap bersama masak lemak ku telah hilang angkara memori kad ku tiba-tiba mengalami kegagalan memory =.="
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

pengomen @ pengunjung?

Assalamualaikum

Mungkin ada pembaca atau pengikut setia ku tertanya-tanya mengapa aqu terlalu sombong kerana adakalanya aqu hanya mengabaikan komen-komen yang di beri atau di hantar. *huhu sangat perasan mempunyai pengikut setia.hahhahaha* Adakah aqu terlalu famous atau terlalu bagus sehingga mengabaikan komen mereka mentah-mentah tanpa di masak!

Maaf sekalian jika ada yang terasa. Bukan niatku sebegitu...
"Bukan ku sengaja mahu kau terluka....Bukan niatku... "- saleem, bukan niatku.

Jadi apa alasan aqu???

Sebenarnya aqu bukan lah begitu bagus, atau begitu hebat, atau begitu otai mahupun famous... Aqu pun sekadar blogger biasa yang baru beberapa tahun bertapak dalam dunia blogger ni... cumanya aqu mengambil alternatif yang berbeza dari apa yang korang fikirkan...

Jadi nya aqu tidak pernah pun sesekali mengabaikan komen-komen yang anda anda anda semua beri... walaupun aqu jarang membalas komen, namun aqu merupakan pembalas kunjungan yang setia untuk mereka-mereka yang sudi memberi komen terhadap entry-entry ku.. Aqu lebih suka menterjah blog mereka kembali untuk melihat serba sedikit entry yang mereka tulis berbanding hanya membalas komen di blog aqu sahaja. Bukan kah begitu lebih baik? ^_~

Namun jika aqu rasa komen itu perlu untuk aqu balas, contohnya persoalan yang memerlukan jawapan dan boleh di jadikan pemahaman terhadap pembaca-pembaca lain, maka aqu akan jawabnya dengan jayanya. Ok kekawan~ jangan kata aqu sombong-sombong lagi ya... sodih mak bacanya.huhuhu


Dan aqu telah mengambil langkah kedua bagi menghargai pengomen-pengomen tegar blog aqu..

Taraaaa.....



Haah nampak yang berbulat hijau tu??? Ya... carta untuk pengomen tegar.... *erk..bintang-bintang tu abaikan, saja gatal melukis*
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kangkung

Assalamualaikum

Masih ingat si kangkung??? Ya kangkung yang satu ketika dahulu telah di politikan. Agrhhh masih jeles dengan populariti yang di raih si kangkung tanpa perlu berusaha gigih memperolehnya!

Kini, setelah populariti si kangkung semakin merosot... aqu kembali mengilap keistimewaan yang ada pada si kangkung supaya mereka yang membaca turut terasa terkejar-kejar untuk mendapatkannya!

Nah!!!!


Hohoho si kangkung goreng belacan!!! Nyum nyum nyum~ sedap sehingga menjilat pinggan orang sebelah.

Ohhh sungguh memalukan jika anda tidak reti memasak kangkung goreng belacan! Sangat sangat sangat memalukan.... kerana untuk mendapatkannya di kedai harga nya gak mahal iaitu mencecah RM1 sepinggan. Erk tapi jangan tanya aqu mengapa ketika isu si kangkung ini hangat di politikan satu ketika dahulu, wujud nya ayat "kenapa rakyat tak berterima kasih harga kangkung murah...tak naik". Kerana...aqu faham harga kangkung di kedai agak mahal... adakah kerana mahalnya belacan? entah lah...ohhh abaikan~

Jadi tahu cara masak si kangkung ini??
- Ambik bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang geragau, cili api dan belacan....mengikut kuantiti sesuka hati, tumbuk/blande kan mereka bersama-sama supaya mereka kekal silaturahimnya.
- Ambil si kangkung, dan potonglah mengikut kemahiran tersendiri.
- Panaskan minyak, dan campakan bahan yang di blande tadi.. setelah garing, masukan si kangkung dan sedikit air...
- Apabila si kangkung sudah kelihatan sedikit layu, maka gelojohkan diri memasukan mereka di pinggan dan mulakan makan panas-panas~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

i'm an introvert person

Assalamualaikum

Yes I really am. Pada sesapa yang kenal aqu pasti mereka dok terkekek-kekek ketawa baca tajuk entry ni. Tapi ini kenyataan.

Masa mampu mengubah seseorang menjadi seseorang yang lain. I don't know why, tapi apa yang aqu rasa aqu tak mampu lagi menjadi "mesra alam". Bukan bermakna aqu menjadi sombong, cumanya mungkin itu tranformasi yang berlaku terhadap kematangan diri. wah! ~_~

Cakap berpada. Gelak berpada. Menyakat berpada. Dan semuanya berpada-pada.


Tapi yang menjadikan aqu berasa sangat sangat sangat memalukan adalah kadang-kadang mulut aqu tiba-tiba menjadi begitu berat even to say hai. Yes i'm ashamed of myself. Arghhh what happen to me???? why!!! why this happen??? Damn damn damn!!! Everytime i walked passed by the people,  i'm not longer be the one who going to start the conversation first. dan kadang-kadang senyum pun menjadi tersangat susah untuk di ukir. I'm just like so awkward with new people around me. Ehhh ehhh...sound like not such introvert but more to arrogant right???? ~_~ damn again!

nota  kering : when you choose surrender as a choice, that mean you are the loser~ =.="


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

bengkak

Assalamualaikum

Tembam & semakin kegemukan. Itu gambaran kaki aqu dalam 2 3 hari ni. Bukan kerana aqu telah berjaya mencapai target obesiti *aqu masih dalam katagori slim.pada pendapat aqu sendiri* Tapi sakit. Bengkak yang agak keterlaluan untuk di gambarkan. Masuk angin di tambah berjalan sejauh 2 3 kilometer kerana menemani adik kesayangan. Terasa macam kaki gajah bila berjalan, di tambah urat tegang-tegang. Sumpah sangat sakit, tapi di sebabkan untuk berjalan perlu mengunakan kaki maka terpaksa gagahkan diri. Itu yang di kata, bila dah sakit baru reti nak syukuri nikmat sihat. Itulah manusia.

Maka dengan kemalasan yang teramat, aqu sekadar terlentang di katil yang agak a little bit messy...opsss a little bit??? erk...agrhhh who cares~lalallalala
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)