0 penyumbang pandangan

keberkatan sebuah doa

Assalamualaikum

Semua sedia maklum berkat doa seseorang yang bergelar "ibu" itu sangat tinggi darjat nya di sisi Allah. Ya, tiada siapa mampu menafikan... baik buruk doa seseorang ibu itu, doa itu lah yang akan mempengaruhi hidup anak nya. Di mana letaknya berkat seseorang ibu, di situ juga tercurahnya berkat dari Allah.


Tapi mungkin kita kurang sedar, kehidupan kita bukan hanya di pengaruhi oleh doa ibubapa malah juga di pengaruhi oleh berkat doa orang di sekeliling kita. Tak kira lah siapa pun dia, seorang suami, isteri, anak, sahabat, saudara, mertua, menantu, kenalan mahupun mereka yang kita kenali hanya 10 20 minit di jalanan sekali pun. Tiap doa yang dipanjatkan pada Allah, pasti tidak sia-sia. Dan mungkin tanpa kita sedar, dalam kita meraih kekayaan, dalam kita mengecap kebahagiaan, dalam kita jauh meniti kejayaan rupanya setiap dari satu itu ada berkat doa dari seseorang yang tanpa kita sedar dia sering mendoakan kejayaan kita dunia akhirat.

Mungkin dalam 24jam itu seminit pun kita tidak pernah teringat kepada dia... tapi tanpa kita tahu dalam 5 waktu sujud doa nya, dia sering mendoakan yang terbaik dalam setiap apa yang kita tempuh. Mungkin kita terfikir untuk katakan "tak kan perubahan yang aku buat ini di sebab kan hanya doa dia..dia cuma kawan. perubahan ini aku sendiri yang buat, dari hati aku sendiri". Tidak kah kita sedar, setiap doa yang di lontarkan dalam kasih sayang dan ikhlas itu akan di pandang tinggi oleh Allah.

Mungkin kerana kita tidak pernah sedar kerana doa mereka yang jarang kita ingati itulah serba sedikit memberi "berkat" pada kehidupan kita, maka disebabkan itu kita tidak pernah terfikir untuk menghargai mereka....hinggakan bila mereka sudah tiada, tiada lagi doa yang di panjatkan untuk kita.. dari situ baru kita sedar seakan tiba-tiba wujudnya kekosongan yang selama ini kita sia-siakan.

Hargailah dan hormatilah setiap insan di sekeliling kita... tiap doa dari mereka menjadikan keberkatan dalam kehidupan kita walau siapa pun mereka.
sekian.

Seorang suami adalah seseorang dimana dia mendoakan keberkatan untuk isterinya...bukannya hanya meminta isteri untuk mengikut telunjuknya. Seorang isteri adalah mereka yang mendoakan tiap langkah suaminya sentiasa mendapat redha Nya..bukannya hanya mendoakan supaya kekayaan akan di bawa pulang oleh si suami. Seorang sahabat adalah mereka yang mendoakan untuk sahabatnya menemui jalan terbaik di jalan Allah...bukannya hanya mengajar mereka berlumba-lumba mengejar dunia. Setiap insan itu pasti mendapat rahmat dari Nya, andai dia sering mendoakan kebahagiaan/kejayaan dunia akhirat untuk mereka di sekelilingnya.



*salji sudah mula berjalan menutupi sekeliling permukaan bumi, sedarkah kita penghujung dua itu semakin hampir?
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: