5 penyumbang pandangan

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Assalamualaikum

 
Permulaan sesebuah blog bukan nya tiba-tiba bermula dengan 'tapak' yang selesa.. dalam dunia blogging, kita tidak bolehlah berpegang pada prinsip 'ucap habis, niat sampai'. Jika tidak berusaha, tidak mahu berlajar, tidak mengambil peluang maka sesebuah blog itu akan terus berkekalan berada pada tahap kurang berfungsi dalam sesebuah dunia blogging atau mungkin akan tiba-tiba terus 'mati' kerana tiadanya perkembangan yang di lakukan. Seperti kata perpatah 'mutiara tidak akan dimuntahkan oleh laut'.

Pada saya, saya bukan dalam katagori "blogger baru" tapi tidak jugak dalam katagori "pro atau sifu" dalam dunia blogging ni.. saya cuma blogger biasa yang masih mengunakan teknik "try and error" dalam memajukan dan mempelajari sesuatu ilmu berkaitan blog. Tapi sepanjang saya dalam dunia blog ni, banyak yang saya sudah belajar untuk meningkatkan mutu sesebuah blog dan mengambil faedah sampingan melalui berblogging. Antara yang dapat saya kongsikan... :

i) Tips meningkatkan traffik


Setiap blog, mempunyai traffik nya yang tersendiri. Saya tidak setuju sepenuhnya dengan ungkapan "makin terkenal sesebuah blog, makin tinggi traffik nya"... Tapi saya berpegang pada ungkapan "makin tinggi traffik sesebuah blog, maka akan terkenal blog nya". Nampak seperti sama maksud kedua-dua ungkapan tersebut, tapi sebenarnya berbeza. Kerana apa? Kerana sesebuah blog perlu mencari traffik / berusaha meningkatkan traffik nya dahulu sebelum ia menjadi sebuah blog yang di kenali. Maka selepas di kenali, di situ la baru akan wujud nya ungkapan "makin terkenal sesebuah blog, makin tinggi traffik nya". Kita ambil contoh seperti FATIN LIYANA atau LYSSA FAIZUREEN.. kedua-dua nya bermula dari bawah bukan? Jadi apa tip meningkatkan traffik blog?
  • rajin "blogwaking" - Ya, memang memerlukan kita untuk mencuri sedikit masa untuk melakukan blogwaking tapi percayalah bahawa hasil nya sangat memuaskan. Dari sini kita dapat menarik ramai blogger-blogger yang turut aktif berblogwaking datang ke blog kita. Walaupun mungkin 45% dari mereka datang sekadar membalas kunjungan tapi masih akan ada segelintir yang akan membaca entry kita dan menjadi folower. Bagi blogger-blogger yang masih baru, ini merupakan cara yang paling sesuai untuk mencari follower. Dengan secara tidak langsung juga kita dapat membalas kunjungan blogger lain yang singgah ke blog kita. Mungkin dari situ juga boleh terjalinnya ikatan "sahabat alam maya" antara satu sama lain. Bukankah besar manafaat nya? seperti kata bidalan kerana sabut tebal, tempurung pun jadi tebal.
  • chatbox - salah satu kegunaan chatbox mungkin boleh di kaitkan dengan blogwalking. Namun dengan pengunaan chatbox di dalam blog, wujud lah istilah "traffik datang dengan sendirinya". Ini kerana jika kita kekurangan masa untuk ber"blogwalking" atau berblogging, chatbox itu akan dengan sendirinya menjana traffik dengan menarik mereka yang gemar "meninggalkan jejak" berkunjung ke blog kita. Seperti contoh blogger baru memang hampir 80% akan mengunakan medan chatbox untuk memperkenalkan diri mereka, maka mereka akan lebih tertumpu pada blog yang mempunyai chatbox berbandi meninggalkan jejak di ruang komen.
  • bloglist - tidak salah untuk katakan ada di antara blogger yang gemar mengunakan teknik "bertukar bloglist" untuk menjana traffik. Walaupun memerlukan sedikit sebanyak ruang di dalam blog, tapi langkah itu merupakan sesuatu yang berbaloi. Namun jika terlalu banyak pula, ia mengundang padah kerana memberatkan blog itu sendiri.
  • mesra alam - apabila melakukan blogwalking, jangan abaikan sesuatu yang berharga iaitu "komen entry". Tidak rugi jika kita meluangkan seminit dua untuk membaca entry dan meninggalkan pandangan atau cadangan. Selain dapat menimba sesuatu yang baru, dari pembacaan juga kita dapat memperoleh ilham untuk menulis entry.
  • daftar "search engine" - Kebanyakan nya pengunjung/pembaca mencari sesuatu melalui google atau yahoo,jadi amat penting untuk kita mendaftarkan blog di search engine seperti itu. Jika kita bernasib baik, mungkin ada di antara entry kita mencapai ranting yang tinggi. Siapa tahu kan?
  • "ping"kan blog - Ini merupakan cara yang paling mudah dan mampu menyumbang traffik yang tinggi, tambahan pula jika laman tersebut menyediakan automatik ping..contohnya seperti pingbusuk. Bukan kah bagus manafaatnya untuk blog kita?
  • blogger page - sekarang mungkin ramai yang mungunakan teknik "facebook link to blog". Ya memang sangat bagus bagi merapatkan hubungan antara pembaca dan penulis. Tapi apa kata kita mengunakan medan fecebook itu juga untuk mempromosikan blog kita. Contonnya menyertai page seperti sahabat blogger atau kawan blogger
  • tajuk menarik - kaedah pengunaan tajuk entry memainkan peranan penting. Sesetengah pembaca akan mudah tertarik dengan hanya membaca tajuk. Jadi perlulah bijak dalam mengolah tajuk supaya menjadi lebih menarik. Contoh tajuk yang biasa "susu ibu bagus untuk bayi", untuk menjadikan tajuk itu lebih tertarik pengunaan tajuk seperti "susu ibu menjadikan bayi bijak" mungkin lebih menarik.
  • entry "panas" - kadang-kadang kita perlu juga mengikuti perkembangan semasa, tak kira sama ada tentang dunia politik, agama, atau apa-apa isu sekali pun...dengan membuat entry berkenaan isu-isu semasa, mungkin traffik kita sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada peningkatan traffik. Contohnya perkembangan isu terbaru pengunaan kalimah Allah atau tutorial blog yang secara logik nya memang akan sentiasa di cari oleh blogger baru.
  • sertai dan anjurkan giveaway/contest - menjadi lumrah bagi sesetengah blog melakukan giveaway/contest bagi meningkatkan jumlah follower. Maka dua keadaan di sini, di mana apabila kita sertai, maka makin ramai kenalan yang boleh kita cari...apabila kita anjurkan, maka blogger lain akan menyedari kehadiran kita.
  • penajaSelain menyertai dan menganjurkan, cara lain menjana traffik secara mudah ialah dengan menjadi penaja. Sudah pasti apabila menjadi penaja sesebuah contest/giveaway maka dengan tidak rasmi nya mereka yang menyertai akan ringan tangan juga untuk menjadi follower kita maka  dengan itu jumlah follower mampu bertambah dengan drastiknya.

ii) Tips menjana pendapatan

Untuk menjana sesebuah pendapatan sampingan, tidak semestinya perlu membuat blog yang khas diperuntukan untuk perniagaan sahaja. Malah sambil-sambil berblogging, sambil berniaga juga dapat meraih pendapatan yang lumayan jika kita bijak mengatur strategi bak kata pepatah 'adat periuk berkerak, adat lesung berdedak'.
  • peluang meniaga - Sambil berdiang, nasi masak. Pepatah yang amat sesuai sekiranya kita sedar boleh meraih manafaat sampingan dalam dunia blogging ini. Sambil kita menceritakan kisah-kisah kehidupan, isu-isu semasa, kita selitkan juga entry berkenaan produk/barangan/kedai yang kita miliki atau niagakan. Maka sambil-sambil kita mencari rakan alam maya kita juga dapat meluaskan pasaran. Mungkin dari seorang pembaca setia bertukar kepada pembeli setia.
  • berdaftar dengan pengiklanan berbayar - Ini merupakan pendapatan sampingan yang paling mudah dan percuma untuk kita manafaatkan. Contohnya seperti churpchurp atau nuffnang. Hanya memerlukan sedikit ruang di blog kita untuk pengiklanan mereka, maka kita akan di bayar dengan jumlah per klik yang kita miliki.
  • sewakan ruangan iklan - Salah satu lagi cara yang boleh kita lakukan adalah dengan membuat satu ruangan khas untuk di sewa di mana blogger - blogger lain boleh mengunakan ruangan tersebut untuk mengiklankan produk/ blog mereka. Dengan cara ini, bukan sahaja pendapatan dapat di raih tetapi traffik dapat di sumbangkan.
iii) Tip meningkatkan kualiti blog
  • entry harus kreatif / menarik - Sesuatu yang akan kita baca perlulah menarik atau mempunyai info yang berguna. Maka cara pengolahan idea perlu bijak dan kreatif. Jika penulisan kita ibarat "tiang gelap", maka siapa yang mahu membacanya?
  • pengunaan tulisan - Bentuk dan saiz tulisan sangat perlu di titik beratkan. Jangan hanya kerana cantik mata memandang, maka anda memilih untuk mengunakan nya. Motif utama pemilihan tulisan perlulah dapat di baca oleh pembaca. Kerana apa? Kerana kita menulis bukan untuk syok sendiri.
  • kekemas blog - Blog yang kemas dan mempunyai warna yang tidak terlalu banyak serta serabut lebih membuatkan pembaca meminati blog kita. Maka blog perlulah bersifat mesra pengguna agar pembaca tidak lari.
  • pengunaan gambar - Pengunaan gambar juga memainkan peranan yang sangat penting. Pengunaan gambar bukan sahaja serba sedikit dapat meningkatkan traffik blog, malah dapat menarik minat pembaca untuk membaca entry kita. Kita perlu sedar, kecekapan mata kiri dan kanan adaklah berbeza. Mata kiri lebih fokus terhadap gambar dan mata kanan sebalik nya. Maka praktikan lah teori itu.
  • widget - pernah satu ketika dulu blog saya juga memang sarat dengan widget yang berperanan sekadar untuk mencantikan blog tanpa saya sedar semua itu membuatkan blog menjadi berat dan lambat loading nya. Jika blog lambat loading, kita sendiri faham yang tu semua boleh menyebabkan pembaca naik menyampah kerana perlu menunggu terlalu lama. Jadi penggunaan widget yang kurang penting harus di elakan/ meminimumkan penggunaannya agar kualiti blog lebih baik.
Ini antara tips yang saya gunakan dan saya juga sedang berusaha meningkatkan semua itu! Moh kita sama-sama berpegang pada pepatah "sukakan kemenyan,dibakarkan". Dan kepada blogger baru atau yang masih dalam proses pembelajaran, peganglah pada prinsip 'bagai air mencari jenisnya'.sekian.


bergelar blogger juga merupakan kerjaya,
yang penting perlulah bersabar,
ilmu di kutip dan pengalaman di timba,
supaya menjadi blogger berjaya.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
5 Comments

5 00 rajin nak comment:

Kyla Pearlisha said...

TQ.info yang bagus utk new blogger cm saya :)

Noratiqah Adib said...

Thanks untuk tips tu. :D

Yumida Huda said...

byk ilmu yg yumida perolehi dri sini

thanks sharing sis
all d bez utk sis
Jom baca: Kreatif! Cantik! Sempoi gitu!

Yumida Huda said...

aah kan sis, blog mesti sedap mata meandang, x serabut, entry menarik..baru syok baca..nice sharing. jemput singgah
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

MyCherita said...

terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot. done follow anda, salam ukhwah, salam perkenalan, dari : MyCherita